Tugasan Individu-Fasa Perundingan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

JANUARI 2021/2022 (JJ211)

SCCG3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN


TUGASAN 1

No. Matrik Nama No. Telefon

258625 Mohd Firdaus Bin Mohd Said 013-4335530

Tajuk : Tugasan individu

Tarikh Penghantaran: 19/03/2021

Nama Pensyarah: Mohamad Noor Salehhuddin Sharipudin

Administrative

Marks: Remarks:

TEORI DAN FASA DALAM PROSES PERUNDINGAN

Perundingan amat penting untuk membantu menyelesaikan sesuatu permasalahan yang


timbul bagi memastikan tahap kepuasan yang tinggi kepada semua pihak. Menurut Che Su
Mustaffa (2005), gaya tolak ansur merupakan pilihan yang terbaik dalam perundingan.
Dalam erti kata yang lain, perundingan memainkan peranan yang sangat penting untuk
menyelesaikan sesuatu konflik yang timbul di antara dua pihak yang berusaha untuk
mendapatkan kata putus dalam sesuatu perbincangan. Tidak dapat dinafikan dalam
mendapatkan kata sepakat dalam sesuatu perundingan menimbulkan konflik seperti
perbezaan pendapat dan matlamat.

Terdapat tiga fasa proses perundingan yang terlibat iaitu fasa yang pertama ialah
melibatkan pertukaran maklumat (Exchanging information) di antara pihak yang berunding.
Fasa ini akan menekankan tentang perolehan maklumat penting berkaitan dengan isu-isu
yang ingin diatasi melalui komunikasi dua hala yang berkesan. Pihak yang sedang berunding
akan menyatakan dengan lebih terperinci matlamat dan keinginan mereka dan membiarkan
perkongsian maklumat berjalan dengan lancar. Melalui fasa ini, pertukaran maklumat yang
melibatkan objektif rundingan dan hala tuju dapat membantu pihak yang sedang berunding.
Semakin banyak maklumat yang dikongsi akan memudahkan kefahaman pihak yang sedang
berunding seterusnya dapat mengenal pasti dengan mudah tujuan dan matlamat rundingan.
Fasa ini juga menitikberatkan tentang sikap kepercayaan yang tinggi, kejujuran, kecekapan
dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Terdapat beberapa kemahiran dapat
ditekankan dalam fasa pertukaran maklumat iaitu luahkan permintaan dengan penuh
kejujuran setiap maklumat yang ingin diingini dan terangkan dengan lebih terperinci
kehendak untuk meyakinkan pihak yang dirunding. Dapat saya berikan di sini contoh teori
yang sesuai dalam fasa pertukaran maklumat dalam proses perundingan iaitu teori
komunikasi kolaboratif (Collaborative theory of communication). Menurut Rozita Che Omar
(2017), teori komunikasi kolaboratif (Collaborative theory of communication) ialah teori
yang menjelaskan penggunaan pertuturan dan pemahaman dalam perbualan, khususnuya
bagaimana pertuturan dalam perbualan diselaraskan bagi merujuk kepada sesuatu makna.
Teori ini diperkenalkan oleh ahli psikolinguitik bernama Herb Clark dan Deanna Wilkes-
Gribb pada tahun 1986 dan teori ini menjelaskan peserta perbualan perlu bekerjasama untuk
mencapai pemahaman bersama di mana penutur mestilah menjelaskan maksud mereka agar
memudahkan proses komunikasi.

