Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SOALAN STRUKTUR

1.Terangkan konsep berikut :


(a) Ekonomi (2 markah)
Ekonomi merupakan satu kajian sains sosial tentang bagaimana
manusia membuat pilihan untuk mengagihkan sumber ekonomi
terhad bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi
memenuhi kehendak yang tidak terbatas.

(b) Mikroekonomi (2 markah)


Didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian
terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit
kecil di dalam ekonomi. Antara teori yang dikaji dalam
mikroekonomi ialah teori harga, teori permintaan dan
penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan.

(c) Makroekonomi (2 markah)


Menjelaskan tentang kegiatan ekonomi secara keseluruhan
serta interaksi antara sector isirumah, sektor firma, sektor
kerajaan dan sektor negara asing dalam menentukan tingkat
pencapaian ekonomi.
2.Jelaskan perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi.(5 markah)

3. Jelaskan konsep berikut :


(a) Isi rumah. (2 markah)
Individu/sekumpulan individu yang membuat keputusan ekonomi secara
bersama untuk memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan barang
dan perkhidmatan.

(b) Firma. (2markah)


Unit ekonomi/organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan barang/perkhidmatan untuk memaksimumkan
keuntungan dengan menggunakan kaedah pengeluaran yang paling cekap
untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
(c) Kerajaan. (2 markah)
Unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan firma
melalui undang-undang untuk meningkatkan taraf hidup dan
memaksimumkan kebajikan masyarakat.

(d) Sektor luar. (2 markah)


Unit ekonomi yang terlibat dalam kegiatan perdagangan antarabangsa
apabila menjalankan kegiatan eksport dan import dengan negara lain
untuk memaksimumkan keuntungan.

4. Nyatakan ciri-ciri barang berikut :


(a) Barang percuma (2 markah)
Penawarannya tidak terhad dan boleh didapati secara percuma tanpa
perlu mengorbankan barang lain.Selain itu, ditawarkan oleh alam
semulajadi anugerah Tuhan dan tidak mempunyai kos lepas. Contohnya
udara dan cahaya matahari.

(b) Barang ekonomi (2 markah)


Penawarannya terhad serta mempunyai harga dan kos lepas.
Contohnya, makanan, pakaian dan rumah.
SOALAN ESEI

1. Nyatakan sumber-sumber ekonomi. Jelaskan. (10 markah)


Sumber ekonomi yang pertama ialah tanah.Tanah merupakan sumber
asli atau anugerah alam yang terdapat di permukaan bumi dan dalam
perut bumi serta kuantiti penawaran tanah adalah tetap. Nilai tanah
berbeza-beza mengikut kualiti dan lokasi serta pulangan atau ganjaran
kepada penggunaan tanah ialah sewa. Selain itu,sumber ekonomi yang
kedua ialah buruh.
Merupakan sumbangan individu secara mental dan fizikal dalam proses
pengeluaran serta dibahagikan kepada buruh mahir dan buruh tidak
mahir. Selain itu, pulangan atau ganjaran bagi buruh ialah upah atau gaji.
Seterusnya,modal. Merupakan sumber ekonomi yang dicpta oleh
manusia untuk membantu firma mengeluarkan barang dan
perkhidmatan dan meliputi peralatan, mesin, jentera, bahan mentah dan
pengangkutan.
Pulangan atau ganjaran bagi modal ialah bunga faedah, atau dividen
dalam ekonomi Islam dan pembelian barang modal dikenali sebagai
pelaburan atau pembentukan modal kasar.Di samping itu,
pengusaha(usahawan). Individu yang bertanggungjawab untuk
menggabungkan sumber ekonomi yang lain untuk mengeluarkan
barang/perkhidmatan. Selain itu, usahawan sanggup menanggung risiko
serta menggunakan kemahiran, kebolehan dan pengalaman untuk
menguruskan firma bagi mendapatkan keuntungan.
2. “Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi tidak
mencukupi kerana sumber yang terhad” Bincangkan.(10 markah)

Kekurangan sumber menyebabkan timbul masalah kekurangan


barang di dalam ekonomi iaitu sumber yang terhad. Pengeluar
menghadapi masalah kekurangan faktor-faktor pengeluaran. Oleh
itu,pengeluar akan menghadapi masalah kekurangan pilihan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan serta pengguna menghadapi
masalah kekurangan sumber kewangan. Oleh itu, pengguna tidak akan
dapat memenuhi semua kehendak mereka yang tidak terbatas.
Selain itu, timbul masalah pilihan. Pengeluar haruslah memilih
untuk mengeluarkan barang A atau barang B untuk capai matlamat
memaksimumkan keuntungan. Semakin banyak barang A dikeluarkan,
semakin sedikit barang B yang dapat dikeluarkan. Oleh itu,pengguna
haruslah membuat pilihan dengan mengutamakan barang yang penting
dahulu dan mengurangkan penggunaan barang yang kurang penting bagi
mencapai kepuasan yang maksimum.
Seterusnya, kos lepas. Pilihan yang dibuat akan menimbulkan kos
lepas. Jika pengeluar atau pengguna memilih pengeluaran atau
penggunaan barang A, maka pengeluar atau pengguna haruslah
melepaskan pengeluaran atau penggunaan barang B.

3. Bagaimanakah wujudnya perbezaan antara barang berikut :

(a) Barang awam dengan barang persendirian (5 markah)

Barang awam ialah barang yang apabila ditawarkan,barang


tersebut boleh digunakan oleh semua pihak, manakala barang
persendirian ialah barang yang hanya dapat digunakan oleh pemilik
pada satu-satu masa dan faedah penggunaannya tidak dapat
dinikmati oleh orang lain. Selain itu,barang awam tidak tertaluk
kepada prinsip pengecualian, sama ada seseorang membayar atau
tidak tetapi penggunaan barang persendirian tertakluk kepada prinsip
pengecualian, iaitu hanya mereka yang membayar sahaja dapat
memiliki barang tersebut. Contoh barang awam ialah rumah api dan
perkhidmatan bomba, manakala contoh bagi barang persendirian
ialah telefon bimbit dan rumah sendiri.

(b) Barang perantaraan dengan barang akhir (5 markah)

Barang perantaraan ialah barang yang perlu diproses untuk


menjadi barang akhir, manakala barang akhir ialah barang yang dapat
digunakan secara langsung oleh pengguna.Selain itu,tujuan barang
perantaraan ialah input dalam proses pengeluara, manakala barang
akhir bertujuan digunakan terus oleh pengguna serta barang
perantaraan tidak dapat memuaskan kepuasan pengguna, manakala
barang akhir dapat memuaskan kepuasan pengguna.Contoh
barang perantaraan ialah besi yang merupakan barang perantaraan
untuk membuat kereta, manakala contoh barang akhir ialah kereta
dan kipas angin.

(c) Barang percuma dengan barang ekonomi. (5 markah)

Barang percuma ialah barang anugerah alam/Tuhan yang tidak


melibatkan kos, manakala barang ekonomi dikeluarkan oleh pihak
swasta yang melibatkan kos pengeluaran.Selain itu, Penawaran
barang percuma tidak terhad tetapi bagi barang ekonomi
penawarannya terhad.Contoh barang percuma ialah udara dan air,
manakala contoh bagi barang ekonomi ialah kereta dan rumah.

You might also like