Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 59

Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

TEMA:

KESELAMATAN
DAN
PERTAHANAN

Dibina oleh:
Puan Salmiah binti Ramli
(rasahati)

1
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LEPAS


2013- 2019 (SEMESTER 1)
TAHUN TEMA TAJUK
STPM Tadbir Urus S20- Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan perlu
2012/2013 Negara dilakukan untuk memastikan golongan pekerja di negara ini memperoleh
(Modal insan) pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum tersebut.
(5 + 0)

Sosial dan budaya S21- Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mempunyai
kepentingan nya yang tersendiri. Oleh itu, langkah-langkah bagi
memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu
diambil. Bincangkan. (3 + 2)

Ekonomi S22- Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis barangan


kraftangan. Usaha perlu dijalankan untuk menjadikan industri kraftangan
ini sebagai satu industri berskala besar yang mampu memberikan
sumbangan kepada ekonomi negara. Bincangkan. ( 5 + 0)

STPM Tadbir Urus S20- Selain daripada menguruskan pentadbiran Negara, kerajaan juga
2013/2014 Negara mempunyai tanggungjawab yang lain. Bincangkan (1+ 4)

S21- Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasa


Politik pertahanan Negara bagi memastikan kedaulatan Negara kita terpelihara,
(Keselamatan dan namun terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
pertahanan) Ulaskan (3 + 2)

S22- Laman web rangkaian sosial seperti Facebook, Friendster, My Space


Sains dan dan Twitter telah menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh
teknologi dunia. Namun begitu, ada pihak yang mencadangkan laman web ini
diharamkan penggunaannya. Bincangkan (3 + 2)

STPM Tadbir urus negara S20- Gejala rasuah telah menjadi “duri dalam daging” sehingga
2014/2015 (Integriti) mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Oleh itu,
pelbagai langkah perlu diambil bagi mengawal gejala ini daripada
berleluasa. Bincangkan. (3 + 2)

Sosial dan Budaya S21- Selain dari aspek pemisahan fizikal, terdapat faktor-faktor lain
yang menghalang pengintegrasian dan perpaduan kaum di negara ini.
Ulaskan penyataan ini. (1 + 4)

Ekonomi S22 - Penghijrahan modal insan Malaysia yang mempunyai kemahiran


dan pengetahuan tinggi (brain drain) ke negara lain terus berlaku.
Fenomena ini jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan ekonomi
negara. Bincangkan. (3 + 2)

STPM Tadbir urus S20- Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut ciri-
2015/2016 Negara ciri kepimpinan yang berkualiti. Huraikan. (5+ 0)

S21- Kebelakangan ini, generasi muda yang merupakan benteng


Sosial dan Budaya pertahanan negara pada masa depan dikatakan kurang mempunyai
semangat patriotik terhadap negara. Usaha-usaha perlu dilakukan bagi
menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan mereka. Ulaskan ( 2+ 3)

Sains dan S22- Teknologi Satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia,
Teknologi namun kesan negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan. Bincangkan
(2+ 3)

STPM Tadbir Urus S20- Tadbir Urus baik memerlukan kecekapan pegawai awam. Oleh itu,
2016/2017 Negara pelbagai usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti pegawai
perkhidmatan awam. Huraikan. (5 + 0)

Sosial dan Budaya S21- Kebelakangan ini, segelintir golongan muda didapati lebih
mengutamakan budaya hedonisme (berseronok). Langkah tertentu perlu

2
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

dilakukan untuk memastikan golongan ini tidak melupakan budaya


tempatan. Jelaskan. (3 + 2/ 2 + 3)

Integrasi dan S22- Perpaduan kaum memainkan peranan yang penting untuk menjamin
Perpaduan keamanan negara. Lantaran itu, kerajaan hendaklah melaksanakan pelbagai
langkah untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Jelaskan. (3 + 2/ 2 + 3)

Tadbir urus S20- Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah berlaku. Oleh itu,
Negara langkah-langkah tertentu perlu dilakukan untuk mengawal gejala ini
STPM (Integriti) daripada terus berkembang. Huraikan. (3+2/2+3)
2017/2018
Politik S21-Terdapat pelbagai ancaman yang boleh mengugat keselamatan dan
(Keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Jelaskan. (5+0)
Pertahanan)

Integrasi dan S22-Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan kaum di negara


Perpaduan ini. Namun demikian, peranan pelbagai pihak lain tidak boleh diketepikan.
Jelaskan. (1+4)

Tadbir urus S20- Karenah birokrasi dalam perkhidmatan awam boleh menjejaskan
STPM Negara imej perkhidmatan awam. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk
2018/2019 (Integriti) menanganinya. Huraikan. (3+2/ 2+3)

S21- Malaysia sebuah negara yang aman dan damai, namun tidak terlepas
Politik daripada menghadapi ancaman jenayah yang perlu diatasi segera.
(Keselamatan dan Huraikan. ( 5+ 0)
Pertahanan)
S22- Teknologi Hijau penting untuk diberi penekanan dalam
Sains dan pembangunan negara dan pelbagai langkah dilaksanakan bagi menjadikan
Teknologi Malaysia sebuah negara yang mengamalkan teknologi tersebut. Huraikan.
(3+ 2/ 2+3)

Politik S20- Demonstrasi bukanlah satu-satunya cara untuk menyuarakan


ketidakpuasan dan pandangan rakyat kepada pihak berkuasa. Huraikan.
FOKUS (1+ 4)
STPM
2019/2020 Integrasi dan S21- Perpaduan adalah penting untuk keharmonian dan kestabilan negara.
Perpaduan Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk mengukuhkannya. Jelaskan. (3 +
2)
Sains dan
Teknologi/Politik S22- Teknologi digital yang berkembang pesat pada masa ini memberikan
kesan kepada sistem politik sesebuah negara. Jelaskan. ( 5 + 0)

3
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

POLITIK
(KESELAMATAN DAN PERTAHANAN)

Bil Idea Huraian


Faktor Malaysia kekal berdaulat
1 Kekuatan Ketenteraan  Penglibatan generasi muda pelbagai bangsa dalam perkhidmatan tentera.
 Disiplin, profesionalisme, kepimpinan dan semangat kesetiakawanan yang
tinggi dalam kalangan anggota tentera
 Memiliki ketahanan mental dan fizikal yang kental
 Penggunaan peralatan ketenteraan yang canggih dan berteknologi tinggi
 Pelaksanaan konsep ‘HANRUH’ atau ‘Pertahanan Menyeluruh’ yang
melibatkan agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam
mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara
 Bersedia sepanjang masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan

2 Kepimpinan  Pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan membawa negara ke mercu


kecemerlangan
 Krisis/konflik dari dalam dan luar negara dapat ditangani dengan baik
 Disegani dan dihormati oleh negara luar
 Mengukuhkan lagi kedaulatan negara melalui pengiktirafan negara luar
seperti pengiktirafan oleh Geoge Bush terhadap kemajuan Malaysia di bawah
pimpinan Tun Mahathir
3 Hubungan baik dengan  Semangat kerjasama dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira
negara luar ideologi politik
 Penyelesaian masalah melalui rundingan
 Urusan dalaman negara tidak diganggu oleh pihak luar/ tiada campur tangan
negara luar
 Menjamin keselamatan serantau dan menghindari sebarang ancaman dari
negara luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara
4 Kemantapan Ekonomi  Kekuatan ekonomi dapat meningkatkan imej negara dan mengelakkan
penjajahan dari segi ekonomi
 Menjadi negara pengeluar dan bukannya negara pengguna
 Pengagihan kekayaan yang saksama
 Keupayaan ekonomi membolehkan pembangunan berjalan lancar

5 Pendidikan  Pendidikan tinggi membolehkan rakyat menguasai ilmu, kreatif, inovatif dan
bewawasan.
 Pewujudan masyarakat berilmu (K-komuniti) terutamanya dalam bidang
sains dan teknologi
 Melahirkan modal insan bertaraf dunia dan guna tenaga yang pakar
 Malaysia boleh mengeksport kepakaran, alat cipta dan dapat meningkatkan
ekonomi negara
 Dengan adanya ilmu, sukar diperdaya/dikuasai pihak luar
6 Kestabilan Politik  Parti-parti politik saling bekerjasama di bawah satu sistem politik yang sama
demi mengekalkan kedaulatan dan kemajuan negara
 Pembahagian kuasa untuk mengelakkan pembolotan kuasa oleh satu-satu
parti politik sahaja
7 Perpaduan Rakyat  Prasyarat kepada pembentukan sebuah negara dan pengekalan kedaulatan
negara
 Perbezaan budaya jangan dijadikan masalah tetapi dijadikan sebagai suatu
kelebihan.
 Pengukuhan perpaduan melalui satu bahasa, satu kebudayaan dan satu sistem
pendidikan
 Sikap saling menghormati
 Perpaduan boleh mengekalkan kedaulatan negara
7 Dasar Kerajaan  Dasar-dasar kerajaan diwujudkan bagi menangani segala permasalahan yang
berlaku
 Menangani masalah sosial agar masyarakat penyayang dapat diwujudkan dan
menghindari keadaan huru hara

4
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Tanggungjawab mengekalkan kedaulatan negara Malaysia bukan hanya perlu digalas pada bahu pasukan keselamatan
negara sahaja, bahkan turut melibatkan semua lapisan rakyat negara ini. Jelaskan.

Bil Cadangan Isi/Idea Huraian

Tanggungjawab semua lapisan rakyat mengekalkan Kedaulatan Negara


1 Pasukan keselamatan  Dilengkapi dengan sokongan logistik, sumber tenaga manusia terlatih dan
negara teknologi pertahanan canggih
(idea wajib)  Sentiasa bersedia menghadapi ancaman dari dalam dan luar negara
 Mempunyai semangat juang yang tinggi , berani
 Sanggup berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan
negara
2 Barisan pemimpin  Melengkapkan diri dengan ilmu kepimpinan dan mentadbir negara dengan
negara baik
 Mewujudkan kestabilan politik dalam negara
 Mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang menggugat keamanan
dan kedaulatan negara .
 Memperkukuh sistem pertahanan dan keselamatan negara
3 Penjawat awam / kaki  Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan teknologi semasa agar
tangan kerajaan dapat mengangkat kedudukan negara sebaris dengan negara maju
 Memiliki semangat cinta akan negara yang menebal dan tidak
membocorkan rahsia sulit negara kepada musuh negara
 Mengamalkan sikap integriti dan akauntabiliti yang tinggi
 Mengutamakan tadbir urus yang baik
4 Pihak swasta  Mendahulukan kepentingan dan keselamatan negara berbanding agenda
lain
 Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan,
ekonomi dan sosial
 Menentang sebarang ketidakadilan yang berlaku
 Bekerjasama mengadakan kempen kesedaran dan program cinta akan
negara
5 Ibu bapa/ institusi  Menjadi contoh terbaik kepada anak-anak agar sentiasa memelihara
keluarga kedaulatan negara
 Menanam rasa cinta akan negara kepada anak-anak sejak kecil
 Sama-sama menghayati maksud kemerdekaan yang sebenar dan
menerapkan semangat kemerdekaan dalam jiwa setiap ahli keluarga
6 Generasi muda  Mempunyai jati diri yang kukuh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian
 Bersama-sama mencurahkan bakti, taat setia dan menjaga nama baik
negara
 Menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
7 Pertubuhan Bukan  Membantu kerajaan menyebarkan dasar-dasar dan program untuk
Kerajaan (NGO) mengekalkan kedaulatan negara kepada anggota masyarakat
 Menganjurkan kempen dan program yang mampu memantapkan
perpaduan kaum di negara ini
 Menanamkan rasa cinta akan negara kepada seluruh rakyat negara ini

Jawapan : 1 + 4 isi/idea

5
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Peranan kerajaan dalam menjaga kedaulatan negara

Bil Idea Huraian idea


Peranan kerajaan dalam menjaga kedaulatan negara

1 Memperkasa sistem  Kerajaan memperkasa sistem pertahanan udara, laut dan darat.
pertahanan  Membeli peralatan ketenteraan yang canggih sesuai dengan tahap keselamatan
serantau.
 Misalnya membeli kapal selam, menambah bilangan jet pejuang selain
memperkasa teknologi ketenteraan
 Sentiasa bersiap siaga sepanjang masa di sempadan negara.

2 Memperkasa  Pihak polis memainkan peranan menjaga keselamatan negara dairpada kejadian
keselamatan negara jenayah.
 Pihak polis sentiasa berhadapan dengan masalah pendatang asing yang terlibat
dengan pelbagai jenayah
 Kerajaan boleh menambah bilangan anggota pilis selain prasarana polis seperti
kereta, motosikal serta sistem penyampaian perkhidmatan polis

3 Memperkasa  Kerajaan perlu menghukum pihak yang terlibat dengna perbuatab subversif dan
Penguatkuasaan pengamcam kedaulatan dengan tegas.
undang-undang.  Penggunaan pelbagai akta seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dengan
tegas.
 Pemantauan pihak berkuasa terhadap penggunaan blog dan media sosial perlu
dilakukan.

4 Menjalin hubungan baik  Kerajaan mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan negara serantau dan
dengan negara luar antarabangsa
 Dengan ini semua negara mempunyai kepentingan terhadap negara ini.
 Negara luar akan menjadi rakan diplomatik dan tidak mempunyai alasan untuk
menguggat kedaulatan negara kita.
 Jika wujud pertikaian sekalipun, Malaysia akan menggunakan cara perundingan
atau pihak ketiga termasuk mahkamah antarabangsa untuk menyelesaikan
pertikaian.

Pengenalan
Pertahanan negara yang kukuh amat penting untuk memastikan rakyat hidup bebas, aman dan sejahtera. Tanpa
pertahanan, negara akan mengalami peperangan dan tidak aman. Namun, pelbagai cabaran yang dihadapi dalam
memperkasakan pertahanan negara.

Cabaran/ Halangan dalam mempertahankan negara (STPM 2014)

4. Kebanjiran warga asing


 Lebih dua juta orang pekerja asing pada masa kini di negara kita.
 Mereka ini tidak mempunyai kesetiaan kepada negara.
 Sekiranya terlampau banyak menjadi satu ancaman kepada negara.
 Rakyat berasa tidak selamat kerana banyak jenayah yang berlaku melibatkan pekerja asing.
 Kemasukan pekerja asing akan membawa masuk budaya mereka yang boleh mengancam budaya tempatan
yang bernilai tinggi.

5. Pengaruh dan campur tangan kuasa asing


 Tindakan pengintipan oleh kuasa asing berlaku di negara ini.
 Mereka menggunakan alasan memartabatkan hak kebebasan asasi.
 Mempergunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai medium agenda mereka.
 Mempergunakan media massa untuk menyampaikan mesej berunsur antikeamanan.
 Dan mempergunakan anggota politik untuk menyokong tentangan terhadap pemerintah.

6. Wujudnya golongan pelampau/ ekstrimis


 Wujud golongan yang berfikiran sempit dan hanya mementingkan diri sendiri atau kaum sendiri tanpa
melihat kepada sesuatu dengan lebih luas, iaitu untuk kepentingan nasional.
 Tuntutan melampau untuk kaum tertentu menyebabkan ketidakselesaan kaum-kaum lain.
 Terdapat juga gerakan pelampau yang mirip pengganas yang boleh menggugat keamanan negara.

6
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

LATIHAN ESEI FOKUS:-

Sila tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

Soalan:
1. Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Oleh itu, setiap
warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tersebut.
Huraikan.

ISU : Kedaulatan dan Kemerdekaan negara.


FOKUS SOALAN : Usaha warganegara untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Skema Cadangan:

1. Menjadi warganegara yang cinta akan negara/ sanggup berkorban demi negara.
2. Menjadi warganegara yang memiliki jati diri yang teguh.
3. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
4. Menjadi warganegara yang mengutamakan perpaduan antara kaum.
5. Menjadi warganegara yang mengamalkan toleransi.
6. Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.

Soalan:
2. Faktor-faktor yang menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Skema Cadangan:

1. Perpaduan yang goyah.


2. Lambakan pendatang asing.
3. Gerakan puak pelampau.
4. Campurtangan kuasa luar/asing.
5. Penyalahgunaan teknologi.
6. Masyarakat yang tidak patriotik.

Soalan:
3. Malaysia sentiasa berhadapan dengan pelbagai ancaman jenayah yang boleh menggugat keselamatan,
keamanan dan ketenteraman negara. Huriakan.

ISU : Ancaman jenayah yang menggugat keselamatan, keamanan dan ketenteraman


negara.
FOKUS SOALAN : Contoh ancaman jenayah.
(5 + 0)

Skema cadangan:-

1. Jenayah Siber.
2. Jenayah Dadah
3. Jenayah Penyeludupan.
4. Jenayah Rasuah.
5. Pendatang Asing Tanpa Izin.
6. Jenayah Perlanunan.
7. Jenayah Rompakan/Samun.

7
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

JENAYAH

Jenayah didefinisikan sebagai suatu tindakan luar kawalan di mana ia telah melanggar nilai-nilai kemasyarakatan. Ia
merupakan kesalahan atau dosa yang berat yang berkaitan dengan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta
bertentangan daripada norma dan akhlak yang terdapat dalam masyarakat . Jenayah adalah kekeliruan yang timbul dalam
kalangan masyarakat. Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada individu
tersebut serta masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan tersebut

Jenayah terbahagi kepada 2 kategori iaitu jenayah indeks dan jenayah bukan indeks. Pengukuran jenayah dalam sesebuah
negara dianalisis berdasarkan peningkatan atau penurunan indicator jenayah indeks berlaku.

1. Jenayah indeks merangkumi 2 kategori jenayah iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
2. Jenayah bukan indeks ialah jenayah seperti rasuah, pemalsuan wang, penipuan kad kredit dan
penyelewengan.

 Jenayah kekerasan merujuk kepada jenayah bunuh, rogol, samun berkawan bersenjata api, samun berkawan tidak
bersenjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, dan mencederakan

 Jenayah harta benda pula di bahagikan kepada beberapa jenayah antaranya curi, curi lori/van, curi motokar, curi
motosikal, curi ragut, pecah rumah siang, dan pecah rumah malam

 Jenayah komersial pula terdiri daripada jenayah tipu, pecah amanah jenayah, salah guna harta dengan curang.
Jenayah siber, lain-lain tipu, pemalsuan, wang palsu, kad kredit, Ah Long, kes VCD/DVD, TS’B’/LUCAH, dan lain-lain
kes.

 Jenayah Kolar Putih


Definisi : Jenayah halus tanpa kekerasan yang dilakukan oleh golongan professional dan pendidikan tinggi.
Termasuklah jenayah perdagangan, kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang lazimnya membabitkan
jumlah wang yang banyak. Pembabitan golongan ini dalam jenayah kolar putih amat berbahaya dan perlu diberi
perhatian berat oleh masyarakat.Contoh jenayah kolar putih seperti Rasuah, penyelewengan kuasa/harta benda.

 Jenayah narkotik pula merupakan jenayah yang berkaitan dengan dadah.

 Jenis-jenis jenayah di Malaysia:


1. Jenayah rogol
2. Jenayah dadah
3. Jenayah pembunuhan
4. Jenayah rasuah
5. Jenayah rompakan dan samun
6. Jenayah ragut
7. Jenayah cetak rompak
8. Jenayah Penyeludupan.
9. Lanun.
10. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

8
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Dasar dan Pendekatan Kerajaan Malaysia dalam mengatasi jenayah:

1. Penubuhan Yayasan Pencegahan jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation) pada bulan Januari 1993.
Penubuhan ini telah membolehkan negara terlibat secara langsung dalam forum berkaitan pencegahan jenayah yang telah
dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Asia Crime Prevention (ACPF) di Shozuka, Jepun.
Walaupun Yayasan Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan itu merupakan badan bukan kerajaan (NGO), namun mandat yang
diberikan oleh kerajaan membolehkan badan ini memainkan peranannya dan bertanggungjawab dalam melaksanakan
pelbagai program pencegahan jenayah di Malaysia

2. Pihak kerajaan juga telah menjadikan pengurangan jenayah sebagai teras dan agenda dalam pembangunan negara iaitu
dalam Rancangan Malaysia 5 Tahun. Agenda pengurangan jenayah terkandung dalam Teras ke-4 iaitu meningkatkan
kemampuan kualiti hidup. Bagi tujuan ini, di bawah Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan telah memperuntukkan RM21.2 bilion
untuk keselamatan dan RM4.9 bilion untuk PDRM(Rancangan Malaysia ke-9, 2006). Kerajaan sangat komited membelanjakan
berbilion ringgit untuk memantapkan dan menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pihak PDRM seperti membina
kuarters dan balai polis.

