Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

PANDUAN DAN PROSEDUR PENTADBIRAN PENGGUBALAN


UJIAN TERBUKA (OBT) SECARA DALAM TALIAN

PANDUAN UMUM UJIAN TERBUKA (OBT)

Penggubalan item soalan mestilah berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah
diseragamkan bagi kursus berkenaan oleh Kampus Tier 1 agar sesuai dengan pemberatan
aspek pengetahuan isi kandungan dan pedagogi yang terdapat dalam Ringkasan Maklumat
Kursus (RMK) dan juga Maklumat Kursus (MK) bagi setiap program.

Soalan yang digubal hendaklah mencapai aras kemahiran kognitif yang tinggi iaitu
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta dalam situasi penyelesaian masalah yang
pelbagai.

Penggubal perlu merujuk kepada Buku Panduan Pentaksiran (Edisi 2019: Semakan Jun 2019)
yang dikeluarkan oleh IPGM semasa membina soalan bagi tujuan penyelarasan format kertas
peperiksaan yang standard serta mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Ujian Terbuka (OBT) hendaklah dilaksanakan dalam minggu peperiksaan semester sahaja.
Bimbingan daripada pensyarah-pensyarah adalah tidak dibenarkan semasa calon sedang
menyempurnakan ujian tersebut.

Butiran tentang tarikh, masa dan tempoh menjawab bagi setiap kursus yang melaksanakan
OBT perlu dimaklumkan kepada calon lebih awal supaya persediaan dapat dibuat.

Penggubalan item perlu berdasarkan ciri-ciri item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti
berikut;
a) stimulus yang merangsang pemikiran pelajar
b) pelbagai tahap pemikiran
c) konteks bukan lazim
d) situasi sebenar dalam kehidupan seharian
e) item tidak berulang

Item yang digubal mestilah bersifat Respon Terbuka (Open ended) sama ada berbentuk:
a) Soalan esei pendek memerlukan jawapan antara 300 hingga 400 patah perkataan.
b) Soalan esei panjang memerlukan jawapan antara 500 hingga 700 patah perkataan.
** Rujuk Jadual 1 (m.s 5, Garis Panduan OBT IPGM)

Skema pemarkahan item perlu ditunjukkan dengan jelas dan terperinci. Bentuk jawapan yang
ideal disertakan sebagai rujukan kepada pemeriksa semasa memberikan markah kepada calon.

Rubrik disediakan sebagai panduan penskoran untuk menilai prestasi calon. Terdapat dua jenis
rubrik pemarkahan untuk soalan esei iaitu rubrik pemarkahan analitik dan rubrik pemarkahan
holistik.
** Rujuk Jadual 3 dan Jadual 4 (m.s 9 dan 10 Garis Panduan OBT IPGM)

Masa yang diperuntukkan dalam OBT adalah sama seperti masa yang diperuntukkan dalam
RMK/MK peperiksaan akhir.
PROSEDUR PENTADBIRAN PENGGUBALAN PEPERIKSAAN UJIAN TERBUKA (OBT)

Ketua Penggubal / Penggubal hendaklah menggubal soalan Peperiksaan Ujian Terbuka (OBT)
berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah disediakan oleh Kampus Tier 1

Ketua Penggubal / Penggubal boleh menggunakan Template Gubal Soalan v3.2 (boleh muat
turun dari sistem iTEMS) untuk memulakan proses menggubal item Pentaksiran Akhir (OBT),
skema dan rubrik pemarkahan.

Penggubal perlu merujuk kepada Buku Panduan Pentaksiran (Edisi 2019: Semakan Jun 2019)
yang dikeluarkan oleh IPGM semasa membina soalan bagi tujuan penyelarasan format kertas
peperiksaan yang standard serta mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

IPGM menetapkan penggunaan perkataan PEPERIKSAAN UJIAN TERBUKA (OBT) pada


muka depan buku soalan.

Ketua Penggubal / Penggubal dicadangkan merujuk template Muka Depan Buku Soalan,
template Skema Pemarkahan dan template Rubrik Pemarkahan yang disediakan oleh UPP
bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman soalan Peperiksaan Ujian Terbuka (OBT). Sila
ubah suai arahan di dalam template tersebut mengikut JSU dan panduan yang telah disediakan
oleh kampus Tier 1.

Subject Matter Expert (SME) dan Ketua Jabatan Akademik (KJA) membuat semakan dan
mengesahkan Soalan OBT dan Skema Pemarkahan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) di peringkat jabatan. (Gunakan borang LAM-PT-04-05).

Pemeriksa Dalam (PD) perlu melaksanakan proses pemantapan dan kawalan mutu soalan
OBT.

Sila hantar salinan lembut (softcopy) semua Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), soalan, SP dan
rubrik ke emel soalanpaipgktb@gmail.com.

Salinan keras (hardcopy) juga perlu dihantar ke kaunter UPP bersama-sama Borang LAM-PT-
04-05 dan Borang Akuan Penghapusan.

You might also like