Kerja Kursus Sejarah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TEMA: SEJARAH TEMPAT

TAJUK: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN DAERAH KUALA KANGSAR,

PERAK DARI TAHUN 2000 HINGGA 2015.

Negeri Perak lahir daripada aliran air yang menebing di Sungai Perak dari puncaknya di

Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik

dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk

mendarat. Mereka ialah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan

peribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memudik dengan

sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan

mereka, kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya

subur dan pemandangannya sungguh indah. [ 1 ]

Menurut sejarah, Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok kangsar atau nama

saintifiknya hibiscus flocossus yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai

Perak. Satu versi lagi mengatakan nama itu diperoleh daripada para peneroka yang membuka

penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan 'Kuala Kurang Sa' bermakna kurang satu

daripada 100 kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ. [ 2 ]

Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi

negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan

yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
yang menarik. Terletak kira-kiranya 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar

mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat

versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui

sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan

(PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui

kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). [ 3 ]

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala

Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak,

Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar

selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri. Walau bagaimanapun, Kuala

Kangsar sebenarnya ialah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat

mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, bercucuk tanam, dan sebagai pusat

perniagaan. [ 4 ]

Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga

ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang

dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut. Berdasarkan keistimewaan ini, boleh

disimpulkan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya ialah tempat tua, sudah

berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang
kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah

Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk. [ 5 ]

Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya dalam melahirkan tokoh-tokoh di pelbagai

bidang. Antara tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan di Kuala Kangsar

adalah seperti Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim, mantan Ketua Hakim Negara. Tokoh di

bidang perubatan pula ialah Dato' Seri Dr Megat Khas Megat Omar, Dato' Dr Ariffin Hj Ngah

Marzuki dan Dr Hj Pandak Ahmad. Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan

bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad

lamanya didiami orang. [ 6 ]

Objektif kajian yang kedua ialah perkembangan ekonomi di Kuala Kangsar dari tahun

2000 hingga tahun 2015. Salah satunya adalah dari segi perusahaan labu sayong. Labu sayong

ialah sejenis bekas tembikar berbentuk labu berwarna hitam dari mukim Sayong, sebuah desa

yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Perak di negara Malaysia. Khususnya,

barangan ini diusahakan oleh masyarakat Kampung Kepala Bendang. Dari kampung inilah

perusahaan ini berasal kerana banyaknya sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas yang

dapat diperoleh dari kampung tersebut. [ 7 ]

Perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat

tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar lanjutan daripada ini.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan

teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan
seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Bentuk labu air

ada juga diilhamkan daripada bentuk burung pucung berdiri yang dilihat dari hadapan. [ 8 ]

Penghasilan labu sayong secara acuan moden diperkenalkan Pusat Kemajuan

Kraftangan Malaysia pada tahun 1975 membolehkan penghasilan secara lebih banyak, pukal

dan berkos murah. Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik.

Peredaran zaman telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.

Namun, teknik moden ini menimbulkan kekhuatiran sesetengah pengkarya atas mutu produk

akhir yang wujud seperti yang mudah pecah, senang dicemari bahan kimia dan sebagainya.

Kerana ia meliputi 3 teknik sahaja iaitu, Teknik lemparan alin, Teknik acuan dan Teknik

sepuh serta kemungkinan menggugat jualan labu yang dihasilkan dengan tangan secara

tradisi. [ 9 ]

Selain itu, terdapat kilang-kilang yang terkenal juga dapat mengembangkan objektif

kajiannya turut meningkatkan ekonomi di Kuala Kangsar melalui perkembangan ekonomi di

Kuala Kangsar, Perak dari tahun 2000 hingga tahun 2015. Salah satu kilang yang terkenal di

Kuala Kangsar ialah Kilang Kicap Tamin. Kilang Kicap Tamin juga adalah salah satu contoh

dalam tempat pelancongan dan bangunan bersejarah. Salah satu tarikan menarik yang ada di

Kuala Kangsar iaitu Kilang Kicap Tamin yang merupakan kicap legendaris di dataran Perak.

Kilang Kicap Tamin ini diasaskan oleh seorang penduduk dengan bermodalkan RM10 sahaja.

Semangatnya untuk meneruskan perniagaannya sehingga berjaya amat menakjubkan.

Sekarang, ramai orang mengenali jenama Tamin ini. [ 10 ]


Oleh itu, duit hasilnya digunakan untuk mendirikan sebuah kilang untuk menjana lebih

banyak botol kicap kerana mendapatkan sambutan hangat daripada orang tempatan.