3. pihak kerajaan telah memberi komitmen sepenuhnya semasa Pembentangan Belanjawan 2008 pada 7 September 2007.
Antara pendekatan yang ingin dilakukan oleh pihak kerajaan ialah memperuntukkan RM 6 bilion, membekalkan 200 unit
kereta nasional dan 1600 komputer kepada pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat, menambahkan pengambilan
60,000 anggota baru dalam tempoh 5 tahun akan datang, membekalkan 1900 motosikal untuk meningkatkan aktiviti
pengawasan dan rondaan, memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan ke pusat kawalan dan
seterusnya menyokong usaha sektor swasta mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan mereka dengan
mempercepatkan elaun modal yang mana ianya boleh dituntut selepas setahun ke atas pembelian alat kawalan dan
keselamatan

4. Perdana Menteri ke-5 juga telah mengumumkan 6 pendekatan baru dalam membanteras jenayah semasa lawatannya ke
PDRM Bukit Aman pada Januari 2008. Antaranya ialah beliau mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang CCTV.
Peruntukan khas sebanyak RM75 juta untuk memasang kemudahan tersebut di beberapa kawasan strategik di seluruh
negara. Walau bagaimanapun, selepas tiga minggu lawatan rasmi Perdana Menteri ke-5 ke PDRM Bukit Aman, Ketua Polis
Negara (KPN) ketika itu iaitu Tan Sri Musa Hassan telah mengambil beberapa pendekatan yang dilaksanakan secara bersepadu
bagi membanteras jenayah iaitu pengambilan 3000 pegawai dan anggota bersara secara kontrak bermula pada Mac 2008,
membuka 107 balai polis baru yang dinamakan sebagai Balai Polis Pengoperasian(BPP), membuka 55 pondok komuniti polis
yang hanya memberi tumpuan kepada negeri Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur dan sebagainya

5. Pada September 2013, bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya telah berlangsungnya Forum Pencegahan
Jenayah (Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Awam) yang merupakan satu inisiatif memberi peserta peluang berbincang,
melontarkan idea dan bertukar-tukar pendapat mengenai permasalahan jenayah pada ketika ini. Peserta yang terlibat terdiri
daripada kakitangan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti PDRM, Penjara, JPAM, RELA, penuntut institusi
pengajian tinggi, pesara-pesara kerajaan, ketua-ketua masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

9
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

JENAYAH (UMUM)
Soalan 1: (STPM 2018/2019)

Kerajaan Malaysia begitu serius menangani masalah jenayah yang berlaku di negara ini. Jelaskan langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan bagi mengatasi kegiatan ini (5+0)

Pendahuluan
 Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan anasir-anasir
yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam.
 Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah tersebut

Bil Isi/Idea Huraian


Langkah Kerajaan bagi menangani masalah jenayah.
1 Memperkasa  Semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan keharmonian Negara
penguatkuasaan undang- telah bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah seperti polis, RELA, Jabatan
undang Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen, Kastam diraja Malaysia, dan lain-lain lagi
 Semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti rompakan,
rogol, ragut, kegiatan perlanunan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan
lain-lain lagi
 Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Negara dapat
mengurangkan jenayah tersebut.
2 Penggunaan peralatan  Bagi mengawasi kegiatan jenayah seperti Kamera litar tertutup dan GPS.
keselamatan yang canggih/  Penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi dapat
Menggunakan teknologi membantu mengesan penjenayah
 Pengunaan satelit berkuasa tinggi juga dapat mengesan jenayah yang melakukan
rompakan atau pembunuhan dengan segera dengan menggunakan peralatan
GPS.
 Dengan ini, Pihak polis dapat bertindak cepat dengan adanya bantuan peralatan
canggih.
3 Meningkatkan kesedaran  Kesedaran orang awam juga penting dalam usaha mencegah dan memerangi
dalam awam. jenayah
 Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam program dan aktiviti pencegahan
jenayah
 Mereka sedar tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan diri,
keluarga, dan harta benda mereka.
 Hal ini dapat mengurangkan peluang dan ruang kepada penjenayah untuk
melakukan jenayah
4 Perkongsian maklumat  Kerajaan berkongsi maklumat dengan pelbagai agensi atau pertubuhan
jenayah  Maklumat berkaitan jenayah disebarluaskan kepada masyarakat umum.
5 Menggalakkan penglibatan  Masyarakat boleh menubuhkan kelab rukun tetangga untuk menjaga
masyarakat keselamatan kawasan mereka sebagai tambahan kepada rondaan pihak polis
 Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencegah jenayah
dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka pada
polis
6 Memperkasa agensi  Menambah bilangan anggota penguatkuasa
penguatkuasa  Menambahbaik aset-aset agensi penguatkuasa
 Memberikan latihan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Kesimpulan
Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha membanteras masalah jenayah yang akan mengancam keselamatan
negara.
5 + 0 ( mana-mana 5 idea)

10
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

SOALAN 2:
Kita tidak menafikan bahawa masih banyak kejadian jenayah berlaku di negara ini. Kerajaan berusaha mengurangkan masalah
itu melalui pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mencapai hasrat tersebut. Bincangkan punca berlakunya
jenayah dan jelaskan bagaimana pelaksanaannya boleh mengatasi masalah tersebut.

SKEMA: ( 2 + 3/ 3 + 2 )

Pengenalan
Kejadian jenayah seperti merompak dan membunuh masih berlaku di sebabkan faktor-faktor tertentu, Bagaimanapun pihak
kerajaan sentiasa berusaha membanterasnya termasuk melalui Program Transformasi Kerajaan.

BIL ISI HURAIAN


Punca Kejadian Jenayah
1 Kurang penghayatan  Agama mengajar manusia supaya menghormati setiap insan dan berbuat baik
agama. sesama manusia.
 Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jenayah tidak menghayati ajaran
agama masing-masing yang mungkin disebabkan oleh kurang kasih-sayang
daripada keluarga dan pengaruh rakan-rakan
 Tiada rasa belas kasihan terhadap orang lain
 Berasa gembira melakukan kesalahan di sebalik kesukaran orang lain
 Tidak tahu batasan dan larangan agama
 Bagi mereka perbuatan seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan, dan
lain-lain tidak menjadi satu kesalahan.

2 Pengaruh Persekitaraan • Kawasan rumah setinggan yang rata-ratanya terdiri daripada rakyat yang miskin
sering berlaku kejadian jenayah.
 kawasan yang banyak pendatang tanpa izin atau pekerja asing juga akan
meningkatkan kadar jenayah di sesuatu kawasan
• Kawasan yang kurang pemantauan pihak berkuasa seperti kawasan
pedalaman juga meningkatkan kadar jenayah.
 Kawasan yang pencahayaannya kurang atau dilorong-lorong yang sempit atau
sesak memudahkan berlakunya jenayah.

3 Pertambahan penduduk • Semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan dalam pasaran.
• Apabila mereka gagal mendapatkan pekerjaan dalam pasaran secara halal,
mereka akan mendapatkan secara haram seperti merompak, meragut, dan
sebagainya
• Hal ini ditambah lagi persaingan dengan pekerja asing yang sanggup bekerja
dengan upah yang rendah.

4 Kegawatan Ekonomi • Kemelesetan ekonomi juga merupakan faktor meningkatnya kadar jenayah di
Malaysia di sebabkan oleh peningkatan kos sara hidup.
• Apabila mereka sukar mendapatkan sesuatu kerana tiada pekerjaan atau
diberhentikan kerja, sedangkan mereka terpaksa membayar ansuran kereta,
rumah, dan keperluan lain.
 Wujud ketidakseimbangan antara pendapatan yang rendah dan kos sara hidup
yang tinggi.
• Akhirnya mereka terpaksa pecah amanah, penipuan, merompak, mengedar
dadah dan sebagainya

5 Pengaruh media massa • Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan jenayah banyak disiarkan oleh
televisyen
• Hal ini akan ditiru oleh mereka untuk melakukan jenayah
• Kemudahan internet juga menunjukkan cara-cara menghasilkan dadah sintetik
yang ditiru oleh mereka yang mahir dan seterusnya akan mengedarkan kepada
penagih-penagih dadah.

6 Penguatkuasaan undang- • Kekurangan tenaga penguatkuasa dan tenaga pakar dalam bidang tertentu
undang yang lemah. telah menyebabkan pelbagai jenayah berlaku
• Penjenayah mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah seperti
penyelewengan, pecah amanah, pembunuhan, rompakan, dan pelbagai
jenayah lagi

11
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

 Penguasaan yang lemah dan hukuman dan denda yang dikenakan tidak
setimpal dengan kesalahan, penyalahgunaan kuasa juga menyumbang kepada
kejadian jenayah

7 Pengaruh dadah • Mereka yang terlibat dengan penagihan dadah sanggup melakukan apa saja
untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah
• Mereka sanggup membunuh, mencuri, merompak, meragut,
melacurkan diri dan lain-lain lagi

8 Kecelaruan mental  Kecelaruan mental boleh menyebabkan jenayah kejam seperti membunuh dan
merogol
 Kes pembunuhan kejam adalah contoh personaliti pelaku yang dikenali sebagai
psikopatik atau sosiopatik serta mempunyai ‘split personality’.

9 Tekanan hidup • Menghadapi beban kewangan seperti bilangan ahli keluarga yang ramai dan
terbeban dengan hutang.
• Kehidupan sukar terutamanya dihadapi oleh warga asing
• Akibat hilang pekerjaan /diberhentikan kerja
• Terdesak untuk menyara kehidupan dan tidak mahu bekerja tetapi sanggup
mendapatkan sumber kewangan secara salah

Strategi Mengatasi Melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP)


10 Memperkasa  Semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan telah bekerjasama rapat bagi
Penguatkuasaan undang- mencegah jenayah seperti polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan
undang yang lebih Imigresen, Kastam diraja Malaysia, dan lain-lain lagi
berkesan  Semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti rompakan,
rogol, ragut, kegiatan perlanunan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan
lain-lain lagi
 Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Negara dapat
mengurangkan jenayah tersebut.
 Menambah bilangan anggota keselamatan dan penguatkuasa.
 Membuat pemantauan atau rondaan secara kerap
 Mengadakan program Pemutihan 6P kepada pendatang asing
 Mengenakan hukuman penjara yang lebih berat kepada pesalah berulangan
atau gantung mandatori dalam kes jenayah berat.

11 Pendidikan berkaitan • Rakyat diberi pengetahuan atau pendidikan cegah jenayah


keselamatan • Bekerjasama melaporkan kepada polis tentang kejadian jenayah
• Menjadi sebahagian anggota pengawal keselamatan sukarela
• Murid diberi pendedahan cegah jenayah melalui Kelab Cegah Jenayah di
sekolah
 Melalui strategi pendidikan seperti Rakan Cops, melawat pendududuk di taman
perumahan, mengedarkan talian balai polis dan sering mengadakan dialog
dengan rakyat telah menyebabkan rakyat dan pasukan keselamatan dapat
bekerjasama membanteras jenayah.
 rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ pasukan keselamatan dengan melaporkan
sebarang kegiatan janayah.

5 Kerjasama dengan • Menjalankan kempen secara bersama dengan pihak media


pengamal Media massa • Agensi kerajaan yang berkenaan perlu terlibat mengadakan kempen bersama
masyarakat
• Wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
 Kerjasama dengan rakan penyiar seperti RTM dan TV3, dengan menyiarkan
kempen anti pemerdagangan orang, kempen menjga keselamatan harta benda
seperti rumah dan kenderaan, dan kempen cegah ragut dan culik boleh
menyedarkan rakyat.
 Aktiviti turun padang agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan
Pertahanan Awam dan Jabatan Imigresen misalnya telah mengurangkan
statistik jenayah kebelakangan ini.

12
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Contoh Soalan:
Belakangan ini, jenayah bukan indeks seperti rasuah dan pemalsuan kad kredit semakin berleluasa. Oleh sebab itu, langkah-
langkah berkesan perlu dilaksanakan bagi menangani gejala tersebut. Perihalkan.

Pendahuluan
Jenayah bukan indeks seperti jenayah pemalsuan wang, penipuan, pemalsuan kad kredit dan penyelewengan.
Bil Idea Huraian
Faktor Jenayah bukan indeks Berleluasa
1 Sikap materialistik  Keinginan untuk hidup mewah
 Ingin memperoleh kekayaan tanpa berusaha. Seseorang pekerja melakukan
rasuah atau penyelewengan kewangan adalah semata-mata untuk
mendapatkan kemewahan yang segera.
 Kekayaan melambangkan imej dan menjadi kebanggaan masyarakat
 Sikap tamak haloba, pentingkan diri dan ingin cepat kaya.
2 Kurang penghayatan  Lemah iman dan pegangan agama
agama dan moral  Tidak takut melakukan dosa dan gagal membezakan antara perbuatan halal
dengan haram
 Tidak mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
 Kebiasaan membabitkan diri dalam jenayah
3 Penguatkuasaan undang-  Pengawai penguatkuasa kurang menyebabkan pihak berkuasa sukar
undang yang lemah melaksanakan undang-undang yamg tegas/kurang pemantauan
 Sukar untuk dibanteras kerana pengamal jenayah menggunakan teknologi
moden yang sukar dikesan
 Pengawai yang belot menyebabkan penguatkuasaan lemah
 Karenah birokrasi- pendakwaan ke atas penjenayah ambil masa lama
 Amalan rasuah sukar dikenalpasti penjenayahnya
4 Kos hidup yang tinggi/  Proses perbandaran yang begitu pesat akan menimbulkan kesan ke atas
Peningkatan kos sara peningkatan kos sara hidup di bandar yang terpaksa dihadapi dan tidak dapat
hidup dielakkan serta membebankan masyarakat bandar.
 Perbelanjaan hidup makin meningkat terutamanya di bandar
 Kenaikan harga barang memberi tekanan kepada mereka
 Gaji yang tidak mencukupi menyebabkan sanggup lakukan rasuah, pecah
amanah dan penyelewengan.
5 Kemajuan teknologi  Banyak maklumat tidak bermoral diperoleh daripada media
 Individu mempelajari selok belok melakukan jenayah
 Kemajuan teknologi memudahkan individu mengesan tindakan pihak berkuasa
Langkah Mengatasi Jenayah bukan indeks
6 Memperkasa  Hukuman lebih berat dikenakan – sebatan, tempoh penjara dipanjangkan dan
Penguatkuasaan undang- denda ditingkatkan
undang.  Tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan penipuan dan pecah
amanah
 Tingkatkan pemantauan/ rondaan
 Pegawai penguatkuasa mesti menjalankan tugas dengan telus, integriti dan
akauntabiliti
 Agensi kerajaan yang terdedah kepada rasuah perlu pemantauan dan penyeliaan
yang lebih ketat
 Prosedur kerja perlu dikemas kini supaya lebih efektif

7 Memperkasakan ekonomi  Meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membangunkan sektor
negara ekonomi yang lebih berdaya saing
 Kadar pengangguran kurang dan kemiskinan dapat diatasi
 Ekonomi negara yang kukuh bagi mengelakkan jenayah

8 Didikan agama dan moral  Pegangan agama yang kukuh dapat memupuk nilai integriti
 Takut pada Tuhan dan sedar akan tanggung jawab
 kepada agama, bangsa dan negara
 Jati diri kukuh dan kekuatan iman

9 Pengaplikasian Teknologi  Sektor awam dan swasta menggunakan ICT utuk meningkatan ketelusan
Maklumat dan pemberian tender, lesen dan pembelian aset
Komuniksai  Urusan secara talian mengelakkan penyelewengan kuasa
 Karenah birokrasi dikurangkan

13
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

JENAYAH KEJAM/KEKERASAN
SOALAN
Kejadian jenayah kejam semakin membimbangkan masyarakat di negara ini. Huraikan punca-punca penularan jenayah
kejam ini dan apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menghentikannya.

Skema Jawapan: 5 + 0
Kejadian jenayah kejam semakin menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kejadian jenayah kejam dikaitkan dengan
pembunuhan, rogol dan bunuh, peras ugut dan samun bersenjata.

Isi Utama Huraian


Punca-Punca Jenayah Kejam
1. Keruntuhan akhlak atau nilai  Generasi muda yang hilang pegangan hidup sanggup melakukan jenayah kejam
moral/ Pegangan agama yang untuk memenuhi tuntutan nafsu dan tuntutan kewangan.
longgar  Tanpa didikan agama dan moral, manusia gagal membuat keputusan rasional dan
membezakan baik buruknya tindakan sedemikian
2. Kemasukan pendatang asing  Bilangan kemasukan pendatang tanpa izin seperti pendatang Indonesia, Filipina
yang ramai. dan Bangladesh yang tidak terkawal.
 Pendatang asing yang menganggur sanggup melakukan jenayah kejam seperti
membunuh, memeras ugut, samun, dan merompak untuk meneruskan
kehidupan.
 Kes-kes pergaduhan, pembunuhan, penyeludupan, merompak, merusuh,
pembuangan anak, pelacuran dan lain-lain menunjukkan angka yang
membimbangkan.
 Pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat dan kegiatan pelacuran yang
semakin licik di kalangan pekerja asing China. Pembunuhan kejam juga berleluasa,
terutamanya sesama mereka.
 Keadaan ini meroskan keharmonian kaum.
3. Pengaruh media massa  Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan jenayah banyak disiarkan oleh
televisyen
 Hal ini akan ditiru oleh mereka untuk melakukan jenayah
 Rancangan/program yang berunsur keganasan seperti cara merompak,
penggunaan senjata api, merogol menjadi ikutan golongan yang bermasalah.
4. Kemiskinan hidup/ Desakan  Golongan yang menganggur ditambahkan lagi dengan faktor kegawatan ekonomi
hidup. mendorong kegiatan keganasan.
 Akibat hilang pekerjaan /diberhentikan kerja
 Terdesak untuk menyara kehidupan dan tidak mahu bekerja tetapi sanggup
mendapatkan sumber kewangan secara salah

5. Hukuman yang ringan  Hukuman kepada pesalah yang melakukan jenayah tidak setimpal dan sangat
ringan jika dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan mereka.
 Hukuman ringan ini tidak menakutkan pesalah.
 Ia juga tidak memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak terbabit
dengan jenayah.

Langkah-Langkah Menghentikan jenayah kejam


6. Memperkasa penguasaan  Hukuman yang lebih berat seperti penjara seumur hidup dan hukuman mati untuk
undang-undang. kejadian keganasan yang serius.
 Rondaan yang lebih kerap oleh pihak polis di kawasan-kawasan yang berisiko
tinggi.
 Menambah anggota penguatkuasa dan tenaga pakar dalam bidang-bidang
tertentu supaya penguatkuasaan lebih berkesan.

7. Meningkatkan kesedaran  Contohnya membuat Program pendidikan pencegahan jenayah kepada orang
awam/ Program peningkatan awam.
kesedaran.  Program peningkatan kesedaran melalui media massa – mengingatkan orang
orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa.
 Peranan orang ramai bekerjasama dengan pihak polis; komuniti saling membantu
untuk mencegah perbuatan jenayah.
 Program kemasyarakatan oleh pihak NGO dapat meningkatkan semangat
kejiranan, kesukarelawan dan kekitaan – kurangkan kes jenayah.

14
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

8. Menggubal Dasar .  Dasar-dasar sosioekomi kerajaan dan kerjasama pihak NGO mampu
meningkatkan tahap kejayaan dalam usaha membanteras jenayah.
 Pelaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Pembangunan Nasional dan Masyarakat
Penyayang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat – tingkatkan peluang
pekerjaan – kurangkan masalah jenayah.
 Kerajaan juga telah mengenalpasti NKRA melalui Program Transformasi Kerajaan
bagi mengurangkan jenayah.

9. Memasang alat-alat  Memasang alat-alat keselamatan sebagai langkah pencegahan


keselamatan/ Menggunakan  Memasang pagar, monitor video, infrakecemasan, penggera perompak di pejabat
teknologi. atau di rumah.
 Pengawal-pengawal keselamatan yang terlatih diadakan.
 Peranan pasukan sukarela seperti Rukun Tetangga.

