Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Langkah-langkah memajukan sector pelancongan di Malaysia

Sedasawarsa ini, Malaysia semakin dikenali sebagai lokasi pelancongan pilihan warga asing
terutamanya daripada negara beriklim sejuk. Kedudukan geografi negara yang terletak di garisan
khatulistiwa telah menyebabkan cuaca yang panas dan lembap di mana ia menjadi antara faktor yang
menarik pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia. Selain itu, kepelbagaian bentuk muka bumi
seperti deretan pulau, gunung-ganang dan bandaraya yang penuh dengan keunikan budaya dan bangsa
juga merupakan faktor penarikan pelancong. Izharnya, sektor pelancongan telah menjadi antara
pendorong kerancakan ekonomi negara sejak kebelakangan ini. Maka, bagi memaksimakan potensi yang
terdapat pada industri pelancongan negara, wajar untuk kita bincangkan langkah-langkah yang mampu
membawa industri pelancongan negara ke tahap yang lebih baik.

Langkah pertama yang perlu diusahakan dalam memastikan industri pelancongan negara berada
di tahap terbaik adalah dengan meningkatkan prasarana awam. Pihak kerajaan berperanan dalam
melengkapkan kemudahan awam seperti jaringan pengangkutan dan perhubungan di dalam negara
supaya ia menjamin keselesaan pelancong untuk berkunjung ke seluruh kawasan di Malaysia. Dengan
adanya rangkaian perhubungan yang lengkap seperti lapangan terbang, lebuhraya dan pengangkutan
awam yang efektif, tahap ketersampaian akan menjadi lebih baik. Hasilnya, pelancongan desa dan agro
dapat meningkatkan jumlah pelancong domestik mahupun antarabangsa. Bak kata peribahasa Melayu,
sambil menyelam minum air di mana inisiatif melengkapkan prasarana awam bukan sahaja dapat
meningkatkan industri pelancongan malah memastikan kesejahteraan hidup masyarakat konvensional
terjamin.

Seiring dengan langkah di atas, industri pelancongan akan bertambah maju sekiranya pihak
berkuasa mengukuhkan tahap keselamatan dalam negara. Mutakhir ini, pelbagai kes jenayah seperti kes
penculikan, ragut dan rompakan telah memenuhi dada-dada akhbar serta menjadi berita utama di
televisyen. Senario ini akan menimbulkan kebimbangan para pelancong terutamanya pelancong asing
yang berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia. Bagi menjernihkan air yang semakin keruh, pihak
berkuasa hendaklah melaksanakan inisiatif keselamatan negara yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh,
penambahan bilangan anggota keselamatan di kawasan tumpuan pelancong atau pemasangan kamera
litar tertutup sebagai mata-mata yang mampu menjejak perkara yang meragukan atau berpotensi
menyebabkan kejadian jenayah berlaku. Intihannya, pelancong akan lebih selesa untuk berkunjung
tanpa memikirkan ancaman keselamatan terhadap diri mereka serta imej negara terpelihara.

Mekasnime lain yang boleh dilaksana bagi memajukan industri pelancongan negara adalah
dengan menganjurkan acara antarabangsa dengan lebih kerap. Sebelum ini, Malaysia merupakan negara
pertama di Asia Tenggara yang menganjurkan Kejohanan Formula 1 dengan adanya Litar Antarabangsa
Sepang. Terdapat juga penganjuran acara lain seperti Le Tour de Langkawi dan Pameran Maritim dan
Udara Langkawi (LIMA) yang mendapat sambutan yang memberansangkan dalam kalangan pelancong
asing dan tempatan. Walaupun penganjuran acara sukan atau pameran antarabangsa memakan kos
yang tinggi tetapi pulangan yang terhasil adalah berbaloi. Hal ini demikian kerana, kedatangan
pelancong asing bukan sahaja tertumpu pada musim tertentu sahaja tetapi ia akan berterusan
sepanjang tahun untuk menyertai acara atau kejohanan antarabangsa yang dianjurkan dalam negara.
Persis peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Jelaslah bahawa penganjuran acara
antarabangsa dapat meningkatkan industri pelancongan negara kerana peserta atau atlet yang
menyertai acara terbabit akan menjadi ejen pelancongan negara serta membuka mata peminat mereka
di seluruh pelusuk dunia terhadap keunikan tanah air kita.

