Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SERI DAMAI Kod Sekolah: CEA4085

1. Nama Guru AZLINA BINTI AB JALIL

2. Judul UTHMAN AFFAN 3. Bidang: NOVEL ISLAMI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Uthman bin Affan (Arab: ‫ )عثمان بن عفان‬merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam mengenai cara
bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan
penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat
orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali
sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi
menggantikan salinan-salinan yang lain.

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644.
Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa
pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi
sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik
saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya aman
manakala enam tahun terakhir pula keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-
Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh
Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan.
Semasa di Madinah membeli telaga air dari Yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan
masyarakat islam

Jasa & sumbangan khalifah uthman bin affan untuk islam.


1. Mendermakan sebanyak 300 ekor unta & 10,000 dinar untuk kegunaan tentera islam
dalam peperangan tabuk.
2. Membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.
3. Menubuhkan angkatan tentera laut.
4. Menjadi utusan Rasulullah S.A.W dalam perjanjian hudaibiah.
5. Menyumbangkan banyak harta dijalan allah.
6. Memperkenalkan sistem protokol.
7. Membentuk masyarakat yang mantap ekonominya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Beliau dikatakan memiliki wajah yang kacak dan lemah lembut dalam
percakapannya, walaupun ketika bercakap dengan musuh. Beliau juga merupakan
seorang yang penyabar dan berhemah tinggi.
2. Sepanjang hayat beliau, Saidina Uthman bin Affan banyak melakukan amal
kebajikan. Beliau turut mengorbankan harta dan tenaganya untuk perkembangan
Islam. Selain daripada itu, beliau juga sanggup berhijrah ke Habsyah dengan
meninggalkan keluarga dan tanah air, kerana patuh kepada ALLAH S.W.T dan
Rasulullah S.A.W.
3. Beliau juga disifatkan sebagai seorang yang zuhud dengan sikap dermawan yang
tinggi kerana mencintai akhirat lebih daripada duniawi. Menurut sejarah, Saidina
Uthman bin Affan pernah menyumbang dan menanggung sepertiga daripada
pembiayaan dan dana perang seperti pebelanjaan 10,000 tentera, 1,000 ekor unta,
50 ekor kuda dan 1,000 dinar bagi mempertingkatkan kualiti kelengkapan angkatan
perang umat Islam.
4. Saidina Uthman sentiasa menghabiskan waktunya dengan menyaikan dakwah Islam
kepada tawanan perang. Oleh kerana itu, jumlah mereka yang memeluk agama
Islam semakin bertambah .
5. Beliau sangat terkenal dengan sikap dermawan dan pemurah. Dikatakan bahawa
beliau telah membeli telaga “Raumah” dengan harga 35,000 dan
menyumbangkannya untuk kegunaan orang ramai. Selain daripada itu, beliau juga
dikatakan sering membebaskan dan memerdekakan hamba abdi pada setiap hari
Jumaat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Seorang pemimpin perlu ada nilai hikmah dan bertolak ansur dengan orang yang
dipimpin.
2. Sifat pemurah dan dermawan perlu dijadikan contoh untuk membangunkan organisasi.
3. Pemimpin dan pekerja perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam tugasan yang
diamanahkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AZLINA BINTI AB JALIL) ( )

You might also like