Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

EKONOMI ASAS TINGKATAN 4

Tingkatan : 4 Mewah
Bil. Pelajar : 40
Mata Pelajaran : Ekonomi Asas
Tajuk : Konsep Permintaan & Keluk Perminataan
Tarikh : 4.4.2006
Masa : 7.45 – 8.25 pagi (40 min)

Objektif Umum : Pelajar dapat memahami permintaan sebagai satu konsep asas dan
peranannya dalam penentuan harga.

Objektif Eksplisit : Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:


1. menyebut maksud pengertian permintaan tanpa bantuan
guru.
2. melakarkan keluk permintaan dengan betul berpandukan
satu jadual permintaan.
3. membina satu jadual permintaan dengan tepat
berdasarkan satu rajah permintaan.

Penyerapan Nilai : Rasional, kesederhanaan dan ketepatan

Bahan Sumber : Radio, pita rakaman, carta manila, papan gulung (yang dicatatkan
nota) dan lembaran kerja.

Pengalaman Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah didedahkan kepada isi rumah sebagai
pengguna dan penggunaan yang melibatkan perbelanjaan dan harga
barang, dalam pelajaran lalu.

Induksi Set Guru memainkan sebuah lagu (mengenai jualan murah) daripada
(± 4 minit) pita rakaman dan pelajar-pelajar mendengarnya. Selepas itu, guru
menanyakan:
Apakah harga bagi barang-barang jualan tersebut, umpamanya
daging ayam; gula-gula dan beg sekolah?

Pelajar diingatkan untuk menjawab secara individu.

Perkembangan Isi Pelajaran / Kaedah Catatan


Langkah 1  Maksud permintaan Papan gulung ditunjukkan
(± 6 minit) tentang pengertian
permintaan

Langkah 2  Ditunjukkan satu jadual Carta manila yang


(± 8 minit) permintaan dan pelajar terkandung satu jadual
digalakkan memberi maklumat permintaan
berpandukan carta secara
individu.
 Guru menerangkan jadual
permintaan individu dan
pasaran

Langkah 3  Guru menerangkan Carta manila yang


(± 10 minit) pembentukan keluk permintaan terkandung satu jadual
individu dan pasaran untuk permintaan
daging ayam berdasarkan jadual
permintaan.
 Guru turut menegaskan
pergerakan sepanjang keluk

Penegaskan semula isi Guru menegaskan isi penting iaitu:


penting/pengukuhan 1. maksud permintaan
(± 10 minit) 2. permintaan individu
3. permintaan pasaran
4. pergerakan di sepanjang
keluk yang sama dan
kesannya atas harga dan
kuantiti.

Pencapaian objektif Guru mengemukakan soalan Kertas edaran yang


(± 5 minit) pengukuhan mengandungi soalan
pengukuhan

Penutup Guru memberikan lembaran kerja


(± 2 minit) untuk disiapkan sebagai latihan
rumah.

Ulasan Guru Pelatih


(Refleksi)
Ulasan Pensyarah
Pembimbing
SOALAN PENGUKUHAN:

1. Sebutkan pengertian permintaan.

2. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta untuk dua pengguna ke atas ikan:

Harga Permintaan
(RM/Kilo) (Kilo)
Ali Ah Seng Pasaran
4.50 0 1
4.00 0 2
3.50 2 3
3.00 4 4
2.50 6 5
2.00 8 6

(a) Berpandukan jadual di atas, isikan permintaan pasaran.


(b) Lakarkan keluk permintaan untuk Ali, Ah Seng dan pasaran .

You might also like