Dedinisi Kokurikulum

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

DEFINISI KOKURIKULUM

Gera kerja Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.
Ia bertujuan untuk
pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di bilik darjah
bagi menyuburkan
nilai-nilai murni, mengembangkan bakat kepimpinan dan sedia berkhidmat di dalam masyarakat. Gera
kerja Kokurikulum di sekolah terbahagi kepada tiga kumpulan berikut :-
i. Kumpulan A : Unit Beruniform (yang bercorak memberi khidmat kepada sekolah dan
masyarakat)
ii. Kumpulan B : Persatuan dan Kelab (yang bercorak hobi, rekreasi dan pengukuhan kepada
pembelajaran mata pelajaran)
iii. Kumpulan C : Permainan dan Sukan (sukan bercorak olahraga, sukaneka, permainan dan
permainan tradisional )
MATLAMAT
i. Melahirkan modal insan yang mempunyai perkembangan yang seimbang daripada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
ii. Memberi pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta
perluasan pengetahuan dan pengalaman murid-murid dalam bidang tertentu.
iii. Membudayakan murid-murid mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah, memberi
kegembiraan pembinaan kesihatan serta kesejahteraan diri.
OBJEKTIF
i. Menyemai kesedaran di kalangan murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan.
ii. Meningkatkan pembabitan murid dalam aktiviti Kokurikulum sama ada secara individu
mahupun kumpulan secara aktif.
iii. Membina dan meningkatkan minat serta bakat murid-murid.
iv. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid di dalam dan di antara
sekolah.
v. Mencapai kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertai.
vi. Meningkatkan disiplin, amalan berjimat dan bertanggungjawab.
vii. Meningkatkan kemahiran dan semangat berpersatuan serta mencungkil dan mengasah bakat.
viii.Menarik minat masyarakat melibatkan diri dalam program Kokurikulum.
ix. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan murid-murid.
x. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.

You might also like