Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGENALAN KELAB

Saya Muhammad Khairi Suffian bin Khaineyusri telah dilantik sebagai pengurus sebuah
kelab futsal dan dibayar gaji RM 2 500 sebulan untuk menguruskan operasi dan kewangan
kelab. Kelab Futsal Pianacho yang beralamat di Lot B16-B18, Jalan Gambang 10, Bandar
Gambang, 26300 Kuantan, Pahang ini telah beroperasi sejak 1 Mac 2018 dengan menyewa
premis di kawasan berhampiran saya. Kelab ini mempunyai tiga buah gelanggang yang boleh
digunakan oleh ahli dan komuniti.

Pada 1 Mac 2020, kelab ini mempunyai 200 ahli yang dikenakan yuran bulanan RM20
seorang. Ahli baharu dikenakan yuran masuk RM50 dan yuran bulanan semasa pendaftaran.
Polisi kelab menetapkan yuran masuk sebagai pendapatan modal. Semua ahli kelab diberi
keistimewaan menggunakan kemudahan gelanggang pada hari Rabu secara percuma.

Operasi kelab dibantu oleh enam orang pekerja dengan gaji seperti berikut :

Bi
Nama Pekerja Jawatan Gaji
l
1 Muhammad Khairi Suffian Pengurus RM2500
2 Nur Khairunnisa Sofea Pembantu kaunter RM1100
3 Muhammad Khairell Safuan Pembantu kaunter RM1100
4 Nur Khadeeja Qaisara Pekerja am RM800
5 Nur Nabilah Airina Pekerja am RM800
6 Muhammad Ghaffar Pembantu kiosk RM5/jam
7 Syeikh Nur Kamarul Pembantu kiosk RM5/jam

Kelab Futsal Pianacho juga mengusahakan sebuah kio

sk yang beroperasi dari jam 08:00 pagi hingga 12:00 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan
Ahad. Kiosk ini menjual pelbagai jenis minuman dan bar coklat. Operasi kiosk dibantu oleh
dua orang pembantu yang bekerja mengikut syif selama lapan jam sehari. Upah pembantu
kiosk akan dibayar dua kali sebulan.

Sebab-sebab saya memilih kelab ini kerana :

i. Kawasan yang dipilih masih belum mempunyai kelab futsal


ii. Terdapat banyak pembukaan kawasan perumahan penduduk yang baru berpindah
masuk ke kawasan ini
iii. Mempunyai permintaan yang tinggi untuk sukan futsal dalam kalangan penduduk
setempat

Saya memilih kelab ini kerana terdapat beberapa kelebihan iaitu :

i. Kelab futsal ini dapat menjana keuntungan kerana permintaan penggunaan yang
tinggi
ii. Kelab futsal saya adalah yang pertama ditubuhkan di situ
iii. Dapat memenuhi permintaan remaja dan dewasa untuk bermain futsal

Antara risiko yang mungkin kelab saya hadapi ialah :

i. Kerosakan lantai gelanggang dan lampu


ii. Vandalisme ke atas kemudahan seperti kerusi penonton
iii. Persaingan sekiranya ada pembukaan kelab futsal yang baru

You might also like