Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Islam and Civil Society II

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang, Selangor

Kepada
Pengurus Rumah Anak Yatim Salimah (RAYS),
Lot 102, Kampung Aur,Mukim Telong
16310, Bachok, Kelantan 25 JUN 2021

SURAT KERJASAMA MENJAYAKAN PROGRAM KUTIPAN DANA PEMBINA UMMAH BAGI RUMAH ANAK-ANAK YATIM
SALIMAH

Berdasarkan tajuk di atas, kami dari Kumpulan Abdul Rahman Auf di bawah jagaan Ustaz Dzulkefli bin Zainal Abidin yang
merupakan pensyarah bagi subjek Islam and Civil Society II telah memilih Rumah Anak Yatim Salimah sebagai rakan
kerjasama dalam menjayakan program bertema “Kutipan Dana Pembina Ummah”. Program ini adalah usaha ahli
kumpulan dalam mengumpul dana yang disumbang oleh orang awam untuk dimanfaatkan oleh pusat jagaan ini dalam
menjaga kebajikan anak-anak yatim. Program ini akan sepenuhnya berlangsung secara di atas talian oleh kerana keadaan
semasa yang masih bertarung dalam memutuskan rantaian Covid-19. Oleh itu, kami memohon izin untuk menggunakan
perkara tersebut:

1. Nama dan logo:


I. Rumah Anak Yatim Salimah
II. Pertubuhan Kebajikan Tunas Al-Quran

Nama dan logo hanya digunakan bagi tujuan promosi sahaja.

2. Akaun Kutipan Dana : 361145796279


(Akaun bank milik penuh bendahari kumpulan :Muhammad Afiq Danial Abd Shukor)
Tujuan penggunaan akaun ini adalah bertujuan memantau dan merekod segala transaksi keluar masuk dana sepanjang
program ini berlangsung. Walaubagaimanapun, kesemua dana terkumpul akan diserahkan kepada pihak Rumah Anak
Yatim Salimah.

(tandatangan)

Muhammad Akmal Alif bin Ab Aziz Nama :


(Pengerusi Kumpulan Abdul Rahman Auf) Jawatan :

You might also like