Kini, jumlah kes muflis semakin serius dan perlu dibanteras
dengan segara. Oleh itu, kita haruslah berhemat dalam berbelanja. Antara cara berhemat dalam berbelanja termasuklah membuka akaun simpanan. Kita boleh memasukkan wang saku ke dalam akaun simpanan walaupun sedikit kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Cara seterusnya ialah membuat bajet perbelanjaan sebelum kehabisan. Selain dapat membuat simpanan untuk kegunaan pada masa akan datang juga dapat mendisiplinkan diri. Akhirnya, periksa dan merekodkan setiap pembelian. Hal ini membolehkan kita mengawal wang dengan lebih mudah dan efisien. Kesimpulannya, kita mestilah mempunyai sikap tidak memboros dalam sebarang perbelanjaan. Ingat sebelum kena, hemat sebelum habis! (98 patah perkataan) Peranan negara jiran dalam bencana alam Bencana alam merupakan tragedi di luar kawalan manusia yang boleh menyebabkan kehilangan beribu-ribu nyawa serta kemusnahan harta benda. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh negara jiran? Pertama sekali, negara jiran boleh menggunakan helikopter menghantar bekalan makanan yang mudah disimpan. Sebagai contohnya, biskut, mi segera, roti dan minuman air. Selain itu, negara jiran bolehlah mendermakan wang. Wang tersebut boleh digunakan untuk membaiki pelbagai kemudahan asas dan bangunan yang rosak. Seterusnya, negara jiran boleh menghantar pasukan perubatan sukarela. Dengan ini, mangsa bencana alam dapat diubati secepat mungkin. Kesimpulannya, kita haruslah bagai aur dengan tebing kerana malang tidak berbau. (96 pp)