Sekiranya dapat melawat ke kilang ini, kita akan mempelajari tentang bagaimana proses

penghasilan kicap dijalankan seperti pemerapan kacang soya yang merupakan cara yang

paling tradisional sekali. Di situ juga terdapat bilik pameran yang mempamerkan produk-

produk lain yang dihasilkan selain dari kicap iaitu sirap, sos dan lain-lain.[ 11 ]

Di samping itu, selain daripada Kilang Kicap Tamin terdapat Kilang Gummi Metall

Technik (M) Sdn.Bhd. GUMMI METALL TECHNIK (M) SDN. BHD. adalah syarikat 100%

yang dimiliki oleh Jerman yang bersekutu dengan GMT Group yang mempunyai ibu pejabat

operasi di Buhl, Baden Jerman dan cawangan di Switzerland, Republik Ireland, Amerika

Syarikat, India dan mempunyai pejabat di Austria, England, Perancis, Belgia dan China. [ 12 ]

Selain itu, syarikat yang secara rasmi dikenali sebagai RUBBER METALL TECHNIK

(M) SDN. BHD. ditubuhkan pada tahun 1979 dan memulakan operasi pengeluarannya pada

bulan Mei 1980. GMT, Malaysia menghasilkan pelbagai jenis produk ikatan getah hingga

logam yang mengkhususkan diri dalam Pemasangan Anti Getaran dan juga mempunyai

kemudahan kilang untuk kompaun dan kompaun getah yang disesuaikan. [ 13 ]

Kilang ini disokong oleh GMT, GmBh (company with limited liability), Jerman dalam

R&D dan Technology Resources dan terkenal di peringkat antarabangsa untuk bahagian

kereta api dan aplikasi kejuruteraan. Syarikat ini mendapat pengiktirafan ISO 9001: 2015 dan

mengeksport produknya ke Eropah, Amerika Syarikat dan Negara-negara Asia Tenggara


termasuk Australia dan China. Rangkaian produk syarikat ini kebanyakannya digunakan

untuk Keretapi, Laut, Kejuruteraan Umum & Pembinaan. Syarikat ini telah berkembang

dalam bidang Silicone untuk aplikasi Pesawat Udara dan Minyak & Gas.[ 14 ]

Tambahan pula, selain Kilang Kicap Tamin dan Kilang GMT, terdapat juga Kilang Roti

Segar Kuala Kangsar yang mengembangkan objektif kajiannya melalui perkembangan

ekonomi di Kuala Kangsar, Perak dari tahun 2000 hingga tahun 2015. Kilang Roti Segar ini

telah mula beroperasi pada tahun 1981 dengan berkonsepkan perniagaan keluarga. Roti Segar

ialah pengeluar dan pengedar pelbagai jenis roti, kek, pastri dan pizza. [ 15 ]

Pada masa ini, ia mengorak selangkah ke arah agro pelancongan dan ini membuktikan

Roti Segar mempunyai identiti yang tersendiri. Sebagai pengeluar produk yang berasaskan

tepung, kawalan kualiti yang tinggi serta usaha pengurusan pasaran yang konprehensif

membuatkan Roti Segar mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Roti Segar telah

menguasai kebanyakan pasaran yang melibatkan makanan seperti roti, kek, pastri dan juga

pizza. [ 16 ]

Kilang ini hanya dikenali sebagai sebuah kilang pengeluaran produk makanan

bumiputra yang berkualiti tinggi. Roti yang dijual di sini dibuat segar pada setiap hari. Buat

hari ini, jual hari ini. Diuli dan dibakar di kedai ini juga. Bau roti yang dibakar itulah yang

menarik pelanggan datang. Selain itu, mesin pembuat roti dan biskut dalam syarikat ini

mampu menghasilkan pengeluaran yang lebih banyak untuk tujuan pasaran yang besar dan

luas.[ 17 ]
Objektif kajian yang ketiga ialah perkembangan sosial di Kuala Kangsar dari tahun

2000 hingga tahun 2015. Salah satunya adalah dari segi Pendidikan yang dibangunkan di

Kuala Kangsar, Perak. Di Kuala Kangsar terdapat juga maktab-maktab yang terkenal dan

diwujudnya yang makin lama di Kuala Kangsar dan salah satunya adalah Kolej Melayu Kuala

Kangsar. [18 ]

Kolej Melayu Kuala Kangsar juga lebih dikenali sebagai Malay College, MCKK, atau

The Malay College Kuala Kangsar, ia merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier

lelaki di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Kolej ini

ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai

pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak,

[ 19 ]
Sultan Idris Murshidul Azam Shah I.

Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit

Melayu yang terdiri daripada kerabat diraja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk

mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar

tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak

orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih

berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini. [ 20 ]

Selain daripada itu, sekolah ini juga mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang

sukan, terutamanya ragbi dan bola keranjang dan sering memenangi anugerah kerana itu.

