Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

CARA MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD ( KARANGAN PENDEK ).

1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu PT3.
2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek )? Bermaksud anda
perlu merangka sebuah karangan yang pendek dan ringkas berdasarkan soalan.
3. 10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.
4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.
5. Ada dua jenis bentuk soalan iaitu terdiri daripada beberapa perkataan/ frasa atau
beberapa idea.Jika perkataan/frasa pelajar perlu membina beberapa ayat yang
saling berkait dengan tajuk. Manakala jika diberikan beberapa idea, pelajar perlu
mengembangkannya menjadi sebuah ayat yang lengkap.
6. Frasa atau idea yang diberikan WAJIB ditulis
7. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan .Tidak perlu memasukkan keterangan
yang diulang.
8. Anda perlu menulis pendahuluan dan penutup ( yang pendek )untuk soalan
bahagian ini.
9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek. Pelajar
boleh menulis karangan ini dalam satu perenggan atau pecahkan kepada perenggan
mengikut kesesuaian
10.Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja,
bermakna anda tidak boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.
11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti Sekolah Rendah
Abdul Hamid tidak dikira sebagai 4 perkataan malah dikira sebagai 1 perkataan
sahaja.
CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD DAN CARA MENJAWAB YANG LENGKAP
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Menabung-amalan mulia-digunakan semasa kecemasan-


membayar kos perubatan-berjimat-cermat- tidak boros
berbelanja- kurangkan beban ibu bapa- bayar yuran- perlu
praktikkan

RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.

ISI-ISI PENTING
1. Dapat digunakan semasa kecemasan. - Dapat digunakan untuk membayar kos
perubatan.
2. Berjimat-cermat. - tidak boros berbelanja - membeli barangan keperluan sahaja.
3. Mengurangkan beban ibu bapa- Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan
wang tabungan.

PENUTUP
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.
KARANGAN PENUH :

Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.
Antara kebaikan menabung ialah dapat digunakan semasa kecemasan. Wang
tabungan yang disimpan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan. Selain itu
menabung juga mendidik kita untuk berjimat- cermat dan tidak boros ketika
berbelanja. Kita hanya akan membeli barangan keperluan sahaja. Akhir sekali
menabung juga dapat mengurangkan beban ibu bapa. Contohnya kita dapat
membayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan. Kesimpulannya,
amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang terutamanya generasi muda.
(80 patah perkataan)
CONTOH JAWAPAN

Setiap ahli keluarga memiliki tanggungjawab dan peranan masing-masing


demi melahirkan sebuah keluarga bahagia. Berkongsi masalah dan cuba
menyelesaikannya bersama merupakan salah satu cara efektif untuk diamalkan.
Dengan ini, kesefahaman dan kepercayaan antara ahli keluarga dapat
ditingkatkan. Selain itu, setiap ahli keluarga juga perlu bekerjasama dalam
melaksanakan tanggungjawab di rumah. Anak-anak khususnya boleh
membantu ibu bapa membuat kerja rumah yang mudah secara rutin. Akhir
sekali, keluarga bahagia perlu ditunjangkan oleh sikap saling menghormati.
Sebagai contoh, anak-anak boleh bersalaman dengan ibu bapa sebelum pergi ke
sekolah, menggunakan kata-kata yang sopan dan nada suara yang sesuai apabila
berbual. Kesimpulannya, perkara ini perlu diamalkan agar matlamat untuk
mengecap keluarga bahagia dapat dicapai.

You might also like