Skema Jawapan Obt Psikologi Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Implikasi Perkembangan Fizikal Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kelas

1. Guru boleh rancang dan laksanakan aktiviti seperti kaunseling yang dapat membantu
remaja menerima diri, rupa dan bentuk badannya.
2. Guru menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya
tahan.
3. Remaja diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan,
senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti negatif
4. Guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem
pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku
dalam diri mereka.
5. Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remaja berbincang dan bertanya
tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka.

Implikasi Peringkat Perkembangan Individu Terhadap Pdp Termasuk Individu


Berkeperluan Khas

 Perbezaan gaya berfikir


 Objektif pdp
 Kesediaan belajar
 Gangguan pdp
 Kadar kecerdasan
 Latar belakang kehidupan
 Kebolehan fizikal
 Perbezaan social
 Perbezaan emosi
Kesan Perbezaan Individu
a. Kesediaan Belajar
Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan kecerdasan.
Membantu pelajar yang lemah.
b. Objektif P&P
Guru perlu merangka objektif P&P sesuai dengan kebolehan yang pelbagai murid di
dalam kelas.
c. Tingkah Laku Menggangu Pembelajaran
Pelajar bermasalah dalam P&P sering menggangu perhatian murid lain semasa
pembelajaran. Ada juga murid tingkah laku yang proaktif dipanggil menggangu
yang positif.
d. Perbezaan Gaya Kognitif Dan Gaya Belajar
Setiap murid mempunyai gaya belajar yang besar seperti visual, audio dan
kinestatik. Proses maklumat secara global dan analitikal.
e. Perbezaan Personaliti
Perbezaan personaliti murid seperti:
 pintar : pendiam , rajin , buat kerja dan mengikut arahan, kawan dalam
kelompok
 aktif: bising, banyak bertanya, ramai kawan, adakalanya kemahuan belajar
bergantung mood.
Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Indiividu

 Kaedah Kumpulan
o Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza keupayaan guru menyediakan
latihan serta bahan sumber pembelajaran.
 Program Pengayaan Dan Pemulihan
o Aktiviti ini dijalankan selepas P&P
 Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia
o Perisian e-learning dalam komputer bersesuaian dengan kebolehan murid.
 Pengajaran Dan Pembelajaran Individu
o Bimbingan individu kepada pelajar yang lemah
 Mempelbagai Bentuk Penilaian
o Guru boleh menilai murid semasa aktiviti P&P
 Strategi P&P Haruslah Menarik
o Bahan bantu mengajar yang menarik boleh diransang minda pelajar untuk
berfikir.

Implikasi Kecerdasan Murid Kepada Proses P&P

1. Guru perlu memberi peluang kpada semua pelajar yang berpotensi mengikut
kecerdasan masing2.
2. Guru perlu membina semula kefahaman pelajar2 secara aktif. Guru yang
bertanggungjawab membentuk pelajar,sesuai dengan kecerdasan yang dimiliki.
3. Guru perlu merancang aktiviti yang berguna serta relevan yang dapat bantu proses
P&P.

Gaya pembelajaran ialah pendekatan individu kpada cara belajar.

Strategi Pengajaran Pelajar Impulsif (respon cepat tapi banyak jawapan tak tepat)

 Perlu diperkenalkan dengan pengajaran kendiri (self instruction).


 Guru perlu bimbing pelajar merancang cara membuat latihan dan menyemak sendiri
jawapan.
 Jika terdapat kesilapan, dia dikehendaki membuat pembetulan sendiri.
 Bandingkan hasil kerjanya dengan hasil kerja pelajar lain yang dibuat dengan lebih
baik dan teliti supaya dia menyedari kesilapannya.
Strategi Pengajaran Pelajar Relektif (lambat, jawapan banyak tepat, suka analisis diri)

 Guru harus dedahkan maklumat yang tepat dan terperinci tentang tajuk pelajaran
untuk elakkan pelajar membuang masa mencari jawapan yang tepat kpada soalan
latihan.
 Pelajar perlu diberi kemudahan buku, majalah, pita video dll
 Sekiranya guru dan pelajar mempunyai gaya kognitif yang sama, pencapaian
akademik pelajar adalah lebih baik.
 Guru perlu tahu gaya kognitif pelajar dan cuba merancang pengajaran dan bahan
bantu mengajar yang dapat memenuhi kehendak gaya kognitif pelajar

