Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

setiap murid mempunyai impian untuk mendapat kejayaan yang


cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.Jelaskan persediaan-persediaan
yang perlu dilakukan bagi mencapai impian tersebut.
Peperiksaan sangat penting kepada murid-murid di sekolah. Hal ini kerana dengan adanya peperiksaan
murid-murid dapat mengetahui pencapaian masing-masing dalam pelajaran. Contoh peperiksaan ialah
Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan
lain-lain lagi. Namun begitu, murid-murid kurang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Terdapat banyak persediaan yang boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menghadapi peperiksaan yang
akan datang.

Salah satu persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu
mengulang kaji pelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan mengulang kaji pelajaran murid-murid akan
memahami apa-apa yang diajar oleh guru dalam bilik darjah. Contoh mengulang kaji ialah membuat kerja
rumah yang diberi oleh guru, berbincang dengan rakan-rakan, membuat rujukan di perpustakaan dan
sebagainya. Kesan mengulang kaji pelajaran tersebut murid-murid akan dapat menjawab soalan-soalan
peperiksaan dengan mudah dan tepat. Jelaslah bahawa, mengulang kaji pelajaran ialah persediaan yang
boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan supaya dapat lulus dengan cemerlang.

Selain itu, murid juga perlu memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas . Hal ini
demikian kerana, dengan memberi tumpuan semasa belajar murid-murid akan mudah faham apa-apa yang
diajar oleh guru. Jika tidak faham kita dapat bertanya guru. Contoh memberi tumpuan semasa belajarialah
murid-murid tidak berbual-bual, mencatat nota dan tidak tidur dalam kelas. Kesan memberi tumpuan
semasa belajar ialah murid-murid akan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah .
Jelaslah bahawa, memberi tumpuan semasa belajar ialah persediaan yang boleh dilakukan oleh murid
untuk menghadapi peperiksaan supaya dapat keputusan dengan cemerlang.

Di samping itu, persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan ialah mereka
perlu menghadiri program kecemerlangan atau motivasi. Kita sedia maklum bahawa, dengan menghadiri
program tersebut murid-murid mengetahui teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan. Contoh program
kecemerlangan atau motivasi ialah Program Kecemerlangan SPM yang diadakan di sekolah. Kesannya
apabila murid-murid mengetahui teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan mereka dapat memberi
jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan. Jelaslah bahawa, menghadiri program kecemerlangan
atau motivasi ialah persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan supaya
dapat keputusan dengan cemerlang.

Kesimpulannya terdapat banyak persediaan yang boleh dilakukan oleh murid bagi menghadapi
peperiksaan. Oleh hal yang demikian, semua murid perlulah bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi
peperiksaan yang bakal menjelang. Diharapkan dengan persiapan awal tersebut murid-murid dapat
menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tepat. Selain itu juga, diharapkan hasrat kejaraan untuk
menjadi Malaysia sebagai Negara maju akan tercapai.
2
setiap murid mempunyai impian untuk mendapat kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.Jelaskan persediaan-persediaan
yang perlu dilakukan bagi mencapai impian tersebut.
Peperiksaan sangat penting kepada murid-murid di sekolah. Hal ini kerana dengan adanya peperiksaan
murid-murid dapat mengetahui pencapaian masing-masing dalam pelajaran. Contoh peperiksaan ialah
Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan
lain-lain lagi. Namun begitu, murid-murid kurang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Terdapat banyak persediaan yang boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menghadapi peperiksaan yang
akan datang.

Salah satu persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu
mengulang kaji pelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan mengulang kaji pelajaran murid-murid akan
memahami apa-apa yang diajar oleh guru dalam bilik darjah. Contoh mengulang kaji ialah membuat kerja
rumah yang diberi oleh guru, berbincang dengan rakan-rakan, membuat rujukan di perpustakaan dan
sebagainya. Kesan mengulang kaji pelajaran tersebut murid-murid akan dapat menjawab soalan-soalan
peperiksaan dengan mudah dan tepat. Jelaslah bahawa, mengulang kaji pelajaran ialah persediaan yang
boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan supaya dapat lulus dengan cemerlang.

Selain itu, murid juga perlu memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas . Hal ini
demikian kerana, dengan memberi tumpuan semasa belajar murid-murid akan mudah faham apa-apa yang
diajar oleh guru. Jika tidak faham kita dapat bertanya guru. Contoh memberi tumpuan semasa belajarialah
murid-murid tidak berbual-bual, mencatat nota dan tidak tidur dalam kelas. Kesan memberi tumpuan
semasa belajar ialah murid-murid akan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah .
Jelaslah bahawa, memberi tumpuan semasa belajar ialah persediaan yang boleh dilakukan oleh murid
untuk menghadapi peperiksaan supaya dapat keputusan dengan cemerlang.

