Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

Unit Ekonomi KMKt


BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

SOALAN OBJEKTIF
1. Tindak balas perubahan kuantiti diminta terhadap sesuatu barang kesan daripada
perubahan harga barang itu sendiri merupakan definisi keanjalan permintaan
A harga. C lengkuk.
B silang. D pendapatan.

2. Keanjalan permintaan harga diperolehi dengan


A perubahan kuantiti diminta dibahagi perubahan dalam harga.
B perubahan dalam harga dibahagi perubahan dalam kuantiti.
C peratus perubahan harga dibahagi peratus perubahan kuantiti.
D peratus perubahan kuantiti diminta dibahagi peratus perubahan harga.

3. Keanjalan permintaan harga adalah tak anjal sempurna apabila barang tersebut
merupakan
A barang biasa. C barang mewah.
B barang mesti. D barang bawahan.

4. Jika keanjalan permintaan harga sesuatu barang adalah sifar, keluk permintaan barang
tersebut berbentuk
A landai. C menegak.
B curam. D mendatar

5. Di sepanjang keluk permintaan yang bercerun negatif, apabila tingkat harga meningkat,
maka
A keanjalan permintaan harganya kosong.
B keanjalan permintaan harganya infiniti.
C keanjalan permintaan harganya akan bertambah.
D keanjalan permintaan harganya akan berkurang

6. Keluk permintaan tak anjal mempunyai nilai keanjalan


A 1<Ed< ∞ C Ed = 1
B 0< Ed<1 D Ed = 0

7. Permintaan yang anjal berlaku apabila


A peratus perubahan kuantiti sama dengan peratus perubahan harga.
B peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada peratus perubahan harga.
C peratus perubahan harga lebih kecil daripada peratus perubahan kuantiti.
D peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti.
8. Di sepanjang keluk permintaan yang bercerun negatif, apabila tingkat harga jatuh maka
A nilai keanjalan permintaan tidak berubah.
B nilai keanjalan permintaan berkurang.
C nilai keanjalan permintaan bertambah.
D nilai keanjalan permintaan sifar.

9. Jika permintaan terhadap sesuatu barang tak anjal, ini bermakna


A satu peratus perubahan harga akan menyebabkan kuantiti yang diminta
kurang dari satu peratus.
B satu peratus kenaikan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta
melebihi satu peratus.
C satu peratus kenaikan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta
kurang daripada satu peratus.

Unit Ekonomi KMKt


BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

D satu peratus kenaikan harga akan menyebabkan pengurangan kuantiti diminta


kurang daripada satu peratus.

10. Nilai keanjalan lebih daripada satu bermaksud


A peratusan kejatuhan harga melebihi peratusan kejatuhan kuantiti diminta.
B peratusan kenaikan harga melebihi peratusan kenaikan kuantiti diminta.
C peratusan kenaikan harga melebihi peratusan penurunan kuantiti diminta.
D peratusan kenaikan harga kurang daripada peratusan kenaikan kuantiti
diminta.

11. Sekiranya permintaan sesuatu barang mempunyai nilai keanjalan sifar, ini bermakna
pengguna
A tetap membeli apabila harga naik.
B tetap membeli pada harga yang sama.
C tetap membeli pada kuantiti yang lebih kecil apabila harga naik.
D tetap membeli dengan kuantiti yang sama pada sebarang tingkat harga.

Soalan 12 hingga 15 berdasarkan rajah di bawah:

P
D C
A

E
B

Q
12. Keluk yang mana menunjukkan permintaan anjal satu?
A A C C
B B D D

13. Keluk yang manakah menunjukkan keanjalan permintaan adalah sifar?


A A C C
B B D D

14. Keluk permintaan yang manakah menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan akan
meningkat apabila harga meningkat?
A A
B B
C C
D D
15. Keluk yang mana menunjukkan sesuatu barang itu mempunyai pengganti sempurna?
A B
B C
C D
D E

Unit Ekonomi KMKt


BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

16. Keanjalan permintaan akan meningkat kerana dalam tempoh masa panjang,
A harga semua barang meningkat.
B pendapatan pengguna meningkat.
C keluk permintaan beralih ke kanan.
D pengguna berupaya mendapatkan barang pengganti.

