Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LATIHAN MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

FORMULA 1 (Kata Ganti Nama Diri 1-saya,aku,beta


Kata Ganti Nama Diri 2- awak, engkau,kamu

OBJEK +KATA BANTU (kalau ada) + SUBJEK KGND1 @ 2 + KATA KERJA PASIF (tanpa
imbuhan awalan)+ KETERANGAN

FORMULA 2 (Kata Ganti Nama diri 3:- dia,mereka beliau,nama orang,gelaran

OBJEK +KATA BANTU (kalau ada) + KATA KERJA PASIF (add on imbuhan di)+ OLEH +
SUBJEK KGND 3 /KATA NAMA +KETERANGAN

LATIHAN MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


1. Saya menghadiahi pelajar itu sebuah kamus dwibahasa terbitan terkini.
Pelajar itu saya hadiahi sebuah kamus dwibahasa terbitan terkini.

2. Anda jangan memperlekeh kami sedemikian rupa.


Ayat pasif:- Kami jangan anda perlekeh sedemikian rupa.

3. Beliau tidak mensyukuri nikmat daripada kemerdekaan negara.


Nikmat daripda kemerdekaan negara tidak disyukuri oleh beliau.

4. Kecanggihan teknologi komunikasi tidak harus melunturkan kesetiaan


rakyat    kepada   negara.
Kesetiaan rakyat kepada negara tidak harus dilunturkan oleh kecanggihan
teknologi komunikasi

5. Persatuan pengguna menangani masalah pengguna secara serius.


Masalah pengguna ditangani oleh Persatuan pengguna secara serius

6. Pihak berkuasa sentiasa giat memajukan kawasan setinggan.


Kawasan setinggan sentiasa giat dimajukan oleh pihak berkuasa.
7. Mereka tidak menghormati pegawai yang sombong itu.
8. Baginda sultan tidak mengaku Hang Tuah sebagai hamba baginda.
9. Pemandu pelancong itu membawa rombongan tersebut melawat ke
beberapa    tempat  menarik di sekitar Bandar Putrajaya. 
10. Akhbar itu melaporkan bahawa wabak selsema burung di negeri
Kelantan.
11. Syarikat berasaskan produk herba itu akan mengusahakan
penanaman herba di  kawasan lereng bukit.
12. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek
penternakan ikan tawar.
13. Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan
di kanan lebur raya itu.
14. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang
hayat terhadap  peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang
mengandung.
15. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai
mati.
16. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah
menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
17. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak
mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
18. Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak
pasukan sekolah kamu.
19. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
20. Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.

You might also like