Nota: Mana-mana 5 idea

15
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

TENAGA KERJA ASING


Maksud:
 Pekerja asing atau tenaga kerja asing adalah orang yang bekerja di negara yang dia bukanlah seorang warganegara.
Individu yang bekerja di negara ini dengan latar belakang, asal usul dan negara yang berbeza.
 Mereka datang ke negara ini dengan memiliki permit kerja yang SAH dan diperakui di negara ini.
 Kepesatan sektor perindustrian di negara kita telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Oleh itu negara kita
memerlukan banyak tenaga pekerja, tidak kiralah dalam bidang professional mahupun bukan professional.

Pengenalan:
 Keperluan tenaga pekerja yang banyak telah mendesak negara kita untuk mengambil tenaga pekerja khususnya dari
negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, Thailand, dan Myanmar bagi membantu pembangunan negara kita.
 Kemasukan tenaga kerja dari luar negara ini adalah bertujuan untuk membantu pembangunan negara kita dan
sekaligus boleh mengeratkan hubungan yang baik antara negara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain.

 Sehingga tahun 2002, sebanyak 769 656 orang pekerja asing berdaftar di negara ini yang kemudiannya meningkat
kepada kira-kira 1.1 juta pada tahun 2003. Tahun 2010, Malaysia mempunyai sekitar 2.2 juta pekerja asing yang sah,
hampir 20 peratus dari tenaga kerja negara. Dianggarkan jumlah yang sama untuk pekerja yang tidak berdaftar (PATI).
Pekerja asing dari Indonesia merupakan jumlah yang paling tinggi, iaitu 718 688 orang, diikuti oleh pekerja dari Nepal
sebanyak 107 000 orang

 Pekerja Bangladesh pula mencatatkan 94 204 orang dan pekerja Vietnam sebanyak 70 000 orang
 Mengikut Jabatan Imigresen Malaysia, terdapat juga pekerja asing ini datang dari Uzbekistan, Laos, China, India dan
Filipina.
 Pekerja asing yang diambil bekerja hanya melibatkan sektor-sektor yang dibenarkan oleh kerajaan, iaitu
perkhidmatan, pembinaan, perladangan, pembuatan dan pembantu rumah

1. PEKERJA ASING YANG SAH


2. PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) (HARAM)

SEBAB KEDATANGAN PEKERJA ASING

1. Kestabilan politik Malaysia .


 Keadaaan negara Malaysia yang aman dan makmur dan kestabilan politik menjanjikan pekerjaan yang mampu
menampung kehidupan.
 Sistem demokrasi yang di amalkan oleh negara Malaysia menjadi pemangkin utama kepada sistem pemerintahan
di negara ini.
 Hal ini dapat dilihat melalui semangat perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia.
 Politik stabil memberi keyakinan ke atas keselamatan mereka semasa tinggal di sini.

2. Kadar upah yang tinggi.


 Perbezaan nilai mata wang juga merupakan faktor tarikan. Jumlah mata wang yang diperolehi dari negara mereka
akan menjadi dua kali ganda nilainya.
 Nilai mata wang Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai mata wang negara seperti Indonesia,
Bangladesh, Myanmar dan Filipina.
 Menjadi satu kelebihan kepada buruh asing yang datang bekerja di negara Malaysia.
 Upah sekitar RM30 hingga RM40 sehari, terutamanya di bandar-bandar besar membolehkan mereka menyimpan
wang dan mengirimnya kepada keluarga di negara mereka.

4. Kemakmuran ekonomi Malaysia.


 Kekayaan ekonomi Malaysia dengan perkembangan pelbagai sektor . Peluang kepada pekerja asing untuk merebut
peluang pekerjaan.
 Wujudnya peluang pekerjaan khususnya dalam sektor perindustrian seperti pembuatan, perladangan,
pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.
 Buktinya kebanyakan pekerja yang terlibat di kilang-kilang, pembinaan bangunan dan ladang-ladang kelapa sawit
adalah terdiri daripada pekerja asing seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina.

5. Imej negara Malaysia yang terjamin


 Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum amat menyenangkan mereka untuk datang secara sah.
 Mereka berasa gembira apabila bekerja di sini kerana keadaan negara yang aman, tiada huru hara atau kekacauan.
 Mereka dapat menumpukan perhatian dalam mencari rezeki tanpa diganggu dan perasaan takut

16
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

6. Persamaan budaya dan bahasa.


 Faktor budaya yang sama telah menarik perhatian pekerja asing terutama dari Indonesia untuk bekerja di
Malaysia.
 Persamaan budaya, agama dan bahasa memudahkan mereka bergaul dengan masyarakat tempatan.
 Bahasa yang sama memudahkan komunikasi dalam pekerjaan.

MANFAAT/SUMBANGAN/ KESAN POSITIF PENGAMBILAN PEKERJA ASING/TENAGA KERJA ASING.

Manfaat/Sumbangan dari segi ekonomi/ pembangunan negara:

1. Membantu mempercepatkan proses pembangunan negara.


 Kemasukan tenaga kerja asing ini telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara
 Tenaga kerja asing sangat diperlukan dalam mempercepatkan arus pertumbuhan negara kerana membantu
menjadi tulang belakang dalam pembangunan negara.
 Sebanyak 355 432 orang pekerja asing di sektor perladangan, 81 913 orang di sektor perkhidmatan, dan 237 699
orang bekerja sebagai pembantu rumah.
 Kemajuan negara dibantu oleh titik peluh pekerja asing yang mampu bekerja di sektor yang tidak digemari oleh
rakyat tempatan.

2. Mengisi kekosongan tenaga kerja negara (Guna Tenaga Negara).


 Dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan guna tenaga/ tenaga kerja dalam sektor-sektor utama
negara seperti pertanian, pembinaan, perumahan dan perindustrian.
 Sumber tenaga kerja bukan profesional paling banyak ditawarkan seperti perladangan, pembinaan dan pembuatan.
 Dapat mengatasi permintaan tenaga buruh dalam pelbagai kategori mahir, separuh mahir dan kurang mahir.
Kehadiran mereka juga merancakkan pertumbuhan ekonomi

4. Pekerja Asing membawa pelbagai kemahiran/kepakaran.


 Kemahiran, kepakaran dan pengalaman mereka dapat memberi idea baru kepada pekerja tempatan, terutama
yang kurang mahir.
 Tenaga pakar seperti doktor, jurutera dan pakar dari pelbagai bidang dapat meningkatkan produktiviti negara.
 Boleh membimbing pekerja tempatan untuk menjadi mahir. Budaya kerja berkualiti yang diamalkan mereka
dapat diterapkan kepada pekerja tempatan.
 Menguntungkan negara di masa hadapan kerana dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dari
luar yang mahir.

4. Perkongsian pintar dalam teknologi.


 Tenaga kerja asing daripada negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, dapat berkongsi kepakaran dengan
pekerja tempatan.
 Pemindahan teknologi terkini berlaku secara terus dan dapat menjimatkan kos.
 Pihak majikan tidak perlu menghantar pekerja tempatan untuk berkursus di luar negara.

5. Dapat mengurangkan kos perbelanjaan majikan.


 Pihak majikan lebih gemar mengambil pekerja asing kerana gaji rendah boleh ditawarkan. Pekerja asing mampu
bekerja dengan baik walaupun gaji yang diberikan rendah.
 mengurangkan dan menjimatkan kos pengeluaran.
 Majikan mendapat keuntungan berganda.
 Contoh - Pembantu rumah hanya diberikan gaji RM600 sebulan. Majikan lebih rela mengambil pembantu asing
berbanding dengan menghantar anak mereka ke pusat asuhan yang lebih mahal bayarannya

1. Meningkatkan produktiviti.
 Tenaga kerja asing separuh mahir/tidak mahir diperlukan dalam sektor perladangan: contoh kelapa sawit.
 Mereka akan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh majikan , tanpa sebarang rungutan.
 Hal ini akan menyebabkan produktiviti meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara.

Manfaat/ Sumbangan dari segi Sosial:

1. Meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan


 Pembantu rumah warga asing telah memudahkan urusan rumah tangga rakyat Malaysia. Pembantu rumah mampu
melakukan pelbagai tugas harian seperti menjaga kanak-kanak, mengemas rumah, memasak, mencuci dan
sebagainya. Majikan akan kurang tertekan apabila pulang dari kerja
 Pekerja asing telah membantu dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan kerana buruh tempatan banyak
pilihan untuk bekerja di bahagian atau sektor yang lebih baik.
 Rakyat tempatan akan berpeluang melanjutkan pelajaran lebih tinggi untuk menjawat jawatan yang lebih baik.

17
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

KESAN/IMPAK NEGATIF KEDATANGAN PEKERJA ASING/ TENAGA KERJA ASING.

1. Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan.


 Kedatangan tenaga kerja asing telah menyukarkan tenaga kerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan
 Rakyat tempatan menganggur kerana peluang pekerjaan yang ada telah dipenuhi oleh pekerja asing
 Majikan lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada tenaga kerja asing kerana kadar upah yang rendah
dan sifat mereka yang rajin.
 Kadar pengangguran negara meningkat. Kesan- hidup penduduk tempatan tersepit. Buktinya hampir 2.4 juta juta
rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan
 Menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan

2. Pengaliran keluar wang negara pada kadar yang banyak/ Pengaliran wang keluar meningkat.
 Merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini.Keadaan ini
menyebabkan pengaliran mata wang negara, keluar tanpa kawalan
 Sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita dan proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan
cepat serta perkhidmatan yang murah.
 Setiap tahun negara kerugian lebih rm4 bilion melalui aliran wang keluar secara besar-besaran oleh pekerja asing
yang menghantar wang kepada keluarga mereka.
 Menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi negara kerana wang tidak
beredar di dalam negara.

3. Peningkatan pelbagai masalah sosial


 Peningkatan jenayah kerana tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan.
 Bagi menampung hidup dengan melakukan pecah rumah, kecurian, samun,rogol, rusuhan, dan lain-lain
 Kes-kes pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat , kes pembunuhan, penyeludupan, merompak,
merusuh dan masalah sosial seperti pembuangan anak, pelacuran dan lain-lain menunjukkan angka yang
membimbangkan.
 Kegiatan pelacuran semakin licik di kalangan pekerja china. Aktiviti pelacuran / perdagangan seks meningkat ,
kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan permit yang diberi
 Mantan ketua polis negara mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini telah menyumbang
kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

4. Penyebaran penyakit berjangkit.


 menjejaskan kesihatan rakyat tempatan.
 Penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak mengambil suntikan /vaksin
pencegahan penyakit berjangkit ini.
 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapati terdapat 20 kes baru penyakit tibi di kalangan warga Indonesia
setahun.
 Selain itu, penyakit-penyakit berjangkit seperti leporasi, malaria, denggi, filariasis dan HIV juga merebak di kalangan
mereka.
 Penyakit-penyakit ini ditakuti merebak dengan meluas seperti siflis dan hepatitis B.
 Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1997, didapati kira-kira 12.7 juta rakyat Nepal
dijangkiti HIV dan AIDS.

4. Kadar upah tidak meningkat


 Sebahagian besar pekerja asing adalah tidak mahir dan sanggup menerima upah rendah.
 Ini boleh membantutkan pertumbuhan upah dan menyekat pekerja tempatan dalam proses tawar menawar upah,
lebih-lebih lagi sekiranya pekerja asing itu pengganti kepada pekerja tempatan
 Gaji di sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan tidak akan meningkat kerana pekerja asing tidak memilih
terhadap gaji yang ditawarkan.
 Majikan akan hanya mengambil pekerja asing kerana tidak perlu membayar gaji yang lebih berbanding dengan
pekerja tempatan yang terlalu memilih juga tiada potongan kwsp dan SOCSO. Dengan ini kos dapat dikurangkan.
 Pertumbuhan purata gaji di negara ini sebanyak 2.4%, ekoran bekalan tenaga kerja asing yang besar. Untuk
meningkatkan pertumbuhan gaji, perlu menangani isu pekerja asing dengan mengurangkan angkanya

5. Masalah petempatan haram


 Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, pernah di gelar “Ciliwung Kecil Malaysia” sebelum dapat dikesan oleh
kerajaan.
 Pekerja asing/ PATI yang datang telah membina petempatan setinggan kerana majikan mereka tidak
menyediakan tempat tinggal untuk mereka.
 Di bandar-bandar besar, petempatan setinggan telah menyukarkan kerajaan melaksanakan projek-projek
pembangunan
 Kewujudannya mencemarkan imej negara sehingga menjejaskan pelancongan negara.

18
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PERMASALAHAN PEKERJA ASING

1. Prosedur pengambilan pekerja asing yang lebih ketat dan sistematik


 Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecuali
pembantu rumah.
 Majikan perlu pergi ke negara tersebut untuk mendapatkan pekerja.
 Pemeriksaan kesihatan dijalankan apabila biodata pekerja telah didaftarkan di pejabat imigresen.
 Setelah itu majikan perlu membuat bayaran visa, caj levi, pas lawatan dan bayaran perkhidmatan

2. Pelaksanaan Program 6P
 Pelaksanaan program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan
pengampunan.
 Program tersebut dilaksanakan untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah pekerja asing yang berada di
Malaysia dan mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik.
 Kerajaan juga dapat mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlukan oleh setiap sektor yang dibenarkan
mengambil pekerja asing di negara ini.

3. Mengehadkan pergantungan kepada buruh asing


 Menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan
 Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan saja
 Pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini
Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah
 Mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing
yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan
 Kesannya-pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh kerajaan.

4. Peranan badan NGO dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK)
 KPWK melalui unit kaunseling sentiasa memberikan khidmat nasihat kepada wanita yang datang membuat aduan
tentang penganiayaan yang diterima setelah berkahwin dengan pekerja asing.
 KPWK dan badan NGO lain telah mengatur langkah dengan memberikan makluman terhadap prosedur untuk
mengambil tindakan apabila menjadi mangsa. Mereka juga diberikan pendedahan tentang hak wanita sebelum,
semasa dan selepas berkahwin dalam ceramah dan program-program mereka

Contoh Soalan:

Sumbangan tenaga kerja asing membantu pertumbuhan ekonomi negara . Namun kebanjiran mereka boleh memberi
impak negatif kepada negara. Jelaskan pernyataan di atas.

Skema jawapan: (3 + 2/ 2+ 3)
1. Sumbangan tenaga kerja asing kepada pertumbuhan ekonomi negara.
2. Impak negatif kemasukan mereka kepada negara.

Jawapan penuh sila lihat nota di atas.

19
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

 Individu yang bekerja di negara ini dengan latar belakang, asal usul dan negara yang berbeza. Mereka bekerja di pelbagai
sektor seperti sektor perladangan, pembuatan dan perindustrian dan sebagai buruh bawahan.
 Datang ke negara ini secara haram atau tidak sah iaitu tidak memiliki dokumen kerja yang sah yang dperakui di negara
ini.
 Masuk ke negara ini melalui ‘jalan-jalan tikus’ disepanjang sempadan negara atau pintu-pintu masuk negara.
 Pekerja asing tanpa izin dianggarkan berjumlah melebihi tiga juta orang.
 Hampir separuh pati berdaftar berasal dari indonesia, diikuti nepal dan bangladesh, bakinya dari pelbagai negara seperti
India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan Vietnam.

FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI):

FAKTOR PENOLAK :

1. Faktor desakan hidup/ Taraf hidup yang miskin.


 Faktor tolakan disebabkan oleh keadaan negara mereka yang mengalami ketidakstabilan politik dan ekonomi
menyebabkan mereka keluar untuk mencari nafkah.
 Sumber-sumber alam juga semakin berkurangan.
 Jumlah penduduk yang ramai dan keadaan ekonomi negara yang kurang membangun menyebabkan mereka tidak
dapat lari dari masalah kemiskinan.
 Mempunyai jumlah penduduk yang ramai, contohnya penduduk negara Bangladesh kira-kira 168.957,745 juta
orang dan merupakan tempat ke-8 daripada sepuluh negara yang mempunyai jumlah populasi terbanyak
didunia.

2. Kurangnya peluang pekerjaan di negara asal mereka.


 Negara asal mereka seperti Bangladesh, China, Pakistan, Nepal dan Vietnam masih tidak cukup menyediakan
peluang pekerjaan disebabkan kemiskinan.
 Taraf hidup mereka rendah menyebabkan mereka sanggup menerima gaji yang rendah
 keadaan ini menyebabkan persaingan kerja yang agak tinggi diantara mereka.
 Oleh itu berlakulah pengangguran pada kalangan orang yang tidak dapat bersaing.

3. Keadaaan politik yang kurang stabil.


 Keadaan ini menyebabkan penduduknya sentiasa dalam ketakutan akibat pergolakan politik khususnya
dalam golongan kolar putih.
 Disebabkan oleh keadaan negara mereka yang mengalami ketidakstabilan politik dan ekonomi menyebabkan
mereka keluar ke negara lain untuk mencari nafkah.

4. Faktor bencana alam.


 Seperti letusan gunung berapi yang berlaku di negara Indonesia, dimana bermula dari Gunung Sinabung di Tanah
Karo sehinggalah di Nusa Tenggara Barat, yang telah mengorbankan banyak nyawa.
 Selain itu tanah runtuh seperti mana yang berlaku di negara Filipina iaitu di Desa Guinsaugon di Pulau Leyte.
 Kemarau panjang juga merupaka antara bencana alam yang menjadi faktor penolak dan wabak penyakit.

Masalah yang timbul akibat kebanjiran PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

1. Menambah beban kewangan kerajaan.


 Rm1.2 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan PATI.
 Menambah beban kewangan negara.
 Akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita
kerana perbelanjaan negara digunakan untuk mengatasi masalah PATI.

2. Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan


 Kedatangan PATI akan merebut peluang pekerjaan penduduk tempatan.
 PATI sanggup menerima kadar upah yang lebih rendah kerana mereka terdesak untuk hidup.
 Sikap majikan di negara ini gemar mengupah pekerja asing terutama PATI kerana boleh menggunakan kudrat
mereka secara maksimum.
 PATI bukan sahaja dalam sektor yang dibenarkan, malah mereka turut terlibat dalam sektor lain seperti
perkilangan.
 Kadar pengangguran semakin meningkat

20
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

3. Peningkatan pelbagai masalah sosial


 Peningkatan jenayah kerana PATI tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan.
 Bagi menampung hidup dengan melakukan pecah rumah, kecurian, samun,rogol, rusuhan, dan lain-lain
 Kes-kes pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat , kes pembunuhan, penyeludupan, merompak,
merusuh dan masalah sosial seperti pembuangan anak, pelacuran dan lain-lain menunjukkan angka yang
membimbangkan.
 Kegiatan pelacuran semakin licik di kalangan pekerja china. Aktiviti pelacuran / perdagangan seks meningkat ,
kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan permit yang diberi
 Mantan ketua polis negara mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini telah menyumbang
kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

4. Penyebaran penyakit berjangkit.


 Menjejaskan kesihatan rakyat tempatan.
 Penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak mengambil suntikan /vaksin
pencegahan penyakit berjangkit ini.
 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapati terdapat 20 kes baru penyakit tibi di kalangan warga Indonesia
setahun.
 Selain itu, penyakit-penyakit berjangkit seperti leporasi, malaria, denggi, filariasis dan HIV juga merebak di
kalangan mereka.
 Penyakit-penyakit ini ditakuti merebak dengan meluas seperti siflis dan hepatitis B.
 Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1997, didapati kira-kira 12.7 juta rakyat Nepal
dijangkiti HIV dan AIDS.

6. Masalah penempatan haram.


 Rumah Setinggan di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, pernah di gelar “Ciliwung Kecil Malaysia” sebelum
dapat dikesan oleh kerajaan.
 Pekerja asing/ PATI yang datang telah membina penempatan setinggan kerana majikan mereka tidak
menyediakan tempat tinggal untuk mereka.
 Di bandar-bandar besar, penempatan setinggan telah menyukarkan kerajaan melaksanakan projek-projek
pembangunan di samping kewujudannya mencemarkan imej negara sehingga menjejaskan pelancongan negara.

LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG KEMASUKAN PATI:

1. Meningkatkan kawalan sempadan/pintu masuk negara.


 Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan
dokumen palsu.
 Pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara.
 Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu.
Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut
 Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI.
Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi.
 Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di
negara kita.
 Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh.

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat/ Memantapkan penguatkuasaan.


 Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha
membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi-operasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan
kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita
 Pihak berkuasa sewajarnya sentiasa menjalankan rondaan dan serbuan di tempat-tempat yang dikhuatiri mereka
melakukan kegiatan haram. Penempatan setinggan dan kawasan pembinaan sering menjadi tumpuan pekerja asing
tanpa izin bersembunyi di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.
 Undang-undang yang lebih keras dan ketat dilaksanakan terhadap majikan yang mengambil PATI. Majikan yang
menyalahi prosedur akan dikenakan denda yang tinggi.
 Hukuman denda, penjara dan sebat bukan sahaja dikenakan terhadap pendatang asing ini tetapi juga orang
tempatan yang membantu mereka seperti pihak majikan pendatang asing dan juga agensi-agensi pekerja asing.
Pegawai kerajaan yang berani mengeluarkan dokumen peribadi palsu kepada pekerja asing juga patut dihukum.
 Operasi pos pendatang asing diadakan kerap dan tindakan kerajaan ini boleh melemahkan semangat penganjur
dan pembawa pekerja asing.

21
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

6. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara jiran.


 Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan.
Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang
lebih efektif
 Kerjasama antara kerajaan hendaklah dieratkan lagi bagi membenteras kemasukan PATI ke Malaysia secara
berleluasa.
 Kawalan sempadan oleh kedua-dua negara berjiran seperti kawalan laut, udara dan darat oleh pihak keselamatan
kedua-dua negara.
 Kerjasama keselamatan ditingkatkan.
 Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan
terkawal

4. Peranan Masyarakat
 Masyarakat juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang mengaji PATI
 Sesetengah majikan lebih suka menggaji PATI kerana kosnya lebih murah berbanding pekerja sah atau pekerja
tempatan
 Terdapat sesetengah majikan di kawasan pedalaman berkemungkinan mengambil PATI kerana kosnya yang
rendah dan jauh dari pemantauan pihak berkuasa

Penutup:
Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi# politik
dan sosial kesejahteraan dan pembangunan negara

22
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

PENYALAHGUNAAN DADAH

Soalan:
Penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa boleh mendatangkan kesan yang amat membimbangkan. Namun, terdapat
banyak kekangan dalam mengawal gejala ini. Bincangkan. (3 + 2/ 2+ 3)

Pendahuluan :

Penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa boleh mendatangkan kesan yang amat membimbangkan seluruh masayarkat di
Malaysia . Namun, terdapat banyak kekangan dalam mengawal gejala ini daripada terus berleluasa.

Bil. Isi / Idea Huraian


Kesan penyalahgunaan dadah yang membimbangkan
1. Menjejaskan kesihatan  Penagih hilang selera makan
seseorang / Kesihatan  Daya tahan penyakit yang berkurangan, lebih mudah diserang penyakit,
individu terjejas kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids
 Kekuatan fizikal terjejas
 Sistem saraf lumpuh ,akan membawa maut
 Hilang pertimbangan / kewarasan
 Cenderung bertindak ganas dan hilang disiplin diri
2. Menimbulkan masalah  Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan
social / Meningatkan dan pembunuhan.
gejala social  Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
 Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan
anggota masyarakat dengan dadah.
 Penyakit AIDS merebak melalui perkongsian jarum suntikan / pelacuran
3. Menjejaskan ekonomi  Produktiviti kerja penagih merosot
negara / Ekonomi negara  Kehilangan pekerja yang produktif
terjejas  Kerugian menyebabkan pembangunan negara terjejas
 Kerajaan terpaksa menanggung kos pembinaan pusat pemulihan
 Kos rawatan pengurusan pusat
4. Menjejaskan imej negara /  Dianggap sebagai pusat transit dadah
Imej negara terjejas atau  Tidak selamat untuk dilawati
buruk  Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
 Mencacatkan pemandangan, terdapat golongan penagih yang
bergelandangan
5. Menjejaskan nama baik  Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan
keluarga / Nama baik wang yang banyak untuk merawatnya.
keluarga terjejas atau  Keluarga penagih menjadi tidak aman
buruk  Anak-anak terbiar terjejas
 Rumah tangga menjadi porak peranda.
 Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga dalam kalangan anggota
keluarga.

Kekangan dalam mengawal penyalahgunaan dadah


5. Kelemahan  Malaysia tempat transit dadah sebelum ke tempat lain
penguatkuasaan undang-  Pihak berkuasa kurang logistik dan tenaga dalam melakukan serbuan
undang berterusan
 Amalan rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa
6. Kelemahan individu sendiri  Tidak mengambil peduli tentang mudarat dadah
 Jalan pintas mengatasi tekanan / masalah
 Tiada usaha / inisiatf memperbaiki diri
 Kurang pengetahuan / mudah tertipu
7. Sikap tidak peduli  Individualistik dan materialistic
masyarakat /  Tidak melaporkan kegiatan penagihan dadah
sokongan masyarakat yang  Kurangnya nilai kemasyarakatan / semangat kejiranan
rendah
8. Mudah mendapat bekalan  Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah “Segi
dadah Tiga Dadah”
 Kawasan perairan Malaysia yang panjang dan sukar dikawal
 Banyak laluan tikus di kawasan sempadan Malaysia-Thailand
23
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Keupayaan sindiket dadah  Rangkaian sindiket dadah antarabangsa menjadikan Malaysia antara transit
/ Kemampuan sindiket dalam proses penghantaran dan pemindahan dadah.
dadah  Penangkapan warga negara asing spt Iran dan juga pelbagai negara
membuktikan wujudnya aktiviti ini. Begitu juga dengan tumpasnya keldai
dadah rakyat negara ini di luar negar
 Aktiviti membawa masuk dadah dalam kuantiti yang besar ini, jika gagal
ditangani akan meningkatkan jumlah pengedaran dadah dalam negara ini.
 Menjadi halangan kepada negara dalam usaha memerangi najis dadah.

10. Taktik pengedar dadah  Pelbagai taktik digunakan oleh pengedar dadah dan taktik yang sering
yang sentiasa berubah berubah-ubah menjadi halangan kepada pihak keselamatan untuk
membanteras kegiatan.
 Sebagai contoh, taktik menyeludup dadah dengan menelan dadah yang
diseludup dilakukan oleh warga asing dari pelbagai negara yang memasuki
negara ini.
 Pengedar dadah turut menggunakan taktik memproses dadah dalam negeri
sebelum diedarkan dalam pelbagai bentuk dan cara

Kesimpulannya, kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat di Malaysia, memberi kesan yang buruk kepada
individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, peranan daripada semua pihak iaitu ahli keluarga, masyarakat dan kerajaan
dapat mengatasi kegiatan ini yang tidak berguna ini.

24
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

JENAYAH SIBER

SOALAN 4

Pada masa kini, pengunaan laman maya merupakan suatu keperluan sama ada oleh seseorang individu mahupun suatu
organisasi. Malangnya, kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber berlaku. Pada pendapat anda, mengapakah jenayah
siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan jenayah siber tersebut kepada pebagai pihak.

Pengenalan
Penggunaan laman maya dalam Internet dianggap sebagai suatu keperluan hampir setiap individu dan organisasi pada masa
kini. Malangnya ada pihak yang menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan jenayah siber seperti ugutan, menyebarkan
maklumat palsu dan menyebarkan virus.

Idea A: Mengapa Jenayah Siber masih berlaku

1. Sukar di kenalpasti penjenayah.


 Adalah susah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem komputer kita, bagaimana, siapa dan sari
mana.
 Penjenayah siber selalunya dalah golongan berpengetahuan atau golongan profestional.
 Mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu dan
baisanya mereka susah untuk dikenalpasti dan ditangkap.

2. Kepentingan Ekonomi.
 Demi kepentingan ekonomi, malaysia telah membuka pintu kepada pelabur-pelabur luar bertaraf dunia
melabur dalam bidang teknologi maklumat dengan membina Multimedia Super Corridor (MSC).
 Untuk menarik pelabur-pelabur tersebut, Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali
sebagai Rang Jaminan (Bill og Guarantees) iaitu janiman tiada penapisan internet.
 Hal ini menyebabkan pengguna bebas menggunakan internet termasuklah penjenayah siber.

3. Sikap Manusia
 Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal.
 Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan negatif.
 Mereka menyerang sistem hany sekadar suka-suka ataupun memcuba ilmu baru mereka pelajari.
 Kebanyakkan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur muda. Golongan remaja ini mempunyai
sikap yang sukar diramal.
 Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

4. Mudah terpengaruh oleh pihak lain.


 Mangsa yang biasanya adalah kaum wanita
 Terpengaruh dengan janji cinta melalui perbualan telefon dan media sosial.
 Mangsa lelaki pula terpengaruh dengan janji teman yang menawarkan hadiah istimewa. Sanggup melakukan
arahan penjenayah yang menipu seperti mendedahkan akaun bank kepada pihak yang tidak dikenali.
 Kebanyakan perbuatan ini dikenali sebagai ‘African Scam’ yang popular dilakukan oleh warga dari benua Afrika

5. Kecanggihan teknologi internet.


 Internet begitu canggih sehingga boleh merentasi sempadan dunia. Pemangsa akan melakukan serangan virus
ke mana-mana talian yang diketahui ada kelemahan
 Pelbagai laman web sosial yang dicipta seperti Facebook dan Twitter telah mendorong individu mendedahkan
maklumat peribadi seperti gambar, alamat, nombor telefon dan seumpamanya.
 Tanpa disedari kemungkinan ada rakan sosial dalam Internet yang tidak mahir telah mengongsi butiran
peribadi sehingga boleh digunakan oleh penjenayah siber.

6. Tidak memahami prosedur mengendalikan laman web


 Pengguna komputer tidak menyediakan perisian antivirus tulen atau antivirus yang tidak mampu menghadapi
serangan virus
 Pengguna komputer tidak mengetahui penggunaan talian Internet dengan betul seperti tidak menutup akaun
e-mel atau facebook dengan teratur.
 Kejahilan tidakmembaca terma-terma janji aplikasi Internet boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa
jenayah siber

25
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Idea B: kesan-kesan jenayah siber tersebut kepada pelbagai pihak.

Mangsa mengalami tekanan perasaan

 Mangsa mengalami tekanan perasaan seperti marah, malu dan trauma


 Boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, dengan majikan dan sebagainya
 Mangsa mungkin mengambil jalan singkat dengan membunuh diri disebabkan malu
 Hal ini kerana mangsa berasa diperbodohkan oleh pemangsa.

Kerugian kewangan

 Jenayah siber mengakibatkan kerugian sehingga berjuta ringgit dan sentiasa meningkat setiap tahun.
 Jika mangsa jenayah tersebut ialah organisasi maka operasi akan terganggu dan mengalami kerugian besar seperti
yang pernah berlaku terhadap laman web kerajaan.
 Individ juga mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja untuk memperbaiki komputer. Individu juga akan
mengalami kehilangan data peribadi yang penting yang boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Kerugian dari segi harta intelek

 Misalnya, apabila maklumat, program dan ciptaan baru sesebuah syarikat dicetak rompak, maka mereka akan
mengalami kerugian kerana hak cipta akan ditiru.
 Pencipta hak yang mengalami kerugian akan berasa rugi dan mungkin tercabar untuk melaksanakan inovasi pada
masa hadapan.
 Segala kesusahan mereka mencipta tidak berbayar, malahan mereka juga kerugian kerana ciptaan mereka di tiru
oleh orang lain.

Kesimpulan
Jenayah siber perlu dibanteras supaya pengguna perkhitmatan tidak mengalami pelbagai kesan negatif. Selain itu, sikap
pengguna sendiri perlulah sentiasa berhati-hati agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah maya ini.

Format jawapan : 2+3 / 3+2

26
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

TEMA:

SOSIAL
DAN
BUDAYA

Dibina oleh:
Puan Salmiah binti Ramli
(rasahati)

27
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

SOSIAL DAN BUDAYA

Kepentingan Warisan Budaya


Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara
hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun
sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana
mempunyai identiti tersendiri.

Menjadi warisan generasi akan datang merupakan kepentingan mengekalkan warisan budaya. Generasi
muda harus mengetahui budaya hidup nenek moyang mereka. Generasi muda akan mengetahui tentang warisan lama
seperti pakaian, cara bergaul, adat perkahwinan. Pantang larang dan lain-lain lagi.

Melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk
masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita
juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan
mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran
kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia
yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat
kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat
handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari
Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan
mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.

Budaya Malaysia merupakan salah satu tarikan pelancongan . Sebenarnya, keindahan pantai, landskap
dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thailand. Yang
unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian
seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan
kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula
yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan
pelancongan.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui
asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek
moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan
Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan
pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh
budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul
sendiri.

Usaha Mempromosi Warisan Budaya


Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya
negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya.
Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan
budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan
bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.

Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan dan kursus.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem
pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas
pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang
berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan
membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak
kenaI maka tak cinta”.

Di samping itu, menganjurkan pelbagai pertandingan dan pameran. Pameran artifak atau sejarah
kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya
tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih
kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri,
Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita
Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan
sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari
lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
28
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk
memajukannya. (3+2/2+3)

Pengenalan
 Kegiatan SENI BUDAYA TRADISIONAL kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di
negara ini.
 Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

BIL IDEA HURAIAN


Faktor Seni Budaya Tradisional Tidak Mendapat Sambutan Masyarakat
1 Proses globalisasi  Globalisasi mendedahkan kepada perkembangan budaya asing secara meluas
 Dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet /
facebook, blog dsn
 Seni atau budaya asing lebih menarik minat orang ramai
 Misalnya, breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn
 Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat
 Seni budaya tradisional seperti waayng kulit, makyung, ghazal, tarian kipas,
tarian kepang dsn semakin dilupakan

2. Kemajuan teknologi  Kewujudan permainan maya lebih menarik


maklumat  Misalnya “PSP”, “X-box”, “Nintendo” dan sebagainya
 Pelbagai program permainan dapat dimuat turun daripada internet
 Pelbagai permainan dalam I-phone, Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih
memikat
 Permainan tradisional seperti congkak, wau dan gasing dikatakan
membosankan dan tidak mencabar

3. Sikap masyarakat  Kehidupan yang semakin sibuk


 Tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran –
tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa
 Hiburan tradisional dianggap tidak serasi dengan kehidupan moden
 Masyarakat cenderung ke pusat yoga, pusat tarian moden, gymnasium bina
badan dan persolekan muka serta melangsingkan badan

4. Pusat perkembangan  Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah
seni budaya  Kekurangan pusat perkembangan seni dan budaya menyukarkan budaya seni
tradisional yang di kembangkan.
terhad  Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang untuk mengembangkan
kemahiran.
 Sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik.
 Pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda
 Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa

5. Kurang menyumbang  Tidak dianggap sebagai kerjaya menjamin masa hadapan


kepada  Kurang nilai komersial
perkembangan  Kraf tangan- modal dan kemahiran yang tinggi tetapi pulangannya kurang
ekonomi lumayan

29
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Langkah Memajukan Seni Budaya Tradisional


6. Pembangunan Kraf  Memperbanyakkan Penyelidikan dan Pembangunan (Pdp)
 Rekaan produk kraf baru meliputi industri batik, tenunan, tekatan, seramik,
hasil rimba dan logam
 Contoh : Pusat Inovasi Seramik
 Memperluas Program Satu Daerah Satu Industri bagi menarik pelancong ke
daerah tersebut.
 Projek perantisan kraf warisan dan Galakan Dagangan
 Promosi di peringkat domestik (RM 4.4 juta) dan antarabangsa (RM 8.3 juta)
 Latihan Kemahiran Kraf – Institut Kraf Negara melatih pelajar di peringkat sijil
dan di peringkat diploma
 Pemuliharaan Kraf – mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti
pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan
 Pameran kraf tangan dalam dan luar negara.

7. Mempergiat aktiviti  Festival Kuala Lumpur- mengetengahkan keindahan dan unsur-unsur


seni kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum
 Mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa
 Menjadikan KL sebagai bandaraya moden dan progresif, tetapi kaya dengan
nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan – “Kuala Lumpur is a city
with a soul”

8. Skim Bantuan  Masalah kewangan membantutkan usaha Badan Bukan Kerajaan untuk
Kebudayaan memperkembangkan bidang seni
 Bantuan kewangan dapat membantu Badan Bukan Kerajaan (NGO)
melaksanakan aktiviti seni budaya tradisional.
 Meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan Badan Bukan
Kerajaan dalam bidang masing-masing.
 Contoh Bidang Tarian, Bidang Kraftangan, Bidang teater dan sebagainya.

9. Pementasan Seni  Istana Budaya berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi
antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang
 Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan Puteri Hang Li Po berjaya menarik
khalayak pelbagai kaum
 Pementasan oleh ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
juga banyak menarik minat pengiat seni untuk berkarya.

10. Anugerah Seni  Pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman
Negara yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang
dalam pembangunan seni tanah air
 Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah
Pendukung Seni
 Contoh penerima seperti A.Samad Said, P.Ramlee

KESIMPULAN
 Kegiatan seni budaya tradisional perlu diteruskan
 Pertingkatkan imej negara; keistimewaan budaya Malaysia

30
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Namun
begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bincangkan

Pengenalan:
Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, galah panjang, batu seremban dan ting-ting bulan, mempunyai
keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, ia semakin dipinggirkan.

Kepentingan / Kebaikan Permainan tradisional

1. Dapat melahirkan masyarakat yang berdaya tahan.


 Permainan tradisional itu suatu ketika dahulu digemari oleh penduduk tempatan terutamanya lapisan kanak-
kanak termasuk orang dewasa tanpa mengira jantina dan umur.
 Seperti lumba lari dalam guni, lumba menaiki upih (pelepah pinang), menganyam ketupat, main wau atau
layang-layang, lambung getah dan banyak lagi.

2. Dapat mengenali dan memahami warisan budaya


 Generasi baru boleh memahami latar belakang dan sumber permainan traisional
 Generasi baru menghormati dan bangga mempunyai nilai warisan
 Dapat memahami permainan tradisional kaum lain
 Permainan tradisional sebagai harta warisan sesuatu bangsa

3. Dapat memupuk semangat perpaduan.


 Rakyat tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut memainkan permainan tradisional bersama-
sama.
 Permainan tradisional ini dapat mengeratkan tali siratulrahim dengan yang lain malah bertemu jodoh.
 Perselisihan faham juga dapat diatasi dengan mudah.
 Merupakan sebahagian warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa.

5. Mempunyai keunikannya tersendiri, mudah dimainkan dan menyeronokkan./ Medium hiburan.


 Permainan tradisional ini hanya menuntut ketrampilan dan ketajaman akal.
 Misalnya, permainan congkak menguji minda seseorang pemain untuk menangkis langkah helah pihak lawan.
 Gasing pula menekankan kesabaran dan ketekunan kepada gasing perlu dilarik dengan hati-hati agar
seimbang dan dapat berputar pada paksinya untuk tempoh yang lama.

6. Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


 Masa senggang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang dapat mencerdaskan minda dan mencergaskan
anggota badan semasa bermain
 Permainan ini bebas daripada elemen keganasan dan menyeronokkan
 Membentuk disiplin diri yang tinggi melalui peraturan, permainan yang perlu dipatuhi
 Mengurangkan gejala sosial

7. Lambang identiti sesebuah negara.


 Permainan tradisional melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.
 Misalnya, sepak raga, layang-layang, wau, congkak, gasing
 Nilai murni yang ditunjukkan menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
 Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Sebab Permainan Tradisional Dipinggirkan Masyarakat

1. Kurang pendedahan
• Generasi hari ini tidak didedahkan dengan cara bermain permainan tradisional(tidak tahu cara bermain)
• Tiada tujuk ajar daripada ibu bapa atau generasi yang lebih tua
• Sikap generasi baru tidak ingin mencuba.

2. Persaingan daripada permainan moden


• Pelbagai permainan moden yang menarik di pasaran ( sahibba, catur, tenis, permainan video)
• Permainan moden dianggap lebih mencabar, lasak dan lebih berprestij
• Permaian moden lebih disukai kerana dianggap sesuatu yang baru dan sentiasa diperbaharui.
• Persaingan daripada permainan elektronik yang lebih mencabar dan menarik

31
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

3. Tiada nilai komersial


• Permainan tradisionl tidak menguntungkan berbanding permainan moden seperti bola sepak, tenis dan golf.
• Permainan moden dapat menjana pendapatan lumayan
• Tiada penajaan yang besar untuk mempopularkan permainan tradisional berbanding permainan moden
• Hal ini kerana tiada mempunyai pengemar dan penonton yang ramai

4. Hubungan kemasyarakatan yang semakin longgar


• Hal ini kerana kebanyakan permainan ini memerlukan sekumpulan orang untuk bermain
• Kekurangan ahli untuk bermain terutama di kawasan bandar
• Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini lebih suka berkurung di rumah daripada bergaul dengan jiran
tetangga.