17. Tindak balas perubahan kuantiti diminta terhadap sesuatu barang kesan daripada
perubahan harga barang lain merupakan definisi keanjalan permintaan
A harga. C lengkuk.
B silang. D pendapatan.

18. Sekiranya harga barang X meningkat, keluk permintaan barang Y akan beralih ke kiri.
Ini menunjukkan keanjalan permintaan silang antara barang X dan Y bernilai
A sifar. C negatif.
B positif. D infiniti

19. Sesuatu barang dapat dikelaskan sama ada barang tiada kaitan atau barang pengganti
melalui keanjalan
A penawaran.
B permintaan harga.
C permintaan silang.
D permintaan pendapatan.

20. Peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan permintaan


A barang biasa meningkat.
B barang mesti meningkat.
C barang mewah berkurangan.
D barang bawahan meningkat.

21. Pernyataan mana yang tidak tepat mengenai keanjalan permintaan pendapatan?
A Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang mesti adalah satu.
B Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang bawahan adalah negatif.
C Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang mewah adalah lebih dari
satu.
D Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang normal adalah positif dan
kurang dari satu.

22. Keanjalan permintaan pendapatan bagi barang bawahan adalah bernilai


A sifar. C negatif.
B positif. D infiniti.

23. Apakah jenis keanjalan yang dapat menentukan sama ada sesuatu barang itu barang
mewah atau barang mesti?
A Keanjalan penawaran.
B Keanjalan permintaan harga.
C Keanjalan permintaan silang.
D Keanjalan permintaan pendapatan.

24. Barang mesti mempunyai keanjalan permintaan pendapatan yang bernilai


A sifar.
B satu.
C di antara sifar dengan satu.
D lebih daripada satu.

Unit Ekonomi KMKt


BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

25. Keluk penawaran yang berbentuk garis lurus dan memotong paksi kuantiti adalah
A tidak anjal. C anjal sempurna.
B anjal satu. D tidak anjal sempurna

26. Penentu yang mempengaruhi keanjalan penawaran ialah


A struktur pasaran.
B jangka masa pengeluaran.
C jumlah barang pengganti hampir.
D barang mewah dan barang keperluan.

27. Penawaran sesuatu barang dikatakan anjal jika


A peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti
ditawar.
B peratus perubahan harga lebih kecil daripada peratus perubahan kuantiti
ditawar.
C peratus perubahan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti ditawar.
D kuantiti ditawar tidak berubah apabila berlaku perubahan dalam harga.

SOALAN KUANTITATIF

1. (a) Jadual berikut menunjukkan harga barang X, permintaan barang X, Y dan Z.

Harga X (RM) Permintaan X Permintaan Y Permintaan Z


10 60 15 40
18 40 25 20
25 20 30 10
32 10 35 5

i. Hitung keanjalan permintaan harga barang X jika harga turun dari RM18 ke RM10.
[2 markah]
ii. Hitung keanjalan permintaan silang bagi barang Y dan barang Z jika harga barang
X meningkat dari RM18 ke RM25. [4 markah]
iii. Berdasarkan jawapan soalan (b), tentukan hubungan antara barang X dengan Y
dan barang X dengan Z. [2 markah]
iv. Hitung perubahan jumlah hasil apabila kuantiti meningkat dari 40 unit ke 60 unit.
[2 markah]
(b) Jadual di bawah menunjukkan tingkat pendapatan dan kuantiti diminta bagi barang R
dan S.

