Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

1.0 Pengenalan

Terdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon
boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana
sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi; wireless
dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon
satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet
(VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.

Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian
optik, titik ke titik microwave atau relay satelit.

Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar
atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana
sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan
talian tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian
tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan
seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.

Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversi. Antonio
Meucci, Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai
penciptanya.

2.0 SEJARAH TELEFON

1
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

Telefon berasal daripada bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara adalah alat
telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan
percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi
melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan
sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat
telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi
kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.

2.1 Sejarah Penciptaan Telefon:

Sejarah awal sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak tuntutan dan
tuntutan balik berlaku, di mana ia tidak diperjelaskan oleh pihak yang sepatutnya mengikut
lunas undang-undang supaya dapat menyelesaikan pertikaian individu yang menuntuk hak
paten masing-masing. ia adalah amat penting bagi semua pihak mengetahui bahawa tiada
sesuatu pihak sahaja yang menjadi "pencipta telefon". Telefon moden sekarang ini adalah
hasil sumbangan dan hasil kerja banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan
selayaknya.

Telefon Dail telefon nada-sentuh (touch-tone)

3.0 Pembangunan Awal

Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:


2
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

1849 Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon
kepada orang ramai di Havana.

1854 Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter


telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.

1854 Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.

1860 Johann Philipp Reis

1860 Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island.

1861 Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki.
Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.

1871 Meeucci memfailkan satu paten caveat.

1872 Elisha Gray menubuhkan Western Electric Manufactering Company.

July 1873 Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh
kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.

1874 Gray mendemonstrasi telfon trnsmiter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.

2 June 1875 Alexander Graham Bell orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.

1 July 1875 Bell pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah (Kedua-dua,
transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang
serupa).

14 February 1876 Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.

Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.

30 January 1877 Bell mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.

3
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

4
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

4.0 Telefon Digital

Digital Telefoni telah mula diterima pengguna setelah sistem litar analog telah menggantikan
dengan litar digital. Teknologi transmisi digital yang telah jauh berkembang telah menjadikan
ia tidak mustahil untuk menggabungkan pelbagai litar digital dalam satu medium
transmisi(dikenali sebagai multiplex). Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-
isyarat analog yang sampai ke titik agregat (Serving Area Interface (SAI) atau Central Office
(CO) kemudian ditukarkan ke isyarat digital.Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC)
membawa beberapa talian analog telefon ke CO,dengan menggunakan wayar kuprum dan
sekarang telah menggunakan gentian optik. CO dihubungkan dengan menggunakn pembawa
SONET.

5.0 Sistem Telefon Tanpa Wayar

5.1 Telefon Bimbit

Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarles. Selalunya sistem wayarles
untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon
bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United
Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia
bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.

Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar
bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke
telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah
menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang
sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi
seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon
bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.

5.2 Telefon Kordles

5
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

Gagang telefon kordles

Telefon Kordless telah pertama kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Ketika itu, telefon
jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan
juga berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah. Hal ini
membolehkan gagang digunakan daripada mana-mana lokasi pada julat lingkungan tertentu.
Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang, maka unit utama dibekalkan
kuasanya dengan sumber kuasa elektronik (electronic power supply). Disebabkan hal ini,
maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elaktrik. Pada
awalnya, telefon kordless menggunakan gelombang radio pada julat 1.7 MHz untuk
berkomunikasi antara unit utama dengan gagang. Oleh kerana masalah kualiti dan jarak
lingkungan, gelombang ini akhirnya digantikan dengan sistem yang menggunakan frekuensi
termodulasi(FM) pada julat frekeuensi tinggi (49 MHz, 900 MHz, 2.4 MHz, dan 5.8 MHz).
Telefon kordless 2.4 MHz boleh mengganggu beberapa protokol LAN tanpa
wayar (802.11b/g) oleh kerana penggunaannya pada frekuensi yang sama. Pada julat
gelombang 2.4 MHz, beberapa "channels" digunakan untuk melindungi berlakunya
penurunan kualiti isyarat bunyi disebabkan oleh masalah kesesakan. Julat lingkungan untuk
telefon kordless moden hari ini biasanya menjangkau beberapa ratus meter.

5.3Telefon selular

6
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

Sistem telefon bimbit moden adalah berstruktur sel. Radio digunakan untuk berhubung di
antara sebuah telefon bimbit dan sebuah tapak sel berdekatan.

Apabila sebuah telefon bimbit berada terlalu jauh daripada mana-mana tapak sel, sebuah
sistem komputer akan memberi arahan kepada telefon bimbit tersebut dan sebuah tapak sel
yang lebih dekat akan menggantikan komunikasi daripada saluran yang berbeza, tanpa
mengganggu sebarang panggilan yang dilakukan.

