Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

BOLA BALING

Sejarah

Permainan bola baling yang berasal dari Eropah adalah modifikasi


permainan Czeska Hasenka di Republik Czech, Handbold di Denmark, Korball
dan Roffbold di Jerman. Heizer yang dari Jerman memperkenalkan permainan
bola baling. Permainan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1932 di
Sukan Olimpik Berlin.

Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1977.


Negeri yang pertama menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik ialah negeri
Selangor, iaitu pada tahun 1981. Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia
ditubuhkan tiga tahun selepasnya. Hasil daripada penubuhan organisasi ini,
permainan bola baling mula berkembang ke seluruh negara dan dipertandingkan
ke peringkat kebangsaan.

Pemain Bola Baling

Bola baling dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat
umur. Permainan ini ialah permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang
pemain bola baling dengan 7 orang pemain dalam satu pasukan.
Ukuran Gelanggang Bola Baling

Kemahiran Bola Baling

Kemahiran Hantaran

Hantaran ialah kemahiran asas permainan bola baling. Pemain bola baling
menggunakan sekurang-kurangnya tujuh kemahiran asas hantaran.

1. Hantaran Atas Kepala

Hantaran atas kepala ialah hantaran tinggi dan jauh. Jenis hantaran ini
sukar dipintas sekat oleh pihak lawan. Latihan kemahiran untuk hantaran
jenis ini ialah:

 Tegakkan kedudukan badan, dengan kedua-dua belah kaki


dijarakkan.
 Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil
fleksikan siku.
 Ayun tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan
melintasi kepala.
 Lepaskan bola dan ikut lajak.

2. Hantaran Lantun
Hantaran lantun digunakan untuk mengelirukan pihak lawan dengan
membuat hantaran secara mengejut. Latihan kemahiran untuk hantaran
jenis ini ialah:
 Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
 Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras dada.
 Mata sentiasa mamandang arah sasaran bola.
 Tolak bola ke bawah untuk melantun ke hadapan atau sisi.
3. Hantaran Lompat
Hantaran ini biasanya digunakan oleh pemain untuk menjaringkan gol
atau mengelirukan pihak lawan. Latihan kemahiran untuk hantaran jenis
ini ialah:
 Berlari beberapa langkah dan melonjak dengan sebelah kaki
sambil memegang bola.
 Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan membuat rotasi di
bahagian pinggang.
 Mendarat sambil badan dibongkokkan untuk menyerap daya.

4. Hantaran Aras Dada


Hantaran aras dada digunakan untuk hantaran jarak dekat tetapi pantas.
Hantaran ini akan lebih berkesan apabila dilakukan oleh dua pemain yang
membuat larian pecut dalam serangan. Latihan kemahiran untuk hantaran
jenis ini ialah:
 Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
 Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan rapat pada paras
dada dengan cara mencekaknya dan siku difleksikan.
 Tolak bola ke hadapan sambil tangan diluruskan.
Kemahiran Menangkap

Kemahiran menangkap bola boleh dilakukan sama ada dengan kedua-dua belah
tangan atau sebelah tangan dari pelbagai aras. Tujuan menangkap bola adalah
untuk mengawal dan menguasai permainan.

1. Menangkap Bola dengan Kedua-dua Belah Tangan


 Kedudukan badan dalam keadaan bersedia.
 Kedua-dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan ke arah bola.
 Sentiasa memandang arah atau laluan bola.
 Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk serap daya.
 Imbangkan kedudukan badan.
Kemahiran Mengelecek dengan Bola

Mengelecek adalah kaki pada pelbagai arah sambil melantun. Tujuan


mengelecek dilakukan adalah supaya membolehkan pemain bergerak dengan
bola dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk melepasi pihak lawan.
Latihan kemahiran ini melibatkan:

 Lantunkan bola dengan jari dibuka ( bukan dengan tapak tangan) pada
paras pinggang.
 Badan dicondongkan sedikit hadapan.
 Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan.

Kemahiran Mengacah

Mengacah merupakan pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha


mendapatkan peluang menyerang pasukan lawan. Kemahiran mengacah seperti
pergerakan menukar arah secara tiba-tiba semasa mengelecek bola, memusing
dan memintas. Terdapat dua cara mengacah iaitu mengacah tanpa bola dan
mengacah dengan bola. Mengacah tanpa bola biasanya digunakan untuk
melepaskan diri daripada kawalan pihak lawan. Manakala mengacah dengan
bola adalah untuk meneruskan serangan. Latihan kemahiran yang perlu diikuti
adalah seperti:

 Rendahkan kedudukan badan.


 Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu untuk mendapatkan kestabilan
pergerakan.
 Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri mengikut pergerakan.
 Tangan diayunkan mengikut pergerakan kaki.
 Tukar arah pergerakan dengan pantas apabila bersedia untuk
melepaskan diri.
 Gunakan kekuatan bahagian kaki dan kelenturan badan untuk mengacah.

a) Mengacah tanpa bola

b) Mengacah dengan bola


Kemahiran Mengadang

Mengadang merupakan kemahiran yang mengawal pergerakan pihak lawan


daripada menyerang. Mengadang adalah untuk melambatkan pergerakan dan
mengehadkan ruang serangan pihak lawan. Latihan kemahiran mangadang
adalah seperti:

 Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi.


 Kedudukan badan seimbang.
 Mata sentiasa mengawasi pergerakan lawan.
 Bergerak mengikut arah pergerakan lawan.

Kemahiran Menjaring

Kemahiran menjaring gol bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang.


