Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2/2020

Tarikh : 16 September 2020 (Rabu)


Masa : 9.30 pagi
Tempat : Alpha Tuition Centre, ITCC

Kehadiran:

1. Pn. Fiona Majani (KP Sains)


2. Pn. Sherolliza Yabi
3. Pn. Dinah J. Molijoh
4. Pn. Suzan Jiwol
5. Pn. Chung Lih Mian
6. Pn. Janet Mak
7. Pn. Cynthia Sunmogram
8. Pn. Julie Nicholas
9. Pn. Judith Dusip

Tidak hadir dengan sebab :

1. Pn. Fauzian bt Ismail (Ketua Bidang Sains Dan Matematik)


2. En. Mohd. Harnizal Firdaus Harris
3. Pn. Vanessa Bantoi
4. Cik Eva Yvette James
5. Pn. Anisah Abas

PERKARA TINDAKAN
1.0 UCAPAN PENGERUSI
Pn. Fiona selaku Ketua Panitia Sains selaku pengerusi
mesyuarat mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
guru di bawah panitia Sains.

2.0 PENGESAHAN DAN PERKARA BERBANGKIT


2.1 Penyemakan buku latihan Fasa 1 belum lengkap. Semua guru
Penghantaran dibuat kepada penyemak masing-masing
(rujuk buku pengurusan).

2.2 Pencerapan guru Fasa 3 akan dijalankan pada bulan Okt/ Semua guru
Nov. Senarai pencerapan akan disediakan. Guru boleh
memaklumkan pencerap masa yang sesuai untuk dicerap.

2.3 Karnival Akademik dicadangkan selepas peperiksaan akhir Pn. Fiona,


tahun bersama Panitia Matematik. Kertas kerja perlu dibuat, Pn. Janet
hadiah disediakan lebih awal (menggunakan PCG).
Perbincangan akan dibuat bersama Ketua Panitia Matematik.

2.3 Mesyuarat telah dicadang untuk disahkan oleh Cik Cynthia


dan disokong oleh Pn. Julie.
3.0 PENCERAPAN
3.1 Pencerapan Fasa 2 telah siap dijalankan dan fasa ke 3 akan Semua guru
dijalankan bulan Okt/ Nov.

4.0 PLC (Professional Learning Community)


4.1 Menurut Pn Chung, antara contoh PLC adalah Peer Untuk Makluman
Teaching dan Kajian Tindakan. Aktiviti ini boleh dikey-in di
dalam SPLKPM (sebagai LDP). Menurutnya lagi, semasa
PDP, hasil pembelajaran mesti ditulis di papan putih. Sudut
subjek pula mesti dilekatkan dengan hasil pelajar (perlu
diganti dari semasa ke semasa).

4.2 Menurut Pn Fauzian, PLC boleh dijalankan seramai dua Untuk makluman
atau lebih guru.

4.3 Borang Peer Teaching ada dengan Pn Sherolliza. Untuk makluman

5.0 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB


5.1 PT3 – akan dijalankan. Tarikh akan ditentukan. Pn. Fiona

Ting 5 – untuk guru Ting 5 (16/9/20 oleh Pn Suzan). Bengkel


bersama Pn Judith Donsia juga akan dijalankan bersama Guru Ting 5
guru sahaja. Seterusnya guru subjek akan menyampaikan
bengkel di kelas masing-masing.

6.0 SILIBUS
6.1 Guru-guru diminta menghabiskan silibus agar ulangkaji dapat Semua guru
dijalankan sebelum peperiksaan.

6.2 Ting 1 – silibus habis Untuk makluman


Ting 2 – hampir habis
Ting 3 – hampir habis
Ting 4 – 2/3 bab lagi
Ting 5 – beberapa kelas sudah habis

7.0 MODUL
Ting 5 – buku set soalan sudah sampai; drill jenis soalan yang Semua guru
sama (ikut bahagian)

Ting 4 – Siapkan buku kerja bila selepas silibus habis Makluman


Ting 3 – Buku kerja
Ting 2 – Buat modul bahagian C
Ting 1 – Sudah ada modul (Judith, Eva)

8.0 PEKA

8.1 PEKA masih perlu dijalankan untuk Kelas Ting 5 (Sains Guru Ting 5
Teras)

9.0 PBL (Project Based Learning)


9.1 Ingatkan semula pelajar bahawa markah penuh adalah Semua guru Ting 4
20 markah dan akan dikira bersama semasa
Peperiksaan Akhir Tahun.
9.2 Guru subjek Ting 4 akan bincang bersama untuk
tetapkan rubrik pemarkahan serta tajuk PBL.

10.0 PEPERIKSAAN

10.1 Peperiksaan Percubaan SPM : 5-16 Oktober 2020 Makluman


Kertas 1 – Fiona; Kertas 2 – Dinah

PAT Ting 1-3 : 23 Nov – 1 Disember 2020


*(Tarikh tutup key in di SAPS 10 Disember)

PAT Ting 4 : Bermula 16 Nov 2020


11.0 PENGHANTARAN BUKU LATIHAN Semua guru

11.1 Semua guru diminta menghantar buku latihan untuk kedua-


dua fasa kepada penyemak buku latihan masing-masing.

12.0 HAL-HAL LAIN


12.1 Pn Fauzian meminta semua guru untuk menghantar Semua guru
buku kerja Sains yang tidak digunakan/ berlebihan
ke Pusat Sumber.

12.2 Menurut Pn Chung, analisis item membantu para Semua guru


guru untuk mengesan kelemahan pelajar (sub topik,
jenis soalan dan sebagainya). Oleh itu, guru
digalakkan untuk membuat analisis item.

12.3 Menurut Pn Sherol markah PBL 20% akan diambil Guru Ting 4
kita bersama untuk markah PAT (Ting 4)

12.4 Pn Sherollliza berkata rubrik penilaian PBL Guru Ting 4


akan diselaraskan bersama.

12.5 Pn Chung mencadangkan Panitia Sains Makluman


untuk menjadi ‘pembekal’ bunga untuk Majlis Konvo Pn. Chung,
pelajar Ting 5 nanti. Pn Fiona

12.6 Cik Cynthia mencadangkan panitia untuk Pn. Fiona


membekalkan bunga segar untuk Majlis Konvo
Ting 5.

12.7 Menurut Pn. Fiona perbelanjaan panitia : Pn. Fiona


RM 4532 (Selepas ditolak 5 %) Makluman
RM 4078 (Selepas ditolak 10% untuk percetakan)
Perbelanjaan lain adalah untuk pembelian
barangan makmal, kernival akademik dan saguhati
untuk penceramah bengkel teknik menjawab.

Mesyuarat ditangguhkan pada 11.00 pagi.

Disediakan Oleh,

Dj
(DINAH J MOLIJOH)

Dicadang untuk disahkan : ………………………… ( )


Disokong oleh : ………………………... ( )

You might also like