Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

Bagaimanakah guru memainkan peranan mereka dalam merealisasikan


aspirasi sistem pendidikan di PPPM?

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah


negara ke arah kemajuan ekonomi dan melahirkan individu yang berpengetahuan.
Pada 6 September 2013, kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 di mana pelan ini mempunyai lima sistem
pendidikan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara iaitu akses kepada
pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan
sistem.

i. Akses

Apirasi yang pertama bagi sistem pendidikan Malaysia ialah akses. Sekolah
memainkan peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses
pendidikan berkualiti yang sama tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar
belakang murid bagi membolehkan murid memperkembangkan potensi masing-
masing. Berdasarkan prinsip pendidikan untuk semua, guru perlu memastikan setiap
murid memenuhi standard minimum dalam mata pelajaran teras iaitu lulus dalam
mata pelajaranBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5. Oleh itu, guru perlu
memiliki pengetahuan yang kualiti. Guru perlu membaca, memahami dan mengingat
isi pelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
betul. Oleh itu, guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi
dan pakar dalam bidang mata pelajaran mereka.

ii. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua bagi sistem pendidikan ialah kualiti standard antarabangsa yang
tinggi. Guru perlu memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat diri sendiri.
Guru perlu mempertingkatkan ilmu dan kualiti diri dari masa ke semasa agar dapat
menyampaikan maklumat yang berkualiti kepada murid-murid dan secara tidak
langsung menjadikan murid mampu bersaing dengan murid negara maju di
peringkat antarabangsa. Guru juga beperanan sebagai fasilitator dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membimbing murid dan meransang
pemikiran murid untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti
aplikasi, penaakulan dan penyelesaian masalah, terutama subjek dalam sains dan
matematik. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE juga digalakkan semasa sesi PDP.
Ini kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses
pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

iii. Ekuiti Untuk Semua Murid

Aspirasi ketiga bagi sistem pendidikan Malaysia ialah ekuiti. Setiap kanak-kanak
mempunyai kesamarataan peluang pendidikan tanpa mengira etnik, tempat atau
latar belakang sosioekonomi. Guru perlu memberi peluang kepada setiap murid
supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan. Di dalam bilik
darjah, guru perlu menerima setiap murid yang mempunyai pelbagai latar belakang
dan sosioekonomi di sekolah tanpa syarat. Guru juga perlu memastikan semua
murid mendapat hak dan ekuiti yang sama dalam pembelajaran mereka.

iv. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Aspirasi keempat bagi sistem pendidikan Malaysia ialah perpaduan. Perpaduan


amat penting dalam sesebuah negara untuk mewujudkan keamanan dan
keharmonian negara. Perpaduan perlu dididik kepada kanak-kanak sejak kecil.
Dengan itu, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dengan memberikan peluang
kepada murid-murid berinteraksi antara satu sama lain di dalam bilik darjah. Sebagai
contoh, guru boleh membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Melalui aktiviti kumpulan, murid dapat menerapkan nilai-nilai murni
seperti bekerjasama dan tolenransi antara satu sama lain.

v. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi bagi sistem pendidikan yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan
menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor
pendidikan. Oleh itu, guru perlu bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang
ada secara cekap dan berkesan. Ini seterusnya akan memberi impak yang positif
dan memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid perlu dimaksimumkan
untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

You might also like