Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MODUL PDPR

‘’Projek
Penapis
Air’’

CIKGU FARAH
STREAM @ KEMAS
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

PROJEK: PENURASAN AIR / PENAPIS AIR

Standard kandungan: SA 4.1 meneroka sifat bahan

Standard pembelajaran: SA 4.1.3 menyiasat bahan yang boleh larut di dalam air.

STREAM :

S: mengetahui bahan-bahan semulajadi untuk penurasan air

T:menggunakan botol, batu, pasir untuk tapisan air

R: mengamalkan sikap bekerjasama dalam satu kumpulan

E: melakar bentuk alat tapisan air

A: menghasilkan alat tapisan air mengikut rekabentuk yang dilakar

M: menyusun lapisan bahan untuk membuat alat tapisan air

Objektif: diakhir pembelajaran kanak-kanak dapat:

Menghasilkan alat tapisan air

BBM : batu, pasir, botol plastik, gunting

Nilai Murni: Bekerjasama, Berdisiplin, Patuh Arahan

CIKGU FARAH
STREAM @ KEMAS
STRATEGI PELAKSAAN:

1. Kanak-kanak mengumpul botol plastik

2. Kanak-kanak mengutip dan mengumpul batu dan pasir di persekitran luar

rumah.

3. Kanak-kanak menggunting botol plastik pada bahagian tengah dengan bimbingan

ibubapa. Penutup botol ditebuk lubang untuk proses penurasan.

4. Kanak-kanak memasukkan kapas pada bahagian kepala botol untuk lapisan

pertama. Pasir halus pula dimasukkan pada lapisan kedua.

5. Kanak-kanak menuangkan air yang diambil daripada kolam /parit/sungai secara

perlahan-lahan ke dalam botol tersebut.

6. Kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap air yang mengalir melalui proses

penurasan tersebut.

7. Kanak=kanak melakarkan hasil pemerhatian yang dijalankan

8. Kanak-kanak mempamerkan hasil lakaran.

CIKGU FARAH
STREAM @ KEMAS
Dalam fasa ini, kanak-kanak diberitahu bahawa mereka akan merekacipta

penapis air kotor menjadi bersih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

 Batu-batu kecil(gravel)

 Pasir kasar atau arang (charcoal)

 Pasir halus ( fine sands)

 Kapas atau kain kasa (cotton or cheese cloth)

 Botol mineral kosong ( clean plastic bottle)

 Bekas air bersih (clean container)

 Air tercemar (air kotor)

Langkah pelaksaan:

1. Ibubapa sediakan bahan-bahan yang diminta.

2. Ibubapa membimbing kanak-kanak untuk memotong botol plastik

dengan pisau atau gunting.

3. Setelah selesai ibubapa boleh rujuk gambarajah susunan bahan-bahan

yang diperlu dimasukkan ke dalam botol mineral yang telah dipotong.

4. Kanak-kanak memasukkan lapisan demi lapisan bahan-bahan tersebut

ke dalam botol mineral masing-masing seperti di dalam gambarajah.

CIKGU FARAH
batu

Pasir
kasar
arang

Pasir
halus

kapas

5. Setelah siap, ibubapa boleh membantu satu sama lain untuk

menuangkan air kotor ke dalam penapis air dan memerhatikan apa yang

berlaku.

CIKGU FARAH
STREAM @ KEMAS
HASIL PEMERHATIAN:

Lakarkan hasil projek penurasan air kanak-kanak di sini:

CIKGU FARAH

You might also like