Proposal KK Sej

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEMA : SEJARAH EKONOMI

SUB TEMA : INSTITUSI

TAJUK : SEJARAH AWAL DAN PERKEMBANGAN SYARIKAT MUDIM ZAKARIA FOOD

INDUSTRIES SDN. BHD. DI KAMPUNG JELUTONG , PENDANG KEDAH DARI TAHUN 2000

HNGGA 2015.

PENGENALAN

Industri ialah perusahaan untuk menghasilkan dan mengeluarkan barangan secara besar –

besaran . Terdapat beberapa jenis industri seperti pengumpulan bahan mentah , pembinaan

penghasilan serta industri yang berkaitan perkhidmatan . Perindustrian merupakan salah satu sumber

pekerjaan kepada masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian , kerajaan melakukan pelbagai

inisiatif bagi mempelbagaikan sektor perindustrian seperti mewujudkan perindustrian secara

pemprosesan dan juga mewujudkan industri kecil dan sederhana. Syarikat Mudim Zakaria Food

Industries Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu industri kecil dan sederhana. Syarikat ini telah

berkembang pesat pada tahun 2000 hingga 2015 yang turut menyumbang kepada ekonomi di

Malaysia.
OBJEKTIF

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejarah awal perusahaan Syarikat Mudim di Kampung

Jelutong , Pendang. Melalui kajian ini, masyarakat dapat mengetahui bagaimana perusahaan Syarikat

Mudim ini mula dijalankan.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan yang berlaku dalam perusahaan

Syarikat Mudim dari tahun 2000 hingga tahun 2015. Melalui kajian ini masyarakat dapat mengetahui

perkembangan yang berlaku dalam perusahaan Syarikat Mudim sepanjng tempoh kajian.

Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh

pengusaha Syarikat Mudim dalam mengusahakan syarikat tersebut . Hal ini kerana dalam tempoh

kajian tersebut didapati banyak masalah yang dihadapi oleh pengusaha Syarikat Mudim.

PERSOALAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini timbul beberapa persoalan kajian. Antara kajian ini dilakukan

adalah untuk mengetahui apakah sejarah awal perusahaan Syarikat Mudim di Kampung Jelutong ,

Pendang Kedah.

Selain itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti apakah perkembangan yang

berlaku dalam perusahaan Syarikat Mudim dari tahun 2000 hingga tahun 2015. Dengan itu, kajian ini

dapat meninjau adakah perubahan yang berlaku sehingga membawa kepada peningkatan hasil jualan

Syarikat Mudim sekaligus meningkatkan pendapatan pengusahanya.

Selain itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh

pengusaha Syarikat Mudim yang telah menjadi salah satu perusahaan yang berjaya di Pendang dari

tahun 2000 hingga tahun 2015.


SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian,

dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Kampung Jelutong

yang berada dalam daerah Pendang. Kawasan ini dipilih kerana di sinilah tertubuhnya perusahaan

bumiputera yang paling berjaya. Dari aspek tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari

tahun 2000 sehingga tahun 2015. Tempoh 15 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

perkembangan yang pesat dalam perusahaan Syarikat Mudim.

Dari aspek yang dikaji pula, terdapat 3 aspek yang difokuskan. Tumpuan kajian ialah kepada

sejarah permulaan perusahaan Syarikat Mudim. Melalui kajian ini pengkaji dapat mengetahui latar

belakang perusahaan Syarikat Mudim. Malah kajian ini juga memfokuskan kepada masalah yang

dihadapi oleh pengusaha Syarikat Mudim dalam tempoh kajian. Dengan ini pengkaji dapat

mengenalpasti adakah masalah tersebut berbeza atau berulang. Di samping itu, kajian ini memberi

tumpuan kepada perkembangan yang berlaku dalam perusahaan Syarikat Mudim di Kampung

Pendang dalam tempoh kajian.

SOROTAN KAJIAN

Secara umumnya, banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan syarikat ini. Terdapat

beberapa artikel daripada laman sesawang https://www.coursehero.com yang telah menceritakan

tentang perkembangan Syarikat Mudim tersebut. Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 25 Mei 2015
yang bertajuk “Produk Mudim Setanding di Pasaran” telah memuatkan berita perihal tentang

kemajuan yang dicapai melalui perniagaan yang dijalankan oleh individu yang bernama Mudim

Zakaria Arshad. Artikel-artikel ini membantu pengkaji untuk mendapat maklumat terkini berkaitan

perusahaan kecil dan sederhana.

Terdapat juga beberapa penulisan yang hampir sama dengan kajian pengkaji. Antaranya

penulisan tesis oleh Sazuani Abdullah bertajuk “Tahap keupayaan usahawan dalam Perusahaan Kecil

dan Sederhana di Kuala Terengganu” terbitan UKM, 2017. Tesis ini menghuraikan usaha yang

dilakukan pengusaha untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah perusahaan.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, dua kaedah kajian yang akan digunakan pengkaji untuk

mendapatkan maklumat. Kaedah pertama yang akan digunakan oleh pengkaji ialah kaedah temubual.

Soalan-soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan tajuk kajian ini. Antara orang

sumber yang terlibat dalam temubual ini ialah pekerja-pekerja pemprosesan produk dan beberapa

orang penduduk kampung. Maklumat yang diperoleh akan dicatat dan dirakam.

Selain itu, pengkaji juga akan menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan

maklumat daripada sumber primer dan sumber sekunder. Kaedah kepustakaan ini dijalankan di

Perpustakaan Awam Kulim. Hal ini dilakukan bagi mendapatkan rekod-rekod berkaitan perusahaan

Syarikat Mudim. Di samping itu, pengkaji akan mendapat maklumat melalui buku-buku, majalah,

keratan akhbar, dan juga melayari laman sesawang. Maklumat-maklumat yang dikumpul akan

digunakan oleh pengkaji bagi menjalankan kajian ini.


PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan secara

umum penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera Pendang dalam perusahaan

kecil dan sederhana khususnya dalam sektor pemprosesan makanan.

Pada bahagian isi, pengkaji akan memberi tumpuan 3 aspek kajian. Aspek pertama akan

menjelaskan latar belakang penubuhan Syarikat Mudim. Seterusnya pengkaji akan menghuraikan

perkembangan perusahaan tersebut dan akhirnya akan menjelaskan masalah-masalah yang dihadapi

oleh Syarikat Mudim.

Manakala bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumuskan hasil kajian berkenaan.

PENUTUP

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambah lagi khazanah berkaitan

pengkajian sejarah tempatan. Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan kepada

pengkaji akan datang yang berminat untuk melakuka kajian berkaitan Syarikat Mudim.

You might also like