Di samping itu, persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan ialah mereka
perlu menghadiri program kecemerlangan atau motivasi. Kita sedia maklum bahawa, dengan menghadiri
program tersebut murid-murid mengetahui teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan. Contoh program
kecemerlangan atau motivasi ialah Program Kecemerlangan SPM yang diadakan di sekolah. Kesannya
apabila murid-murid mengetahui teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan mereka dapat memberi
jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan. Jelaslah bahawa, menghadiri program kecemerlangan
atau motivasi ialah persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan supaya
dapat keputusan dengan cemerlang.

Kesimpulannya terdapat banyak persediaan yang boleh dilakukan oleh murid bagi menghadapi
peperiksaan. Oleh hal yang demikian, semua murid perlulah bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi
peperiksaan yang bakal menjelang. Diharapkan dengan persiapan awal tersebut murid-murid dapat
menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tepat. Selain itu juga, diharapkan hasrat kejaraan untuk
menjadi Malaysia sebagai Negara maju akan tercapai.
3
Semangat kejiranan semakin diabaikan oleh masyarakat di negara kita
pada hari ini.Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh
dilakukan untuk menyuburkan semangat kejiranan di negara kita.
Semangat kejiranan sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Jika kita amalkan semangat ini kita
dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Contoh semangat kejiranan ialah bergotong-royong, bertegur
sapa, kunjung-mengunjungi dan lain-lain lagi. Namun begitu, akhir-akhir ini masyarakat kita kurang
mengamalkan semangat kejiranan kerana mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing. Terdapat banyak
usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangat kejiranan di negara kita.

Salah satu usaha ialah pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen tentang semangat kejiranan. Hal ini
kerana melalui kempen tersebut masyarakat akan sedar tentang kepentingan hidup berjiran. Sebagai
contoh, kempen kejiranan boleh diadakan di televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya. Kesannya
masyarakat akan mengamalkan semangat kejiranan sama ada di kampung atau bandar. Jelaslah bahawa
kempen kejiranan sangat penting untuk menyuburkan semangat kejiranan kepada masyarakat di negara
kita yang tercinta ini.

Selain itu, pihak masyarakat juga perlulah mengadakan aktiviti bergotong-royong di kawasan tempat
tinggal masing-masing. Kita sedia maklum nahawa melalui aktiviti bergotong-royong ini kita dapat kenal
mengenali antara satu sama lain. Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong ialah membersihkan kawasan
taman perumahan, masjid, tanah perkuburan dan sebagainya. Kesannya kita dapat tolong-menolong dan
berkenal-kenalan serta mengeratkan tali silaturahim sesama jiran. Jelaslah bahawa aktiviti bergotong-
royong mampu untuk menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan di negara kita.

Di samping itu ibu bapa juga perlulah menjadi suri teladan semangat kejiranan. Hal ini kerana setiap
perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan dan amalan anak-anak. Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa
anak-anak untuk mengunjungi rumah jiran merekat terutama pada hari perayaan. Sebagai contoh pada
hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan sebagainya. Kesannya
hubungan kemesraan antara jiran akan terjalin dan dapat dicontohi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa
amalan kejiranan oleh ibu bapa dapat menyuburkan semangat kejiranan tanpa mengira bangsa dan
agama.

Kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk
mewujudkan amalan tersebut.Dengan ini diharapkan rakyat di negara kita dapat hidup aman dan harmoni.
Selain itu, harapan negara untuk mewujudkan perpaduan kaum selaras dengan konsep 1 Malaysia juga
akan tercapai.
4
Perpaduan kaum semakin diabaikan oleh masyarakat di negara kita pada
hari ini.Jelaskan kepentingan perpaduan kaum kepada masyarakat dan
negara.
Perpaduan kaum sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Hal ini demikian kwerana jika kita
mengamalkan semangat ini kita dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Contoh perpaduan kaum ialah
semangat tolong-menolong, bertegur sapa, hormat-menghormati dan lain-lain lagi. Namun begitu, akhir-
akhir ini masyarakat kita kurang mengamalkan perpaduan kaum. Terdapat banyak kepentingan amalan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Salah satu kepentingan amalan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah kita dapat menjamin
kehidupan yang harmoni. Hal ini demikian kerana dengan adanya amalan perpaduan kaum masyarakat
tidak akan bergaduh jika mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain. Contohnya jika ada
sesuatu masalah mereka akan berbincang dan menyelesaikannya dengan baik. Kesannya negara kita akan
aman dan damai walaupun kita hidup berbilang bangsa. Jelaslah bahawa perpaduan kaum sangat penting
dalam kalangan masyarakat supaya dapat hidup dengan harmoni.

Selain itu, amalan perpaduan kaum juga ialah dapat meningkatkan keselamatan negara. Hal ini demikian
kerana dengan adanya amalan tersebut masyarakat saling menghormati, bertolak ansur antara satu sama
lain. Contohnya rakyat di negara kita tidak berbalah atau bergaduh walaupun berbeza dari segi agama dan
budaya. Kesannya negara kita akan sentiasa aman dan selamat. Jelaslah bahawa perpaduan kaum sangat
penting dalam kalangan masyarakat supaya dapat meningkatkan keselamatan negara.