Fasa yang seterusnya adalah fasa yang sangat penting dalam proses perundingan iaitu
fasa tawar-menawar (Bargaining). Fasa ini sangat penting untuk menjelaskan dengan
terperinci tentang maksud sebenar rundingan yang dijalankan. Tahap ini mestilah digunakan
dengan sebaik mungkin untuk berkompromi dengan apa yang ingin dihajati di antara pihak
yang berunding. Kreativiti dan kompromi merupakan kemahiran yang penting dalam fasa ini
kerana tidak semua perkara yang diinginkan akan diperolehi. Bagi mendapatkan sesuatu
persetujuan, kompromi mestilah ditekankan dalam rundingan supaya situasi ‘win win
situasion’ dapat dilaksanakan. Melalui kemahiran kompromi, pasti akan menimbulkan
kemahiran berfikir secara kreatif bagi mendapatkan kata sepakat. Dapat saya berikan contoh
di sini teori yang digunakan dalam fasa tawar-menawar ialah teori tawar-menawar
(Bargaining Theory). Menurut Saputra (2014), tawar-menawar memerlukan komunikasi
sebagai pembuka jalan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Teori tawar-menawar
digunakan dalam sesuatu perjanjian untuk mendapatkan kesepakatan dan penerimaan yang
berkesan. Terdapat dua unsur yang utama dalam teori ini iaitu penawaran dan penerimaan
daripada pihak yang berunding. Dengan kata lain, titik pertemuan di antara penawaran dan
penerimaan akan menciptakan kesepakatan yang menjadi tulang belakang dan dasar
perjanjian di antara pihak yang berunding. Suka saya jelaskan di sini, teori ini merupakan
teori yang tepat untuk digunakan dalam fasa ini kerana tolak ansur dan hormat menghormati
dalam proses komunikasi amatlah penting. Tidak dapat dinafikan tidak semua perkara yang
diinginkan dalam proses rundingan akan diperolehi dan ia bergantung kepada kemahiran dan
kebijaksanaan untuk menyatakan objektif yang jelas. Di samping itu, penggunaan teori tawar-
menawar dengan penuh berkhemah akan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya dalam
rundingan, malah ia pasti dapat meyakinkan dan memujuk pihak yang terlibat dengan
rundingan.

Fasa yang terakhir dalam proses perundingan ialah penutup (closing) iaitu fasa
penting untuk mendapatkan kata sepakat dan membentuk perjanjian yang mutlak. Fasa ini
memerlukan kerja keras yang lebih efisien bagi memastikan rundingan yang berlaku dapat
mencapai kejayaan. Untuk memastikan fasa ini berjalan dengan lancar, pihak yang berunding
mestilah ‘review’ perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam fasa pertukaran maklumat
dan fasa tawar-menawar. Pihak yang berunding mestilah membuat ringkasan tentang perkara
yang dirunding bagi memudahkan kata sepakat dalam proses rundingan. Dapat saya
cadangkan di sini untuk memastikan fasa ini lebih berkesan, pihak yang berunding mestilah
menggunakan teknik (closing and convinced) yang terbaik bagi mencapai kesepakatan. Pada
pandangan saya, teori penawaran dan penerimaan (Offer and Acceptance theory) adalah teori
yang bersesuain untuk menghuraikan pemahaman saya terhadap fasa yang terkhir dalam
proses perundingan ini. Menurut R Juli Moertiono SH (2019), teori penawaran dan
penerimaan (offer and acceptance) dapat ditakrifkan sebagai teori yang mempunyai
kesepakatan apabila penawaran (offer) dari salah satu pihak dan diikuti dengan penerimaan
tawaran (acceptance) oleh pihak lain dalam perjanjian tersebut. Keunggulan teori penawaran
dan penerimaan ialah perjanjian atau kata sepakat diperolehi dalam proses perundingan dapat
ditentukan seterusnya memberikan kejayaan kepada pihak yang berunding. Teori ini juga
membuktikan bahawa konflik yang timbul dalam proses perundingan dapat diatasi dengan
lebih berkesan seterusnya menimbulkan kepercayaan dan kerjasama yang lebih proaktif.

KAJIAN KES

Perundingan merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan kesepakatan yang
boleh diterima oleh pihak yang berunding. Menurut Che Su Mustaffa (2005), konflik antara
individu, kumpulan mahupun organisasi akan mencetuskan proses perundingan. Tujuan
utama perundingan adalah untuk mencari formula terbaik dalam proses membuat keputusan
bersama untuk mengatasi sesuatu konflik. Proses perundingan mempunyai 3 fasa penting
bagi melengkapkan proses perundingan itu sendiri. Dapat saya berikan di sini satu contoh
kajian kes melibatkan proses perundingan di antara organisasi Etiqa Takaful Malaysia dan
Kesatuan Pekerja Etiqa Takaful Malaysia. Pihak Kesatuan Pekerja Etiqa Takaful Malaysia
telah mengemukan satu permohonan berkaitan dengan penyediaan taman asuhan kanak-
kanak (TASKA) di tempat kerja kerana mendapati terdapat beberapa isu penting yang perlu
diatasi seperti wanita yang bekerjaya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak-anak
mereka. Menurut Fatin Hafizah Mohd Shahar (2017), isu penyediaan TASKA di tempat kerja
sering kali diperdebatkan namun ianya masih kurang mendapat perhatian sedangkan ada
sebilangan sektor awam dan sektor swasta berjaya merialisasikanya. Penulisan ini akan
tertumpu kepada perincian perundingan berkaitan dengan fasa-fasa yang terlibat dalam proses
perundingan seperti pertukaran maklumat (Exchanging information), proses tawar-menawar
(Bargaining) dan fasa penutup (Closing) bagi mendapatkan kata sepakat ‘win win situation’.

