Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Donut ayam Oat/Nestum

Bahan
150g dada ayam (dipotong dadu)
100g tepung gandum
50g oat / nestum
80g kentang (direbus)
50g bawang Holland
1 biji telur (putih sahaja)
30g cili merah (dibuang biji)
30g daun bawang
15g Maggi Secukup Rasa
500g minyak masak
Bahan salutan
30g tepung gandum
250g serbuk roti
1 biji telur (dipukul bersama 1 kuning telur)
Bahan sos
200 ml susu cair/full cream
50g mentega
30g mayonis
20g tepung gandum
2 keping cheese cheddar

Cara membuatnya :
Donut
1. Kisar dada ayam, kentang rebus, bawang Holland, daun bawang, cili merah,putih telur, maggi
cukup rasa dan satu sudu minyak masak.
2. Gaul bahan kisar dengan tepung gandum dan oat sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk
menggunakan plasting piping (tidak cair tidak keras)
3. Masukkan doh ke dalam plastik dan gunting penjuru plastic saiz yang dikehendaki
4. Paipkan doh menjadi bentuk donut dan sejukkan dalam sejuk beku selama 30 minit
Sos cheese
1. Masukkan semua bahan kecuali cheese keeping ke dalam periuk dan panaskan dengan api
perlahan sehingga mendidih.
2. Masukkan cheese keeping dan kacau sehingga pekat menjadi sos cheese
Menggoreng donut
1. Keluarkan donut daripada peti sejuk.
2. Celup ke dalam sedikit tepung gandum, kemudian celup ke dalam telur dan salut dengan serbuk
roti. Ulangi sehingga habis.
3. Panaskan minyak dan goreng donut sehingga kuning keemasan. Toskan
4. Masukkan donut dan sos cheese ke dalam bekas bertutup

You might also like