Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PERGURUAN(PDPP)

TUGASAN TUTORIAL
(KESAN-KESAN POSITIF DAN NEGATIF MOBILITI SOSIALTERHADAP PENDIDIKAN)
BAB 4
KOD KURSUS:EDUP2102
KURSUS: SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Nama Ahli Kumpulan:

1) SURYADI BIN SYAMSUL(D21072454)


2) NURUL SYAHERRA BINTI NORFINI(D21072442)
3) YOFERONIKA BINTI PAULUS(D21072460)

Kumpulan : PDPP PJMS4


Ambilan : JUN 2021
Nama pensyarah : SKB
Tarikh Hantar :
Secara berkumpulan, bincangkan dengan kritis kesan-kesan positif dan negatif mobiliti
sosial terhadap pendidikan.

Mobiliti memberi makna satu proses perubahan atau perihal bergerak dari satu tempat ke
tempat lain yang merangkumi berpindah tempat, bertukar pekerjaan, dan sebagainya,
manakala sosial pula adalah segala perihal yang berkaitan dengan masyarakat (Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka). Maka dengan itu mobiliti sosial dapat diertikan sebagai pergerakan
individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hiraki stratifikasi sosial
masyarakat, dan boleh juga difahami sebagai peluang yang diberikan kepada status sosial
seseorang untuk menaikkan taraf diri kepada kedudukan yang lebih baik.
Mobiliti sosial terbahagi kepada dua yang utama iaitu, mobiliti menegak(pergerakan kedudukan
sosial kepada yang lain dalam status yang sama) dan mobiliti mendatar (pergerakan
kedudukan sosial ke status lain yang berbeza) .Mobiliti menegak terbahagi kepada dua bentuk
iaitu masuk kedalam kedudukan yang lebih tinggi dan membentuk kelompok baru. Manakala
mobiliti mendatar pula mobiliti intragenerasi dan mobiliti intergenerasi. (Lyndon et al, 2017)
Pendidikan itu berperanan penting dan utama, sebagai alat mempromosikan mobiliti sosial
(Lyndon et al, 2017) ataupun boleh diertikan sebagai alat yang menjadi pengukur mobiliti sosial
didalam stratifikasi sosial masyarakat. Dalam proses mempromosikann mobiliti sosial didalam
stratifikasi sosial Pendidikan ini membawa konsep sebagai agen sosiolisasi yang akan
meningkatkan pengetahuan manusia untuk mengetahui lebih banyak tentang dunia, berfikir di
luar kotak, menjadi lebih bijak mengenai sumber maklumat baru dan membangunkan
kemahiran komuniti yang sedia ada dan dikembangkan berdasarkan pendidikan formal yang
dijana daripada tuntutan proses modenisasi (Joseph, 2005; Li et al. 2016).
Dalam konsep sistem Pendidikan kepada proses sosialisasi, ianya berperanan untuk
menyediakan generasi muda kepada alam dewasa (Yusof, N.M, 2010) seiring dengan arus
kemodenan masa kini, dunia Pendidikan di alaf baru perlulah di transformasikan bersesuaian
dengan trend terkini yang dan mampu memberi kesan pembelajaran yang bermakna kepada
murid-murid dan seterusnya bertindak sebagai mobiliti sosial yang akan membantu stratifikasi
masyarakat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada pelbagai aspek.
Seiring dengan peredaran masa, pendidikan yang berperanan sebagai agen sosiolisasi juga
dilihat mempunyai kesan-kesan positif dan negatif terhadap stratifikasi sosial masyarakat.
Antara kesan-kesan positif mobiliti sosial terhadap pendidikan ialah ia mampu memberi
kehidupan yang lebih baik dari segi aspek ekonomi, status sosial dan prestij. (Novel Lydon et
al. 2017) Kesan positif mobiliti sosial terhadang pendidikan dari segi ekonomi membawa makna
dengan mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan tinggi ianya akan membantu seseorang
itu dalam memudahkannya mendapatkan pekerjaan dengan menjawat jawatan yang
berpendapatan lumayan dan mampu mengubah kehidupan mereka kerana secara
fenomenanya sekarang, untuk mendapatkan pekerjaan yang baik tahap pendidikan seseorang
itu sangat di titikberatkan, dari itu dapat kita simpulan bahawa secara tidak langsung dengan
mendapatkan pekerjaan yang lebih baik sudah pastilah tahap kemampuan dan kebolehan
seseorang itu dari segi kewangan sangat stabil ini akan membantu seseorang itu untuk keluar
dari arus kemiskinan dan itulah yang akan mendorang seseorang itu untuk lebih kuat berusaha
dalam meningkatkan tahap pendidikannya. Kesan positif yang seterusnya adalah dari aspek
status sosial, yang mana melalui aspek ini bagi mendapatan kedudukan yang tinggi di dalam
masyarakat seseorang itu haruslah mempunyai tahap pendidikan tinggi kerana dengan
pendidikan yang tinggi itu, masyarakat akan menganggapnya sebagai seorang yang berilmu
dan berpengetahuan tinggi dan mampu untuk menyumbangkan suatu kebaikan,manfaat dan
kejayaan kepada masyarakat dan negara. Apabila masyarakat mula memberi tanggapan atau