5. Kurang tenaga pakar untuk membuat peralatan permainan


• Untuk membuat wau misalnya kita perlukan kepakaran dan kemahiran baik dari segi mencari bahan
ataupun membuat permainan tersebut
• Untuk membuat congkak dan gasing seseorang memerlukan kayu yang bermutu
• Kesilapan dalam memilih bahan atau membuat alat permainan tersebut menyebabkan permainan seperti
wau, tidak melayang di udara.

Langkah-langkah Semua Pihak mempopularkan permainan tradisional :-

1. Generasi muda perlu didedahkan dengan permainan tradisional.


 Diperkenalkan di sekolah-sekolah
 Sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Penubuhan persatuan permainan dan sukan di sekolah seperti Kelab
Permaianan Tradisional
 Memperkenalkan permainan ini kepada anggota kumpulan
 Pertandingan antara pelajar sekolah atau peringkat daerah dan negeri.

2. Peranan media elektronik


 Sistem televisyen tempatan sama ada kerajaan dan swasta harus lebih gigih menyiarkan rancangan tentang
cara-cara bermaian permainan tradisional ini.
 Dilaksanakan secara kreatif dan inovatif pasti dapat menarik minat mendalam terutama kepada generasi
muda.

3. Peranan Kementerian Penerangan, Komunikasi , Kebudayaan dan Warisan


 Boleh menganjurkan pertandingan dan tunjuk cara serta pameran permainan tradisional bagi menarik minat
para pelancong dari dalam dan luar negara. Peranan kementerian belia dan sukan, melalui persatuan
 Persatuan belia harus berusaha mengetengahkan beberapa jenis permainan kepada ahli-ahli dan
menjadikannya sebagai aktiviti pertandingan.

4. Permainan tradisional dijadikan hobi oleh kaum muda


 Orang dewasa kerana asyik dan menarik dimainkan.
 Dapat menghindarkan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, berfoya-foya
dan berpeleseran.

5. Peranan syarikat swasta atau korporat


 Menaja pertandingan permainan tradisonal ini
 Penyertaan kepada orang ramai
 Menjadi penganjur
 Atau menyediakan hadiah-hadiah yang menarik
 Pertandingan dijalankan di kawasan lapang atau tempat tuimpuan orang ramai
 Seperti Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang,Johor.

32
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Langkah Kerajaan mempopularkan permainan tradisional:

1. Membudayakan permainan tradisional


 Menyemarakkan permainan secara besar-besaran diseluruh negara
 Mewujudkan promosi kebudayaan dan menjadi acara penting dalam sukan peringkat sekolah dan kalangan
masyarakat dengan menawarkan hadiah yang lumayan

2. Mengistitusikan permainan tradisional


 Mendapat pengiktirafan peringkat tertinggi negara dan luar negara
 Memberi status Ikon Negara dan eleman penting dalam kalendar pelancaongan dan hari kebangsaan,
kemerdekaan dan Malaysia
 Mengekalkan kesenian warisan budaya
 Kerajaan perlu mengutamakan permainan tradisional dalam upacara rasmi yang besar

3. Silibus penting dalam pendidikan kokurikulum


 Menjadi sebahagian daripada sukatan dalam sistem pendidikan dan kokurikulum
 Perlu dipupuk sejak kecil di sekolah hingga peringkat paling tinggi
 Tanggungjawab guru menerapkan permainan tradisional secara teori dan praktikal
 Agenda penting dalam pencapaian pelajar dalam kokurikulum seperti sukatan dan penglibatan guru dan
pelajar

4. Samakan taraf dengan permainan moden


 Memberi keutamaan kepada permainan tradisional dalam sukan dan permainan peringkat sekolah hingga
kebangsaan
 Menyediakan hadiah kemenangan yang lumayan setanding dengan permainan moden

33
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

BANGUNAN BERSEJARAH / MONUMEN LAMA


Bangunan bersejarah merupakan bangunan tinggalan zaman dahulu, yang mempunyai nilai-nilai budaya dan
keseniannya yang tersendiri. Bangunan bersejarah menjadi kebangaan rakyat negara kita. Namun, bukanlah kesemua
bangunan yang lama, yang usang yang ketinggalan zaman dikatakan bersejarah. Hanya yang dapat mencirikan identiti
negara, di dalamnya terkandung sejarah penting negara, layak dijadikan bangunan bersejarah. Di Malaysia, kebanyakan
bangunan bersejarah adalah tinggalan zaman penjajahan orang asing. Antaranya, A Famosa di Melaka tinggalan orang
Portugis, Kubun Cornwallis di Pulau Pinang. Juga terdapat bangunan bersejarah yang bercirikan identiti budaya
Malaysia seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, di Kuala Lumpur, Rumah Puteri Meninjau di Sabah, Kota Kuala Muda
dan Bangunan Stadhuys di Melaka.

Kepentingan memelihara bangunan bersejarah/ Monumen lama:

1. Warisan sejarah bangsa dan negara yang berharga


 Setiap lapisan generasi dapat melihat bukti peninggalan penjajah.
 Mengetahui sejarah negara
 Memupuk semangat cinta akan negara
 Boleh memberi pengajaran sejarah negara kepada generasi muda

2. Sebagai daya tarikan pelancong


 dapat menarik pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat
negara kita.
 Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong
untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur
mempunyai unsur seni yang tiada tolok bandingnya
 Ingin mengetahui sejarah dan budaya rakyat tempatan
 Meningkatkan pendapatan negara

3. Dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya golongan remaja
 Sekurang-kurangnya mereka dapat menjadikannya sebagai panduan hidup mereka.
 Jika kita menghayati sejarah, di sebalik bangunan tersebut serta mengambil pengajaran daripada peristiwa
yang berlaku maka kita dapat terus mara tanpa mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat
terdahulu.

4. Sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
 bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda
 Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang
nasionalis ketika memerdekakan tanah air.
 dapat mencelikkan minda generasi muda agar sentiasa berwaspada terhadap musuh negara yang sentiasa
mencari peluang untuk menjajah negara kita sekali gus berjuang bermati-matian untuk ibu pertiwi daripada
dicerobohi oleh kuasa asing

5. Sebagai bahan penyelidikan


 Penting bagi ahli sejarah untuk membuat kajian dan penyelidikan
 ilmu akan dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama
 Penyelidikan yang dilakukan mungkin akan merubah fakta sejarah negara yang terdahulu dan sejarah negara
dapat dilihat dan pespektif yang berbeza
 bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan menjadi bahan
rujukan kepada pelajar dan penyelidik.

Masalah untuk memelihara bangunan bersejarah

1. Kos pemuliharaan dan penyelenggaraan yang tinggi


 Pembinaan dan pemeliharaan serta pemuliharaan yang menelan perbelanjaan yang banyak- pembinaan
bangunan yang telah runtuh.
 Untuk diganti dengan binaan yang mempunyai daya tahan

2. Sikap masyarakat
 Kurang menilai dan menghayati bangunan bersejarah
 Generasi muda tidak berminat
 Suka kepada pusat hiburan atau pusat beli-belah

3. Kurang pendedahan media massa


 Media massa tidak hiraukan bangunan sejarah
 Kurang tonjolkan keunikan dan sumbangan bangunan bersejarah kepada masyarakat

34
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Usaha pelbagai pihak memelihara dan memulihara Bangunan Bersejarah:

1. Pihak Kerajaan
 mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai Warisan Dunia/mewartakannya
sebagai warisan kebangsaan. Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan
Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk
Pembangunan Kuala Lumpur.
 mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
 mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks
 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur binaan bangunan bersejarah
 Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongan-dijadikan sebagai tempat lawatan
wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan.Seperti Bangunan Sultan
Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya
 mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara
 menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan
Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja
sebanyak RM20 juta.
 diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan Balai Polis
Bukit Kepong
 dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan
 ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad
 ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua
 keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Sebagai
contohnya, Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.

2. Pihak Sekolah
 melukiskannya di dinding sekolah
 mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah
 kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah
 universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati
ciri-ciri yg diharapkan
 pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan
bersejarah
 mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap yang menarik. Kemudahan-
kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki
atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan
‘lift’, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan

3. Pihak Ibu Bapa


 membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah melawat bangunan bersejarah
 menceritakan sejarah mengenai bangunan bersejarah kepada anak-anak

4. Pihak Media massa


 membuat dokumentari mengenai bangunan bersejarah
.

35
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Pengiktirafan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap tempat–
tempat tertentu di Malaysia sebagai Tapak Warisan Bersejarah Dunia mempunyai banyak kepentingan. Pelbagai usaha
perlu dilakukan untuk menjadikan Tapak Warisan Bersejarah Dunia menjadi lebih terkenal. Bincangkan.

Pendahuluan:
 Pada tahun 2008, tapak Warisan Semula Jadi, iaitu Melaka dan Georgetown telah diiktiraf dan disenaraikan sebagai
Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (United
Nation Educational, Scientific and Cultural Organization – UNESCO).
 Sebelum itu, pada tahun 2002 UNESCO mengiktiraf Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di
Sarawak sebagai Warisan Semula Jadi Dunia. Pengiktirafan ini tentu sahaja membanggakan kita sebagai rakyat
Malaysia.
 Empat warisan yang disenaraikan oleh UNESCO ini termasuk dalam jumlah 878 senarai Warisan Dunia yang
merangkumi kebudayaan, alam semula jadi dan ciri bercampur di 145 buah Negara.
 Warisan Dunia diiktiraf oleh UNESCO kerana warisan kebudayaan dan warisan semula jadi memberikan faedah
yang tidak terhingga kepada manusia dan patut dilindungi serta dikekalkan denga apa-apa cara sekalipun.

Bil. Isi-isi Penting / Idea Huraian


A. Kepentingan Tapak Warisan Bersejarah Dunia (UNESCO)
1. Mengekal dan menaik  Memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah.
taraf tapak warisan  Menjalankan kerja-kerja pengkalan dan pengurusan
bersejarah  Memastikan usaha dilakukan untuk bangunan antik agar tidak mudah rosak
 Contohnya A Farmosa di Melaka, The Stadthuys di Melaka, Georgetown

2. Melambangkan imej  Malaysia semakin dikenali di peringkat antarabangsa.


negara.  Menarik minat pelancong untuk melawat Malaysia.
 Mendapat pengetahuan tentang sejarah negara kita.

3. Sumber pendapatan  Tapak Warisan Bersejarah Dunia merupakan pengiktirafan berharga


negara. terhadap negara kita.
 Kemasukan para pelancong asing ke Malaysia sebagai salah satu sumber
pendapatan negara.
 Memajukan ekonomi negara.

4. Sumber rujukan dan  Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di Malaysia. Bandaraya
penyelidikan ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada
Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008.
 Dijadiakn sumber rujukan dan penyelidikan para sejarahawan

B. Usaha Menjadikan tapak warisan lebih terkenal


5. Mengadakan promosi  Menguar-uarkan kepada dunia tentang keunikan dan keistimewaan tapak
warisan seni.
 Menggunakan pengiktirafan berharga ini sebagai modal sokongan.
 Malaysia merupakan tapak warisan bersejarah dunia yang istimewa.

6. Peranan kerajaan  Mengenal pasti tapak warisan yang terdapat di setiap negeri di Malaysia.
 Mewartakan mana-mana tapak warisan yang berpotensi.
 Memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk memulihara dan
memelihara tapak warisan.

7. Kesedaran masyarakat.  Meningkatlkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan tapak warisan.


 Menghargai tapak warisan kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tidak
ternilai.
 Mengekalkan tapak warisan sebagai asset yang tidak lapuk dan sentiasa
diingati.

8. Menggalakkan  Penyelidikan melibatkan IPT dalam dan luar negara


penyelidikan ilmiah

36
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

SOSIAL DAN BUDAYA


(REMAJA/GENERASI MUDA)

Soalan:
Rekod Jabatan Insolvensi Malaysia sepanjang tahun 2012 sehingga September 2016 menunjukkan 23 peratus kes
kebankrapan yang dicatatkan membabitkan golongan Generasi Y. Gaya hidup mewah merupakan salah satu faktor
golongan muda kini diistiharkan bankrap. Bincangkan.

Pendahuluan : (Format Jawapan 1+4)


Golongan Generasi Y hari ini adalah golongan yang paling banyak diistiharkan sebagai muflis. Gaya hidup mewah
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan mereka diistiharkan bankrap. Disamping itu ada bebrapa faktor lain
yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Bil Idea Huraian


Faktor Golongan Muda Bangkrap/ Muflis
1 Gaya hidup mewah  Ramai daripada golongan muda ini bersikap materialistik dan suka hidup
(Idea wajib) mewah
 Suka berbelanja mewah- suka memliki barangan mewah seperti memakai
pakaian yang berjenama dan telefon pintar yang canggih
 suka makan di tempat-tempa mewah seperti hotel dan restoran popular
 suka melancong terutamanya ke luar negara secara berkumpulan
 Suka berbelanja mewah melebihi kemampuan atau pendapatan

2 Sikap suka berhutang  Amalan berhutang sudah menjadi budaya hidup sesetengan golongan muda
 Sanggup berhutang keliling pinggang demi bermewah-mewah
 sanggup berhutang untuk membeli barangan mewah
 Tidak mampu bayar hutang lalu diistiharkan muflis

3 Pengurusan wang yang  Terdedah kepada budaya berbelanja melebihi pendapatan


lemah  Tidak bijak dalam merancang dan menguruskan perbelanjaan mereka
 Tidak menyimpan wang untuk kegunaan pada masa kecemasan
 Berbelanja tanpa kawalan
 Tidak dapat membezakan barang keperluan dengan barang kehendak.

4 Penggunaan kad kredit  Kad kredit mudah diperolehi oleh golongan muda walaupun berpendapatan
yang tidak terkawal rendah
 Penggunaan kad kredit menjadi budaya hidup mereka dan menggalakkan
budaya berhutang.
 Suka menggunakan kad kredit untuk berbelanja berbanding dengan wang
tunai
 Akhirnya mereka terjebak dengan penggunaan kad kredit untuk berbelanja
secara berbelebihan
 Pihak bank mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi terhadap pengguna
kad kredit.

5 Pendapatan yang  Ramai golongan muda berpendapatan rendah - baru keluar bekerja atau tidak
rendah berpelajaran tinggi
 Gaji mereka tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga
 Terpaksa meminjam wang untuk berbelanja.

37
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Peribadi Remaja:

Pengenalan
 Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alam transisi daripada alam
kanak-kanak ke alam dewasa.
 Berlaku perubahan fizikal dan tingkah laku.
 Remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing.
 Peribadi berkait dengan cabaran mengemudikan hidup
 Terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi hal tersebut.

Bil Idea Huraian idea


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Peribadi Remaja:
1 Pengaruh Keluarga  Sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak
yang berperibadi mulia
 Bertanggungjawab, bersopan dan saling menghormati satu sama lain.
 Keluarga yang pincang pula akan mempengaruhi remaja dari sudut yang
negatif.
 Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri
anak- anak
 Nasihat-menasihati dan ingat-mengingati antara satu sama lain tidak menjadi
amalan.
2 Rakan sebaya  Rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu.
 Lumrah remaja untuk berkawan.
 Memilih rakan yang boleh dipercayai.
 Tempat untuk berkongsi masalah dan rahsia.
 Mudah terikut-ikut akan perlakuan rakan.
 Jika rakan baik – peribadi remaja juga akan baik.
 Jika terpilih rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif.
 Ibu bapa perlu peka akan perubahan pada anak- anak.

3 Kepedulian anggota  Masyarakat yang positif dapat membentuk semangat perpaduan, saling
Masyarakat menghormati,
 Perlakuan masyarakat akan dilihat dan diperhatikan oleh remaja.
 Jika setiap ahli masyarakat saling bertolak-ansur dan menunjukkan sikap
toleransi, remaja akan meniru dan mengamalkannya.
 Jika sebaliknya, remaja memerhatikan masyarakat sekelilingnya bersikap
negatif, maka sikap negatif itulah yang akan menjadi amalan, seterusnya
mempengaruhi peribadi remaja itu dan kehidupannya
4 Agama merupakan  Agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar.
elemen utama dalam  Agama memandu insan pada batasan kebenaran.
pembentukan peribadi  Remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan
seseorang remaja peribadi murni yang selaras dengan ajaran agama.
 Ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan
mereka telah menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing.
5 Media massa  Pada zaman ini, media massa begitu berpengaruh dalam kehidupan remaja.
 Kajian yang dijalankan mendapati bahawa purata masa menonton tv dalam
kalangan remaja negara ini ialah 40 jam satu minggu.
 Masa yang begitu panjang sudah pasti mampu mendatangkan kesan kepada
remaja.
 Remaja meniru sesuatu yang kebaratan kerana kebanyakan rancangan yang
ditonton remaja pada masa ini lebih menonjolkan budaya yang negatif
6 Persekitaran  Pengaruh perekitaran dan luaran juga sentiasa membentuk perilaku para
remaja.
 Di luar rumah, remaja berdepan pelbagai keadaan yang banyak mempengaruhi
corak kehiudpan mereka. Anak yang berada di luar kawalan ibu bapa selalunya
akan terdedah kepada pengaruh persekitaran.
 Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang
seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut.

Kesimpulan
 Remaja aset penting negara.
 Perlu usaha secara kolektif untuk membentuk remaja yang positif.

38
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Isu Ledakan Teknologi/ Peranti Teknologi kepada remaja

Penggunaan peranti teknologi seperti komputer, komputer riba, permainan video, televisyen, gajet-gajet seperti
telefon tangan pintar seperti Blackberry, IPhone, „tablets‟ seperti IPad, Playbook dan Samsung Galaxy Tab telah menjadi
kegilaan masyarakat. Selain itu, penggunaan internet dan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace,
Youtube, blog dan lain-lain lagi telah mewujudkan suatu fenomena yang luar biasa terhadap masyarakat di seluruh
dunia.

Masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian telah menjadikan
teknologi sebagai suatu keperluan dan bukan lagi kehendak. Penggunaan teknologi bukan sekadar untuk golongan
yang sedang belajar atau sudah bekerja, malah menjadi fenomena biasa kepada semua golongan masyarakat terutama
para remaja.

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Oleh Remaja:

Kesan Positif Penggunaan TMK (ICT) Kepada Remaja

1. Kemudahan untuk pembelajaran


 Teknologi TMK membolehkan golongan remaja meningkatkan ilmu pengetahuan
 Remaja dapat mengakses maklumat yang berkaitan dengan menggunakan internet
 Membolehkan pembelajaran secara maya, e-learning dan pendidikan jarak jauh
 Bahan siber menarik minat dalam pembelajaran
 Menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke 21

2. Memudahkan Komunikasi/ Perhubungan


 Remaja boleh berkomunikasi secara maya dengan sesiapa saja dan di mana sahaja.
 Bertukar-tukar informasi melalui jarak jauh dan dekat
 Berbincang tentang pelajaran/isu semasa dengan mudah
 Golongan remaja dapat berhubung dengan dunia luar tanpa sempadan di seluruh dunia
 Dapat mencari dan menambah kenalan
 Merapatkan hubungan sillaturahim
 Medium untuk bersuara

3. Mendapatkan maklumat /ilmu pengetahuan


 Memudakan pencarian pelbagai maklumat
 Berita atau kejadian yang berlaku dalam dan luar negara dapat diketahui dengan mudah dan cepat
 Meluaskan ilmu dalam pelbagai bidang
 Menjadikan remaja sebagai golongan yang berdaya saing dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran

4. Peluang perniagaan.
 Golongan muda dapat merebut pelbagai peluang perniagaan atas talian/ e-dagang
 Golongan muda yang mempunyai modal yang kecil boleh memulakan perniagaan melalui perniagaan atas
talian
 Meluaskan pasaran/promosi dengan membuat iklan di internet
 Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat melalui email dan katalog jualan juga
boleh dihantar kepada pembeli dengan segera untuk pengesahan jualan.
 Melahirkan usahawan remaja yang berdaya saing dan berkelayakan
 Sebagai contoh, tudung, t-shirt dan barangan kosmetik dan peralatan teknologi

5. Sumber hiburan
 Menonton drama atau hiburan secara atas talian
 Permainan atas talian
 Menghilangkan stress

1. Memudahkan urusan harian


 Permohonan atas talian seperti permohonan upu
 Menyemak keputusan permohonan dengan kadar segera
 Membuat pembayaran untuk urusan jual beli atas talian

39
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Penggunaan Gajet Dalam Kalangan Remaja


Maksud:
Penggunaan perkataan 'gadjet' / 'gajet' yang merujuk komponen/ peranti yang berkaitan dengan peralatan komunikasi
seperti telefon pintar, laptop, tablet, televisyen dan seumpamanya.