Bagi mendokong langkah-langkah yang telah diutarakan, industri pelancongan negara seharusnya
dipromosikan dengan teknik pemasaran yang unggul. Langkah ini adalah mustahak kerana dalam
mendepani era teknologi dan globalisasi hari ini, kumpulan sasar sesuatu perkara dapat diperluaskan ke
segenap pelusuk dunia. Dengan perkembangan teknologi tanpa batasan, kita dapat menghasilkan iklan
atau video yang boleh ditonton oleh semua pengguna teknologi pintar. Maka, bagi menarik kehadiran
pelancong untuk berkunjung ke negara kita terutamanya dalam kalangan pelancong antarabangsa,
teknik pemasaran yang efektif harus dilaksanakan. Sebagai contoh, hasil produk dan tenaga kerja
penyiaran tempatan, saluran GO ASEAN telah berjaya memaparkan kecantikan dan keunikan kawasan
pelancongan dalam negara ke pasaran dunia. Pendekatan menggunakan personaliti atau selebriti untuk
menikmati aktiviti pelancongan di tempat-tempat tertentu merupakan formula terbaik dalam menarik
perhatian pelancong serta memaparkan infrastruktur yang selesa bagi para pelancong.

Secara tuntasnya, pelbagai langkah yang boleh digarap oleh semua pihak dalam meningkatkan
tahap kemajuan industri pelancongan negara. Setiap inisiatif yang direncanakan memerlukan obligasi
dan komitment yang jitu dari pihak yang terbabit seperti kerajaan, kakitangan awam, agensi
pelancongan dan pengusaha pusat pelancongan. Masyarakat pula seharusnya menyokong usaha
pragmatik yang diperkenalkan dengan kerap melancong di pusat-pusat pelancongan dalam negara.
Keindahan dan kekayaan alam semula jadi serta keunikan budaya kita seharusnya menjadi agenda
utama dalam mempromosikan negara di persada antarabangsa. Semua pihak seharusnya sedar bahawa
industri pelancongan negara mempunyai potensi yang besar dan setanding dengan negara jiran seperti
Thailand dan Indonesia. Diharapkan agar Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara asing lain khususnya dalam memacu industri pelancongan sebagai penyumbang utama
perkembangan ekonomi negara.
Langkah-kangkah memajukan sektor pelancongan

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti
cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor
pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun, masih ada
ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat
faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah
yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan
baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Banyak produk pelancongan yanng wajar
diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri
dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan,
agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar
memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan
sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-
pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara
mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan
mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar
dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi,
usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.
Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-
tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum.
Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada
masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah
diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival
wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan
menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian,
penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk
mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan
lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini. Sebagai contoh,
penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan
badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat
antarabangsa.Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara
antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Kemampuan
negara untuk menganjurkan antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah
diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan
mengunjung negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan
untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum air.
Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.
Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini
adalah dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan
lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang
ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini
mennyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai
acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak
digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan
kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang kompetetif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel,
syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan
kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di
negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan
iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika
tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat
diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan
kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi
pelancongan yang terkenal di dunia. 
Kelebihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan
Marcapada, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta
pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan
sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk
mempromosikan Malaysia di luar negara. Statistik yang ditunjukkan menunjukkan bahawa negara kita
semakin mendapat tempat dalam kalangan warga asing untuk dilawati. Persoalannya, apakah
keistimewaan Malaysia yang menyebabkan pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi
pelancongan mereka?

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memiliki pelbagai tempat yang menarik yang mampu menggamit
kedatangan pelancong asing. Kita berasa bertuah kerana bumi tercinta ini memiliki pantai yang memutih
dan indah dengan udaranya yang nyaman seperti Pantai Chenang di Langkawi, Pantai Teluk Chempedak
di Pahang dan Pantai Karambunai di Sabah. Bagi pencinta hidupan marin, maka sudah pasti mereka boleh
memilih destinasi selaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang tercantik di dunia
seperti Pulau Sipadan di Sabah dan Pulau Perhentian di Terengganu. Selanjutnya, untuk para pencinta
alam semula jadi, Malaysia mempunyai hutan rimba yang berusia jutaan tahun, tamsilannya Hutan Belum
di Perak, Mensilau-Basin di Sabah dan Hutan Endau-Rompin di Pahang. Sementelahan, Bandar raya
Bersejarah Melaka dan Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO
menjanjikan keterujaan kepada para pelancong yang menyukai tempat-tempat bersejarah dan kehalusan
estetika dalam seni bina silam. Pendek kata, “macam-macam ada di Malaysia!”

Keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kamu
dan latar belakang mewujudkan pelbagai budaya yang mewakili setiap kaum dari seluruh Asia. Fenomena
inilah yang menyebabkan Kementerian Pelancongan telah memilih slogan “Malaysia Truly Asia” atau
“Malaysia ialah Asia” sebagai slogan untuk Kempen Pelancongan. Suatu perkara yang tidak dapat
disangkal ialah warna-warni kebudayaan rakyat Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian,
makanan, kesenian dan pertuturan sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para
pelancong, contohnya sambutan Citrawarna Malaysia dan “Malaysian Kitchen” memberi ruang untuk
para pelancong memahami kebudayaan rakyat Malaysia. Tegasnya, para pelancong asing hanya perlu ke
Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia.

Selain itu, salah satu daya tarikan yang ada di Malaysia ialah kemudahan infrastruktur yang kondusif
untuk para pelancong seperti sistem pengangkutan dan tempat penginapan. Bagi memudahkan para
pelancong dari luar, syarikat penerbangan nasional, iaitu Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia
bersedia untuk membawa pelancong dari serata dunia ke destinasi pelancongan di Malaysia.   Di samping
itu, jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT), komuter, dan monorel
menyenangkan mobiliti para pelancong. Manakala, dari segi tempat penginapan terdapat pelbagai
kategori berdasarkan bajet masing-masing tersedia, daripada hotel bertaraf lima bintang, motel, inap desa
hinggalah asrama yang berkos rendah. Intihanya, kemudahan prasarana yang berkualiti telah memastikan
para pelancong selesa berada di negara kita.

Satu lagi elemen yang tidak kurang penting ialah sikap rakyat Malaysia yang ramah dan berbudi bahasa.
Keramahan warga tempatan menyebabkan warga asing berasa bahawa kehadiran mereka sangat dialu-
alukan di negara ini. Malah, para pelancong juga berasa selamat ketika melancong di sini disebabkan
mereka mudah untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi sebarang masalah. Sikap rakyat Malaysia itu
menyebabkan pelancong asing terdorong untuk berkunjung berkali-kali ke Malaysia. Izharlah bahawa, 
mahajana ibarat duta kecil yang berperanan untuk menjaga imej negara di mata para pelancong.

Kesimpulannya, Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi wajib kepada warga asing yang mahu
berdarmawisata. Oleh yang demikian, kerjasama antara semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta dan
orang ramai harus diperkukuh demi kelangsungan industri pelancongan di negara ini kerana jika tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Tuntasnya, kita berharap kedatangan pelancong asing ke
negara kita akan bertambah tahun demi tahun sejajar dengan pelbagai usaha yang dilakukan bagi menarik
mereka untuk berkunjung ke sini.
Peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan sector pelancongan di Malaysia
Dasawarsa, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta
pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan
sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk
mempromosikan Malaysia di luar negara. Oleh yang demikian, bagi memastikan sektor pelancongan terus
mekar, pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang aktif untuk berganding bahu memajukan sektor ini.

Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut
dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan
kepada warga dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Tamsilannya, baru-baru ini Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota
London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati
telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan. Selain  itu, Kementerian
Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang
berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah
diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan
negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Marcapada, terdapat pelbagai produk
pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai kerana
rambut sama hitam, hati lain-lain. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui
penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi.
Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah
alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan
agropelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam
tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran
kemajuan negara dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi
menarik minat pelajar asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus
bertaraf dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen
Zoom Malaysia, iaiatu “Segala-galanya terdapat di Malaysia”.