Sekolah ini juga sering mempunyai kejohanan sukan tahunan dengan Maktab Tentera Diraja
dimana kedua-dua sekolah bergilir untuk menjadi johan. [ 21 ] Bangunan kolej ini juga dikenali

sebagai bangunan overfloor yang dibina pada tahun 1909 juga adalah binaan yang menjadi

identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan

asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa

serta dewan makan. Bangunan Prep School yang dibina pada tahun 1913, yang menempatkan

pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan

Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza. [ 22 ]

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih

dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar

akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison.

Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari

Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga

dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding

dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi

tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan

tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur. [ 23 ]

Dalam perkembangan sosial di Kuala Kangsar, Perak dari tahun 2000 hingga tahun

2015 juga dapat mengembangkan objektifnya melalui masjid-masjid yang dibangunkan di

Kuala Kangsar, Perak. Salah satu masjid adalah Masjid Ubudiah dan ia merupakan satu

bangunan keagamaan yang menjadi mercu tanda di negeri Perak. [ 24 ] Dari segi latar belakang
sejarah Masjid Ubudiah ialah ia merupakan Masjid Nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris

untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat,

Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah

masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih. Setelah berangkat balik ke Kuala

Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur,

untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah

bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. [ 25 ]

Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang

dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja

Chulan. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub

Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah

kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok. [ 26 ]

Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan

masjid ini adalah kira-kira $22,000.00. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris

Murshidul Adzam Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap

dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.),

Sultan Perak yang ke-29, pada tahun 1917. [ 27 ]

Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka

bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S.

Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta
dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya

berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini

menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan

London. [ 28 ]

Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di

tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada

pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah

kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu

Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang

induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga

mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi

timur serambi tersebut. Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik

Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caulfield, jurutera Negeri Perak,

telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. [ 29 ]

Seterusnya, selain Masjid Ubudiah ada juga masjid yang wujud dalam Kuala Kangsar

iaitu Masjid Ihsaniah Iskandariah. Masjid Ihsaniah Iskandariah merupakan masjid yang penuh

keunikan. dan amat menonjol berbanding dengan bangunan atau masjid lain. Jenis binaan

bumbung yang dikenali sebagai bumbung limas yang mana kebiasaannya dibina untuk

pembinaan sebuah surau atau madrasah. Masjid Ihsaniah Iskandariah terletak di Kampung

Kuala Dal, Padang Rengas. Ia mempunyai jarak kira-kira 15km dengan Kuala Kangsar.
Menurut sejarah, Masjid Ihsaniah Iskandariah telah dibina setelah Sultan Iskandar Shah yang

merupakan Sultan Perak yang ke-30 bernazar untuk membina sebuah masjid jika anakanda

baginda sembuh daripada sakitnya. [ 30 ]

Tambahan pula, kerja pemuliharaan telah disiapkan sepenuhnya pada Julai 2009 dan

Masjid Ihsaniah Iskandariah ini secara rasmi telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan.

Kini, Masjid yang penuh dengan warisan kenegerian ini diuruskan oleh kariah Masjid Al-

Wahidiah. Antara ciri menarik adalah bentuk bumbung masjid yang beratapkan zink yang

agak landai itu sebenarnya diilhamkan daripada reka bentuk Istana Kenangan, walaupun

bentuk asalnya agak tinggi dan curam. Keistimewaan lain masjid dua tingkat ini boleh dilihat

daripada reka bentuknya berupa segi empat bujur atau turut dikenali bujur sangkar burung. [31]

Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dimana tingkap di bawah dibina lebih tinggi.

Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan yu dan pucuk kacang. Pada kepala

tingkap diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Setiap sendi kayu

dinding tepas daripada anyaman buluh dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang

sebagai daya penyeri pada hiasan dinding. Keseluruhan dinding Masjid Ihsaniah Iskandariah

diperbuat daripada anyaman buluh yang dikenali sebagai Kelarai Bunga Potong Belian. Ia

merupakan salah satu seni bina bagi rumah tradisional Melayu Perak. [ 32 ]

Masjid ini dirasmikan buat kali ke dua oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah setelah

proses baik pulih siap sepenuhnya. Pembinaan semula masjid lama ini menjadi lambang

kepada keunikan sejarah asal masjid tersebut yang pernah menjadi tempat beribadat
masyarakat Islam di situ. Keunikan seni bina Melayu banyak terdapat di masjid itu. Paling

nyata adalah dinding dikenali sebagai tepas yang dibuat daripada anyaman buluh. Ini dapat

membawakan kepada generasi yang baru dimunculkan. [ 33 ]

Kesimpulannya, kajian terhadap Sejarah Dan Perkembangan Daerah Kuala Kangsar,

Perak Dari Tahun 2000 Hingga 2015 yang dilaksanakan sepanjang 3 bulan ini, banyak

sumber dan perkara yang bernilai telah pengkaji dapati. Tugasan ini menggerakkan pengkaji

untuk mengkaji sejarah dan perkembangan Daerah Kuala Kangsar bagi mendapatkan bahan

untuk menyelesaikan kajian ini. Melalui kajian ini, pengkaji dapat menyedari Daerah Kuala

Kangsar telah memberikan banyak sumbangan kepada negeri Perak. Kajian yang dibuat oleh

pengkaji bukan sahaja dapat memaparkan latar belakang Daerah Kuala Kangsar, tetapi juga

dapat mengkaji Daetah Kuala Kangsar yang memainkan peranan yang penting dalam negeri

Perak. Pengkaji juga mengharapkan kajian ini dapat menjadikan Daerah Kuala Kangsar akan

dapat dikenali ramai.