Dalam fasa pertukaran maklumat (Exchanging information) di dalam rundingan ini,


pihak Kesatuan Sekerja Etiqa Takaful Malaysia dan pihak majikan telah mengumpul
maklumat dan bertukar pandangan tentang penyediaan TASKA di tempat mereka bertugas
demi meningkatkan kelestarian organsisasi dan prestasi pekerja. Dalam fasa ini pihak
Kesatuan Sekerja Etiqa Takaful Malaysia mencadangkan kepada pihak majikan untuk
menyediakan TASKA bagi memudahkan urusan penjagaan anak-anak pekerja. Pihak majikan
telah mengambil perhatian tentang perkara ini dan melanjutkan rundingan demi memastikan
isu yang timbul dapat diatasi dengan penuh berkhemah. Seterusnya pihak Kesatuan Sekerja
Etiqa Takaful Malaysia dan pihak majikan telah menggariskan beberapa objektif yang perlu
diambil perhatian seperti mengenalpasti matlamat dan objektif penubuhan TASKA,
mengenalpasti piawaian-piawaian perancangan TASKA dan mengkaji perananya dalam
menyelesaikan masalah ibu-ibu bekerja.

Dalam fasa tawar-menawar (Bargaining), pihak majikan telah menyatakan


penyediaan TASKA di tempat kerja akan meningkatkan prestasi ibu-bapa untuk bekerja
dengan lebih komited dan proaktif kerana ibu-bapa mendapati anak-anak mereka dijaga dan
diawasi dengan baik. Dengan kata lain, situasi ini akan meningkatkan produktiviti serta
menyumbang ke arah penghasilan mutu kerja yang lebih berkualiti. Pihak majikan juga
mendapati TASKA di tempat kerja akan meningkatkan reputasi mereka dan mewujudkan
prestasi yang baik terhadap organisasi itu sendiri. Dalam fasa ini juga pihak majikan akan
menyediakan guru-guru yang terlatih untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka
sepanjang tempoh waktu pejabat. Selain itu, pihak majikan memaklumkan kepada pekerja
yang ingin menghantar anak-anak mereka mestilah membayar yuran TASKA bagi
menampung kos yang telah ditanggung seperti penyediaan kemudahan, gaji guru dan alat
bantuan mengajar. Manakala pihak Kesatuan Pekerja Etiqa Takaful Malaysia mendapati
terdapat kesimbangan di antara kerja dan kehidupan berkeluarga kerana si ibu lebih yakin
untuk menyediakan nutrisi yang optimal kepada anak-anak mereka memandangkan si ibu
boleh menyusukan anak-anak meraka secara eksklusif di TASKA berhampiran dengan
tempat kerja. Penyediaan TASKA ini juga mewujudkan hubungan yang lebih rapat di antara
anak dan ibu-bapa kerana ibu-bapa dapat melawat dan menziarahi anak-anak mereka pada
waktu rehat.

Fasa yang terakhir iaitu fasa penutup (closing) dalam rundingan ini membuktikan
win-win situation di antara Kesatuan Sekerja Etiqa Takaful Malaysia dan pihak majikan di
mana TASKA akan dibina dan pihak ibu-bapa akan membayar yuran yang akan ditetapkan
oleh pihak majikan. Proses perundingan ini membuktikan kata sepakat telah diperolehi dan
tidak memperlihatkan situasi kalah menang kerana proses perundingan ini membuktikan
pihak majikan amat mementingkan kebajikan pekerja.

RUJUKAN
Che Su Mustaffa. (2005). PEMILIHAN STRATEGI DALAM KOMUNIKASI
PERUNDINGAN.

Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2017). TASKAN di pejabat bantu wanita fokus kerja. Kuala
Lumpur.

R Juli Moertiono SH. (2019). PERJANJIAN KERJASAMA DALAM BIDANG


PENGKARYAAN DAN JASA TENAGA KERJA ANTARA PT. SINAR JAYA
PURA ABADI DAN PT. ASIANFAST MARINE INDUSTRIES. JURNAL HUKUM
KAIDAH.

Rozita Che Omar. (2017). Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Rutin Perundingan
Makna. Journal of Language Studies.

Saputra, S. D. (2014). “KOMUNIKASI TAWAR-MENAWAR DALAM


PERDAGANGAN”. Jurusan Ilmu Komunikasi Universitas Sebelas Maret Surakarta

You might also like