Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tajuk:

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah


Nama:
Nur Alnabilah Binti Hasri
Kelas:
3 Jabir

Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, bijih timah


merupakan barangan dagangan yang penting di negeri-negeri
Melayu. Para pedagang dari seluruh Alam Melayu datang ke
pelabuhan Melaka untuk mendapatkan bijih timah. Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi
yang terutamanya bijih timah. Kekayaan hasil bumi ini ditadbir
urus dengan baik sehingga menjadikan negeri tersebut makmur
dan maju. Kekayaan dan kemakmuran negeri-negeri melayu ini
telah menarik minat kuasa luar seperti Acheh, Belanda dan
British. Terdapat pelbagai faktor dan peringkat bagi aktiviti
perlombongan bijih timah di negara kita.

Kawasan dan Kegiatan perlombongan bijih timah mula


diusahakan oleh orang Melayu di bahagian lembah sungai
seawal abad ke-15. Pada mulanya, orang Melayu melombong
bijih timah bagi kegunaan tempatan dan tujuan dagangan
sahaja. Perdagangan bijih timah dijalankan dibawah
pengawasan pembesar melayu sebagai pemilik lombong yang
membekalkan semua keperluan perbelanjaan. Lama kelamaan
banyak kawasan bijih timah dibuka secara besar-besaran.
Bermula abad ke-16 hingga ke-17, Perak merupakan
lokasi perlombongan yang sangat terkenal dengan hasil bijih
timah sejak Zaman Kesultanan Perak. Perlombongan di perak
tertumpu di sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di daerah
Kuala Kangsardan Kelian Intan. Pada tahun 1616, bijih timah
mula dilombong di Manjung dan Beruas. Perak merupakan
pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah dan sering
dikunjungi pedagang terutamanya Portugis.
Kegiatan perlombongan bijih timah semakin berkembang
pesat terutamanya abad ke-19. Perlombongan bijih timah di
Perak mencapai tahap penting, hasil penemuan di Larut. Pada
akhir abad ke-19, Lembah kinta juga muncul sebagai pengeluar
utama bijih timah dunia.

1) Faktor perkembangan perlombongan bijih timah


dinegara kita

Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang


mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-
lombong bijih timah telah banyak dibuka di daerah Larut, Perak
di bawah pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848 . Akibatnya,
berlaku kedatangan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah
Melayu atas jemputan para pembesar Melayu. Terdapat
beberapa kaedah yang digunakan antaranya, kaedah
mendulang bagi orang Melayu, kaedah melampan orang Cina
dan kaedah melombong bagi orang Eropah.
Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di
Tanah Melayu juga didorong oleh dasar pemerintahan Inggeris
terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Campur
tangan British dan pelaksanaan Sistem Residen sejak tahun
1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti
Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan seperti
pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara
pelombong Cina, lanun dan sebagainya. Pemerintahan Inggeris
yang memperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi
kemajuan perusahaan bijih timah.
Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah
Melayu juga dikaitkan dengan permintaan tinggi di pasaran
dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang
berlaku di Amerika Syarikat. Bijih timah sangat diperlukan
dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman serta
membuat bumbung rumah.

2)Faktor Kemerosotan Perlombongan bijih timah


Pengeluaran bijih timah yang merosot di Perak pada abad
ke-18 mengakibatkan aktiviti penyeludupan bijih timah kepada
pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau.
Selain itu, kegiatan perlombongan bijih timah ini menemui
kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi
dunia 1929-1932 hingga menjadikan industri tidak lagi diminati
oleh sebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan kejatuhan
ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan
pelbagai langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti
mengurangkan pengeluaran, tidak meluluskan sebarang
permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan
terlibat dalam Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.

IKTIBAR
Selepas menjalankan kajian ini, saya menyedari bahawa
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil
bumi seperti bijih timah. Saya berasa amat bertuah kerana
dapat mengenali dan mempelajari sejarah tanah air
terutamanya di Perak. Selain itu, pentingnya untuk
meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar. Saya
juga amat kagum dengan pemerintah-pemerintah yang bijak
mentadbir negara pada zaman lalu.

LAMPIRAN
Perlombongan Bijih Timah di Perak

Pelombongan Bijih Timah Di Selangor


Kaedah mendulang bijih timah

SUMBER RUJUKAN
 Buku Teks :
Dr. Azharudin bin Muhamed Dali, Ridzuan bin Hasan,
Muslimin bin Fadzli, 2018, Sejarah KSSM Tingkatan 3,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 Buku Rujukan Revisi Cepat PT3 Sejarah, Mohd. Syaheer


Daniel Sulaiman.

 https://mypt3.com/wp-content/uploads/peristiwa-page-
6-of-6.jpg

You might also like