Tujuan kemahiran ini adalah untuk mendapatkan mata kemenangan. Variasi
menjaring adalah seperti jaringan dari atas kepala, jaringan dari bawah lengan,
jaringan lompat dan jaringan junam.
1. Jaringan Lompat
Jaringan lompat ialah menghantar bola ke gawang sambil melompat.
Latihan kemahiran yang perlu dilakukan adalah seperti:
 Bergerak dua langkah ke hadapan sambil memegang bola dengan
sebelah tangan.
 Pada langkah terakhir, lonjak tinggi ke hadapan sambil merejam
bola ke gawang.
 Mnedarat dengan kedua-dua belah kaki sambil merendahkan
badan untuk menyerap daya.

2. Jaringan Junam
Jaringan junam dikenali sebagai jaringan jatuh kerana penjaring akan
menjatuhkan badannya sebaik sahaja membuat rejaman. Tujuan jaringan
junam adalah untuk mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir
dengan gol serta mengelirukan penjaga gol. Latihan kemahiran adalah
seperti berikut:
 Gunakan kuasa pada sebelah kaki sambil memegang bola dengan
sebelah tangan.
 Lonjak ke udara, lemparkan badan ke dalam kawasan gol.
 Lepaskan bola untuk jaringan sebelum badan mececah tanah.
 Mendarat dengan menyerap daya di bahagian sisi atas badan dan
ikut lajak dengan menggulingkan badan.

Kemahiran Menjaga Gol

Penjaga gol merupakan harapan terakhir pasukan bagi menghalang jaringan


pihak lawan. Posisi ini juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan yang
terakhir bagi sesuatu pasukan yang sedang menjalankan pertandingan. Tujuan
menguasai kemahiran ini adalah untuk menyekat bola daripada memasuki
gawang. Penjaga gol hendaklah mempunyai kemahiran menangkap bola,
menahan bola, manampan bola dan menjatuhkan badan.

Ciri- ciri penjaga gol yang baik:

I. Boleh bertindak balas dengan cekap.


II. Koordinasi mata dan tangan yang pantas.
III. Mempunyai tahap kelenturan badan yang tinggi.
IV. Dapat membaca pergerakan pihak lawan.
V. Sentiasa tenang dan tidak gopoh.
VI. Bersifat yakin dan berani dalam tindakan.
1. Kemahiran Menampan Bola
Kemahiran manampan bola merupakan tingkah laku menangkis bola
dengan kaki atau tangan. Tujuan kemahiran ini adalah untuk mengawal
serangan pihak lawan yang datang berhadapan dengan penjaga gol.
Sekiranya bola terlalu rendah, penjaga gol hendaklah merebahkan
badannya untuk menampan bola keluar daripada kawasan gol. Latihan
kemahiran adalah seperti:
 Dalam keadaan sedia perhatikan arah bola.
 Tampan bola dengan menggunakan tangan atau kaki.

Undang-undang dan Peraturan

Saiz bola

 Lelaki bawah 18 tahun menggunakan saiz 3.


 Perempuan bawah 18 tahun menggunakan saiz 2.
 Lelaki dan perempuan bawah 12 tahun menggunakan saiz 2.

Jaringan gol

 Gol boleh dijaringkan dari mana-mana sudut atau kawasan permainan.


Masa permainan

 Masa permainan bagi pemain lelaki adalah 25 minit bagi setiap separuh
masa dengan 10 minit rehat di antaranya.
 Masa permainan bagi pemain perempuan adalah 20 minit bagi setiap
separuh masa dengan 10 minit rehat di antaranya.

Pengadil

 Satu perlawanan diadili oleg dua orang pengadil dan dua orang penjaga
masa.

Balingan permulaan

 Bilangan permulaan diambil daripada tengah kawasan permainan.


 Selepas gol dijaringkan, permainan akan dimulakan dengan balingan
permulaan.
 Semua pemain mesti berada di kawasan permainan maisng-maisng
semasa balingan permulaan dilakukan.

Pendaftaran pemain

 Pendaftaran pasukan bola baling hendaklah terdiri daripada 12 orang


pemain iaitu 10 orang pemain gelanggang dan 2 orang penjaga gol
seperti yang tertakluk dalam peraturan Persekutuan Bola Baling Olimpik
Malaysia.

Memainkan bola

Seseorang pemain dalam pasukan dibenarkan untuk:

 Membaling, melontar, menangkap, manahan dan memukul bola dengan


tangan, lengan, paha, lutut atau kepala.
 Memegang bola dengan tidak melebihi 3 saat.
 Melantunkan bola dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam
kawasan permainan.
 Penjaga gol yang keluar dari kawasan gol ketika bermain dikira sebagai
pemain gelanggang.
 Penjaga gol boleh manahan bola dengan keadaan berlutut, duduk atau
berbaring di tanah.
 Penjaga gol boleh menepis bola sekali ke tanah (melantun) dan
menyambutnya semula.

Balingan pengadil

 Pengadil akan membaling bola menegak ke atas tanpa meniupkan wisel


di tempat berlaku gangguan permainan.

Balingan penalti

 Balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas wiel


ditiupkan oleh pengadil gelanggang.

Balingan percuma

 Balingan percuma boleg dibuat serta-merta tanpa mendengar kepada


wisel pengadil.
 Jaringan gol boleh dibuat terus daripada balingan percuma.
 Balingan ke dalam akan diberikan sekiranya bola keluar dari garisan tepi.

Aspek Keselamatan

 Lakukan aktiviti mamanaskan badan secukupnya sebelum memulakan


permainan.
 Memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.
 Penjaga gol memakai baju yang berlengan panjang dan sarung tangan.
 Pastikan alatan dan kawasan adalah selamat.
 Patuhi peraturan dan undang-undang permainan.
 Lakukan aktiviti untuk menyejukan badan setelah menamatkan permainan.

You might also like