Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan pengetua Cg

Mohd Latif bin Sadli, yang dihormati GPK Akademik Ustazah Maisharah Mat Alim,
GPK HEM Cg Mahadi bin Bassin, GPK Koko Cg Zamri Bin Tujan, guru-guru dan para
pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt & selamat pagi saya ucapkan.

Selaku pengurus pasukan olahraga SAMBBST, saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana diberi peluang untuk memberi sedikit laporan berkenaan dengan Kejohanan
Olahraga MSSD yang telah berlangsung pada 29 hingga 31 Mac minggu lepas di
Stadium BBST.

Untuk makluman para hadirin, SAMBBST telah menghantar seramai 40 orang atlet
untuk menyertai pelbagai acara bagi kategori bawah 14, bawah 15 & bawah 18
tahun. Dalam Olahraga MSSD yang baru berlalu, SAMBBST telah Berjaya merangkul 3
pingat perak & 1 pingat gangsa.

Hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Olahraga
MSSD tahun ini, majlis dengan segala hormat menjemput Cg. Mohd Latif Bin Sadli,
Pengetua SAMBBST dengan diiringi oleh Cg Zamri bin Tujan, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SAMBBST untuk menyampaikan hadiah & sijil.

Page 1 of 3
Kini diumumkan nama-nama pemenang.

 Pingat perak yang pertama telah disumbangkan oleh pasukan 4 x 400 meter lelaki
bawah 18 tahun yang terdiri daripada (Rujuk Meja Data)

 Pingat perak yang kedua telah disumbangkan oleh pasukan 4 x 100 meter lelaki
bawah 15 tahun yang terdiri daripada (Rujuk Meja Data)

 Pingat perak yang ketiga & juga pingat gangsa telah disumbangkan oleh seorang
atlet puteri bawah 14 tahun. Beliau adalah...Adik Nurhayati Rahim telah
mendapat pingat perak untuk acara 200 m perempuan bawah 14 tahun & pingat
gangsa untuk acara 100 m perempuan bawah 14 tahun.

Terima kasih diucapkan kepada Cg. Latif dan Cg. Zamri atas kesudian menyampaikan
hadiah.

Hadirin sekalian,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak sekolah yang sentiasa memberi sokongan moral & bantuan kewangan
bagi membolehkan unit olahraga melaksanakan aktiviti-aktiviti latihan sebelum
kejohanan MSSD bermula. Unit olahraga juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada Cg Muhammad Firdaus, Cg Baihaki, Cg Hashim & Ustaz Aimi kerana sudi
membantu dalam memberi latihan kepada para atlet sebagai persediaan untuk
menghadapi kejohanan MSSD kali ini. Jasa kalian amatlah dihargai.

Bagi atlet yang kurang berjaya, jgn berputus atas, kita akan berusaha lebih lagi untuk
MSSD 2012.

Page 2 of 3
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Page 3 of 3

You might also like