Tutorial M7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Arahan:

1. Sila nyatakan tajuk filem dan nama watak yang anda pilih. Kenapa? (pastikan 1
watak sahaja)
Tajuk filem ialah Haikal. Nama watak yang saya pilih dalam filem tersebut ialah
seorang budak lelaki yang bernama Haikal kerana Haikal berusaha memahami
budaya kaum lain dan cuba bergaul dengan rakan sekelasnya walaupun dia
dipinggirkan oleh rakan sekelasnya akibat dia merupakan anak acuan iaitu orang
Cina campur dengan orang Melayu.

2. Nyatakan dari aspek pembelajaran sosial, apakah yang mempengaruhi watak


yang anda pilih bertingkah laku? Jelaskan dari segi tiga unsur iaitu persekitaran,
kognitif dan tingkah laku serta unsur yang mana lebih mendominasi?
Dari aspek pembelajaran sosial, persekitaran mempengaruhi Haikal bertingkah
laku sedemikian, iaitu ayahnya. Ayah Haikal berkongsi cerita dengan Haikal untuk
dijadikan teladan kepada Haikal. Ayah Haikal ialah orang Melayu manakala Ibu
Haikal ialah orang Cina. Walaupun terdapat perbezaan antara Ayah Haikal dan Ibu
Haikal, namun mereka saling belajar tentang budaya antara satu sama lain. Ibu
Haikal mengajar ayah Haikal menggunakan penyepit untuk makan makanan. Ayah
Haikal pula mengajar ibu Haikal menggunakan tangan untuk makan makanan.
Akhirnya, ayah Haikal boleh menggunakan penyepit untuk makan makanan dan ibu
Haikal mahir untuk memasak makanan kaum Melayu seperti kari ayam, sambal
undang dan sebagainya. Cerita yang telah dikongsi oleh ayahnya telah mengubah
kognitif Haikal, iaitu dia sedar bahawa dia memerlukan masa untuk belajar tentang
budaya kaum lain. Pada hari keesokannya, Haikal seperti biasa diejek oleh rakan
sekelasnya dengan perkataan “banana” dan “orang pelik”. Namun, Haikal bersabar
dan memperkenalkan dirinya kepada rakan sekelasnya. Haikal mengatakan bahawa
dia sebenarnya merupakan orang Melayu seperti bapanya dan orang Cina seperti
ibunya. Dia tidak tidak reti cakap bahasa Cina dan penguasaan Bahasa Melayu
kurang baik. Faikal membawa hakka mee kepada rakan sekelasnya lalu bertanya
nama rakan sekelasnya. Akhirnya, Faikal berjaya berkawan dan bergaul dengan
rakan sekelasnya dengan baik. Jadi, berdasarkan filem tersebut, persekitaran
persekitaran adalah lebih mendominasi. Perkongsian cerita ayah Faikal telah
dijadikan teladan kepada Faikal serta seterusnya mengubah kognitif dan tingkah laku
Faikal.
3. Apakah pengajaran yang anda perolehi daripada watak tersebut dengan melihat
dari aspek teori pembelajaran sosial?
Pengajaran yang saya perolehi daripada Faikal ialah berkongsi masalah yang
dihadapi dengan ibu bapa, bukannya menyimpan masalah atau perasaan di dalam
hati. Pengaruh keluarga amat penting dalam mengajar anak-anak. Ibu bapa perlulah
mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak serta cuba
membantu mereka.

4.Refleksi anda.
Kita haruslah saling menghormati, mempelajari, memahami budaya kaum antara
satu sama lain. Hal ini dapat mewujudkan persefahaman dan mengelakkan
berlakunya perselisihan faham dalam kalangan kumpulan kaum. Faktor persekitaran
amat penting dalam mempengaruhi kognitif dan tingkah laku seseorang. Individu
sentiasa mempelajari sesuatu melalui persekitaran. Dalam hal ini, ibu bapa dan guru
merupakan pengaruh yang sangat besar kepada anak-anak kerana merekalah yang
sentiasa berhubung dengan anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan guru
seharusnya memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan cuba membantu
mereka. Ibu bapa dan guru juga berperanan sebagai agen perubahan sosial dengan
menyebarkan budaya kaum lain kepada anak-anak serta mengajar mereka
memahami dan menghormti kaum lain. Dengan ini, murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai budaya dan kaum dapat bergaul dengan baik tanpa mempunyai rasialisme.

You might also like