Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

0 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) halaman 730, perkataan


perkembangan diambil dari kata akar kembang yang membawa maksud mekar terbuka
atau terbentang. Manakala dengan penambahan imbuhan iaitu imbuhan per- menjadi
perkembangan maka maksudnya ialah perihal mengembang, menjadi lebih besar.
Manakala perkataan fizikal ialah perkataan yang dipinjam dari bahasa inggeris yang
membawa maksud badan atau jasmani.[5] Sekiranya kedua-dua perkataan ini
disatukan ianya akan membawa maksud perihal perkembangan badan ataupun fizikal
luaran seseorang manusia.

Menurut Mok Soon Sang (2009) melalui Perkembangan Kanak-Kanak Terbitan


Pertama,[6] beliau telah menyenaraikan perkembangan kanak-kanak itu kepada 2
tahap utama iaitu perkembangan fizikal kanak-kanak dan juga perkembangan fizikal
remaja. Untuk perkembangan fizikal kanak-kanak, ianya dapat dibahagikan kepada 3
cabang perkembangan mengikut usia iaitu peringkat awal kanak-kanak iaitu berumur
dalam 2 sehingga 6 tahun, peringkat pertengahan kanak-kanak berumur dalam 6
hingga 8 tahun dan akhir sekali peringkat akhir kanak-kanak yang berumur 9 hingga 11
tahun.

Perkembangan fizikal turut berlaku kepada remaja dan dapat dibahagikan


kepada 3 cabang perkembangan mengikut tingkat usia. Pertama ialah peringkat awal
remaja yang berumur 11 hingga 14 tahun. Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan
remaja iaitu berumur 14 sehingga 16 tahun. Manakala peringkat terakhir bagi
perkembangan fizikal remaja ialah peringkat akhir remaja berusia 16 sehingga 18
tahun. Kesemua peringkat ini mempunyai tahap perkembangan yang berbeza dan
berlainan diantara satu sama lain.

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008)[7] dalam
Perkembangan Kanak-kanak, tahap perkembangan awal kanak-kanak biasanya
bermula seawal usia 2 tahun sehinggalah mencecah usia 6 tahun. Mereka telah
membahagikan tahap perkembangan kanak-kanak kepada 3 peringkat iaitu pertama
peringkat awal kanak-kanak, kedua peringkat kanak-kanak dan ketiga ialah peringkat
awal remaja. Tahap pertama ialah peringkat awal kanak-kanak, secara kebiasaannya
kadar pertumbuhan adalah sedikit perlahan berbanding sewaktu mereka bayi iaitu
sewaktu dilahirkan sehinggalah berumur 2 tahun. Menurut kajian mereka, pada
kebiasaannya tahap ketinggian peringkat awal kanak-kanak adalah dua kali ganda lebih
tinggi dari tinggi bayi dan mempunyai berat empat kali ganda berat berbanding berat
sewaktu bayi. Pada peringkat ini juga, kebanyakan otot-otot kasar sudah mula
berkembang namun otot halus masih lagi belum berkembang dengan baiknya. Kajian
juga menunjukkan bahawa tahap perkembangan fizikal kanak-kanak perempuan
sewaktu tahap ini adalah lebih pesat berbanding tahap perkembangan fizikal kanak-
kanak laki. Selain itu, perubahan dalam psikomotor ini juga mengikut turutan. Sebagai
contoh seorang kanak-kanak itu akan merangkak dan duduk terlebih dahulu sebelum
boleh berjalan dan berlari. (Rujuk jadual 7 lampiran 1)

Tahap kedua pula seperti yang telah diutarakan oleh Haliza Hamzah, Joy N.
Samuel & Rafidah Kastawi (2008) ialah peringkat kanak-kanak sekitar usia 7 sehingga
12 tahun. Pada tahap ini, kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah pada
peringkat stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat
sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada tahap ini lebih kepada
penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang ada. Di peringkat ini juga,
pertumbuhan gigi kekal akan bermula dan gigi susu akan diganti dengan gigi kekal ini
secara beransur-ansur. Bagi kanak-kanak perempuan, pertambahan ketinggian akan
pesat bermula seawall usia 8 tahun dan berakhir pada usia 12 tahun. Manakala bagi
kanak-kanak lelaki pula, kadar ketinggian akan menunjukkan pertambahan yang pesat
pada umur 10 hingga 12 tahun dan akhirnya mencapai kemuncaknya pada umur 15
tahun. Pada umur 11 tahun, kanak-kanak akan mengalami akil baligh dan otot badan
akan kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti
ataupun tugasan yang diberikan kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus,
kordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih
jelas, kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait,
membina model, belajar gimnastik, berenang, bermain tenis dan olahraga. Bagi kanak-
kanak lelaki, mereka cenderung kepada aktiviti dan sukan yang lebih lasak berbanding
kanak-kanak perempuan.

Tahap ketiga pula ialah peringkat awal remaja iaitu sekitar usia 12 sehingga 15
tahun. Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah lebih cepat
dan pesat sama seperti kadar perkembangan sewaktu usia bayi. Perubahan fizikal
seperti saiz, bentuk badan dan ketinggian sudah menampakkan ciri-ciri kedewasaan.
Bagi kanak-kanak perempuan, perubahan saiz berlaku dengan lebih pesat sewaktu dua
atau satu tahun sebelum akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan
bercirikan kewanitaan akan terbentuk dan bulu badan akan tumbuh. Bagi remaja lelaki
pula, suara akan berubah menjadi lebih garau ataupun suara pecah, tubuh menjadi
lebih tegap, bulu badan dan misai serta janggut akan mula tumbuh. Perubahan
ketinggian bagi perempuan adalah lebih awal berbanding lelaki tetapi tempoh
pertumbuhan fizikal lelaki adalah lebih panjang berbanding perempuan. Pertumbuhan
otot-otot badan juga bertambah dan fizikalnya akan menjadi lebih kuat berbanding
remaja perempuan.

Menurut Robert Havinghurst[8][9] dalam bukunya Human Development and


Education (1953) melalui Mok Soon Sang (2010) dalam Perkembangan Kanak-kanak,
beliau telah mengemukakan teori tugas-tugas perkembangan. Robert Havinghurst
merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal dan mengemukakan
teori tugas-tugas perkembangan berlandaskan sosiobudaya berkaitan dengan
perkembangan jasmani. Beliau juga menghuraikan perkembangan utama manusia
sebagai satu-satu tugas, seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di
dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat tertentu. [10]

Kejayaan individu dalam perlaksanaan tugas tertentu membawa kepuasan serta


mendorongnya mengulangi tugas tersebut. Manakala kegagalan melaksanakan
tugasan kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya
meneruskan tugasan tersebut. Robert Havinghurst juga menegaskan bahawa
perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, moral dan budaya
masyarakat. Robert Havinghurst dalam bukunya Human Development and Education
(1953) menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak dari peringkat bayi
hingga remaja. Antara peringkat yang diutarakan oleh Robert Havinghurst ialah
peringkat lahir sehingga awal kanak-kanak iaitu sekitar umur 0 hingga 6 tahun.
Peringkat kedua ialah peringkat kanak-kanak iaitu berumur 6 tahun sehingga 12 tahun.
Peringkat ketiga ialah peringkat awal remaja dan remaja iaitu berumur sekitar 12 tahun
sehingga 18 tahun. Kesemua peringkat ini mempunyai ciri-ciri tugasan khusus. (sila
rujuk jadual 8 di lampiran 1 untuk ciri terperinci tugas-tugas perkembangan kanak-
kanak)

You might also like