Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SOALAN OBJEKTIF (KERTAS 1)

BAB 4 TINGKATAN 5
1. Apakah yang dimaksudkan dengan persekutuan?
A Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk Persekutuan
B Gabungan antara negeri yang berdaulat dan membentuk Persekutuan
C Gabungan empat buah negeri Melayu berdasarkan Perjanjian Persekutuan1895
D Penerusan tradisi sejarah

2. Yamtuan Besar Seri Menanti, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dilantik sebagai
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1898. Siapakah
Residen pertama bagi negeri tersebut?
A J.W.W. Birch
B J.P. Rodger
C Martin Lister
D J.G. Davidson

3. Pada tahun 1946, British telah menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu serta
Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan yang
dinamakan
A Kerajaan Pusat
B Malayan Union
C Negeri-negeri Selat
D Kesatuan Melayu Raya

4. Pada 16 September 1963, berdasarkan Perjanjian Malaysia, lahirlah sebuah


Persekutuan yang terdiri daripada
A 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
B 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei
C 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Indonesia
D 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura

5. Rajah berikut menerangkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan


Apakah X?

Hal ehwal luar negeri


Bidang kuasa Keselamatan dalam negeri
kerajaan persekutuan
X
A Hiburan awam
B Perhutanan
C Pelajaran
D Perancangan bandar
6. Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri adalah
I Undang-undang Islam
II Tanah
III Perubatan dan kesihatan
IV Hari kelepasan negeri
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

7. Mengapakah peruntukan tambahan diberikan dalam Senarai Negeri dan Senarai


Bersama bagi Sarawak dan Sabah?
A Mengawal kerakyatan
B Menentukan Hari Kelepasan Negeri
C Mentadbir mengikut perlembagaan
D Menyesuaikan kemasukan negeri dalam Persekutuan Malaysia

8. Kerajaan Tempatan merupakan perantara antara Kerajaan Negeri dengan rakyat dan
berperanan
A Memberikan bantuan kewangan
B Mengeratkan perpaduan kaum
C Memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat
D Meningkatkan taraf hidup rakyat

9. Pada tahun 1956, Kerajaan Persekutuan menubuhkan Federal Land Development


Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.
Apakah matlamat penubuhan FELDA?
A Menggalakkan pelaburan modal asing
B Mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri
C Menstabilkan harga mentah pasaran
D Merangsang penglibatan sektor swasta dalam bidang pertanian

10. Pembangunan Koridor Wilayah merupakan perancangan strategic jangka Panjang yang
memberikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang
A Kurang pesat
B Maju
C Membangun
D Bertaraf bandaraya

11. Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di
Semenanjung Malaysia antara tahun 1972 hingga 1978 dan dinamakan sebagai
A PERHILITAN C PERHUTANAN
B RISDA D FAMA
12. Berikut merupakan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam
pemuliharaan khazanah negara
I Pembangunan tanah
II Pengurusan taman negara
III Pengurusan taman laut
IV Pembangunan Wilayah
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

13. Bagi memulihara khazanah laut, Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan
dengan taman laut manakala Kerajaan Negeri berkuasa terhadap
A Pembersihan taman
B Pembangunan taman
C Pembangunan pulau
D Pembersihan pulau
14. Jadual berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri untuk kesejahteraan rakyat
Mengapakah kerjasama tersebut dilakukan?

Program Kerajaan Persekutuan Program Kerajaan Negeri


 Perbadanan Perumahan 1 Malaysia  Rumah Selangorku (Selangor)
 Rumah Mesra Rakyat  Rumah Mampu Milik Johor (Johor)
A Mengatasi masalah setinggan di bandar
B Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
C Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin
D Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman

15. Struktur organisasi berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas
di Sabah

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSCOM


Perdana Menteri Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSZONE
Ketua Menteri Sabah

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Komander ESSCOM

Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?


