Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

DOKUMEN KETETAPAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BARAMBANGON, KUDAT

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0. LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia, aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah , Pejabat
Pelajaran Daerah Kudat serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan
sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau dalam
memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan.

Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang
telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0. OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;


2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kudat.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 1


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

3.0 DASAR

3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem 
dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah  dan Pejabat Pelajaran Daerah Kudat.
3.3. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai
cara yang sah dan beretika mengenai  pendidikan dan kurikulum semasa untuk
mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar
dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai
pelanggan.
3.4. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program
akademik hendaklah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun


mengikut standard piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kudat.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap
dan diedarkan kepada semua ahli dalam   tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail
panitia masing-masing.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh
mesyuarat dijalankan.
4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan
kebenaran guru besar sahaja.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 2


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

5.0 SISTEM FAIL

5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersaiz 2 inci.


5.2. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah.
5.3. Semua fail panitia diletakkan di bilik Panitia, Penolong Kanan Pentadbiran hanya
menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”
5.4. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;
       5.4.1 Fail 1 – Pengurusan : Isikandungan fail ( Indeks, carta organisasi, profil
jawatankuasa (cetak dari Emis) takwim panitia, kewangan perancangan  perbelanjaan,
surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat,  instrumen pencerapan
guru, instrumen pencerapan murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan
perancangan  strategik, taktikal dan operasi, laporan program peningkatan mata pelajaran
5.4.2 Fail 2 – Sukatan Pelajaran terkini, Huraian Sukatan Pelajaran, modul atau
bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN

6.1 Sistem KSSR (Semakan 2017): 


       6.1.1 Mata Pelajaran Teras    :
Tahap 1 Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral,  Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Kesenian.
:Tahap 2 Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral,  Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Kesenian,
Reka Bentuk Dan Teknologi
6.1.2 Mata Pelajaran Tambahan    : Tahap 1 Bahasa Arab/Bahasa Kadazandusun
: Tahap 2 Bahasa Arab/Bahasa Kadazandusun
6.2 Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran semua
guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib sehingga perhimpunan selesai kecuali
atas kebenaran guru besar.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 3


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020
7.0. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN , RANCANGAN
TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU 
PERSEDIAAN MENGAJAR

7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah diperoleh dan disimpan dalam  fail panitia dan oleh setiap guru.
7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31
Januari tahun berkenaan.
7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;
       i) Tajuk/Isi Pelajaran
      ii) Objektif
     iii) Aktiviti
     iv) EMK
    v)Refleksi
7.5. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal.
7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar dan rancangan tahunan 
setiap kali masuk  ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
7.7. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri
kursus, perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahan mengganti
bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.                                                
7.8. Menghabiskan Sukatan ;
i) Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa. 
ii) Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi tahun semasa.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 4


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

8.0. JADUAL WAKTU

8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan
yang berkuatkuasa semasa.
8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum dan  dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
8.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak
termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.

9.0. GURU GANTI


9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru
Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada
papan notis dan Buku Pergerakan Staf.
9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal
digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu.
9.4. Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
9.5. Penyediaan Slip Guru Ganti diberikan kepada guru untuk dikepilkan di dalam
Rancangan Pengajaran Harian dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 5


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020
10.0. WAKTU PERSEKOLAHAN
i.Tahap1 Isnin-Khamis : 07.20 pagi-12.40 tengahari.
       Jumaat         : 07.20 pagi-11.40 pagi.
*Kelas TASMIK masa balik 1.20 petang

ii.Tahap2 
           Isnin,Selasa & Khamis : 07.20 pagi-1.10 tengahari.
Rabu : 07.20 pagi -1.10 petang (Rabu diadakan aktiviti kokurikulum)
           Jumaat : 07.20 pagi-11.40 pagi.
*Kelas TASMIK masa balik 1.50 petang

* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta / pekeliling ikhtisas
yang berkuatkuasa semasa.