Pengenalan:
Teknologi maklumat semakin canggih pada masa kini. Pengeluaran pelbagai gajet telah merubah sebahagian besar
aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan jenama, televisyen
dan sebagainya telah memudahkan lagi kehidupan manusia seharian.

Faedah penggunaan gajet kepada remaja

1. Maklumat diperoleh dengan mudah


 Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan gajet melalui
capaian jalur lebar tanpa batasan waktu.
 Remaja boleh menggunakan Internet melalui telefon pintar untuk mengakses maklumat dengan cepat dan
pantas.

2. Memudahkan Komunikasi/perhubungan.
 Remaja boleh berkomunikasi secara maya dengan sesiapa saja dan di mana sahaja.
 Bertukar-tukar informasi melalui jarak jauh dan dekat
 Berbincang tentang pelajaran/isu semasa dengan mudah
 Golongan remaja dapat berhubung dengan dunia luar tanpa sempadan di seluruh dunia
 Dapat mencari dan menambah kenalan
 Merapatkan hubungan sillaturahim
 Medium untuk bersuara.

3. Peluang perniagaan
 Remaja dapat melibatkan diri dalam perniagaan atas talian (online)/ e-dagang.
 Remaja dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi dengan adanya kemudahan Internet.
 Golongan muda yang mempunyai modal yang kecil boleh memulakan perniagaan melalui perniagaan atas
talian
 Meluaskan pasaran/promosi dengan membuat iklan di internet

4. Memudahkan kegiatan seharian


 Segala urusan dapat dilakukan secara atas talian.
 Permohonan atas talian seperti permohonan upu
 Menyemak keputusan permohonan kerja dengan kadar segera
 Membuat pembayaran untuk urusan jual beli atas talian
 Masa dan tenaga dapat dijimatkan.

5. Sumber hiburan bagi merehatkan minda.


 Menonton drama atau hiburan secara atas talian
 Permainan atas talian
 Dapat menghilangkan stress

Kesan negatif penggunaan gajet kepada remaja

1. Mengganggu pembelajaran.
 Kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini.
 Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook,
Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa
depan mereka

2. Penipuan mudah berlaku


 Kebanyakan remaja mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui gajet.
 Sesetengah remaja ditipu melalui pembelian barangan secara talian yang tanpa jaminan.
 Remaja selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.

3. Kurangnya interaksi sosial


 Remaja yang taksub kepada gajet akan menghabiskan banyak masa bersendirian.
 Remaja akan menjadi pasif dan anti-sosial.

40
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

 Mereka kurang keluar dari rumah untuk bersosial.


 Kesannya hubungan antara ahli keluarga dan jiran renggang. 

4. Menjejaskan Kesihatan.
 Penggunaan gajet terlalu lama akan menjejaskan kesihatan.
 Hal demikian berlaku kerana remaja taksub kepada gajet sehingga lupa makan atau menjadi malas untuk
melakukan aktiviti di luar. Sebagai contohnya bersenam dan beriadah.
1. Mata akan rosak kerana lama tertumpu kepada gajet.

5. Ketagihan Internet
 Remaja akan menghabiskan masa yang banyak dan bersosial dengan gajet.
 Masa dan tempat tidak lagi menjadi isu, jika terdapat capaian internet maka ketagihan terhadap permainan
mahupun bersosial akan dilakukan.
 Lama-kelamaan ini akan menjadi rantaian kehidupan dan ketagihan terhadap aktiviti tersebut.

Kesimpulannya, kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan baik supaya tidak
memudaratkan pengguna. Oleh itu, semua pihak harus megawal penggunaan gajet untuk menjamin kesejahteraan
masyarakat dan negara.

Penggunaan Telefon Pintar dalam kalangan remaja

Maksud:
Telepon pintar (Smartphone) adalah telepon bimbit yang memiliki sistem operasi untuk masyarakat, di mana
pengguna dengan bebas menambahkan aplikasi, menambah fungsi-fungsi atau mengubah sesuai keinginan
pengguna. Dengan kata lain, telepon pintar merupakan komputer mini yang mempunyai kapasiti sebuah telepon.

Pengenalan:
Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan
atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat
mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ?

Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat memudahkan perhubungan
atau berkomunikasi. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara
satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga
dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal
yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak dapat
berada di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang di sampaikan oleh para guru dan pensyarah
dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah
mesra.

Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat. Pada masa kini,
penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah atau guru masing-masing. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, golongan
remaja boleh melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,
malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat dan mudah.

Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki
telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat
turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai pelbagai aplikasi permainann
yang mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan remaja bagi mengisi masa lapang
mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka.

Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada penggunanya, namun keburukannya tetap
wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini
boleh mendedahkan remaja kepada laman-laman negatif. Memberi peluang kepada remaja untuk mengakses
laman pornografi dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa
kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling.

Tambahan pula penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran
wang. Hal ini kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh
digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak yang
negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja akan

41
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

mengabaikan pembelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat
teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa
depan mereka.

Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada
sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang
dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak di gunakan untuk kebaikan, perkara ini
mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan
tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum
melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya selera.

Soalan :
Pada masa kini ramai golongan remaja kurang menghayati erti kemerdekaan. Hal ini mesti diatasi supaya
generasi hari ini tidak lupa diri bak kata peribahasa “kacang lupakan kulit”. Ulas penyataan ini. (2+3)

Pengenalan
Golongan remaja yang terdapat di Malaysia pada hari ini lahir selepas kemerdekaan dan dikatakan kurang
menghayati erti kemerdekaan, malah ada yang tidak menghargainya langsung. Terdapat keadaan remaja tidak berdiri
sewaktu lagu Kebangsaan dinyanyikan. Hal yang membimbangkan ini perlu diatasi.

Faktor Golongan Remaja Kurang Menghayati Erti Kemerdekaan

1. Kurang Pengetahuan sejarah


 Golongan remaja tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati latar belakang sejarah
 Mereka hanya mempelajari sejarah tertentu mengikut sukatan pelajaran sistem pendidikan tanpa
menghayati sejarah tersebut
 Juga tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah
 Pengetahuan tentang sejarah amat lemah
 Sengaja tidak mahu mempelajari dan menghayati sejarah

2. Sikap suka mengagung-agungkan ideologi Barat.


 Sikap generasi muda sekarang yang lebih mengagung-agungkan ideologi Barat menyebabkan mereka lebih
menitikberatkan hal ini dan mengabaikan perasaan cintakan negara, contohnya ideologi sekularisme.
 Generasi muda juga kurang ditekankan tentang semangat nasionalisme di sekolah kerana sistem
pendidikan di negara yang beroreantasikan peperiksaan.
 Genarasi muda perlu menghabiskan masa dengan menelaaah buku-buku akademik daripada memikirkan
soal nasionalisme contoh peperiksaan SPM, SPTM dan peperiksaan di Universiti-universiti.

3. Hidup dalam zaman kemewahan


 Remaja pada hari ini hidup dalam negara yang sudah mewah
 Hanya memikirkan cara mendapat dan mengekalkan kemewahan
 Tidak pernah hidup dalam zaman kesusahan seperti melarikan diri dalam keadaan peperangan, catuan
makanan, nyawa di hujung senjata dan sebagainya
 Apabila lahir,mereka sudah mendapati kemudahan sudah tersedia

4. Tidak menghargai jasa perjuang


 Remaja sengaja tidak mahu menghargai sumbangan pemimpin yang terdahulu yang sanggup menggadai
nyawa untuk memperoleh kebebasan daripada kesukaran
 Tidak memikirkan bagaimana proses kemewahan berlaku
 Tidak memikirkan sumbangan pasukan pertahanan yang menjaga kedaulatan Negara
 Tidak pernah menghargai susah payah tokoh pejuang menentang penjajah Inggeris seperti Dato’ Bahaman,
Dr. Burhanudin Helmi dan Rosli Dhobi

5. Pengaruh pemikiran politik


 Remaja di institusi pengajian tinggi terlalu pengaruh dengan aliran politik dari luar
 Remaja terikut dengan konsep demokrasi tetapi tidak bersantun
 Tindakan keterlaluan bagi mencapai tujuan melahirkan demokrasi
 Membangkitkan isu-isu yang sensitif dan tidak bersesuaian

6. Kurangnya pendidikan agama dan moral


 Sanggup melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej negara
 Terlalu terikut dengan hiburan dan keseronokan semata-mata
 Pendidikan agama menuntut rakyatnya supaya berbangga dan menyayangi negara
 Terdapat remaja yang memburuk-burukkan negara melalui laman web atau blog tertentu

42
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Langkah Meningkatkan Pemahaman Erti Kemerdekaan Kepada Remaja:

1. Program peningkatan kesedaran awam.


 Contoh Kempen penghayatan erti kemerdekaan
 Pihak kerajaan seperti Jabatan Perpaduan Negara, Persatuan Sejarah Malaysia, Muzium Negara dan muzium
negeri boleh mengadakan pameran dari masa ke semasa bagi menarik generasi muda meminati dan
mengetahui sejarah.
 Pameran perlu disertai dengan pertandingan dan hadiah menarik supaya dapat penyertaan yang besar dari
generasi muda.
 Kempen penghayatan dilakukan di seluruh Malaysia boleh membangkitkan semangat penghayatan terhadap
kemerdekaan tanah air
 Kempen ini sepatutnya dijalankan diseluruh ceruk rantau negara kita melibatkan semua generasi muda,
contohnya penglibatan generasi muda dalam Program Hari Belia Negara perlu dilaksanakan di semua
peringkat sama ada daerah, negeri dan peringkat negara
 Badan penyiaran seperti TV3 dan RTM perlu menyiarkan dokumentari yang berkaitan

2. Memperkasa Penguatkuasaan undang-undang.


 Penguatkuasaan undang-undang merupakan langkah akhir yang terpaksa diambil untuk mendisiplinkan
remaja
 Apabila remaja membuat tindakan yang boleh mengancam keselamatan Negara maka tindakan undang-
undang seperti mengenakan hukuman penjara atau denda boleh dikenakan
 Selain itu, tujuannya adalah untuk mengekang golongan dewasa memperalatkan golongan remaja ini bagi
memenuhi agenda tertentu
 Penguatkuasaan undang-undang melalui Akta Suruhanjaya Komunikasi, Akta Hasutan boleh digunakan

3. Pendidikan melalui teladan


 Ibu bapa perlulah memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak
 Ibu bapa perlu memberikan ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan
 Misalnya, mengibarkan bendera pada hari-hari tertentu seperti Hari Pahlawan, sambutan hari kemerdekaan
dan sambutan Hari Malaysia
 Ibu bapa membawa anak ke sambutan hari kemerdekaan

4. Melalui pembelajaran formal di sekolah


 Di peringkat Menengah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah adalah diwajibkan
 Pelaksanaan Kerja Penilaian Berasaskan Sekolah boleh dilaksanakan ke arah penghayatan erti kemerdekaan
 Dalam pembelajaran di peringkat prauniversiti dan di university perlu didedahkan dengan pembelajaran
kenegaraan Malaysia

5. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


 Setiap remaja yang terpilih diwajibkan menyertai Program Latihan Khidmat Negara
 Antara inti pati program PLKN adalah untuk membentuk jati diri remaja yang berbangga menjadi
warganegara di tanah air yang tercinta ini
 Remaja akan didedahkan tentang sejarah,kenegaraan dan semangat cintakan Negara

Kesimpulan
Remaja yang mengenal erti kemerdekaan akan menghargai jasa perjuangan tokoh-tokoh sejarah yang sanggup
berjuang menentang penjajah demi kemakmuran hidup anak cucu kemudian hati. Oleh itu, amat wajar golongan remaja
menghargai kemakmuran dan mempertahankan kedaulatan Negara dengan sepenuh hati

Format jawapan:2+3/3+2

43
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Kekuatan pegangan moral dan agama menentukan penglibatan remaja dalam kegiatan sosial yang tidak sihat. Dalam
aspek yang lain, kemajuan pesat sangat ditekankan dalam proses pembangunan negara. Kegagalan untuk
menyeimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohani akan menyebabkan masalah sosial terus
berlaku.
Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja.

Pengenalan
 Ketandusan pegangan moral dan agama menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial
 Ketidakseimbangan pegangan moral dengan kemajuan pembangunan memberi kesan negatif kepada
perkembangan fizikal dan rohani remaja
 Penyelesaian diperlukan untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang maju dan mempunyai sahsiah terpuji

Bil Idea Huraian idea


Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Keruntuhan Moral Dalam Kalangan Remaja
1 Mempraktikkan  Penerapan nilai-nilai murni untuk membentuk tingkah laku yang baik
kandungan mata  Akhlak yang baik menjamin disiplin seseorang
pelajaran Pendidikan  Menekankan pengajaran berbentuk praktikal dan bukan secara teori - supaya
Moral dan Pendidikan lebih berkesan
Islam
2 Ibu bapa mengawal  Walaupun sibuk bekerja ibu bapa tidak mengabaikan anak-anak
tingkah laku anak- anak  Pantau kegiatan anak-anak di rumah dan di luar
 Anak-anak berasa diri disayangi
 Memberi sokongan anak-anak menyertai aktiviti yang berfaedah
 Membantu anak-anak menyelesaikan masalah

3 Kawalan tempat-tempat  Pusat hiburan sebagai sarang keruntuhan akhlak


hiburan  Kawalan remaja bawah umur daripada mengunjungi pusat hiburan
 Operasi membanteras penjualan pil ekstasi atau jenis dadah lain di pusat
hiburan
 Mengalihkan perhatian remaja dari pusat hiburan kepada program positif;
program Rakan Muda

4 lnstitusi pendidikan /  Guru perlu diberi kuasa yang lebih untuk menangani masalah disiplin pelajar
sekolah sering  Guru tingkatan memahami tingkah laku dan masalah pelajar dalam kelasnya
memantau tingkah laku  Guru kaunseling bersedia memberi bimbingan dan panduan ( hala tuju)
pelajar  Penekanan seimbang ; pelajar cemerlang – bukan tumpuan akademik semata-
mata

5 Media massa  Maklumat yang diterima memberi impak besar; positif atau negatif
berperanan sebagai  Menyiarkan lebih banyak rancangan berbentuk ilmiah / pembangunan rohani
saluran maklumat  Membuat tapisan rancangan; kesesuaian dengan norrna ketimuran
positif  Menetapkan masa tayangan yang sesuai dangan tahap umur / golongan
penonton

6 Peranan kerajaan dan  Meningkatkan jati diri remaja rnelalui PLKN, Rakan Muda
NGO  Menganjurkan program khidmat masyarakat dan kem motivasi - Kelab Rotary,
Kelab Sahabat Alam Malaysia

7 Peranan masyarakat  Memberi teguran dan melaporkan sekiranya berlaku kegiatan tidak bermoral
 Mengamalkan semangat kejiranan dan prihatin

44
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Banyak masalah yang melibatkan golongan remaja masa kini berlaku disebabkan pelbagai faktor dalaman. Hal ini
mengundang banyak kesan negatif. Huraikan pernyataan ini.

Pengenalan
Kebelakangan ini banyak pendedahan yang bersifat negatif yang dilakukan oleh golongan remaja. Antaranya
merempit, berpelesiran, menganggur dan seumpamanya

Bil ISI HURAIAN


Faktor Dalaman Yang Menyebabkan Remaja Bermasalah
1. Kurang Pengetahuan  Agama petunjuk kepada perbuatan baik
agama dan nilai moral  Tidak mengetahui kesalahan sesuatu tindakan
 Tidak mahu mengamalkan
 Menganggap petunjuk agama sebagai menyusahkan atau menyulitkan
2. Mengejar keseronokan  Remaja mengutamakan keseronokan
 Mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru
 Enggan terkongkong
3. Kemiskinan  Remaja yang miskin perlukan wang untuk menyara kehidupan sendiri
 Keinginan untuk memiliki sesuatu keperluan secara mudah tanpa
keupayaan telah menyebabkan mereka melakukan jenayah seperti meragut
4. Taraf pendidikan rendah  Sukar memperoleh pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan
 Tercicir dalam pelajaran akan mudah menyebabkan mereka terlibat dengan
jenayah.
5 Masalah keluarga  Menjadi pemangkin kepada masalah di luar rumah
 Pergolakan dalam rumah tangga akan menganggu ketenteraman jiwa anak -
anak remaja
 Remaja mungkin akan melarikan diri untuk mencari ketenangan bersama
rakan
 Tindakan melarikan diri tanpa arah tujuan bakal mengundang banyak
masalah
Kesan Negatif Remaja Bermasalah
6 Peningkatan indeks  Indeks jenayah negara akan meningkat
jenayah  Menambahkan bebanan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini
 Rakyat dan negara terpaksa berhadapan denagn pelbagai masalah
 Meningkatkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat

7 Wujud generasi yang  Remaja menjadi generasi yang lemah.


lemah  Kekuatan dan kecerdasan remaja tidak menyumbang kepada negara
 Remaja tidak mempunyai jati diri yang tinggi
 Remaja tidak mampu berfikir dengan matang
 Remaja tidak dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan negara
8 Menjejaskan imej negara  Memberi gambaran yang negatif terhadap remaja dan pihak kerajaan
 Pandangan yang negatif dalam kaca mata masyarakat antarabangsa bahawa
generasi negara sangat lemah dan tidak produktif.
 Tidak menggalakkan kedatangan pelabur dan pelancong asing
9 Menjejaskan kedaulatan  Remaja yang bermasalah apabila terlibat dengan tingkah laku negatif, tidak
negara mempunyai jati diri
 Tidak berkeupayaan untuk membantu orang lain atau negara kerana hanya
mengutamakan kepentingan diri
 Sukar bagi mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan undang -
undang negara kerana mereka sering melakukan kesalahan

45
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan antara faktor berlakunya pengangguran dalam kalangan siswazah di
negara ini. Ulaskan.

Pengenalan
Isu siswazah menganggur merupakan salah satu isu nasional yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Terdapat
beberapa faktor wujudnya masalah ini.

IDEA HURAIAN
Faktor Siswazah Menggangur
1 Sikap terlalu memilih  Memilih pekerjaan mengikut kelulusan
pekerjaan  bukan bidang mereka semasa belajar di universiti.
 Tidak bersedia untuk bekerja di luar bidang untuk menimba pengalaman
 Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan
daripada bekerja bukan dalam bidang mereka.
 Wujud sikap’ lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja yang sesuai’

2 Tiada personaliti/  Tidak menguasai kemahiran insaniah (soft skills)


karakter yang menarik  Pencapaian akademik baik tetapi lemah dalam kemahiran insaniah yang
diperlukan.
 Tidak menunjukkan keyakinan diri semasa temuduga atau kurang daya
ketrampilan
 Majoriti majikan tertarik dengan personaliti pemohon ketika hadir ke sesi
temu duga.
 karakter diri yang menarik akan menyerlahkan pesona dalam diri

3 kelulusan tidak sesuai  Tidak menepati dengan keperluan pasaran kerja semasa
dengan permintaan  kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan
dalam pasaran kerja  Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan
menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih
lama
 Ditambah, persaingan hebat dalam kalangan graduan untuk mencari
pekerjaan
 Terdapat lambakan penawaran bidang-bidang tertentu dalam masa-masa
tertentu

4 Masalah ekonomi  Banyak syarikat yang ditutup atau membuang pekerjanya- hilang sumber
pendapatan
 tidak mengambil pekerja baru – menutup peluang pencari kerja baru

5 Majikan  siswazah baru sukar diambil bekerja


mengutamakan  majikan tidak mahu menanggung kos untuk latihan pekerja baru
pengalaman kerja

6 Lemah dalam  Tidak menguasai Bahasa kedua


berkomunikasi  Tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
 Pengusaan lebih daripada satu Bahasa merupakan satu kelebihan terutama
sektor swasta.
 Persaingan dengan siswazah university swasta yang lebih baik tahap
penguasaan Bahasa inggeris

46
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)


Soalan:
Tahap kesedaran masyarakat di negara ini untuk menyediakan kemudahan awam yang selesa bagi kegunaan golongan
kelainan upaya (OKU) masih kurang. Bincangkan penyataan di atas.