Selain kerajaan, para pengusaha pelancongan telah diseru agar meningkatkan kualiti perkidmatan
mereka. Oleh yang demikian, operator pelancongan perlu bergerak seiring dengan prakarsa kerajaan
menarik kemasukan pelancongan  dengan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan
harapan pelancong yang datang. Kita tidak mahu senario, indah khabar dari rupa akan menjahanamkan
usaha promosi yang telah dilakukan. Maka, para pengusaha tempat penginapan hendaklah menyediakan
kemudahan yang kondusif selari dengan kehendak pelancong sama ada melibatkan hotel bertaraf lima
bintang mahu pun penginapan inap desa. Seterusnya, para pengusaha pengangutan awam seperti pemandu
teksi dan bas pelancongan diingatkan agar menyediakan perkhidmatan pada kadar yang berpatutan dan
memberikan layanan yang mesra kepada para pelancong. Sikap buruk sesetengah pengusaha
perkhidmatan pengangkutan awam amat kita kesali kerana telah merosakkan imej negara. Kita tidak
mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak kurang penting ialah kebersihan tandas-tandas
awam perlu dititikberatkan kerana elemen berkenaan akan menggambarkan mentaliti rakyat tempatan.
Tegasnya, pengusaha pelancong yang bertindak sebagai barisan hadapan industri pelancongan wajar
menyediakan perkhidmatan yang bertaraf dunia sesuai dengan taraf negara sebagai negara membangun
yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha
mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Oleh itu, mahajana hendaklah
menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi.
Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah
mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa
kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat
tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan. Mereka janganlah
bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan apabila terlalu taksub untuk
melancong ke luar negara. Intihanya, warga tempatan diharapkan agar lebih bersikap patriotik untuk
memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Konklusinya, budaya bahu-membahu antara pihak kerajaan, swasta, dan warga tempatan penting
demi kelangsungan sektor pelancongan domestik. Kita berkeyakinan bahawa pada masa akan datang
adalah tidak mustahil industri pelancongan tempatan akan standing dengan negara-negara yang telah
sedia tersohor dalam bidang pelancongan. Oleh itu,  kita berharap agar destinasi pelancongan seperti
Pulau Langkawi akan setanding dengan Pulau Bali di Indonesia. Akhirul kalam, impak daripada
kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti akan menguntungkan rakyat tempatan yang akan menerima
tempias limpahan rezekinya.
Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara
Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini
menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan
kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang
ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan
tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?
 
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang
menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar
Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu
pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat 
bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat
membosan bagi sesetengah pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan
bersejarah persembahan turut diadakan seperti di Kota A – Famosa. Di Kota A – Famosa pelancong
bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat
beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat
ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor
pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita.
 
Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Malaysia
mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara kita yang mempunyai
pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan
masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan
seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan
telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu
sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum
Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak
daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan
mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan
setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.
 
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf tangan di
Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang
ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain
batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan
cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia
seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan
mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar
negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri kraf
tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
 
Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa
kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan
etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang
mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat
pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh
dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat,
ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti
sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung
yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh
pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi
memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan
budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi
imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.
 
Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam
negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya
supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya
membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita
harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu
bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
 “Bersyukur kita kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar
kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang terunggul, terutama
sekali untuk percutian dan pelancongan insentif." Kenyataan yang disuarakan oleh Dato' Seri
Dr.Ng Yen Yen, mantan Menteri Pelancongan Malaysia dalam laman web rasmi kementerian
beliau memperlihatkan bahawa Malaysia merupakan syurga pelancongan yang kian popular dan
tersohor di rantau ini.

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP


PEMBANGUNAN  EKONOMI NEGARA.
Dari segi ekonomi,sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi
pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang datang dari negara luar harus
menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh
berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran
mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai
perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat
keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara
kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli
barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Di samping itu,sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini
adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan,
makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan
yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal
mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada
menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa
dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati
hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati
makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di
tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang
luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan
tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing
diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej
seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan
mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan
sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu
lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan
seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan.
Oeh itu,sektor pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara
kita.

Dari segi politik,sektor pelancongan dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero


dunia.Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan
Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia.
Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan
berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia
Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf
antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke
seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh
dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja
menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia
kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud
peribahasa, ”Sambil Menyelam Minum Air”.

HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN


Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak
seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk
memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang
pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk
memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau
dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara
kita pada masa depan.

Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan negara-
negara yang lain. Hal ini demikian,bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga
mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu
banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing
dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat
persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.

Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor
pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam sekitar
kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli
masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini,negara kita
mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor
pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan
di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong  hendak menikmati persekitaran
yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.

