Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cara berhemat dalam perbelanjaan

Kini, jumlah kes muflis semakin serius dan perlu dibanteras


dengan segara. Oleh itu, kita haruslah berhemat dalam berbelanja.
Antara cara berhemat dalam berbelanja termasuklah membuka
akaun simpanan. Kita boleh memasukkan wang saku ke dalam akaun
simpanan walaupun sedikit kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukit. Cara seterusnya ialah membuat bajet perbelanjaan sebelum
kehabisan. Selain dapat membuat simpanan untuk kegunaan pada
masa akan datang juga dapat mendisiplinkan diri. Akhirnya, periksa
dan merekodkan setiap pembelian. Hal ini membolehkan kita
mengawal wang dengan lebih mudah dan efisien. Kesimpulannya,
kita mestilah mempunyai sikap tidak memboros dalam sebarang
perbelanjaan. Ingat sebelum kena, hemat sebelum habis!
(98 patah perkataan)
Peranan negara jiran dalam bencana alam
Bencana alam merupakan tragedi di luar kawalan manusia yang
boleh menyebabkan kehilangan beribu-ribu nyawa serta
kemusnahan harta benda. Apakah peranan yang boleh dimainkan
oleh negara jiran? Pertama sekali, negara jiran boleh menggunakan
helikopter menghantar bekalan makanan yang mudah disimpan.
Sebagai contohnya, biskut, mi segera, roti dan minuman air. Selain
itu, negara jiran bolehlah mendermakan wang. Wang tersebut boleh
digunakan untuk membaiki pelbagai kemudahan asas dan bangunan
yang rosak. Seterusnya, negara jiran boleh menghantar pasukan
perubatan sukarela. Dengan ini, mangsa bencana alam dapat diubati
secepat mungkin. Kesimpulannya, kita haruslah bagai aur dengan
tebing kerana malang tidak berbau.
(96 pp)

You might also like