Implikasi Perbezaan Individu Kepada P & P

1. Kesediaan belajar
a. Tahap kecerdasan yang berbeza akan menyebabkan kesediaan belajar yang
berbeza
b. Bimbingan perlu diberi kpada pelajar lambat agar tiada pelajar yang tercicir
2. Objektif P & P
a. Objektif mesti bersesuaian dengan pelajar
b. Aktiviti dan latihan yang mengikut tahap keupayaan pelajar-kumpulan yang
berbeza keupayaan
c. Tujuan- pelajar cerdas tidak bosan, pelajar lambat tidak ketinggalan
3. Tingkah Laku (TL) menganggu pembelajaran
a. Objektif mesti bersesuaian dengan pelajar
b. Aktiviti dan latihan yang mengikut tahap keupayaan pelajar-kumpulan yang
berbeza keupayaan
c. Tujuan- pelajar cerdas tidak bosan, pelajar lambat tidak ketinggalan
4. Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar
a. Gaya pembelajaran
b. Gaya kognitif
c. Cth Visual, Auditori, Kinestetik
5. Perbezaan personaliti
a. Personaliti yang berbeza spt pintar tetapi pendiam atau ramai kawan,
peramah dan ramai kawan, pendiam dan bersendirian, berfikiran terbuka dan
berkerjasama dan suka menolong orang lain. Ada juga yang suka membuat
kerja secara sendirian dan memandang rendah pada keupayaan orang lain.
Ini menimbulkan perbezaan.

Faktor Mempengaruhi Konsep Kendiri

1. Baka
 Bentuk badan
 Kecerdasan
 Penyakit
 Genetik

2. Persekitaran
 Pengaruh sekolah
 Pengaruh keluarga
 Rakan sebaya
 Masyarakat
 Media /teknologi
 Pengalaman awal

Implikasi Personaliti Dan Konsep Kendiri Terhadap Pdp Termasuk Individu Keperluan
Khas

1. Memberi bimbingan berstruktur dgn membetulkan kesilapan mereka tanpa hina &
cerca
2. Memupuk nilai – nilai yang baik bagi meningkatkan konsep kendiri
3. Menggalakkan interaksi yang baik dalam kalangan rakan sebaya
4. Menerima murid sebagai dirinya dan murid lain menerima rakannya seadanya
5. Memberi dorongan, bantuan dan sokongan
6. Memberi peluang kepadanya untuk memainkan peranan
Berdasarkan penyataan di atas, berikan hujah bagaimana gaya pembelajaran individu
boleh dikaitkan dengan cara seseorang pelajar memahami sesuatu pelajaran yang
dipelajari bagi mencapai tahap kefahaman yang diinginkan.

i. Model Sahsiah

Model sahsiah menerangkan bagaimana pelajar berinteraksi di bilik darjah. Model ini menilai
pengaruh sahsiah dalam pendekatan untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan
maklumat tersebut. Model paling popular ialah model Myers-Briggs Type Indicator yang
teruji kesahan dan kebolehpercayaan. Model ini dikenali ramai untuk mengukur sahsiah,
yang dipelopori Isabel Myers dan Katherine Briggs. Sempena dengan nama mereka
inventori ini dinamakan Myers-Briggs Type Indicator (Myers 1978) berdasarkan teori jenis
psikologi Carl Jung, yang menghuraikan empat pasangan kategori sahsiah untuk memerihal
pelajar, iaitu extraversion-introversion, sensing-intuition, thinking-feeling, dan judging-
perceiving (Hatcher 1999). Setiap jenis sahsiah ini mempunyai orientasi berlainan dalam
mempengaruhi kebolehan dalam pembelajaran dan cara menjalankan tugas pembelajaran.

Seterusnya ialah Model Herman Witkin Field Independence-Dependence. Siasatan


gaya kognitif yang melibatkan pembelajaran bermula dengan ahli falsafah, tetapi minat
dalam topik ini dicetus hasil daripada penyelidikan Witkin (1954). Pengujian penyelidikan
tersebut bermula pada akhir tahun 1940’an, yang dapat mengenal pasti dua gaya
pembelajaran utama, iaitu field dependence dan field independence. Inventori Herman
Witkin (Field Independence-Dependence) merupakan indikator gaya kognitif yang paling
terkenal ketika itu. Dalam teori di sebalik indikator ini, pelajar yang bersifat bergantung
kepada orang lain, lebih memerlukan bimbingan guru dan juga sokongan rakan sebaya.
Manakala pelajar yang berdikari, lebih cenderung memiliki sifat analitikal dan kurang
menghiraukan tekanan rakan sebaya atau pun arahan semasa pengajaran. Untuk
merumuskan model ini, Witkin (CTL Learning Styles Site 1999) mengenal pasti bahawa
kebolehan pelajar untuk menghalusi perkara-perkara secara terperinci daripada konteks
pengetahuan, merupakan indikator penting tentang bagaimana pelajar itu mendekati dan
mentafsir kehidupan harian.