Selain itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita akan
hadapi . politikyang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai contoh, Pergaduhan
yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah menyebabakan pelancong dari
negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan kaselamatan diri semasa melancong. Ramai
pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang
keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga
ini akan membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan
membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.

Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga
merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan
kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa mereka
akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek moyang
mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan kerana
pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama di negara lain. Banyak
kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti  permainan, seni , persembahan yang tradisional
dan seandai-andainya.
Konkluksinya, negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada
masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur
dengan dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-
sama menghadapi cabaran dan menjanjikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di
negara kita.

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN


UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Pada tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan
oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini Perbadanan menjadi sebuah
badan berkanun.  Ahli-ahli Lembaga Pengarang adalah dilantik oleh Y.B. Menteri Perdagangan
dan Perindustrian dan adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan
pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urus Perbadanan.

Di dalam menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh


Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan
serantau, menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara negeri bagi
menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai dalam pembangunan
fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan perwakilan dan menjalani tugas-tugas
yang berhubung dengan pelancongan Antarabangsa dan serantau, menempatkan Malaysia
sebagai pusat konvensyen, mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan
keperluan sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri
dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah, mengumpul, mengolah data-data
pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik pelancongan,
mengatur, mengawal dan menentukan Industri Pelancongan berkembang bagi kepentingan
negara.

Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah bekerjasama dengan
pihak swasta dalam membangunkan produk-produk pelancongan baru. Kemudian, pada tahun
1994, kerajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94) dengan
menawarkan 170 program dan acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan
kebangsaan, sukan, konvensyen dan pameran.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah  diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan.  Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti  pameran kejohanan sukan bertaraf dunia
termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour
de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat
dijalankan sepanjang masa dengan promosi   yang   lengkap   dan   meluas.  Penganjuran 
sukan   bertaraf   antarabangsa   dapat memperkenalkan  negara  kepada perwakilan atau atlet-
atlet dari luar  negara  seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia
dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan.
Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan   tanpa   menunggu  
musim-musim   tertentu   sahaja.

Dengan   cara   ini,   kita   dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan
yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Dalam usaha untuk
memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan
melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga
dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Hasilnya, baru-baru ini Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di
kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian.
Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan.
Selain  itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan
terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan
Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor
pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk
pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Kini, terdapat
pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa
pelancong yang pelbagai. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui
penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De
Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran
kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman
Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak
ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan agro pelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta
Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah
bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara dalam bidang
perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar
asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf
dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen
Zoom Malaysia, iaiatu “Segala-galanya terdapat di Malaysia”.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha
mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Sementalahan pula, sebagai
tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah
dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka
dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan
hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan.

Salah satu cara sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan adalah melalui,
fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan memanfaatkan promosi dan pemasaran digital
sepenuhnya melalui penggunaan perkakasan interaktif dan media sosial yang inovatif untuk
menawarkan pengalaman pelancongan yang disesuaikan mengikut keperluan segmen pasaran
khusus. Media sosial akan digunakan untuk menguasai pasaran pelancong memandangkan
pandangan dan ulasan dalam talian menjadi semakin popular sebagai rujukan kepada
pelancong dalam membuat keputusan pengembaraan. Peserta industri akan digalakkan untuk
memaksimumkan potensi pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang disediakan
oleh Tourism Malaysia. Platform pemasaran akan dipertingkatkan untuk lebih mesra pengguna,
interaktif dan mempunyai kandungan yang menarik dan relevan.

Pembangunan dan pelaksanaan produk serta kemudahan secara bersepadu antara agensi
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan akan dipertingkatkan.
Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembangunan
pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara optimum dapat dicapai. Semua
projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan Dasar Pelancongan Negara.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR
BANDAR
SMIDEC ditubuhkan untuk mengatasi masalah IKS , memperkenalkan pelbagai program contoh
membuat promosi tentang IKS ,bantuan teknikal modal serta pemberian subsidi. Merapatkan
kerjasama dengan syarikat besar, sentiasa memastikan keluaran IKS adalah bermutu dan
bertaraf global. Program penyelidikan dan pembangunan di berikan kepada teknologi IKS.
Teknologi IKS yang berinovatif akan diberikan pengecualian cukai iaitu Program Tahap Perintis.
Elaun bagi modal yang dilaburkan oleh IKS.Perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan
R&D akan diberikan pemotongan cukai. Agensi dan badan yang membantu untuk penyelidikan
IKS ialah Mimos dalam bidang telekomunikasi , MARDI, PORIM dan MPOB dalam bidang
pertanian, SIRIM Mengiktiraf kualiti keluaran rekebentuk dan kejuruteraan. Program Rantaian
Industri (ILP) ialah untuk merapatkan hubungjalin atau kerjasama dengan syarikat besar dan
multinasional. Program ini bertujuan menjadikan IKS sebagai pengeluar penting kepada 
barangan elektronik, komputer, aksesori mesin dan sebagainya. IKS bertindak sebagai vendor
kepada syarikat besar.

