Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini mencapai/tidak mencapai objektifnya. Dapatan kajian


menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tingkatan 6 merasakan tahap kepuasan terhadap
kemudahan perpustakaan praU adalah berada di tahap yang baik kecuali pada masa penggunaan
perpustakaan dan keluasan perpustakaan. Bagi sistem pinjaman buku memuaskan, bilangan
responden yang bersetuju dan kurang bersetuju adalah sama. Untuk perkara lain iaitu keadaan
perpustakaan dan mudahnya mencari buku dan bahan rujukan di perpustakaan menunjukkan
tahap kepuasan yang agak baik. (rumusan utk obj 1)

Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar tingkatan 6 mempunyai pelbagai persepsi
terhadap kemudahan perpustakaan praU di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said.
Menurut soal selidik yang telah dijalankan, ramai pelajar yang mempunyai persepsi supaya
bahan rujukan perlu ditambah dan dipelbagai di perpuustakaan praU. Ini adalah kerana ia dapat
mempelbagaikan pilihan pelajar dalam mencari bahan rujukan di perpustakaan praU. Seterusnya,
ramai pelajar tingkatan 6 yang berpendapat bahawa pihak sekolah boleh memperbesarkan lagi
keluasan perpustakaan praU untuk keselesaan pelajar. Para pelajar terpaksa berhimpit jika ingin
mengunjungi perpustakaan praU secara beramai-ramai. Ruang perpustakaan praU yang terhad
itu menyebabkan pelajar-pelajar lain berasa malas untuk bersesak dan menimbulkan rasa tidak
mahu lagi mengunjungi perpustakaan praU. (rumusan utk obj 2)

*(rumusan ini berdasarkan item yg paling tinggi/dominan dan yg paling rendah bg setiap
objektif)

Hasil daripada kajian, didapati tahap kepuasan pelajar tingkatan 6 terhadap perpustakaan
praU di SMK Dato’ Mohd Said adalah baik dari segi keadaan perpustakaan dan mudahnya
mencari buku dan bahan rujukan . Kebanyakan pelajar tingkatan 6 yang bersekolah di SMK
Dato’ Mohd Said merasakan persepsi mereka perlu diberi perhatian supaya tahap kepuasan
mereka terhadap kemudahan perpustakaan praU dapat meningkat ke arah yang lebih baik.

Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan ialah pihak sekolah boleh meringankan
beban dalam menanggung kos pengubahsuaian perpustakaan praU dengan meminta setiap
seorang pelajar dan guru memberikan sedikit sumbangan dalam menjayakan persepsi pelajar
tingkatan 6 terhadap kemudahan perpustakaan praU di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Mohd Said. Di samping itu, pihak pentadbir disarankan untuk membuat perancangan dan
menyediakan bajet khas untuk membuat pengubahsuaian terhadap perpustakaan pra-U.
(cadangan penambahbaikan)

Kajian ini terhadap kemudahan perpustakaan praU di Sekolah Menengah Kebangsaan


Dato’ Mohd Said adalah penting supaya dapat membina persekitaran yang baik dan selesa untuk
para pelajar. Kebanyakan pelajar mempunyai persepsi yang sama mengenai kemudahan
perpustakaan praU. Oleh itu, persepi pelajar tingkatan 6 perlu diambil kira untuk mewujudkan
perpustakaan praU yang lebih baik dari segi sistem dan kemudahan. (kepentingan kajian)

Namun begitu, kajian ini hanya terbatas dalam kalangan pelajar tingkatan 6 sahaja. Jika
dilihatkan penggunaan perpustakaan meliputi semua peringkat usia dari seawal persekolahan
peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tertinggi, sudah pasti tahap kepuasan mereka berbeza.
Hal ini bergantung juga kepada tahap kemudahan dan perkhidmatan sesebuah perpustakaan
terhadap kehendak pelanggannya. Oleh yang demikian, kajian ini boleh diandaikan sabagai tidak
mewakili keseluruhan isu berkaitan tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan di
perpustakaan. Diharapkan pada masa akan datang, kajian-kajian lain boleh dijalankan berkaitan
isu ini dari pelbagai sudut dan perspektif. (Batasan kajian)

You might also like