Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ULASAN KRITIKAL BAGI ARTIKEL

PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan, kami memilih
empat buah artikel yang berkaitan dengan isu-isu cabaran guru di sekolah yang merangkumi sub-
tajuk iaitu pengertian, konsep, aspirasi dan kepentingan pendidikan. Berikut adalah maklumat
mengenai artikel yang dipilih.

ARTIKEL YANG DIPILIH

1) Tajuk artikel : Guru perlu ambil inisiatif mantapkan pengetahuan pengurusan kewangan.

Penulis : Dr. Zaimah Ramli

Sumber : Majalah bertajuk pendidik

Majalah ini adalah sebuah kajian penulis Dr. Zaimah Ramli untuk mengenalpasti motif guru
di Negara ini iaitu perlu mengambil inisiatif untuk menambah pengetahuan mereka mengenai
pengurursan kewangan dengan banyak membaca buku yang berkaitan bagi memudahkan mereka
mendidik tentang kewangan. Penulis telah menjalankan kajian bahawa Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ahmad
Tajuddin Jab berkata pengurusan kewangan penting bagi seseorang murid selain pendidikan
akademik. Ini kerana pengetahuan kewangan yang rendah boleh menimbulkan masalah dalam
pengurusan kewangan individu dan keluarga seperti kegagalan mengurus kredit, muflis, dan tidak
bersedia menghadapi persaraan. Kekurangan pengetahuan kewangan akan mempengaruhi amalan
pengurusan kewangan harian yang jika dibiarkan akan turut mengganggu kesejahteraan hidup para
murid. Secara kesimpulannya, sebagai seorang pendidik, para guru haruslah mendidik pelajar-pelajar
agar berjimat-cermat wang saku untuk kegunaan masa hadapan contohnhya Kementerian
Pendidikan Malaysia telah membubarkan amalan mengurus wang saku melalui menyediakan buku
rekod perbelanjaan harian dalam kalangan murid sekolah rendah.

2) Tajuk artikel : Guru pemupuk semangat patriotisme murid

Penulis : Abdul Ghoni Ahmad

Sumber : Warda commucation sdn.bhd. KDN PQ 1780/4686

Majalah kedua bertajuk guru pemupuk semangat patriotisme murid. Majalah ini dikarang
bagi membentuk anak murid berbilang kaum menterjemah rasa cinta terhadap Negara Malaysia.
Seterusnya, bertujuan untuk para pelajar sentiasa mengamalkan lima Prinsip Rukun Negara iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan serta berfikir dan mencari jalan untuk
berbakti kepada Raja dan Negara mengikut kemampuan masing-masing. Bukan itu sahaja, guru-guru
juga perlu menunjukkan teladan yang baik terhadap murid-murid seperti berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu Negaraku, mengibarkan Jalur Gemilang semasa Sambutan Hari Kemerdekaan
dengan penuh semangat, dan tidak memijak bendera Malaysia sebagai tanda ketaatan dan
kepatuhan terhadap pemerintah Negara.

3) Tajuk artikel : Guru, pensyarah & pendidik- sama tapi tak serupa

Penulis : Azizi Ahmad

Sumber : Majalah bertajuk pendidik

Majalah ini ditulis oleh Azizi Ahmad membincangkan tentang peranan, tanggungjawab,
tugas, serta kepimpinan seseornag guru, pensyarah dan pendidik masing-masing. Penulis
membincangkan bahawa keperluan guru adalah orang yang mengajar sesuatu mata pelajaran
kepada muridnya. Istilah guru atau cikgu biasanya dikaitkan dengan persekitaran sekolah. Manakala,
seseorang pensyarah itu akan menyampaikan ilmu pengetahuan secara mendalam ke arah peringkat
tinggi di sesebah Institusi Pendidikan seperti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Institut Pendidikan Guru (IPG). Secara kesimpulannya, dalam
konteks pendidikan, matlamat utama mengajar dan memberi syarahan atau disebut juga kuliah
adalah untuk mendidik murid dan pelajar. Oleh itu, guru dan pensyarah kedua-duanya memainkan
peranan penting dalam dunia pendidikan.

4) Tajuk artikel : Dasar MBMMBI diteruskan

Penulis : Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Sumber : Sidang Dewan Rakyat, 28 Mac 2017

Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam Sidang Dewan Rakyat pada 28 Mac
2017 mengumumkan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasa Bahasa Inggeris
(MBMMBI) akan kekal sebagai dasar pendidikan. Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 hingga 2025 -, dasar ini diperkukuhkan apabila Kementerian Pendidikan meletakkan
kemahiran dwi-bahasa sebagai salah satu daripada enam aspirasi yang perlu dicapai oleh murid
Negara ini. Dasar MBMMBI dilaksanakan setelah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
(PPSMI) didapati memperlahankan kefahaman murid dalam subjek Sains dan Matematik. PPSMI juga
menyebabkan murid sukar memahami konsep Sains. Apabila sukar, usaha menghabiskan silibus
menjadi perlahan dan bahasa semasa instruksi menjadi rojak. Secara kesimpulannya, dasar
MBMMBI terus kekal untuk memastikan Bahasa Malaysia akan menjadi bahasa pengantar di sekolah
serta Bahasa Inggeris diwajibkan dalam proses PdP iaitu proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk
cabaran masa hadapan hasil ledakan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas dalam era
globalisasi.

You might also like