Sejarah k1 2009 SPM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Modul Sejarah kertas 1

1. Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan Bandar yang
bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?

A. Kebebasan beragaama
B. Kesejahteraan hidup
C. Kemajun ekonomi
D. Ketinggian moral

2. Perkembangan yang pesat dalam peraancangan bandar berlaku pada sekitar tahun
2000 S.M. dalam Tamadun Indus.
Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?

A. Kemahiran ilmu geometri


B. Kejayaan kegiatan penerokaan
C. Keluasan kawasan pemerintahan
D. Kegiatan keagamaan

3. Gaambar 1 menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar China.


Gambar Tembok Besar China

Mengapakah tembok tersebut dibina?

A. Menandakan sempadan negeri


B. Menjamin keselamatan wilayah
C. Menjadi banteng penghalang banjir
D. Melambangkan keagungan kerajaan

4. Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?


• Sukan
• Seni berpidata
• Kesusasteraan

A. Menanam sikap keberanian


B. Melatih pemimpin berwibawa
C. Melatih individu seimbang
D. Mengukuhkan semangat patriotism

5. Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh keraajaaan awal di Asia Tenggara?


• Konsep dewa-raja
• Konsep orde-kosmos
A. Mempelbagaikan istiadat istana
B. Mengekalkan pentaadbiran yang adil
C. Menggambarkaan upacara keagamaan
D. Mengukuhkan kedudukan pemerintah

6. Pada zaman pemerintahan Raaja Indravarmaan I, kerajaan Angkor Berjaya


menghasilkan beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat. Apakah
faktor kejayaan tersebut?

A. Pembinaan baray
B. Kemasukan buruh luar
C. Penerokaan tanaah baru
D. Pengenalan kaedah penggiliran tanaman

7. Peperangan al-Basus bberlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani
Taghlib semasa Zaman Jahiliah di Tanah Arab.
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

A. Perebutan harta rampasan perang


B. Pembunuhan anggota kabilah
C. Perselisihan tentang hak perniagaan
D. Pencerobohan kawasan petempatan

8. Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat
awal di Makkah.

Al-Arqam bin Abu Arqam

Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam?

A. Membantu mengumpulkan ayal al-Quran


B. Mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah
C. Mewakafkan rumh sebagai pusat kegiatan dakwah
D. Merisik maklumat penetangan daripada musyrikin Quraisy

9. Selepas dua tahun perjanjian Hudaaibiah dimeterai, orang Quraisy Makkah


mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan
Bani Khuza’ah.
Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?

A. Penyebaran Islam tergendala


B. Pembukaan semula kota Makkah
C. Penduduk Madinah semakin terancam
D. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang

10. Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam.
Antara yang berikut , yang manakah berkaitan dengan mereka?

A. Diwajibkan menyertai kerahan tenaga


B. Dikenakan bayaran cukai tambahan
C. Dilantik mengetuai pentadbiran wilayah
D. Dipertanggungjawabkkan membina terusan

11. Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan sistem pertahanan
Negara Islam Madinah?

A. Membina markas tentera


B. Mewujudkan pasukan tentera tetap
C. Menubuhkan angkatan tentera laut
D. Melantik panglima tentera sebagai gabenor

12. Apaakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih
kekal hingga ke hhari ini?

A. Seni teater
B. Seni arca
C. Seni bina
D. Seni tari

13. Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di
Asia Tenggara.

Tokoh Negeri
Bendaahara Tun Perak Melaka

Bagaimanakah beliau melaksanakannya?

A. Menyertai para ulama


B. Menjalankan perluasan kuasa
C. Menghasikan kitab ilmu tasawuf
D. Mengislamkan golongan pemerintah

14. Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara.

Abaikan soalan ini

Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut?

A. Menerusi kegiatan perluasan kuasa


B. Melalui pertukaran kebudayaan
C. Melalui kegiatan perdagangan
D. Menerusi kegiatan kesusasteraan

15. Undang-undang berikut dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum kedatangan


penjajah Barat.
• Hukum Kanun Melaka
• Undang-undang Perak
• Undang-undang Pahang

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

A. Menentukan corak pemerintahan kerajaan


B. Menyekat perluasan pengaruh kerajaan luar
C. Menetapkan sempadan antara negeri
D. Mengehadkan bidanh kuasa raja

16. Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

A. Menetapkan kadar cukai


B. Menguruskan harta kerajaan
C. Mengendalikan adat istidat istana
D. Menentukan bidang tugas pembesar

17. Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun
1494.
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap kedua-dua buah Negara?

A. Pengukuhan institusi gereja


B. Wujud kerjasama ketenteraan
C. Perkongsian pelabuhan di timur
D. Pembahagian kawasan penjelajahan
18. Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada abad ke-15?

• Mexico
• Peru
A. Tamadun tempatan tergugat
B. Pemerintahan tempatan dikekalkan
C. Taraf hidup masyarakat meningkat
D. Perdagangan antaarabangsa berkembang

19. Jadual 1 menunjukkan nilai eksport ggetah Tanah Melayu antara tahun 1930-1932.

Tahun Nilai(Paun Sterling)


1930 28208000
1931 13806000
1932 9077000

Mengapakah nilai eksport getah Tanah Melayu merosot dalam tempoh tersebut?

A. Kekurangan buruh mahir


B. Kekurangan sumber modal
C. Penumpuan kepada perlombongan
D. Pergantungan kepada pasaran dunia

20. Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu merosot dalam tempoh tersebut?

A. Memperkenalkan sistem perladangan


B. Mengekalkan hak milik
C. Mempelbagaikan jenis tanaman
D. Meneruskan ekonomi tradisional

21. Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand
pada aabad ke-19.