( 2651 patah perkataan )

NOTA HUJUNG:
1) Wikipedia, ensiklopedia bebas “bandar Kuala Kangsar”

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Kangsar

2) Ibid

3) Ibid

4) Ibid

5) Ibid

6) Ibid

7) Wikipedia, ensiklopedia bebas “ Labu Sayong ”

https://ms.wikipedia.org/wiki/Labu_sayong#cite_note-JurnalSari-1

8) Temubual dengan penduduk kampung yang lama, Puan Vani Tevamani.

9) Ibid

10) Tempat menarik di Kuala Kangsar

https://ammboi.my/tempat-menarik-di-kuala-kangsar/#19_Kilang_Kicap_Tamin

11) Ibid

12) Temubual dengan penduduk kampung yang lama, Encik Sivanjotthi Karuppiah

13) Ibid

14) Portal rasmi kilang GMT Sdn, Bhd.

https://gmt.com.my/about/
15) Agro pelancongan, “ kilang Roti Segar ”

https://mamable.wordpress.com/2017/12/16/kilang-roti-segar-kuala-kangsar-dalam-

agro-pelancongan/

16) Ibid

17) Ibid

18) Wikipedia, ensiklopedia bebas “ Kolej Melayu Kuala Kangsar ”

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Melayu_Kuala_Kangsar

19) Ibid

20) Ibid

21) Tempat menarik di Kuala Kangsar

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-kangsar/

22) Wikipedia, ensiklopedia bebas “ Kolej Melayu Kuala Kangsar ”


https://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Melayu_Kuala_Kangsar

23) Ibid

24) https://ammboi.my/tempat-menarik-di-kuala-kangsar/

25) Wikipedia, ensiklopedia bebas “ Masjid Ubudiah ”

https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak

26) Ibid

27) Ibid
28) Ibid

29) Ibid

30) Keunikan Masjid Ihsaniah Iskandaria di Kuala Kangsar

https://www.orangperak.com/seni-unik-masjid-ihsaniah-iskandariah-di-padang-

rengas-perak.html

31) Ibid

32) Ibid

33) Ibid
BIBLIOGRAFI:

SUMBER PRIMER:

1) TEMU BUAL

- Sivanjothi Karuppiah, penduduk kampung yang telah tinggal di Daerah Kuala Kangsar

selama 40 tahun, temubual secara bersemuka pada 24 Julai 2021.

- Vani Tevamani, penduduk kampung yang telah tinggal di Daerah Kuala Kangsar selama 29

tahun, temubual secara bersemuka pada 30 Julai 2021.

SUMBER SEKUNDER:

- Sejarah Penubuhan MCKK,

http://utusanmelayu.net/arkib/mengingati_penubuhan_Kolej_Melayu_Kuala_Kangsar

- Sejarah Kuala Kangsar,

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Kangsar

- Portal Rasmi – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

https://www.kualakangsar.gov.my/ms/pelawat/info-kuala-kangsar

- 20 Tempat Menarik Di Kuala Kangsar. Bandar DiRaja Pelbagai Khazanah

https://ammboi.my/tempat-menarik-di-kuala-kangsar/
LAMPIRAN:

GAMBAR 1:

Gambar di atas menunjukkan masjid-masjid yang terkenal di Kuala Kangsar iaitu Masjid

Ihsaniah Iskandariah dan Masjid Ubudiah.

GAMBAR 2 :

Gambar di atas adalah sekolah yang terkenal di Daerah Kuala Kangsar, iaitu Malay College

Kuala Kangsar (MCKK).


GAMBAR 3:

Di atas menujukkan gambar Labu Sayong yang biasa terkenal penghasilan dari Kuala

Kangsar.

GAMBAR 4 :

Gambar-gambar di atas menunjukkan lokasi kilang Gummi Metall Technik Sdn. Bhd.
GAMBAR-GAMBAR 5 :

Gambar-gambar di atas menunjukkan kilang Kicap Tamin yang terletak di Kuala Kangsar.
GAMBARR-GAMBAR 6 :

Gambar-gambar di atas menunjukkan di mana kilang roti segar membuat dan menjual roti

yang segar kepada para pelanggan.

Gambar orang yang ditemubual kena ada

You might also like