kedudukan yang tinggi terhadap seseorang yang berilmu, secara lahirianya seseorang itu akan
sangat disegani dan martabat penghormatan sosial dalam masyarakat buat dirinya juga akan
dipandang tinggi. Dapat di simpulakan bahawa peningkatan tahap pendidikan seseorang akan
membawa kepada peningkatan status sosial dan prestij.
Disamping itu kesan positif mobiliti sosial terhadap pendidikan juga membawa kepada lebih
banyak peluang dan keperluan pembelajaran disediakan rentetan bagi memenuhi permintaan
dan kehendak dalam stratifikasi masyarakat yang semakin tinggi jumlahnya untuk kemasukan
ke institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia, dan selain itu juga dalam usaha membangunkan
negara, secara amnya literasi perlu di tingkatkan dengan ini ia akan membantu seseorang itu
untuk mendapatkan kemahiran belajar, penguasaan literasi seseorang itu meningkat apabila
wujudnya peningkatan kadar literasi semasa sesi pembelajaran yang dapat membentuk
pengalaman belajar komprehensif dan kolaboratif sudah pasti ianya akan membantu untuk
membina rangkaian yang besar sesama yang lain dan kesan positif selanjutnya adalah semakin
besar populasi penyertaan didalam masyarakat seluruh dunia untuk mendaftar kemasukan ke
institusi pendidikan tinggi maka sudah pastilah pelbagai kursus yang ditawarkan bagi
menampung isu tersebut.(Zulkifli. F. N.,2017)
Mobiliti sosial terhadap pendidikan juga tidak dinafikan sedikit sebanyak ada memberi kesan
yang negatif. Kepelbagaian bangsa dan kaum sesebuah negara itu pasti akan mewujudkan
konflik dari aspek pendidkan itu sendiri, contohnya dalam masyarakat Malaysia terdapat 3
bangsa yang utama iaitu Melayu, Cina dan India dengan perbezaan status budaya ini telah
mewujudkan sekoalh seperti sekolah agama dan secular dalam sistem pendidikan di Malaysia,
dan stratifikasi pendidikan ini memberi kebebasan ibu bapa memilih bidang yang diminati oleh
anak-anak. Situasi sebegini telah melahirkan konflik terhadap ibu bapa, dalam membuat
pemilihan atau penentuan untuk menyediakan anak-anak mereka pendidikan dan sekolah
mana yang lebih baik.Dengan sedemikian ini jelas menunjukkan bahawa di Malaysia status dan
kedudukan seseorang di dalam masyarakat itu adalah diambil kira terhadap pendidikan yang
diperolehi (Yusof. N.M ,2010)
Aspek populasi kedudukan penduduk juga turut memberi kesan yang negatif terhadap
pendidikan terutamanya penduduk yang menetap dikawasan luar bandar dan pendalaman,
dimana akses ketidak samarataan yang tidak seimbang menjadikan persepsi dan tanggapan
pendidikan dilihat kurang diutamakan. Hal sedemiakn berlaku disebabkan oleh kurangnya
penyediaan infrastruktur yang lengkap untuk di akses dan ini semestinya memberikan banyak
kesulitan bagi penduduk yang menetap di Kawasan luar bandar dan pendalaman untuk
menghayati dan menikmati capaian yang selesa dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik.
Keterbatasan dalam aspek sosioekonomi dan teknologi juga menyebabkan kurangnya
pendedahan yang terbaik untuk mendapatkan kemahiran dan penguasaan pembelajaran yang
terbaik menjadikan murid kurang menguasai bidang-bidang akademik terutamanya asas seperti
membaca, menulis dan mengira iaitu 3M.
Tidak dinafiakn seiring dengan arus kemodenan dunia Pendidikan di alaf baru banyak
ditransformasikan agar lebih bersesuaian dengan trend terkini yang dan mampu memberi kesan
pembelajaran yang bermakna, namun begitu perkara ini melibatkan proses yang sangat
merumitkan untuk dilaksanakan. Isu ini menjadikan pendidikan pada masa kini sesuatu yang
menjadi factor kepada wujudnya kemerosotan integriti dalam kalangan tenaga pengajar untuk
menjalakan tugas mereka dimana kesukaran dalam mengikuti trend arus pendidikana ini telah
membuat mereka kadangkala menjalankan tugas sambalewa.
Kesimpulannya, pendidikan mampu memberikan kehidupan yang lebih baik daripada pelbagai
aspek dan pendidikan juga boleh menjadi ukuran dalam mencapai kualiti hidup yang terbaik.
Sebagai agen sosiolisasi dalam masyarakat pendidikan bukan lah semata-mata hanya
tertumpu kepada orang yang belajar dalam meningkatkatn mobiliti sosial dlam sesebuah negara
itu tetapi, tenaga pengajar juga adalah berperanan sangat penting dalam menyampaikan
pengetahuan kepada manusia untuk mengetahui lebih banyak tentang dunia, sumber maklumat
baru dan membangunkan kemahiran komuniti yang sedia ada dan dikembangkan berdasarkan
pendidikan formal yang dijana bagi merealisasikan peluang yang diberikan kepada status sosial
seseorang untuk menaikkan taraf diri kepada kedudukan yang lebih baik.
Rujukan

