Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi menurut  Abdul
Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27),. kerana terdapat beberapa bukti yang
ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Tourane Vietnam yang dianggarkan bertarikh pada
abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah batu bersurat yang
merupakan bukti bertulis tertua yang telah ditemui oleh para arkeologi dan
sejarawan. Antara batu bersurat yang ditemui ialah batu bersurat di Kedukan
Bukit, Palembang (683 M), batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M),
batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M), batu bersurat di Karang
Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M), dan batu bersurat di Gandasuli, Jawa
Tengah (832 M) yang ditulis dalam huruf Nagiri.
Pada abad pertama, pedagang-pedagang dari India mula berlayar ke arah Timur
untuk menuju ke negara China. Manakala pedagang dari China, belayar ke barat
menuju India. Sehubungan dengan itu, perlayaran dua hala ini telah memaksa
mereka untuk melalui laluan Selat Melaka. Hal ini telah menyebabkan pelabuhan
yang terdapat di Kepulauan Melayu menjadi tempat persinggahan mereka dan
seterusnya menjadi pusat perdagangan antara India dan China. Para mubaligh Hindu
turut datang ke kepulauan Melayu untuk memperluaskan penyebaran agama Hindu.
Kedatangan para pedagang serta mubaligh Hindu ini telah menyebabkan bahasa
Melayu mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu purba kemudiannya berkembang
dan berevolusi menjadi bahasa Melayu kuno.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO


Kesan-kesan daripada bahasa Melayu kuno ke atas bahasa Melayu moden dapat
dilihat dari ciri-ciri utama bahasa tersebut iaitu antaranya:
1. bahasa Melayu kuno sarat dengan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit
dan susunan ayatnya bersifat Melayu.
2. kedua, bunyi b ialah w dalam Melayu kuno. Contoh: bulan - wulan. 
3. ketiga, bahasa ‘e’ pepet juga tidak ada dalam bahasa Melayu kuno seperti yang
terdapat dalam bahasa Melayu moden. Sebagai contoh, dngan atau dangan.
4. keempat, awalan ber- dalam bahasa Melayu moden ialah mar- dalam bahasa
Melayu kuno contohnya berlepas-marlapas.
5. kelima, awalan di- dalam bahasa Melayu moden ialah ni- dalam bahasa Melayu
kuno.
6. Keenam, bahasa Melayu kuno mempunyai bunyi konsonan yang ‘dihembuskan’
seperti bh,th,ph, dan kh. Sebagai contoh dhuka dan bhumi. Bunyi hembusan itu
sama ada hilang dalam bahasa Melayu moden seperti perkataan suka dan duka, atau
diganti dengan bunyi vokal ‘a’, seperti pada bahasa dan pahala.
7. ketujuh, bunyi h di dalam perkataan tertentu yang terdapat dalam bahasa Melayu
kuno telah hilang pada bahasa Melayu moden. Contohnya, semua-samuha dan saya-
sahaya.
BAHASA MELAYU KLASIK
Perkembangan bahasa klasik bermula dengan pengaruh agama Islam yang semakin
mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami
banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ini boleh dibuktikan
melalui penemuan tiga batu bersurat yang penting iaitu batu bersurat di Pagar
Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa
melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit serta bahasanya sedikit berbeza
daripada bahasa batu bersurat abad ke-7, batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh
(1380) yang masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat
penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat dan batu bersurat
di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) yang ditulis dalam tulisan Jawi
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad
itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan
bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam
bentuk tulisan.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK


Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri dan perbezaan dengan bahasa
Melayu moden. Ciri-ciri ini dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu huruf
dan perkataan serta, susunan ayat. Antaranya ialah
1. Penggunaan huruf jawi. Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat
tambahan beberapa huruf lain bagi menyempurnakan bahasa Melayu antaranya ca (
‫)چ‬, nga (‫)ڠ‬, ga (‫)ڬ‬, pa (‫)ڤ‬
2. Terdapat Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan
dengan agama dan hukum Islam. Antaranya ialah  Allah Taala dan Wallahualam.
3. Penggunaan bahasa Istana seperti beradu (tidur) dan gering (sakit).
4. Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’,dan ‘sy’. Sebagai contoh, khamis dan
zakat.
5. Terdapat kosa kata klasik yang berbeza dengan bahasa Melayu moden seperti
edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).
6. Banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti adapun dan alkisah.
7. Struktur ayat panjang-panjang,berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan ayat
tunggal yang dicatumkan dengan menggunakan kata hubung tertentu. Sebagai
contoh, “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk,
demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya
wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.
8. Bentuk ayat pasif. Iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objuk pelaku atau
subjek. Sebagai contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar
Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya
mengaji kepada mualim”.
9. Penggunaan partikel atau penegas ‘lah’ dan ‘pun’. Sebagai contoh,“Maka
Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya”.
10. Penggunaan imbuhan awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam Bahasa Melayu kuno telah
diganti dengan ‘ber’ dan ‘di’. Imbuhan ini masih digunakan dalam Bahasa Melayu
moden. Sebagi contoh, niperuat- diperbuat dan marlapas> berlepas.

You might also like