Program Bantuan Kewangan oleh institusi kewangan dan SMIDEC.Contoh apabila IKS
menghadapi masalah kewangan aka nada tabung untuk memulihkan krisis kewangan tersebut.
PAKSI pula bertindak sebagai permulaan kepada IKS untuk membiayai modal kerja, membeli
jentera ,mesin dan lot kilang.Tabung Bantuan Teknikal Industri ditubuhkan bertujuan untuk
memberi geran. Tujuan tabung ini ialah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan produk
pengeluaran . MARA, MIDF, Agrobank adalah agensi yang terlibat yang sentiasa memberi
bantuan pinjaman kewangan kepada IKS yang mempunyai masalah permodalan dan kewangan
IKS. Program Pembangunan Infrastruktur oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan UDA
( Perbadanan Pembangunan Bandar). Program ini menyediakan tapak kilang dan prasarana
yang baik kepada  IKS. Taman Perindustrian IKS ditubuhkan disetiap negeri dengan kerjasama
Perbadanan Kemajuan Negeri dan Malaysian Industrial estate Sendirian Berhad (MIEL).
Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
pekerja IKS. Menyediakan klinik perniagaan , seminar , latihan dan bantuan kepada IKS. MARA
berindak memberi ilmu dalam bidang keusahawanan , memberi pinjaman, semangat dan
bagaimana memulakan ilmu IKS. Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan untuk memberi ilmu kemahiran dalam bidang
jahitan, kraftangan, pertukangan dan sebagainya.MEDEC (Pusat Pembangunan Usahawan
Malaysia) bertujuan memberi latihan, ISO 9000 dan ilmu usahawan kepada IKS.MPC
(Perbadanan Produktiviti Malaysia ) untuk meningkatkan produk dan mutu pengelauaran IKS.
FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia),
MARDI ( Institute Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) adalah contoh pelbagai
agensi yang menbantu menyediakan latihan kemahiran dan teknikal.Mereka juga bertindak
memberikan ilmu usahawan kepada IKS.

Pembangunan Pemasaran untuk mempromosikan keluaran IKS seperti pameran , lawatan


perniagaan, majalah portal , ekspo atau carnival untuk membantu memasarkan produk IKS.
MARA  ditubuhkan untuk memberi latihan , ilmu dan kemahiran kepada IKS bagaimana
memulakan perniagaan. FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) bertindak
memasarkan barangan pertanian dan memasarkan produk tersebut. MPC (Perbadanan
Produktiviti Malaysia) memberi ilmu tentang produktiviti, dalam import dan eksport barangan ke
luar negara, memeperluaskan pasaran produk IKS.
1. "Masa gembira dalam kehidupan manusia, saya fikir, adalah pergi ke tempat yang
tidak diketahui." - Sir Richard Burton
2. "Kita hidup dalam dunia yang indah yang penuh dengan kecantikan, pesona, dan
travel. Tidak ada pengakhiran travel yang boleh kita miliki sekiranya kita mencari
mereka dengan mata terbuka," - Jawaharial Nehru
3. "Travel menjadikan orang yang bijaksana menjadi lebih baik tetapi orang bodoh
menjadi lebih teruk," - Thomas Fuller
4. "Dunia adalah sebuah buku dan orang-orang yang tidak melakukan travel hanya
membaca satu halaman," - Austine of Hippo
5. "Matlamatnya adalah mati dengan kenangan dan bukannya impian," - Tanpa
Nama
6. "Ambil setiap peluang yang anda dapat dalam kehidupan kerana beberapa perkara
hanya berlaku sekali," - Karen Gibbs
7.

You might also like