Pengenalan
 Kesedaran orang ramai tentang keperluan kemudahan awam OKU masih kurang
 Kemudahan yang disediakan kurang sesuai

BIL IDEA HURAIAN


Sebab Tahap Kesedaran Masyarakat Kurang untuk OKU
1. Mengutamakan keunikan  Kebanyakan bangunan tidak ada laluan kerusi roda
reka bentuk  Terminal pengangkutan awam tidak mengutamakan keselesaan OKU
 Tempat letak kereta dan tandas OKU kurang disediakan

2. Lebih menitikberatkan nilai  Menitikberatkan nilai komersial berbanding kebajikan OKU


komersil  Pasar raya bertangga dan bertingkat menyukarkan OKU
 Kebanyakan tandas awam tidak sesuai dan tiada kemudahan utk OKU
 Kurang kaunter perkhidmatan khas untuk OKU
 Ruang kaki lima yang sempit menyukarkan laluan kerusi roda
 Premis perniagaan lebih menekankan keuntungan

3. Masyarakat bersifat  Tiada kesedaran dan sifat empati terhadap OKU


individualistik  Kebajikan OKU tidak dijaga dan tidak diambil peduli.
 Tidak mempedulikan golongan yang tidak mampu dan hanya
mementingkan keselesaan sendiri.

4. Kurang terdedah dengan  Masyarakat tidak sedar peranan OKU


keperluan dan hak OKU  Mereka ada hak seperti masyarakat biasa dalam penggunaan kemudahan
 Mereka memerlukan perhatian khas

5. OKU dianggap beban /  Tidak boleh memberi sumbangan


bermasalah  Dianggap golongan lemah dan tidak penting
 Kurang membantu; hanya perlu berada dipusat-pusat jagaan / di rumah
 Kurang berada dalam khalayak ramai

6. Kekurangan agensi yang  Hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
membela nasib OKU semata-mata
 Peranan agensi yang mewakili OKU kurang berfungsi dan tidak menyeluruh
- tertumpu di kawasan bandar-bandar utama sahaja
7. Kos yang tinggi  Menyediakan kemudahan khas untuk OKU lebih tinggi kosnya berbanding
menyediakan kemudahan awam
 Tandas dan laluan khas OKU memerlukan ruang yang lebih besar
 Syarikat pengangkutan awam tidak berminat menyediakan kemudahan
untuk OKU kerana kos yang tinggi

Kesimpulan
 OKU perlukan perhatian
 Memudahkan kehidupan harian
 Menyertai ahli masyarakat lain menyumbangkan tenaga kepada negara
 Menikmati faedah daripada pembangunan negara

47
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Bagi memastikan golongan orang kelainan upaya (OKU) menjalani kehidupan harian seperti rakyat biasa di negara ini,
pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan. Jelaskan.

1. Meningkatkan kesedaran dan keyakinan kepada golongan OKU


 Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif golongan OKU menerusi program-program yang
berkesan
 Mewujudkan program pemulihan baru selaras dengan perkembangan semasa agar golongan ini tidak
ketinggalan dengan arus semasa

2. Menyediakan kemudahan khusus kepada golongan OKU


 Penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free), penggunaan peralatan termasuk kemudahan
didalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruangan awam.
 Meningkatkan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU
 Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan disemua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat
 Pelbagai bantuan alatan palsu di berikan kepada golongan OKU seperti anggota tiruan, tongkat, kerusi roda,
alat pendengaran dan lain-lain.

3. Membuka peluang pekerjaan yang banyak.


 Membuka peluang pekerjaan yang banyak dan menggalakkan pengajian OKU dalam semua sektor pekerjaan
 Menggalakkan OKU bekerja sendiri dan berdikari
 Penempatan kerja oleh kerajaan membantu OKU menapatkan kerja di semua sektor.

4. Memberikan insentif kepada golongan OKU


 Mewujudkan pelbagai skim bagi membantu menempatkan OKU dalam bidang pekerjaan
 Menyediakan elaun pekerja cacat dan bantuan OKU yang tidak bekerja dan berpendapatan rendah.
 Skim bantuan pelancaran membantu OKU yang ketiadaan modal untuk menjalankan perniagaan kecil.
 Melatih OKU yang berpotensi dengan membekalkan mesin atau alatan yang bersesuaian untuk
membolehkan mereka bekerja dari rumah.

5. Menyediakan Perkhidmatan sokongan


 Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan sokongan kepada OKU
 Meningkatkan kemudahan dan menggalakkanpenyertaan OKU dalam aktiviti sosial
 Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuian dengan keperluan OKU

6. Mengubah persepsi masyarakat terhadap OKU


 Pandangan negatif masyarakat terhadap golongan OKU perlulah diubah
 Mengambil kira sumbangan golongan kurang upaya dalam setiap program

7. Meluaskan peluang pendidikan kepada OKU


 Pendidikan untuk OKU menjadi keutamaan kerajaan
 Menyediakan pembelajaran berbeza dengan pelajar normal walaupun silibus pembelajaran sama.
 Pihak Institusi Pendidikan Tinggi mengadakan program pendidikan yang berfokus kepada pendidikan khas
bagi melatih OKU.
 Menambah peruntukan untuk pendidikan khas bagi melaksanakan modul latihan dan silibus khas serta
penambahan penubuhan sekolah pendidikan khas.

8. Melalui dasar-dasar kerajaan


 Wang perubatan dan derma untuk kebajikan golongan ini diberi pengecualian cukai
 Menggalakkan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil berat tentang kebajikan golongan kurang
upaya
 Mewajibkan sektor swasta menyediakan kaunter, kemudahan lif, tandas khas untuk golongan kurang upaya.

48
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Cabaran yang dihadapi oleh OKU

1. Kurang Sokongan Majikan


 Majikan mempunyai tanggapan yg negatif terhadap OKU
 Tanggapan tidak boleh berdikari dan perlu bantuan dan sokongan orang lain untuk membuat kerja
 OKU dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka
 Mempunyai masalah pergerakan dan tindak balas yang lambat akan menghalang proses kerja mereka. Hal ini
merugikan syarikat

2. Persepsi masyarakat yang negatif


 Masyarakat mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap golongan OKU
 Mereka dianggap tidak dapat bekerjasama dengan golongan normal
 Mereka beranggapan golongan OKU sebagai beban masyarakat
 golongan OKU sebagai mereka yang tidak upaya dan dipandang hina
 Mereka dipandang rendah oleh golongan normal hingga ada dalam kalangan mereka wujud perasaan rendah diri.

3. Perlindungan ahli keluarga yang keterlaluan


 Ahli kerluarga OKU yang terlalu mengongkong, terlalu prihatin dan tidak yakin OKU akann dapat berdikari atau
bekerja
 Mengurus OKU tanpa mengajar mereka berdikari sendiri
 Ahli keluarga kurang yakin majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti pekerja normal
 Golongan kaya tidak menghantar OKU bekerja tetapi memberi kemahiran menguruskan hidup seperti orang normal

4. Kekurangan maklumat, sokongan dan khidmat masyarakat


 Akses maklumat yang tidak seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal
 OKU sukar mendapatkan maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan latihan kemahiran,
pekerjaan dan peluang ekonomi
 Di pusat penjagaan atau badan amal kurang disediakan khidmat nasihat daripada kaunselor untuk mendapat
pandangan, motivasi dan sokongan untuk berjaya.

5. Sokongan dasar dan perundangan


 Pihak berkuasa kurang menetapkan status OKU dari aspek kewajipan majikan atau pejabat kerajaan mengambil
OKU sebagai pekerja produktif.
 Kebanyakkannya melibatkan pekerjaan yang kurang produktif kerana majikan swasta kurang yakin dengan
kemampuan OKU
 Sektor awam pula agak terhad menawarkan pekerjaan produktif kepada golongan OKU
 Dasar dan perundangan yang dapat membela nasib OKU perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk menjaga
kebajikan dan kepentingan OKU dalam pembangunan negara.

Kesimpulannya
Masalah golongan OKU mesti ditangani secara bersama, bersepadu dan professional. Kerajaan memperuntukkan dana
yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU dan pihak swasta juga perlu menghulurkan bantuan. golongan OKU
sebagai mereka yang cekal dan bantuan patut diberikan demi kemanusiaan

Usaha Pelbagai Pihak Untuk Membantu Golongan OKU

Soalan:
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi
membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?

Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir
atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka daripada melakukan
aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara
umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kelainan upaya secara kekal dan kelainan upaya secara
sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada, masyarakat kelainan upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka
juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU
meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang upaya ini
seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana masyarakat perlu sedar

49
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti
orang lain. Tiada insan yang mahu dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna justeru golongan Kelainan Upaya (OKU)
haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka
dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-
keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan
sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih
sayang, simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.

Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam membantu
golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap
lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkan kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian
masyarakat. Melalui rancangan ini, perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan
simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan
masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat
simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.

Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk
mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang. Golongan Kelainan Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti
latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat
Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini, OKU dilatih dalam
pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri.
Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain
membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk
wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan
dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja
dapat meringankan beban OKU malah dapat menggembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi
bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing- masing.
Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka
tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

Dengan memberikan bantuan modal. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan
sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin.
Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang
ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9 kerajaan telah memperuntukan
sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua
OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh
itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa
bergantung kepada pertolongan daripada orang lain

Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar
bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para
pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan
tempat atau kuota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup
mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa
mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana
golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di
kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan
kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus
memuji Pasaraya Besar Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang
tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada
OKU untuk membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

50
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

ISU WANITA

Soalan:
Belakangan ini, golongan wanita dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan dalam masyarakat. Walau bagaimana
pun, masih terdapat cabaran yang dihadapi oleh mereka. Ulaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan:
Kerajaan telah berusaha memberi lebih banyak peluang kepada golongan wanita untuk berjaya. Namun demikian,
kaum wanita perlu berani menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang

BIL IDEA HURAIAN


Potensi Wanita
1 Berpendidikan  Ramai wanita malaysia mempunyai kelayakan & pendidikan tinggi
 Kelulusan dari universiti tempatan atau luar negara dlm pelbagai
bidang
 Ramai yg terlibat dlm perkhidmatan awam & swasta
 Ramai yg berjaya dlm kerjaya & kehidupan
 Berpengetahuan luas

2. Berkemahiran  Mahir dlm pelbagai bidang termasuk yg banyak dipelopori


 Kaum lelali seperti bidang perniagaan, kejuruteraan &
 Mengendalikan pesawat.
 Mempunyai kreativiti & inovasi utk bersaing

3. Sikap profesional  Berkebolehan dlm bidang pentadbiran & pengurusan seperti


 Membuat keputusan dlm politik & pentadbiran negara
 Ramai yg dilantik menjawat jawatan tertinggi negara
 Berintegriti & komited dlm pentadbiran & pengurusan
4. Mempunyai nilai  Bersifat lemah lembut berjiwa keibuan
kesantunan  Membentuk sahsiah murid jika menjadi guru
 Membantu penyembuhan pesakit jika menjadi doktor atau jururawat
5. Lebih banyak masa  Berperanan penting mendidik & membesarkan anak-anak
bersama keluarga  Sebagai pengurus keluarga & rumah tangga
 Inspirasi kpd pembinaan masyarakat penyayang

Cabaran Yang Dihadapi wanita


6 Diskriminasi gender  Masih ada majikan yg enggan menerima wanita dlm organisasi
 Wanita tertekan & disisih dlm kerjaya
 Sukar diberi kenaikan pangkat
7 Eksploitasi gender  Utk pelbagai tujuan seperti diperdagangkan utk aktiviti pelacuran
 Dijadikan ikon iklan utk mencari pendapatan & populariti

8 Eksploitasi jenayah  Dijadikan objek seks oleh sindiket


 Dijadikan keldai dadah
 Diabaikan oleh keluarga
 Penderaan rumahtangga

Kesimpulan:
Setiap wanita perlu meningkatkan pengetahuan & kemahiran utk bersaing di peringkat yg lebih tinggi, di
samping menjaga maruah & harga diri

51
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita dalam menghadapi cabaran
pada zaman alaf baru. Jelaskan langkah-langkah tersebut secara terperinci.

Skema jawapan: ( 4 + 0 )
Langkah-langkah terperinci yang telah dilaksanakan pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita menghadapi
cabaran zaman alaf baru.

Bil Isi Huraian


Langkah-Langkah Oleh Pelbagai Pihak
1 Penggubalan undang-undang  Undang-undang sivil dan jenayah dan Undang-undang syariah dibentuk
sivil dan syariah bagi melindungi hak-hak wanita.
 Kelulusan Akta Keganasan Rumah tangga 1994 dapat melindungi
mangsa keganasan.
 melindungi hak-hak wanita dan isteri daripada sebarang bentuk
penganiayaan.
 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
ditubuhkan bagi memberikan perhatian kepada wanita supaya mereka
tidak teraniaya.
2 Penerimaan wanita dalam  Wanita telah diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi mengikut
sistem pendidikan negara kelayakan yang sama seperti lelaki.
 Tidak ada lagi kuota yang mengehadkan kemasukan pelajar wanita ke
institut pengajian tinggi
3 Peranan Badan-badan Bukan  menggesa kerajaan agar melaksanakan hukuman yang lebih berat kepada
Kerajaan (NGO) pesalah yang menganiayai wanita seperti yang dilakukan “Sister of Islam
“.
 NGO juga telah menggesa lebih banyak pusat kemahiran didirikan untuk
membantu wanita terutama wanita di luar bandar untuk memberi
peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan keluarga
4. Dasar kerajaan dalam  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat melalui
meningkatkan kehidupan Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan
dan taraf kaum wanita di Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan
Malaysia Masyarakat telah melaksanakan tugas-tugas untuk membantu
masyarakat di Malaysia
 Kerajaan membantu kaum wanita melalui Unit Hal Ehwal Wanita
(HAWA).
 Menggalakkan wanita melibatkan diri dalam Majlis Penasihat
Kebangsaan tentang Integrasi Wanita dalam Pembangunan Wanita
(NACIWID).
 Membantu wanita mendapat nasihat kewangan teknikal daripada
pertubuhan NGO seperti Perkumpulan Wanita (WI) dan Pertubuhan
Tindakan Wanita Islam (PERTIWI).
5 Dasar Wanita Negara  diwujudkan untuk membuktikan kaum wanita berpotensi bersama-sama
dengan kaum lelaki dalam memajukan negara.
 Dasar ini dapat memastikan penyertaan wanita dalam pembangunan
negara tidak terabai apabila dasar ini diamalkan
 Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah menyiapkan sebuah Dasar
Kebangsaan untuk Wanita sebagai panduan bagi penglibatan para wanita
di dalam proses pembangunan.
 Dasar tersebut boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita
dengan menangani cabaran-cabaran melalui pendidikan dan
penghapusan kemiskinan
 Status wanita telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia ke-6
(1991 – 1995), di mana sebuah dana khas disediakan untuk
perkembangan wanita dan telah menjadi satu langkah yang penting di
dalam menuju ke arah keperkasaan wanita-wanita di Malaysia.
 Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya masih memberi perhatian
kepada keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk memajukan
status mereka di dalam masyarakat
 Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih
dahulu semasa Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia
PBB untuk Wanita yang Ke-Empat (1995),
6. Mengubah persepsi  Mengubah pemikiran kolot masyarakat dan anjakan paradigma ibu bapa
masyarakat dan keluarga

52
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

 Masyarakat sering menganggap wanita lebih menyusahkan dan tidak


harus diberi muka.
 Anak-anak perempuan dikatakan akan memberi malu kepada keluarga
jika terlibat dengan gejala sosial. Sebaliknya,anak lelaki mendapat tempat
istimewa dalam keluarga
 Ibu bapa harus faham bahawa anak perempuan juga mampu berkhidmat
kepada keluarga.
 Ibu bapa tidak wajar mengabaikan peluang belajar anak-anak perempuan
kerana mereka juga akan menyumbang kepada pembangunan negara.
7. Dasar Warga Tua kebangsaan  ditakrifkan kepada masyarakat Malaysia berumur 60 tahun.menekankan
aspek penjagaan dan bantuan kepada warga tua supaya mereka hidup
sejahtera, bermaruah,mengoptimumkan potensi diri mereka

Bil Isi Huraian


Peranan Wanita Dalam Membendung Masalah Sosial
1 Wanita memainkan peranan  Anak memerlukan kasih sayang, kawalan, teguran dan bimbingan ibu
sebagai ibu  Ibu memang penting untuk membentuk sahsiah anak-anaknya
 Ibu memiliki sifat-sifat mulia kewanitaan
 Dengan itu, anak-anak mudah dibimbing ke jalan benar
 Ibu yang bekerja mungkin menyebabkan anaknya terabai
2 Berperanan menjamin  Ibu sepenuh masa dapat menjamin keutuhan keluarga.
keutuhan keluarga  Ibu yang bekerja di luar mungkin menyebabkan keluarga kucar-kacir
 Mereka tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan sempurna
 Hubungan keluarga mungkin menjadi renggang dan rapuh
 Jadi, peranan ibu dalam keluarga amat penting
3 Ibu bekerja membantu  Masalah sosial juga berpunca daripada kemiskinan
ekonomi keluarga  Jadi, kedudukan kewangan keluarga juga harus memuaskan
 Ibu perlu membantu jika timbul masalah kewangan dalam keluarga
 Ibu boleh keluar bekerja jika terdesak

4 Wanita juga penting dalam  Jawatan guru dan jururawat memerlukan kesabaran, kemesraan dan sifat
pembangunan keluarga lemah lembut
 Sifat-sifat ini dimiliki wanita
 Sektor perkilangan juga memerlukan pekerja yang banyak
 Kaum wanita dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia.

5 Sumbangan wanita dalam  Kebolehan wanita dalam bidang ini telah diakui
bidang politik negara juga  Wanita dapat memerintah negara dengan adil dan saksama
penting  Pemimpin wanita dunia juga ramai dan terkenal. Dunia juga mengiktiraf
pemimpin wanita. Contoh: Margaret Thatcher (PM Britain), Benazir
Bhutto (PM Pakistan), Cory Aquino ( Filipina) dan Indira Ghandi (PM
India) dan baru-baru ini PM Thailand.

53
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Peranan Wanita Alaf Baru:

1. Wanita terlibat dalam pasaran tenaga kerja (pembangunan negara)


 Peluang pekerjaan yang baik dan tahap pendidikan yang tinggi melayakkan wanita mengisi jawatan-jawatan
dengan ganjaran pendapatan yang lumayan.
 Kebolehan wanita dalam bidang politik juga semakin berkembang. Wanita dapat memerintah negara dengan
adil. Ramai pemimpin wanita dunia. Di Malaysia, ada wanita memegang jawatan menteri.

1. Wanita memainkan peranan penting sebagai ibu


 Suri rumah tangga bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan kebahagiaan rumah tangga dengan
melaksanakan amanah yang diberi oleh suami.
 Anak-anak memerlukan belaian dan asuhan seorang ibu bagi memastikan pembangunan sahsiah mereka. Ibu
sangat penting dalam membentuk sahsiah anak2.
 Ibu memiliki sifat2 mulia kewanitaan.

2. Wanita mendukung tanggungjawab mencari rezeki.


 Wanita, Ibu tunggal dan anak-anak perempuan juga bertanggungjawab mencari rezeki untuk seisi keluarga.
 Ibu tunggal pula tidak mempunyai sesiapa yang dapat melainkan terpaksa keluarga bekerja.

3. Wanita membina kerjaya yang dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki.


 Kaum wanita kini bersaing dengan kaum lelaki untuk merebut jawatan-jawatan atau kerjaya yang dahulunya
dimonopoli oleh kaum lelaki.
 Sifat tekun dan gigih wanita telah berjaya meletakkan mereka lebih banyak berbanding dengan kaum lelaki di
institusi-institusi pengajian tinggi.

