Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA CADANGAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA PKPP

HIMPUNAN RAKYAT DAERAH JOHOR BAHRU

JOHOR

ANJURAN :
KELAB ANAK MUDA FLET TAMAN LARKIN PERDANA

JOHOR BAHRU, JOHOR

TARIKH PROGRAM :
2 OGOS 2020 (AHAD)

TEMPAT :

JOHOR BAHRU, JOHOR


KERTAS KERJA CADANGAN
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA PKPP 2020

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang
dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam
Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha
disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas
bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada
malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta
khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan
ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau
12 atau siang 13 Zulhijjah.

1.2 Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari


untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi
Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

1.3 Oleh demikian itu, kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapat
pertimbangan serta persetujuan daripada Majlis Tertinggi Kelab Anak
Muda Flet Taman Larkin Perdana, Johor Bahru bagi mengadakan Majlis
Sambutan Hari Raya Aidiladha PKPP 2020.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Telah menjadi rutin program tahunan bagi pihak AMLP untuk
menjalankan Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha yang
dijalankan pada setiap bulan Zulhijjah.
2.2 Dengan adanya program ini, diharap agar bukan sahaja dapat
memberi peluang kepada ahli-ahli AMLP yang tidak pulang beraya
untuk merasai suasana Hari Raya Aidiladha malah dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli AMLP bersama
masyarakat dan anak-anak yatim.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk merasai


kemeriahan suasana Hari Raya Aidiladha.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli
AMLP bersama anak-anak yatim dan masyarakat setempat.
3.3 Menggalakkan ahli-ahli AMLP untuk menyertai setiap
program yang dianjurkan oleh AMLP.
3.4 Mengingatkan kembali kepada sejarah kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim terhadap Nabi Ismail.
3.5 Mengekalkan semangat yang jitu cintakan agama Islam.
3.7 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli-ahli
AMLP.

4.0 TEMA

4.1 Tema bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha adalah:


“SECEBIS REZEKI DIKONGSI BERSAMA”
5.0 PERLAKSANAAN

5.1 Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha


Hari : Ahad
Tarikh : 2 Ogos 2020
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Johor Bahru, Johor

6. JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penaung Program
Ahli Jawatankuasa Program
Biro Ahli Biro VIP Biro Makanan Biro Peserta

7.0 KUMPULAN SASARAN:

6.1 Program ini akan melibatkan semua ahli ahli AMLP bersama dengan
anak-anak yatim dari Rumah-rumah Anak Yatim sekitar Johor Bahru,
Johor.

8.0 KESIMPULAN
7.1 Diharap kertas kerja cadangan ini dapat dibincangkan dengan lebih
terperinci dan mendapat sokongan dari semua pihak, kami juga akan
memastikan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.
9.0 KOS PELAKSANAAN

BIL PENERANGAN Per unit / RM Jumlah (RM)

1. Sewaan/persediaan tempat ( DEWAN / PADANG ) - RM 3,650.00

2. Makan dan Minum Peserta dan VIP (300 pax) RM10.00 RM 3000.00

3. Baju Peserta, Baju AJK ( 200 orang ) RM 25.00 RM 5,000.00

4. Bahan Cetak ( Brosur,Bunting,SIjil ) - RM 3,200.00

5. Paket Serahan kepada peserta ( 300 orang ) RM 50.00 RM 15,000.00

6. Paket Serahan kepada asnaf melalui NGO lain-lain RM 50.00 RM 2500.00

7. Sewaan P.A Sistem - RM 2,100.00

8. Hadiah cabutan bertuah ( 10 unit hadiah ) - RM 8,000.00

9. Plak Tetamu VIP ( 3 unit ) RM 230.00 RM 690.00

10. Sewaan kerusi dan tong sampah - RM 5,400.00

JUMLAH RM 48,540.00

You might also like