A Mewujudkan Majlis Keselamatan Negara
B Menghapuskan ancaman pengganas komunis
C Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah
D Meningkatkan kerjasama bagi menjamin keselamatan
16. Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sekiranya undang-undang Negeri
tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka
A Undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri
B Undang-undang Negeri mengatasi undang-undang Persekutuan
C Memilih undang-undang yang lebih sesuai untuk digunapakai
D Menggubal satu undang-undang baru

17. Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah dipengerusikan oleh Perdana
Menteri. Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan?
A Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan
B Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan
C Mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan
D Membentuk dasar kerajaan

18. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara untuk


menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Antaranya
ialah
A Majlis Keselamatan Negara
B Majlis Air Negara
C Majlis Kewangan Negara
D Majlis Perumahan Negara

19. Jawatan Setiausaha Persekutuan bagi Sarawak dan Sabah diwujudkan pada
tahun1963 yang bertujuan untuk
A Mengeratkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
B Mengukuhkan sistem persekutuan
C Menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
D Melaksanakan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan

20. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat
mewujudkan
A Penguasaan oleh Kerajaan Persekutuan
B Kerjasama untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang
C Kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan
D Kekuatan Kerajaan Negeri dalam bidang di bawah kuasanya
JAWAPAN
1.A
2.B
3.C
4.D
5.C
6.D
7.D
8.C
9.B
10.A
11.A
12.B
13.C
14.D
15.D
16.A
17.B
18.C
19.A
20.B
TINGKATAN 5
BAB 4
SOALAN ESEI

1. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk


memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat demi
kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

Gambar di bawah menunjukkan Tun Abdul Razak Hussien, Perdana Menteri


Malaysia Kedua, melawat Segitiga Jengka, di Pahang.

a) Apakah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri


dalam agenda pembangunan tanah
[4 markah]

b) Jelaskan usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyediakan


kemudahan perumahan kepada rakyat.
[8 markah]

c) Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kos sara hidup yang tinggi pada
masa kini menyebabkan ramai golongan muda tidak mampu untuk memiliki
rumah.
Sekiranya anda sebagai pemimpin, apakah langkah kerajaan untuk membantu
golongan muda memiliki rumah sendiri?
[8 markah]
SKEMA

a) F1 Pembukaan tanah baru


F2 Pembangunan In-situ
F3 Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
H1F3 Untuk mengurus rancangan pembangunan tanah baharu
H2F3 Menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri
F4 Menubuhkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan
(FELCRA)
H1F4 Menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah kerajaan negeri
yang
terbiar

b) F1 Menyediakan perumahan kos rendah


F2 Menyediakan tanah yang dijual pada harga yang rendah
F3 Membina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah
F4 Melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR)
H1F4 Membina perumahan awam di seluruh negara
F5 Menubuhkan agensi pembangunan negeri
H1F5 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
H2F5 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak
F6 Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)F7 Majlis Perumahan
Negara ditubuhkan pada 2014
H1F7 Merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik
F8 Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
F9 Rumah Mesra Rakyat
F10 Rumah Selangorku
F11 Rumah Mampu Milik Johor (Johor)

c)

Isi- Langkah kerajaan untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri
ialah memberi bantuan subsidi perumahan
Huraian- Hal ini dapat dapat dilaksanakan dengan memberi bantuan kepada
golongan berumur 40 tahun ke bawah.
Huraian- Oleh itu ia akan meningkatkan kadar mampu milik memiliki rumah.
Contoh- Contohnya, subsidi 20% bagi pembelian rumah yang pertama
Inferen- Kesimpulannya, pemberian subsidi dapat membantu mengurangkan
beban golongan muda untuk memiliki rumah sendiri

Isi- Langkah kerajaan untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri
ialah menyediakan skim simpanan perumahan
Huraian- Hal ini dapat dapat dilaksanakan dengan menggalakkan golongan
membuat simpanan untuk pembelian rumah sejak awal bekerja
Huraian- Oleh itu, rakyat akan mampu membeli rumah dalam tempoh yang telah
ditetapkan dalam skim berkenaan
Contoh- Contohnya, Skim Simpanan Perumahan di bawah Kementerian
Perumahan
Inferen- Kesimpulannya, skim simpanan perumahan membolehkan golongan
muda mempunyai kewangan yang kukuh untuk memiliki rumah sendiri

You might also like