Frekuensi radio adalah sebuah sumber yang terhad dan berkongsi. Frekuensi yang lebih
tinggi yang digunakan telefon bimbit mempunyai kelebihan dalam jarak yang dekat. Jarak
perhubungan agak mudah dijangka dan boleh dikawal dengan mengubah level tenaganya.
Dengan menggunakan tenaga yang mencukupi untuk berhubung dengan tapak sel yang
"terdekat", telefon-telefon yang menggunakan satu tapak sel tidak akan mengganggu
telefon lain yang menggunakan frekuensi yang sama pada tapak sel yang lain. Frekuensi yang
tinggi juga berkesan dengan pelbagai bentuk multipleksing yang membenarkan lebih
daripada satu buah telefon untuk berhubung dengan menara yang sama dengan jumlah
frekeunsi yang sama.

5.4 Telefon Tanpa Kord/Bergerak

Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen
tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon
tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.

Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar
rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan.
Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-
kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.

VoIP Telephony

7
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

A WiFi-based VoIP phone

Juga dikenali sebagai lelefon Internet atau Suara melalui IP (Voice over IP) (VoIP), telefon


digital adalah teknologi gengganggu (disruptive technology) yang menggantikan jaringan
telefon tradisional dengan pantas. Di Jepun dan Korea sehingga 10% pelanggan, pada
Januari 2005, telah bertukar dari perkhidmatan telefon digital analog kepada digital.

Telefon digital menggunakan sambungan Internet jaringan luas untuk memancar perbualan


sebagai pakej data. Selain menggantikan PSTN, telefon digital turut bersing dengan
jaringan telefon bimbit dengan menawarkan kos penyambungan yang lebih rendah atau
percuma melalui WiFi hotspots. Sebagaimana disebut di atasVoIP juga digunakan pada
jaringan tanpa wayar yang mungkin atau tidak mempunyai sambungan dengan jaringan
telefon luar.

6.0 Syarikat pengendalian telefon

8
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

Di sesetengah negara, banyak syarikat operator telefon (biasanya disingkatkan menjadi


telco) adalah dalam persaingan untuk menyediakan perkhidmatan telefon. Antaranya
termasuk mereka di dalam senarai berikut. Bagaimanapun, senarai tersebut hanya meliputi
penyedia wayar tembaga dari Ibu Sawat ke pengguna, bukan mereka yang hanya
menyediakan "Voice over IP" atau yang hanya menghantar isyarat suara antara ibu sawat-
ibu sawat.

7.0 Kesimpulan:

Penciptaan telefon adalah kemuncak kerja yang dilakukan oleh ramai individu, sejarah yang
melibatkan koleksi tuntutan dan tuntutan balas. Pembangunan telefon elektrik moden
melibatkan pelbagai tindakan undang-undang yang berasaskan tuntutan paten beberapa
individu dan syarikat-syarikat pelbagai.

Artikel ini merangkumi tahun-tahun awal 1844-1898, dari konsep idea alat suara
penghantaran elektrik, untuk percubaan yang gagal untuk menggunakan "membuat-dan-
memecahkan", kepada eksperimen berjaya dengan telefon elektromagnet oleh Alexander
Graham Bell dan Thomas Watson, dan akhirnya telefon komersial yang berjaya pada abad
ke-19.

Bibliografi:

9
BPME 2023 CREATIVITY AND INNOVATION

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon

"Puskás, Tivadar". Omikk.bme.hu. Retrieved 2012-07-01.

"Puskás Tivadar". Hunreal.com. Retrieved 2012-07-01.[dead link]

Frank Lewis Dyer and Thomas Commerford Martin. Edison, His Life And Inventions, Harper
& Brothers, 1910, p. 71. Retrieved from Gutenberg.org.

a b c Whitaker, A.J. Bell Telephone Memorial, City of Brantford/Hurley Printing, Brantford,


Ontario, 1944.

a b c Osborne, Harold S. (1943) Biographical Memoir of Alexander Graham Bell, National


Academy of Sciences: Biographical Memoirs, Vol. XXIII, 1847–1922. Presented to the
Academy at its 1943 annual meeting.

McVeigh, Daniel P. An Early History of the Telephone: 1664-1866: Robert Hooke's Acoustic
Experiments and Acoustic Inventions, Columbia University website. Retrieved January 15,
2013.

Giles, Arthur (editor). County Directory of Scotland (for 1901-1904): Twelfth Issue:
Telephone (Scottish Post Office Directories), Edinburgh: R. Grant & Son, 1902, p. 28.

Text of Meucci's Caveat, pages 16-18.

Bruce (1990), pages 144-145.

Hounshell, David A. 1975. "Elisha Gray and the Telephone: On the Disadvantages of Being an
Expert", Technology and Culture, 1975, Vol. 16, No. 2, pp. 133–161.

Josephson, p. 143.

John Lossing, Woodrow Wilson. Harpers' Encyclopædia Of United States From 458 A. D. To
1905, Harper & Brothers, 1905. Original from Pennsylvania State University, Digitized:
June 25, 2009.

Edison, Thomas A. 1880. The Speaking Telephone Interferences, Evidence for Thomas A.
Edison. Vol. 1 (jpg image), [cited 21 April 2006].

10

You might also like