11.0. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


11.0.1  Bagi Tahap 1 tiada peperiksaan dilaksanakan, manakala Tahap 2 diadakan 2 kali
Ujian dan 2 kali peperiksaan.
11.0.2  Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki
UPSR mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
11.0.3  Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBD dijalankan sepenuhnya tanpa
gagal dengan menggunakan instrumen  dan borang-borang yang dimuat turun dari laman
web www.bpk.moe.com.my bagi setiap mata pelajaran . Pentaksiran setiap murid disimpan
oleh guru mata pelajaran mengikut kreativiti.

11.1. Format Peperiksaan


11.1.1.  Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
11.1.2.  Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam.
11.1.3.   Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.

11.2. Jadual Pengawasan


11.2.1.  Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
11.2.2. Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 6


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

11.3. Rekod Markah


11.3.1.  Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan Mengajar.
11.3.2.  Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas
talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah atau Pejabat Pelajaran Daerah Keningau. 
11.3.3   Slip keputusan atau Borang PBD dilengkapkan dan diserahkan kepada
semua ibubapa murid bagi Peperiksaan  Semester 1 dan 2. 

11.4. Syarat Lulus


11.4.1  Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ;
          A: 80-100    B: 60-79    C:40-59    D:20-39    E:0-19

11.5. Jadual Spesifikasi Ujian


11.5.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU
mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para murid cemerlang.
11.5.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
11.5.3. Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas
ujian / peperiksaan.
11.5.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / guru Kanan atau Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum dicetak.

 11.6. Post Mortem Untuk Peperiksaan


11.6.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali
keputusan Peperiksaan Semester 1 dan  2 dan Percubaan UPSR.
11.6.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
11.6.3. Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil
tindakan sewajarnya.
11.6.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM
dan Kaunselor Sekolah.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 7


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

 11.7. Pentaksiran Bilik Darjah


11.7.1. Semua guru perlu melaksanakan PBD sepanjang masa proses PdP berlaku.
11.7.2 Guru boleh merekod dan mencatat tahap penguasaan murid di dalam borang transit
sebelum mengisi templat pelaporan yang disediakan oleh KPM sebanyak dua kali setahun
iaitu pertengahan dan akhir tahun.
11.7.2. Kaedah Pentaksiran PBD seperti kuiz, kerja projek,ujian bulanan, peperiksaan
peringkat sekolah boleh digunakan.
11.7.3 Semua guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pasa templet di halaman
Rekod Prestasi Murid dan dijana secara automatic di halaman Laporan Murid (Individu)
untuk cetakan. Tahap penguasaan bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatic di
halaman Graf Pelaporan.

12.0. PEMANTAUAN/PENCERAPAN

12.1. Pengajaran dan Pembelajaran


12.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam
setahun secara rasmi.
12.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan  Penolong-penolong Kanan.
12.1.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.3. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
untuk dicerap.
12.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-
masing.
12.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar. 

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 8


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020
12.2. Pengurusan Panitia
12.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua
Panitia Mata pelajaran berkenaan.
12.2.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
12.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan
diletakkan di bilik Panitia.
12.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan
Pelan Operasi.
12.2.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR
Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira  OTI dan headcount murid.
12.2.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan
bagi tahun berikutnya.
12.2.6. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

12.3. Bilik-bilik Khas


12.3.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
berdasarkan Buku Panduan  Pengurusan Sekolah.
12.3.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;
- Makmal Komputer
- Bilik Sains
- Bilik Muzik
- Bilik PSS
- Bilik SPBT
- Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani
- Bilik Pemulihan Khas
- Bilik Guru
- Pejabat Am
- Bilik JQaf
- Bilik Bimbingan & Kaunseling
-Bilik Disiplin
- Bilik SUP
- Bilik Panitia

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 9


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020
-Dewan Sekolah
- Dewan Mini
- Bilik Kesihatan
- Bilik Kokurikulum
- Bilik TS25
- Bilik Bekalan Susu Sekolah

12.3.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa


mesti disediakan.
12.3.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan
jelas bagi setiap bilik khas.
12.3.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat
dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap  bilik khas itu sendiri.

12.4. Jawatankuasa Pemantauan


12.4.1.   Guru Besar.
12.4.2.   Penolong Kanan Pentadbiran.
12.4.3.   Penolong Kanan HEM.
12.4.4.   Penolong Kanan Ko Kurikulum.

12.5. Penyeliaan Buku Latihan Murid


12.5.1.   Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun
bagi memastikan penyemakan dilakukan secara  konstruktif.
12.5.2.   Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas
yang diajar untuk semakan jawatankuasa.

