Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bismillahirahmanirahim

Yang Berbahagia [Nama]


Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah [Nama Daerah]

Yang Berusaha [Nama]


Guru Besar [Nama Sekolah]

Yang Berbahagia [Nama]


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah [Nama Sekolah]

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan


Sekolah [Nama Sekolah]
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah [Nama


Sekolah]

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan
Sambutan Hari Guru bagi Tahun XXXX dengan tema : ……..

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh [Nama Ustaz]. Dijemput dengan hormatnya….                   

[BACAAN DOA]

Amin Ya Rabbal Alamin. 

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insyaallah.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah
lagu,Lagu Negaraku, Lagu [Nama Negeri] dan Lagu Sekolah [Nama Sekolah]. Sidang
dataran dipersilakan berdiri.

[LAGU DINYANYIKAN]

Sidang dewan dipersilakan duduk

Hadirin yang dihormati sekalian

Seterusnya Bacaan Perutusan

Dipersilakan [Nama Guru] GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan…

[UCAPAN PERUTUSAN]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya dipersilakan [Nama Guru] GPK1 untuk membacakan Perutusan Menteri


Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.

[UCAPAN PERUTUSAN]

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Para Hadirin Sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan
[Nama Pelajar] selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan…
[UCAPAN]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan [Nama YDP PIBG] Yang Di Pertua PIBG Sekolah
[Nama Sekolah] untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan…

[UCAPAN]

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan [NAMA] Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah untuk tampil


menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya

[UCAPAN]

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Tuan Pengetua [Nama Sekolah]
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala
hormatnya.

[UCAPAN]

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar
diketuai oleh [Nama Guru]. Dipersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita…

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema
Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG kepada guru-guru.

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan [Nama Guru]


menjemput dan mengiringi [Nama] Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan
hadiah kepada barisan guru-guru. Dipersilakan…..

[PENYAMPAIAN HADIAH]

Sidang dataran sekalian

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan [Nama] untuk
menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia
[Nama] dipersilakan [Nama] dan seterusnya kepada Yang Berbahagia [Nama] ,
dipersilakan [Nama].

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

Sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT
jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan
majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Contoh Tek Ucapan Pengerusi Majlis – Hari Guru Contoh Tek Ucapan

You might also like