Pendapatan Kuantiti Di minta


(RM) Barang R Barang S
1000 40 50
3000 80 20
4500 90 15

i. Hitung keanjalan permintaan pendapatan bagi barang R dan S apabila pendapatan


meningkat daripada RM1,000 kepada RM3,000. [4 markah]

ii. Nyatakan jenis barang R dan S [1 markah]

Unit Ekonomi KMKt


BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

2. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dan kuantiti diminta bagi
cakera padat.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


0.00 50
5.00 40
10.00 30
12.50 25
15.00 20
20.00 10
25.00 0

a) Kirakan jumlah hasil bagi setiap tingkat harga. [2 markah]

b) Kirakan nilai keanjalan permintaan harga bagi setiap kuantiti dalam jadual di atas.
[4 markah]

c) Berdasarkan jawapan (b) dengan berbantukan rajah, tunjukkan nilai keanjalan


permintaan pada setiap tingkat harga di sepanjang keluk permintaan. [2 markah]

d) Jelaskan kesan kenaikan harga terhadap jumlah hasil sekiranya permintaan adalah
tidak anjal. [2 markah]

3. Diberi fungsi permintaan barang X seperti berikut:


Qdx = 600 – 3Px + 4Py – 0.2Y
Di mana;
Qdx ialah kuantiti barang X
Px ialah harga barang X
Py ialah harga barang Y
Y ialah pendapatan

a) Pada mulanya Px ialah RM6.00, Py ialah RM10 dan Y ialah RM1000. Hitung
keanjalan permintaan harga bagi barang X apabila harganya meningkat dari RM6
kepada RM10. [2 markah]

b) Pada mulanya Px ialah RM6.00, Py ialah RM10 dan Y ialah RM1000. Hitung
keanjalan permintaan silang apabila harga Y jatuh sebanyak RM2. [2 markah]

c) Apakah hubungan antara barang X dengan barang Y? Nyatakan alasan anda.


[2 markah]

d) Pada mulanya Px ialah RM6.00, Py ialah RM10 dan Y ialah RM1000. Hitung
keanjalan permintaan pendapatan jika Y menurun kepada RM800. [2 markah]

e) Berdasarkan nilai keanjalan (d), apakah jenis barang X? Mengapa? [2 markah]

Unit Ekonomi KMKt


BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

4. Persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut:

Qs = 10P – 30
di mana;
Qs = Kuantiti ditawarkan (unit)
P = Harga barang (RM)

Berdasarkan maklumat di atas,

a) Berdasarkan fungsi penawaran, bina jadual pada tingkat harga RM10, RM20,
RM30, RM40 dan RM50. [2 markah]

b) Jika harga naik RM40 ke RM50, hitung keanjalan penawaran barang tersebut.
Tafsirkan nilai keanjalan. [3 markah]

c) Jika kuantiti ditawar meningkat sebanyak 10 unit pada setiap tingkat harga,
hitung:
i. keanjalan penawaran apabila harga naik dari RM20 ke RM30. Tafsirkan
jawapan tersebut. [3 markah]

ii. bandingkan keanjalan penawaran sebelum dan selepas peningkatan


kuantiti ditawarkan. [2 markah]

SOALAN ESEI

1. Berbantukan rajah, terangkan nilai keanjalan permintaan harga sepanjang keluk


permintaan bergaris lurus yang bercerun negatif. [10 markah]

2. Berbantukan rajah,terangkan kesan pengurangan harga terhadap jumlah hasil (TR)


jika keanjalan permintaan harga adalah anjal, anjal satu dan tidak anjal dengan
menggunakan keluk permintaan yang sama. [10 markah]

3. Tabiat penggunaan terhadap sesuatu barang mempengaruhi keanjalan permintaan


harga. Terangkan faktor lain selain tabiat penggunaan yang mempengaruhi keanjalan
permintaan harga. [10 markah]

4. Berdasarkan contoh, huraikan bagaimana perubahan dalam harga barang lain


mempengaruhi hubungan dan implikasi antara barang berdasarkan nilai keanjalan
permintaan. [10 markah]

5. Jelaskan hubungan tingkat pendapatan dengan kuantiti permintaan bagi pelbagai


barang berdasarkan nilai keanjalan untuk menentukan jenis barang berdasarkan
contoh. [10 markah]

Unit Ekonomi KMKt

You might also like