ii. Model Pemprosesan Maklumat


Model pemprosesan maklumat ialah pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh individu
untuk percambahan maklumat. Kategori model gaya pembelajaran ini menghuraikan proses
bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan digunakan. Antaranya Model Kolb
“Learning Style Inventory” (LSI) yang dipelopori Kolb (1976, 1984) serta Kolb dan Whishaw
(1985) berasaskan Teori Pembelajaran Pengalaman Kolb (Experiential Learning Theory)
dan teori Kurt Lewin dan Carl Jung (Kolb 1984). David Kolb membentuk dan membina
semula teori ini dan menghasilkan LSI semenjak tahun 1970’an. Model ini menekankan
kepada bagaimana individu menanggap atau mengamati dalam proses pembelajaran. Ia
juga menekankan kepada bagaimana maklumat itu diproses. LSI terdiri daripada tret
kognitif, yang dikelaskan sebagai gaya pembelajaran kerana diterbitkan daripada teori
pembelajaran. Selain Lewin, asal usul LSI ini telah dikaitkan dengan pengaruh John Dewey
dan Jean Piaget (Kolb 1984).

Seterusnya Model Gaya Pembelajaran Felder. Felder merupakan penyelidik utama


yang mengkaji gaya pembelajaran, pertama bersama Solomon (Felder & Solomon 1970)
dan kajian yang sama diteruskan lagi bersama dengan Silverman (Felder & Silverman 1988)
dengan sedikit perubahan. Model Index of Learning Style Questionnaire Felder dan
Solomon (1970) mengenal pasti empat dimensi gaya pembelajaran yang diterbitkan
daripada Index of Learning Style Questionnaire. Empat dimensi itu ialah input (visual atau
verbal), pemprosesan (aktif atau reflektif), pengamatan (kepekaan atau intuisi) dan
kefahaman (sequential atau global). Jadual 4.1 berikut meringkaskan maksud dimensi
tersebut.
iv. Model Medium Pembelajaran Yang Disukai

Model ini menumpukan kepada medium pembelajaran yang dipilih pelajar. Model ini
digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan. Terdapat beberapa
model yang dibincangkan. Model yang paling popular ialah model VAK yang banyak
digunakan dalam kajian ini.

a ) Model VAK

Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik.
Ketiga-tiga gaya pembelajaran ini akan digunakan dalam kajian ini.

i) Gaya Pembelajaran Visual : Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik
dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan
komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi
pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan
seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Murid
“visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati
sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984).

ii) Gaya Pembelajaran Auditori: Dalam gaya pembelajaran ini, murid “auditori” belajar
dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati
penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama
apabila mempelajari sesuatu yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan
mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru
(Murdoch Teacher Center, 1984).

iii) Gaya Pembelajaran Kinestetik: Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik” belajar
dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik
darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui
hands-on. (Murdoch Teacher Center, 1984).

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan peranan guru berkesan dalam


membentuk personaliti dan konsep kendiri pelajar bagi mencapai kesan positif dalam
pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Berikut merupakan 9 langkah untuk mencapai konsep kendiri yang positif.

1) Membina suatu kemahiran. Setiap orang mempunyai potensi dalam sesuatu bidang,
sekiranya kita telah mahir atau minat dalam sesuatu bidang misalnya dalam bidang muzik
atau sukan. Kita boleh memberi fokus terhadap kemahiran yang ingin dibina. Jika kita telah
mahir dalam sesuatu bidang dan pencapaian adalah baik. Ini merupakan satu kelebihan
yang ada pada dirinya, dan kelebihan ini dapat meningkatkan keyakinan diri.

2) Belajar untuk menerima diri seperti mana diri sekarang Kita perlu belajar menerima diri
seperti mana diri sekarang sama ada dari segi fizikal, mental, status sosial ekonomi,
jawatan, kelebihan, kelemahan dan sebagainya tanpa terlalu ingin menjadi seperti orang lain
atau membandingkan dengan orang lain. Elak memikirkan pencapaian diri atau perkara-
perkara yang lepas kerana yang lepas pun telah pun berlalu. Apa yang penting ialah fokus
sekarang dan masa depan.

3)Memerhati orang yang mempunyai harga diri yang tinggi Melalui pemerhatian terhadap
orang-orang yang mempunyai harga diri yang tinggi, kita dapat melihat cara-cara mereka
berkomunikasi dengan orang lain, berhadapan dengan respons negatif, cara bertutur,
duduk, jalan, memandang orang apabila bercakap, cara melakukan kerja dan sebagainya.
Kita boleh belajar kelebihan yang ada pada orang yang harga dirinya tinggi, tetapi kita tidak
perlu serupa dengan mereka sehinggalah menghilangkan identiti sendiri. Kehilangan identiti
diri seseorang boleh memusnahkan harga diri seseorang.