Tokoh Perubahan yang dibuat

Raja Mongkut Melantik 80 orang penasihat British

Raja Chulalongkorn Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah

Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?

A. Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja


B. Memantapkan pentadbiran kerajaan
C. Memelihara kedaulatan negara
D. Memenuhi tuntutan rakyat

22. Pertubuhan Muhammadiyaah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan


nasiolisme tahap pertama di Indonesia.

Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?

A. Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan


B. Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
C. Memperjuangkan kemajuan ekonomi
D. Menghindari ancaman sekularisme

23. Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said
pada kurun ke-19. A: Tok, British minta cukai.

B: Berapa banyak?

A: Satu persepuluh daripada hasil kita.

B: Jangan bayar walau sedikit pun.

Apakah tindakan British setelaah arahannya diingkari?

A. Menduduki Naning
B. Membunuh Dol Said
C. Merampas hasil penduduk
D. Memulau wilayah Naning

24. Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

A. Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan


B. Pembentukan negara yang merdeka
C. Penubuhan syarikat kerjasama
D. Pemeliharaan tradisi bangsa

25. Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan
pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?


A. Menghargai warisan bangsa
B. Memperjuangkan hak wanita
C. Memajukan bidang kesusasteraan
D. Mengekalkan nilai murni masyarakat

26. Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.

Alam beraja
Luak berpenghulu

Suku berlembaga

Anak buah berbuapak

Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?

A. Teokrasi
B. Demokrasi
C. Autokrasi
D. Birokrasi

27. Tokoh berikut mengamalkan konsep Realpolitik serta politik darah dan besi semasa
memerintah Jerman pada abad ke-19.

Otto Bismak

Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?

A. Menyatukan negara
B. Melicinkan pentadbiran
C. Menghapuskan sistem beraja
D. Menggubal perlembagaan moden

28. Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem
pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
A. Pelaksanaan sistem penasihat
B. Penubuhan Majlis Raja-Raja
C. Penyelarasan sistem pewarisan takhta
D. Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

29. Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada
tahun 1946?

A. Menyekat pengaruh dan campur tangan luar


B. Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
C. Mengurangkan kemasukan orang dagang
D. Menghapuskan negara dan bangsa Melayu

30. Jadual 3 menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Parti Bilangan kerusi yang


dimenangi
Perikatan 51
PAS 1

Apakah manifesto Perti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut?

A. Peningkatan taraf kesihatan penduduk


B. Pengekalan sistem pentadbiran Barat
C. Peluang pekerjaan kepada rakyat
D. Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu

31. Gambar 2 menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir, Melaka
pada 20 Februari 1956.

Tunku Abdul Rahman


Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu

A. Pengisytiharaan tarikh kemerdekaan


B. Kunjungan pemimpin negara
C. Kempen pilihan raya umum
D. Pembentukan Persekutuan Malaysia

32. Jawatankuasa berikut ditubuhkan pada bulan Julai 1961.

Jawatankuasa Pengerusi
Jawatankuasa Perundingan Donald Stephens
Perpaduan Kaum

Apakah peranan jawatankuasa tersebut?

A. Merangka perlembagaan negara


B. Menetapkan tarikh pilihan raya umum
C. Menjelaskan tentang Gagasan Malaysia
D. Merintis kerjasama pelbagai parti politik
33. Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?

A. Menentukan agama rasmi negara


B. Mengawal hal ehwal imigresen
C. Menentukan dasar luar negeri
D. Mengawal sumber kewangan negeri

34. Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Mengapakah
perlembagaan tersebut dipinda?

A. Perubahan ekonomi semasa


B. Mengelak tekanan pihak luar
C. Memastikan kelancaran pentadbiran
D. Mematuhi perintah Majlis Raja-Raja

35. Apakah perkara yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diisytiharkan pada 26
Ogos 1963?
I. Hak Sabah mengawal perkhidmatan awam
II. Hal ehwal luar negeri tanggungjawab negeri
III. Pertahanan di bawah kawalan kerajaan negeri
IV. Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

36. Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari telah melancarkan Pemberontakan
Brunei untuk menentang Gagasan Malaysia.

Mengapakah pemberontakan tersebut dilancarkan?

A. Menjaga hak peribumi


B. Tekanan penjajah British
C. Mengawal sumber ekonomi
D. Berhasrat menubuhkan Persekutuan Borneo

37. Rajah 1 menerangkan langkah kerajaan untuk memajukan ekonomi negara.


LembagaPembangunan Industri desa
(RIDA) digantikan dengan Majlis
Amanah Rakyat (MARA)
1 Mac 1966

Bank Bumiputera ditubuhkan

Apakah kesan langkah tersebut?

A. Pembukaan tanah pertanian secara besar-besaran


B. Perkembangan pesat kemudahan asas
C. Peningkatan produktiviti sektor perkilangan
D. Penglibatan bumiputera dalam sektor perusahaan

38. MAPHILINDO Yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang
dianggotai oleh Malaysia, Filipina, dan Indonesia.
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?

I. Meningkatkan hubungan persahabatan


II. Menyelesaikan pertelingkahan
III. Menggalakkan kerjasama pendidikan
IV. Mewujudkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
A. Idan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

39. Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. Apakah
tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?

A. Menamatkan perlindungan politik


B. Menghalang hubungan perdagangan
C. Memutuskan hubungan diplomatik
D. Menyekat bantuan kemanusiaan

40. Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?

A. Memupuk keamanan dunia


B. Mengeratkan hubungan perdagangan
C. Menggalakkan kerjasama pendidikan
D. Meningkatkan kerjasama kebudayaan

You might also like