Farah Nurshahirah Zulkifli, M. Y. (2017). TRANSFORMASI PENDIDIKAN: ISU DAN


CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE -21 MELALUI APLIKASI MASSIVE OPEN
ONLINE COURSES (MOOC) DI MALAYSIA. Simposium Pendidikan Diperibadikan:
Perspektif Risalah An-Nur, 1-8.
Joseph T. 2005. Quality in Early Childhood Education: An Anthropologist’s Perspective. Early
Education and Development, vol 16 (4):41-60
Li Shenxue, Easterby M, Marjorie S and Clark T. L. 2016. Tapping the power of local
knowledge: a local-global interactive perspective. Journal of World Business, vol 51
(4): 641-653.
Novel Lyndon, H. R. (2017). PERANAN PENDIDIKAN TERHADAP MOBILITI SOSIAL
KOMUNITI . Journal of Sociel Science and Humanities, 1-11.
Pustaka, D. B. (2021, 6 21). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Retrieved from Dewan
Bahasa dan Pustaka: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mobiliti
Sarah Nadirah Binti Mohammad Kamal, P. M. (n.d.). IMPLIKASI JURANG PENDIDIKAN DARI
SUDUT DIGITAL DAN. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia., 1-18.
T., J. (2005). Quality in Early Childhood Education : An Anthropologist's Perspective. . Early
Education and Development, vol 16 (4):41-60.
Yusof, N. M. (2012). Perspektif sosiologi dalam fungsi sosial pendidikan di Malaysia. Sosiologi
pendidikan, 1-13.

You might also like