4. Wanita membangunkan negara.


 Dengan jumlah yang hampir sama dengan lelaki, wanita kini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang luas untuk membangunkan negara.
 Idea-idea dan pandangan mereka diperlukan untuk kepentingan negara. Jawatan guru dan jururawat
memerlukan kesabaran, kemesraan, dan sifat lemah lembut.
 Sifat ini dimiliki wanita. Sektor perkilangan juga memerlukan pekerja wanita. Ini dapat mengatasi kekurangan
tenaga kerja.

5. Wanita membantu dengan melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan berguna kepada
negara
 Pembentukan sahsiah anak-anak bermula dari rumah.
 Pada asasanya hanya wanita yang bergelar ibu bijak mendidik anak pada alaf baru.

Masalah Yang Dihadapi Oleh Wanita Berkerjaya

1. Diskriminasi sering menyekat wanita untuk berjaya dalam kerjaya mereka. Mereka sering dinafikan hak untuk
menerima kemudahan dan kenaikan pangkat dengan alasan yang tidak munasabah.

2. Sifat semula jadi membatasi kebolehan mereka untuk bersaing. Sifat mudah emosioal dan tidak tahan akan tekanan
menyebabkan kerjaya mereka terganggu.

3. Kekuatan fizikal wanita jauh lebih lemah daripada lelaki dan ada kalanya tidak sesuai dengan kerjaya tertentu yang
melibatkan tenaga fizikal seperti tentera, polis, jurutera awam dan lain-lain.

4. Komitmen terhadap keluarga juga menyebabkan wanita kadangkala menganggu tugas semasa. Keperluan keluarga
sepreti makan, minum, pakaian, menyusui anak dan tanggungjawab melayan suami perlu didahului. Wanita terpaksa
membahagikan masa untuk menunaikan kedua-dua tanggungjawab tersebut.

5. Tempoh mengandung dan cuti bersalin yang lama menimbulkan masalah kepada pihak majikan. Wanita mengandung
tidak mampu melakukan tugas-tugas berat seperti biasa, sebaliknya memaksa majikan mencari kakitangan baru bagi
menggantikannya. Tempoh cuti bersalin yang lama juga menimbulkan masalah.

54
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Keganasan sering berlaku kepada kaum wanita dan kanak-kanak . Keganasan ini merupakan satu bentuk kerugian
kepada masyarakat dan negara Malaysia. Bincangkan.

Skema Jawapan : ( 2+2 )


1. Punca keganasan sering berlaku kepada kaum wanita.
2. bentuk kerugian / kesan negatif keganasan kepada masyarakat dan negara.

Rangka karangan
Keganasan sering berlaku kepada wanita dan kanak-kanak dan merupakan satu bentuk kerugian kepada masyarakat
dan negara Malaysia. Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak meliputi kes rogol, penderaan, sumbang mahram
dan lain-lain. Statistik polis pada tahun 2000 menunjukkan 2413 kes penderaan dan 1217 kes rogol terhadap isteri dan
wanita.

Bil Isi Huraian


Punca Keganasan Kepada Kaum Wanita
1 Personaliti pendera  Personaliti yang ganas, emosional, panas baran
 perlakuan mendera sebagai hobi menyebabkan berlakunya keganasan
kepada wanita.
2 Kemiskinan dan tekanan  Faktor kemiskinan dan tekanan hidup juga menyebabkan wanita diganasi.
hidup Dlm kebanyakkan kes, mereka dalam golongan ini sering bertindak ganas.
 Keadaan menjadi lebih gawat apabila pendapatan suami gagal
menampung keperluan keluarga. Bilangan anak yang ramai dan isteri yang
kerap merungut menjadikan suami tertekan.
 Kekurangan keperluan hidup mendorong wanita dijadikan alat untuk
mendapatkan wang. Terdapat suami yang memaksa isteri menjual maruah
semata-mata ingin hidup senang.
 Ibu bapa yang mempunyai masalah tekanan hidup dan kesempitan
kewangan sering bertindak ganas.

3 Kurang didikan agama  Kekurangan pengetahuan agama menyebabkan seseorang tidak tahu
menilai jasa dan pengorbanan seorang wanita.
 Isteri wajib dilayan dan dihargai bukan dikasari dan di dusta. Tanpa
pengetahuan agama, individu ini beranggapan bahawa tindakan mendera
tidak mempunyai kesalahan dan bukan suatu kesalahan yang bersar.

4. Pengaruh media massa dan  Pengaruh media massa seperti internet, televisyen, majalah dan filem
VCD lucah sering mempamerkan aksi jenayah dan ganas terhadap kaum wanita.
 Video Cakera Padat (VCD) ganas mudah didapati telah mendorong kepada
jenayah seks dan penderaan. Semua input ini telah merangsang
penontonnya melakukan dera kerana lelaki mudah terdorong melakukan
keganasan.
 Pemikiran masyarakat semakin bercelaru dan rosak apabila menonton
rancangan seperti ini.

5 Personaliti mangsa/wanita  Menurut pensyarah psikologi Jabatan psikologi UKM, salah satu faktor
penderaan ialah sikap wanita yang suka berleter dan menimbulkan
kemarahan si suami.
 Juga terdapat sikap wanita yang terlalu sayang dan takut kehilangan
suami, walaupun suaminya suka mendera. Sikap suka mengikut kemahuan
suami kerana mereka berasa tidak yakin atau takut hidup sendirian
 Bimbang suami mereka ditangkap, tiada siapa yang akan memberi nafkah
 Kebanyakkan mangsa dera memilih untuk berdiam diri
 Mereka malu kepada masyarakat demi menjaga nama keluarga

6. Sikap masyarakat  Sikap masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan tidak
mahu mencampuri urusan orang lain. Sikap tidak ambil peduli masalah
jiran telah menyebabkan masalah ini semakin berleluasa.
 Juga terdapat Konsep perbezaan taraf lelaki dan wanita yang masih wujud
dan menebal dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat kampung.
Wanita mesti mengikut kata suami dan tidak boleh melawan cakap.
 Masyarakat beranggapan bahawa wnita mesti tunduk kepada kaum lelaki
 Dalam keluarga, yang bekuasa masih lelaki
 Peluang pendidikan wanita juga dinafikan

55
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

 Hal ini menyebabkan hak wanita semakin terhakis


7. Penagihan arak, dadah dan  Individu dalam golongan ini sering hilang pertimbangan dan bertindak
judi ganas terhadap wanita.
 Pengaruh arak dan dadah yang mengkhayalkan menyebabkan pendera
tidak sedar apa yang dia lakukan manakala, sikap suka berjudi memaksa
lelaki bergantung wang ringgit daripada wanita dan jika tidak diberi, isteri
akan di dera.
 Kajian Anne Keywarh, 5 % pendera mendera kerana ketagihan arak dan
dadah
8 sikap yang diwarisi  Keganasan kepada wanita juga berpunca dari sikap ibu bapa. Ibu bapa yang
daripada ibu bapa pendera suka mendera telah memyebabkan pendera meniru sikap ibu bapa mereka
(pengalaman masa  Kehidupan masa lampau mempengaruhi dan memberi kesan kepada
lampau) tingkah laku seseorang
 Pendera mungkin pernah mengalami penderaan atau keganasan
 Pendera sentiasa mengalami konflik dalaman
9. Sikap cemburu yang  Sikap buas dan cemburu lelaki sering menjadikan wanita sebagai
keterlaluan mangsa.Sikap cemburu yang keterlaluan akan mendorong lelaki
melakukan sesuatu dengan sesuka hati mereka terhadap wanita.
 Wanita dikongkong dan didera secara fizikal dan mental semata-mata
kerana cemburu isteri berbual dengan lelaki lain. Isteri yang ingkar akan
didera dan dicederakan.

Kesan Keganasan Kepada Masyarakat Dan Negara


9. Peningkatan kes  Keganasan kepada wanita selalunya berakhir dengan perpecahan
penceraian dan keluarga terutamanya jika wanita terbabit membuat aduan kepada
kemusnahan rumahtangga keluarga atau membuat laporan polis.
(kesan individu/
masyarakat)

10 Kesan kecederaan Fizikal  Lazimnya, 80% keganasan rumahtangga akan menyebabkan kecederaan
kepada mangsa fizikal kepada mangsa seperti lebam-lebam di muka, lengan, kaki dan
(kesan individu) badan. Ada juga kecederaan yang lebih teruk dialami mangsa seperti luka-
luka dan pendarahan
12 Tekanan hidup dan tidak  Menurut pensyarah Fakulti Undang-undang UKM, mangsa keganasan akan
dapat belajar berdikari sentiasa dalam keadaan ketakutan dan hilang keyakinan diri dan tidak
(kesan individu/ dapat berdikari.
masyarakat)  Mangsa keganasan juaga akan menghadapi tekanan hidup. Didapati 63%
hingga 75% yang terlibat dalam keganasan menghadapi tekanan perasaan.

14 Meningkatnya kes jenayah  Keganasan wanita sudah pasti meningkatkan kes jenayah seperti kes rogol
(kesan negara) telah meningkat daripada satu kes pd tahun 1981 kepada 1005 kes pada
1995.
 Masyarakat berasa tidak selamat dan sentiasa berjaga-jaga.
15 Kos  Kerajaan terpaksa menanggung kos untuk mewujudkan rumah
(kesan negara) perlindungan seperti Rumah Perlindungan Bukit Harapan bagi memberi
perlindungan kepada wanita yang teraniya.
 Penubuhan tempat ini ditambah dengan kelengkapan infrastruktur telah
menambah beban kerajaan.

Konklusinya, Keganasan terhadap wanita berlaku kerana pelbagai sebab. Pihak tertentu seperti Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan NGO perlu lebih prihatin dan komited dengan tugas mereka
membela nasib kaum wanita agar hidup mereka ini terbela.

56
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita dalam menghadapi cabaran
pada zaman alaf baru. Jelaskan langkah-langkah tersebut secara terperinci.

Skema jawapan: ( 4 + 0 )
Langkah-langkah terperinci yang telah dilaksanakan pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita
menghadapi cabaran zaman alaf baru.

Bil Isi Huraian


Langkah-Langkah Oleh Pelbagai Pihak
1 Undang-undang sivil dan  Kelulusan Akta Keganasan Rumah tangga 1994 dapat melindungi mangsa
jenayah dan keganasan. Menurut Akta ini pesalah boleh didenda tidak melebihi RM4000
Undang-undang syariah dan penjara tidak lebih setahun.
 melindungi hak-hak wanita dan isteri daripada sebarang bentuk
penganiayaan.
 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
ditubuhkan bagi memberikan perhatian kepada wanita supaya mereka tidak
teraniaya. Melalui undang-undang ini, Kebebasan wanita wajar diakui apabila
semakin banyak jawatan penting diperuntukkan kepada wanita.

2 Penerimaan wanita dalam  Wanita telah diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi mengikut
sistem pendidikan negara kelayakan yang sama seperti lelaki.
 Tidak ada lagi kuota yang mengehadkan kemasukan pelajar wanita ke institut
pengajian tinggi

3 Peranan Badan-badan  menggesa kerajaan agar melaksanakan hukuman yang lebih berat kepada
Bukan Kerajaan (NGO) pesalah yang menganiayai wanita seperti yang dilakukan “Sister of Islam “.
 NGO juga telah menggesa lebih banyak pusat kemahiran didirikan untuk
membantu wanita terutama wanita di luar bandar untuk memberi peluang
kepada mereka untuk menambah pendapatan keluarga

4. Dasar kerajaan dalam  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat melalui
meningkatkan kehidupan Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan
dan taraf kaum wanita di Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah
Malaysia melaksanakan tugas-tugas untuk membantu masyarakat di Malaysia terutama
wanita seperti:
o meningkatkan jentera kebangsaan untuk kemajuan wanita;
o meningkatkan penglibatan para wanita dalam membuat keputusan;
o mempertahan serta melindungi hak-hak wanita kepada kesihatan,
pendidikan serta kesejahteraan sosial
o mengatasi segala cabaran undang-undang serta amalan-amalan yang
berunsur diskriminasi terhadap gender
 Kerajaan membantu kaum wanita melalui Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA).
 Menggalakkan wanita melibatkan diri dalam Majlis Penasihat Kebangsaan
tentang Integrasi Wanita dalam Pembangunan Wanita (NACIWID).
 Membantu wanita mendapat nasihat kewangan teknikal daripada pertubuhan
NGO seperti Perkumpulan Wanita (WI) dan Pertubuhan Tindakan Wanita
Islam (PERTIWI).
5 Dasar Wanita Negara  diwujudkan untuk membuktikan kaum wanita berpotensi bersama-sama
dengan kaum lelaki dalam memajukan negara.
 Dasar ini dapat memastikan penyertaan wanita dalam pembangunan negara
tidak terabai apabila dasar ini diamalkan
 Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah menyiapkan sebuah Dasar
Kebangsaan untuk Wanita sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di
dalam proses pembangunan.
 Dasar tersebut boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita
dengan menangani cabaran-cabaran melalui pendidikan dan penghapusan
kemiskinan
 Status wanita telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia ke-6 (1991 –
1995), di mana sebuah dana khas disediakan untuk perkembangan wanita dan
telah menjadi satu langkah yang penting di dalam menuju ke arah keperkasaan
wanita-wanita di Malaysia.
 Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya masih memberi perhatian kepada
keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk memajukan status
mereka di dalam masyarakat

57
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

 Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih dahulu


semasa Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia PBB untuk
Wanita yang Ke-Empat (1995),

6. Mengubah pemikiran kolot  Masyarakat sering menganggap wanita lebih menyusahkan dan tidak harus
masyarakat dan anjakan diberi muka.
paradigma ibu bapa dan  Anak-anak perempuan dikatakan akan memberi malu kepada keluarga jika
keluarga terlibat dengan gejala sosial. Sebaliknya,anak lelaki mendapat tempat
istimewa dalam keluarga
 Ibu bapa harus faham bahawa anak perempuan juga mampu berkhidmat
kepada keluarga.
 Ibu bapa tidak wajar mengabaikan peluang belajar anak-anak perempuan
kerana mereka juga akan menyumbang kepada pembangunan negara.

7. Dasar Warga Tua  ditakrifkan kepada masyarakat Malaysia berumur 60 tahun.menekankan


kebangsaan aspek penjagaan dan bantuan kepada warga tua supaya mereka hidup
sejahtera, bermaruah,mengoptimumkan potensi diri mereka

SOALAN:
Wanita ialah pemangkin kesejahteraan keluarga. Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggungjawab yang besar
untuk membesarkan anak-anak mereka. Huraikan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dan cara untuk membantu
mereka.

Skema jawapan: ( 2 + 2 )
1. Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal
2. Huraikan cara kerajaan/swasta/individu yang dapat membantu mereka.

Wanita ialah pemangkin kesejahteraan keluarga. Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggung jawab yang besar
untuk membesarkan anak-anak mereka. Kini, terdapat 3.4 juta ibu tunggal, iaitu seorang ibu tunggal bagi setiap enam
orang wanita di negara ini. Fenomena ini akan membawa pelbagai masalah dan semakin buruk sekiranya ibu tunggal
ini tidak dibantu.

Bil Isi Huraian


Masalah Yang Dihadapi Oleh Ibu Tunggal
1 Masalah kewangan  Sesetengah ibu tunggal tidak bekerja atau bergaji rendah.
 Mereka terpaksa menyara keluarga sendiri
 Akibatnya mereka menghadapi masalah kewangan
 Mereka terpaksa meminjam wang jika terdesak.
2 Kesukaran  antara anak dengan kerjaya
membahagikan masa.  Mereka perlu mencari rezeki di luar dan pada masa yang sama mengasuh
anak-anaknya
 Mereka sukar mengagihkan masa antara kerjaya dengan anak-anak.
 Anak-anak yang kekurangan kasih sayang dan kawalan ibu menjadi liar dan
runtuh akhlaknya.
3 Menghadapi pandangan  Wanita yang kematian suami dianggap malang
sinis masyarakat  Wanita yang bercerai dengan suaminya dikatakan wanita yang kurang
bermoral
 Stigma ini menjejaskan martabat ibu tunggal
 Mereka juga dianggap sebagai perempuan murahan. Ramai lelaki jahat akan
mengambil kesempatan untuk menggoda mereka
 Mereka juga sering menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja.
Cara Membantu Ibu Tunggal
5 Persatuan Ibu tunggal  Persatuan ini menawarkan tempat berteduh untuk para ibu yang malang
dan NGO perlu bergiat  DI situ, masalah mereka dapat diluahkan dan dibincangkan
cergas  Bimbingan dan kaunseling juga boleh di berikan
 Sokongan moral dan material dapat diberikan agar mereka tidak mudah
putus asa.

58
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

7. Pinjaman/ dana tertentu  Wanita yang kurang berpendidikan dan tidak bekerja sering teraniaya apabila
mereka bergelar ibu tunggal. Oleh itu, kerajaan perlu menambah dana
Tabung Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan jaminan semua ibu tunggal
berhak mendapat kelulusan pinjaman.
 Melalui pinjaman ini, mereka diharapkan dapat membuka kedai jahit, kedai
runcit, kedai makan dan lain-lain. Dengan dana tersebut sudah pasti mereka
dapat membina hidup baru.
8. Latihan Kemahiran  Bantuan kepada ibu-ibu tunggal juga boleh diberikan melalui latihan
kemahiran terutama ibu tunggal yang tidak pernah bekerja. Dengan
kemahiran dan ilmu yang ada, mereka boleh membuka dan menguruskan
perniagaannya sendiri.
 Langkah ini akan dapat membantu mereka menyara kos hidup seharian dan
seterusnya menabung demi masa hadapan anak-anak. Seterusnya, mereka
mampu membina keluarga yang berjaya.
9. Perhatian dan bantuan  Ramai kalangan ibu tunggal hidup tertekan kerana tiada pekerjaan. Lebih
Kerajaan dan swasta malang lagi apabila mereka tidak mempunyai rumah sendiri. Situasi ini pasti
menyukarkan mereka untuk membesar, mendidik dan menyara anak-anak.
Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta perlu memberi peluang kepada mereka
untuk bekerja. Tindakan memberi kerja ini merupakan satu sinar dalam
kehidupan masa depan mereka.
9. Dasar perlindungan ibu  Dalam bajet 2004, Ibu tunggal dikecualikan daripada dikenakan cukai
tunggal sangat penting pendapatan
 Undang-undang yang mewajibkan bekas suami memberikan nafkah hidup
kepada ibu tunggal telah dilaksanakan.
 Pihak majikan perlu memberikan masa kerja yang fleksibel ditawarkan
kepada ibu tunggal yang menghadapi masalah masa untuk membahagikan
antara keluarga dan kerjaya, terutama jika anak-anak mereka jatuh sakit.
 Mengkuatkuasakan Undang-undang untuk mencegah gangguan seksual
terhadap ibu tunggal.

Langkah Mengatasi Masalah Keganasan Rumah Tangga

1. Tindakan Undang-undang
 Kelulusan Akta Keganasan Rumahtangga1994 akan dapat melindungi mangsa1994 akan dapat
melindungi mangsa keganasan rumah tangga.
 Menurut akta ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi rm 4000 dan penjara tidak melebihi setahun
melebihi setahun

2. PerananMasyarakat
 Masyarakat setempat perlu mempunyairasa tanggungjawab sosial untukrasa tanggungjawab sosial
untukbersamabersama--sama membantu mengatasi ini.sama membantu mengatasi ini.

3. Peranan media massa


 Media massa haruslah berperanan secaraproaktif sebagai sumber sebaranproaktif sebagai sumber
sebaranmaklumat dalam usaha menyedarkanmaklumat dalam usaha menyedarkansemula masyarakat
tentang kegansansemula masyarakat tentang kegansanrumah tangga.rumah tangga

4. Khidmat Kaunseling
 Khidmat kaunseling perlu dilakukan sebelum memasuki alam perkahwinan dan sebelum memasuki alam
perkahwinan danselepas berkahwin agar merekaselepas berkahwin agar merekamemahami tentang
kewajipan dan dasarmemahami tentang kewajipan dan dasar--dasar sesuatu perkahwinan.dasar sesuatu
perkahwinan.

5. Peranan pendidikan
 Pendidikan yang berteraskan pengetahuan agama dan moral perlu dilaksanakan pada agama dan moral perlu
dilaksanakan pada semua peringkat sekolah agar matlamat semua peringkat sekolah agar matlamat
membentuk sesebuah masyarakat membentuk sesebuah masyarakat penyayang akan terjamin.penyayang
akan terjamin.

59

You might also like