12.6. Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid


12.6.1.   Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa.
12.7.2.   Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi
mata pelajaran bahasa.
12.7.3.   Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu.
12.7.4.   Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata
pelajaran Sains dalam seminggu.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 10


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020
12.7.5.   Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang
bersesuaian dengan tajuk / unit semasa yang sedang  diajar dalam 1 semester.
12.7.6.   Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains.
12.7.7.   Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
12.7.8.   Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
12.7.09. Minima 5 soalan pemahaman format subjektif dan 10 soalan pelbagai format
bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, Sivik  dan Moral dalam seminggu.
12.7.10.  Minima 2 penghasilan folio bagi 1 tahun untuk mata pelajaran Sejarah dan
Pendidikan Moral.
12.7.11.  Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran Reka Bentuk
Teknologi merangkumi aspek peralatan, urus  niaga, pengurusan dan teori.
12.7.13.  Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Reka
Bentuk Teknologi dan dipamerkan. 
12.7.14.  Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen dalam Pendidikan
Kesenian (Pendidikan Seni  Visual) sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan.
12.7.15.  Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran
Pendidikan Kesenian (Muzik) dalam seminggu.
12.7.16.  Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau
menggunakan buku kerja melalui tatacara yang  dibenarkan sebagai eviden bagi setiap
unit kemahiran yang menunjukkan pencapaian band oleh murid bagi setiap mata  pelajaran
dalam sistem KSSR hendaklah direkodkan dalam Borang Transit PBD untuk
pencapaian yang terbaik bagi tujuan pencerapan.
12.7.17.  Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku dan 1 Borang Transit PBD
yang di simpan oleh guru.
12.7.18.  Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid dan Latihan Murid hendaklah diserahkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
12.7.19.  Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak
susul dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 11


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020
13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

13.1.       Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat


Kewangan Sekolah. 
13.2.       Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya
dengan mengisi Lampiran PK 14/1 bagi  mengemukakan cadangan pembelian buku dan
peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu  sebelum cuti
akhir tahun persekolahan semasa.
13.3.       Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
mesti mengikut  Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
13.4.       10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun.
13.5.       Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa
yang diturunkan.

14.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

14.1.       Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.


14.2.       Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.4.       PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM. 
14.5.       Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan
tujuan pengajaran berfokus dan rujukan  sekiranya telah dirancang di dalam Buku
Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu. 
14.6.       Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan
membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat   atau menonton video
berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal.
14.7.       Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru bahasa.
14.8.       Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa.
14.9.       Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.
14.10.     Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 12


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

15.1.       Semua program utama yang berlangsung dalam PDPc dibuat


berdasarkan keperluan panitia.
15.2.       Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik
yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
15.3.       Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua
Panitia dalam merancang dan melaksana  program akademik.
15.4.       Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan.
15.5.       Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib
bagi penyelarasan Program Akademik.

16.0. PERKEMBANGAN STAF


16.1. Kursus Dalaman
16.1.1.     Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas Kepada
Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan
format minit curai.
16.1.2.     Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan
budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan
penganjur kursus.
16.1.3.     Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk
keperluan sendiri dan guru lain.
16.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
16.2.1.     Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam
LNPT guru.
16.2.2.     Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil
untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
16.2.3.     Lawatan boleh diadakan oleh panitia.
16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus
16.3.1.     Diperbanyak untuk keperluan guru lain.
16.3.2.     Disimpan untuk rujukan panitia

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 13


DOKUMEN KETETAPAN KURIKULUM 2020

17.0. KAJIAN TINDAKAN

17.1.        Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan
setiap tahun.
17.2.        Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk
penyertaan sekolah.

18.0. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P&P DAN PEPERIKSAAN

18.1.        Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan


Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-
up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5
18.2.        Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat
sekolah.

19.0. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN


19.1.        Peperiksaan dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.
19.2.        UPSR - Kuantiti mencapai Tahap Penguasaan Minimum 90%.

20.0. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK


20.1.        Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di
peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
20.2.        Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama
sekolah.

21.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM


21.1.         Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku
keperluan pendidikan negara .
21.2.         Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan
pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

HAK CIPTA UNIT KURIKULUM Page 14

You might also like