Akaun Pengeluaran

You might also like

Download as xls, pdf, or txt
Download as xls, pdf, or txt
You are on page 1of 7

AKAUN PERKILANGAN / PENGELUARAN

1. Ia melibatkan pembelian bahan mentah dan diproses untuk menghasilkan barang siap.

2. Akaun-akaun yang terlibat ialah:-


a) Akaun Perkilangan/Pengeluaran - disediakan untuk menentukan kos keluaran
b) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi - menentukan prestasi perniagaan

Kos Pengeluaran.

1. Meliputi semua kos yang terlibat dalam proses pengeluaran iaitu :-


a) Bahan mentah
* meliputi harga belian dan semua kos yang terlibat untuk membawa bahan
mentah ke kilang.
* pegangan stok awal dan stok akhir mestilah ditentukan bagi menentukan
penggunaan bahan dalam sesuatu tempoh
* bahan tak langsung merupakan sebahagian daripada overhed kilang

b) Buruh langsung
* meliputi upah yang dibayar kepada pekerja yang terlibat secara langsung
dalam proses pengeluaran
* upah yang dibayar berasaskan kepada masa atau unit keluaran
* buruh tak langsung juga merupakan sebahagian daripada kos overhed

c) Overhed kilang
* semua kos yang wujud di kilang kecuali bahan mentah dan buruh langsung

2. Akaun Pengeluaran disediakan untuk satu tempoh perakaunan

Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2000


Bahan mentah: Pindah ke Akaun Perdagangan xx
Stok awal xx
Belian xx
Tam :Angkutan masuk xx
Duti import xx
xx
Tol : Pulangan keluar xx xx
Bahan mentah boleh guna xx
Tol : Stok akhir xx
bahan mentah digunakan xx

Buruh langsung:
Upah langsung xx
Kos Prima xx

Overhed kilang:
Sewa kilang xx
Kuasa xx
Belanja susut nilai mesin xx
Belanja am kilang xx
Belanja membaiki mesin xx xx
xxx xxx

3. Jika pada awal dan akhir tempoh perakaunan masih ada kerja dalam proses, maka ia
memberi kesan ke atas kos pengeluaran. Kerja dalam proses merupakan barang yang
separuh siap

Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2000


Bahan mentah: Pindah ke Akaun Perdagangan xx
Stok awal xx
Belian xx
Tam :Angkutan masuk xx
Duti import xx
xx
Tol : Pulangan keluar xx xx
Bahan mentah boleh guna xx
Tol : Stok akhir xx
bahan mentah digunakan xx

Buruh langsung:
Upah langsung xx
Kos Prima xx

Overhed kilang:
Sewa kilang xx
Kuasa xx
Belanja susut nilai mesin xx
Belanja am kilang xx
Belanja membaiki mesin xx xx
xxx
Tam : Kerja dalam proses awal xx
xx
Tol : Kerja dalam proses akhir xx
xx xx
4. Jika barang siap dipindahkan ke stor barang siap pada harga pindahan, maka akan
wujud untung kilang yang merupakan hasil.
Dt - Akaun Pengeluaran
Kt - Akaun Untung Rugi

Untung kilang = Nilai Pindahan - Kos Pengeluaran

Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2000


Bahan mentah: Nilai Pindahan xx
Stok awal xx
Belian xx
Tam :Angkutan masuk xx
Duti import xx
xx
Tol : Pulangan keluar xx xx
Bahan mentah boleh guna xx
Tol : Stok akhir xx
bahan mentah digunakan xx

Buruh langsung:
Upah langsung xx
Kos Prima xx

Overhed kilang:
Sewa kilang xx
Gaji penyelia kilang xx
Belanja susut nilai mesin xx
Belanja am kilang xx
Belanja membaiki mesin xx xx
xxx
Tam : Kerja dalam proses awal xx
xx
Tol : Kerja dalam proses akhir xx
Kos Pengeluaran xx
Untung kilang xx
xx xx
5. Akaun Pengeluaran ini boleh juga disediakan dalam bentuk penyata
Penyata Pengeluaran bagi tahun berakhir pada31 Disember 2000
Nilai Pindahan xx
Bahan mentah:
Stok awal xx
Belian xx
Tam :Angkutan masuk xx
Duti import xx
xx
Tol : Pulangan keluar xx xx
Bahan mentah boleh guna xx
Tol : Stok akhir xx
bahan mentah digunakan xx