4) Membaca bibliografi orang yang kita kagumi atau menonton video yang berkaitan dengan
orang yang berjaya atau terkemuka Baca biografi atau tonton video yang menceritakan latar
belakang, pendidikan, cara hidup, pencapaian, kejayaan, kegagalan dan lain-lain yang
berkaitan tentang seseorang tersebut. Dari biografi atau video orang yang berjaya, kita
dapat memperoleh petua-petua bagaimana untuk menghadapi masalah, bagaimana cara
untuk menyelesaikan konflik, bagaimanakah mereka bangkit dari kegagalan. Kita cuba
meletakkan diri dalam situasi yang dialami oleh mereka, bayangkan bagaimana mereka
beroleh kejayaan. Ini merupakan satu latihan mental yang baik untuk pembinaan konsep
kendiri.

5) Menyenaraikan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri Bertanya kepada kawan, ahli
keluarga atau orang-orang yang signifikan untuk membantu kita menyenaraikan kelebihan-
kelebihan yang ada pada kita. Ini kerana orang lain selalu melihat kelebihan-kelebihan yang
ada pada diri kita dengan lebih jelas jika dibandingkan dengan kita melihat diri sendiri.
Dengan senarai kelebihan diri yang ada, kita dapat lebih memahami diri dan dapat lebih
menerima diri dan menghargai kelebihan diri.

6) Berhenti dari berlengah-lengah Kebanyakan orang suka menangguhkan, melengahkan


kerja, sikap berlengahlengah ini akan merosakkan harga diri. Ini kerana apabila kerja
ditangguhkan, kita tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan, apabila gagal mencapai
matlamat, keupayaan kita dipersoalkan, ini akan menyebabkan harga diri menjadi rendah.
Sebaliknya, kejayaan dalam menghabiskan sesuatu kerja akan memberi kita kepuasan.
Kepuasan diri ini adalah penting dalam pembinaan konsep kendiri.

7) Mencari seorang mentor Mentor merupakan seorang yang akan berkongsi pengalaman
bersama dengan kita. Mentoring melibatkan 2 orang di mana kedua-dua orang dapat
berkomunikasi dengan baik. Seorang berperanan sebagai pengajar manakala seorang lagi
berperanan sebagai pelajar. Ini merupakan satu cara yang baik dalam pembentukan konsep
kendiri yang positif. Selain itu, terdapat satu cara lagi iaitu role model. Role model
merupakan seorang yang boleh dijadikan teladan bagi kita, ia dapat membantu kita
walaupun kitalah yang melakukan segala kerja. Dalam proses pembelajaran dengan mentor
dan role model, perlu diingati bahawa jangan menghilangkan identiti diri dan jangan
terpengaruh oleh kebiasaan mereka. Di samping itu, elakkan daripada terlalu bergantung
pada mereka, kita perlu berjaya dengan usaha diri sendiri.

8) Menggunakan positif pertuturan kendiri Positif pertuturan kendiri bermakna memberitahu


diri sendiri bahawa kita adalah O.K dan kita dapat melakukan sesuatu dengan baik. Apabila
menggunakan positif pertuturan kendiri, jangan menggunakan ayat seperti "saya ingin
berjaya" tetapi ubah menjadi "saya ingin berjaya dalam kejohanan ping-ponga’ atau bertukar
kepada matlamat yang spesifik yang ingin dicapai. Dengan kata lain, positif pertuturan
kendiri perlu dinyatakan dengan lebih spesifik dan bukannya secara umum. Di samping itu,
apa yang dikatakan perlu untuk masa ini dan bukannya untuk dahulu atau pada masa yang
akan datang. Ahli psikologi menyatakan positif pertuturan kendiri ini sebagai pencapaian
ramalan kendiri dan juga merujuk kepada kuasa cadangan kendiri.Ini bermakna apabila
berpegang kuat pada apa yang kita percayai,ia akan bertukar menjadi realiti. Apabila kita
berjaya untuk melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan harga diri, kita patut memberi
ganjaran kepada diri sendiri sebagai satu galakan dan peneguhan. Penilaian terhadap diri
adalah penting kerana tiada penilaian lain yang lebih bermakna selain penilaian diri.

9) Berhati-hati daripada kesan Pymalion Kesan Pymalion digunakan oleh Profesor Robert
Rosenthal dari Harvard University. Kesan Pygmalion merujuk kepada satu kecenderungan
yang membenarkan komunikasi orang lain mempengaruhi tingkah laku kita. Misalnya kalau
seorang guru memberitahu seorang pelajar bahawa :" Kamu bodoh ", " kamu akan gagal",
ini akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pelajar tersebut dan akhirnya pelajar itu
betulbetul gagal. Walau bagaimanapun,sekiranya seseorang mempunyai harga diri yang
tinggi, dia kurang dipengaruhi oleh kata-kata negatif orang lain.

You might also like