Buruh langsung:
Upah langsung xx
Kos Prima xx

Overhed kilang:
Sewa kilang xx
Gaji penyelia kilang xx
Belanja susut nilai mesin xx
Belanja am kilang xx
Belanja membaiki mesin xx xx
xxx
Tam : Kerja dalam proses awal xx
xx
Tol : Kerja dalam proses akhir xx
Kos Pengeluaran xx xx
Untung kilang xx

6. Contoh:-
Maklumat berikut diambil dari buku syarikat perkilangan pada 31 Disember 2004
Stok pada 1 Jan 2004:-
Bahan mentah 5,200
Kerja Dalam Proses 3,780
Bekalan kilang 640
Stok pada 31 Disember 2004
Bahan mentah 4,870
Kerja dalam proses 2,950
Bekalan kilang 540

Belian bahan mentah 23,960


Belian bekalan kilang 3,240
Pengangkutan masuk 450
Pulangan belian 340
Upah langsung 16,700
Gaji penyelia kilang 4,500
Sewa kilang 2,000
Belanja membaiki mesin 300
Belanja susut nilai mesin 1,800
Kadar bayaran kilang 630

Sediakan Penyata Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2004

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

1. Disediakan untuk menentukan prestasi perniagaan.

2.Semua hasil dan belanja kendalian perniagaan akan direkodkan pada akaun ini.

3.Akaun Perdagangan dan Untung Rugi boleh juga disediakan dalam bentuk penyata

Akaun Perdagangan dan Untung rugi bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2004
Stok awal xx Jualan xx
Kos Pengeluaran / Tol : Pulangan Jualan xx
Nilai Pindahan xx Jualan Bersih xx
Kos barang untuk dijual xx
Tol : Stok akhir xx
Kos Jualan xx
Untung Kasar xx
xx xx
Sewa pejabat xx Untung kasar xx
Belanja hutang lapuk xx Untung kilang xx
Pengangkutan keluar xx
Diskaun diberi xx
Insuran pejabat xx
Belanja s/nilai kenderaan xx
Belanja s/nilai perabot xx
Komisen jurujual xx
Untung Bersih xx
xx xx

Untung Kilang dan Peruntukan Untung Belum Realis

1. Untung kilang akan wujud apabilaadanya nilai pindahan.

Untung Kilang = Nilai Pindahan - Kos pengeluaran

2. Untung belum realis merupakan untung kilang yang terikat pada stok akhir

Untung belum realis = Untung kilang X Unit Stok Akhir


Unit Pengeluaran

3. Peruntukan untung belum realis akan diselaraskan pada akhir tempoh perakaunan:-

a) Jika berlaku pertambahan


Dt - Akaun Untung Rugi
Kt - Akaun Peruntukan Untung belum realis
b) Jika berlaku pengurangan
Dt - Akaun Peruntukan untung belum realis
Kt - Akaun Untung Rugi

4. Contoh
Maklumat berikut diambil dari syarikat pengeluaran pada 31 Mei 2005
Stok pada 1 Jun 2004 : Bahan Mentah 12,000
Kerja dalam proses 8,000
Barang siap (nilai pasaran) 18,000
Belian bahan mentah 69,000
Upah langsung 36,000
Overhed kilang: Gaji 6,500
Kadar bayaran 1,500
Belanja susut nilai mesin 2,000
Sewa kilang 2,100
Belanja am 900
Stok pada 31 Mei 2005 : Bahan Mentah 15,000
Kerja dalam proses 11,000
Barang siap (nilai pasaran) 30,000
Maklumat tambahan :-
a) Sebanyak 100,000 unit barang siap dihasilkan pada tempoh tersebut dan
dipindah keluar mengikut nilai pasaran RM1.50 seunit.
b) Peruntukan untung belum realis pada 1 Jun 2004 ialah RM 2,400.

Sediakan :-
a) Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Mei 2005
b) Akaun Peruntukan belum realis
c) Catatan jurnal bagi pelarasan untung belum realis

You might also like