Kepentingan ketiga perpaduan kaum ialah dapat menarik kedatangan pelancong asing. Hal ini demikian
kerana dengan adanya perpaduan negara kita akan aman dan selamat. Pelancong tidak takut untuk datang
dan boleh melawat ke mana-mana sahaja destinasi pelancongan di negara kita. Contohnya negara jiran
Thailand yang tidak aman menyebabkan pelancong takut untuk datang. Kesannya kedatangan pelancong
menyebabkan pendapatan negara akan bertambah. Jelaslah bahawa perpaduan kaum sangat penting
dalam kalangan masyarakat supaya dapat menarik kedatangan pelancong ke negara kita.

Kesimpulannya terdapat banyak kepentingan perpaduan kaum kepada masyarakat di negara kita. Oleh itu,
semua pihak perlulah berusaha untuk memupuk semangat perpaduan kaum. Diharap dengan adanya
perpaduan, negara kita akan terus maju dan mencapai wawasan 2020.
5
Masyarakat di negarakita dikatakan malas untuk membaca berbanding
masyarakat di negara lain. Jelaskan pendapat anda tentang peranan ibu
bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak
mereka.
Amalan membaca sangat penting kepada masyarakat di negara kita.Hal ini kerana jika kita rajin membaca
kita dapat banyak maklumat dan ilmu pengetahuan.Contoh budaya membaca ialah membaca buku, novel,
surat khabar dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat di negarakita dikatakan malas untuk membaca
berbanding masyarakat di negara lain.Terdapat banyak peranan yang boleh dilakukan ibu bapa untuk
memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak mereka.

Peranan pertama ialah ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ kepada anak-anak. Hal ini
kerana setiap tingkah laku ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa
boleh membaca surat khabar, majalah, dan sebagainya pada masa lapang. Kesannya anak-anak akan
meniru amalan ibu bapa mereka. Jelaslah bahawa ibu bapa perlu menjadi suri teladan untuk memupuk
budaya membaca dalam kalangan anak-anak mereka.

Peranan kedua pula ialah ibu bapa perlulah membeli buku-buku atau majalah kepada anak-anak mereka.
Kita sedia maklum bahawa apabila terdapat banyak bahan bacaan akan menarik minat untuk membaca
pada waktu lapang. Sebagai contoh, pada hari jadi anak-anak , ibu bapa bolehlah membeli buku sebagai
hadiah hari jadi. Kesannya budaya membaca dapat dipupuk sejak kecil lagi. Jelaslah bahawa jika ibu bapa
rajin membeli bahan bacaan budaya membaca akan dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak mereka.

Usaha ketiga ialah ibu bapa perlulah membawa anak-anak ke pameran buku. Hal ini kerana dalam pameran
buku terdapat banyak bahan bacaan yang boleh menarik minat anak-anak. Sebagai contoh pameran buku
yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu buku-buku di sini juga dijual dengan harga
yang murah. Kesannya anak-anak akan menjadi ulat buku apabila terdapat banyak buku yang menarik di
rumah mereka. Jelaslah bahawa dengan membawa anak-anak melawat pameran buku juga dapat
memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak.

Kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan
membaca dalam kalangan anak-anak mereka di rumah. Oleh itu, semua ibu bapa perlulah memainkan
peranan masing-masing untuk mewujudkan budaya membaca pada masa lapang. Dengan ini
diharapkananak-anak mereka akan menjadi orang berilmu pengetahuan dan cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 akan
tercapai.
6
eindahan alam sekitar di Malaysia telah menggamit kehadiran pelancong
yang ramai ke Negara kita.Jelaskan kepentingan Industri pelancongan
kepada masyarakat dan negara.
Industri Pelancongan sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Hal ini kerana di negara kita
terdapat banyak tempat yang menarik. Contoh tempat yang menarik di negara kita ialah Menara
Berkembar Patronas, Pulau Langkawi, Melaka Bandar Raya Bersejarah, dan lain-lain lagi. Namun begitu,
masih terdapat rakyat Malaysia yang lebih suka melancong keluar negara. Terdapat banyak kepentingan
industri pelancongan kepada masyarakat dan negara kita.

Kepentingan pertama industri pelancongan ialah dapat meningkatkan ekonomi negara. Hal ini kerana
pelancong yang datang dari luar negara akan berbelanja di negara kita. Contohnya mereka terpaksa
menyewa hotel, membeli makanan, pakaian, dan macam-macam lagi. Apabila mereka berbelanja aliran
mata wang negara luar akan masuk ke negara kita. Kesannya pendapatan negara kita akan bertambah dan
ekonomi negara juga akan turut meningkat. Jelaslah bahawa, industri pelancongan sangat penting bagi
tujuan meningkatkan ekonomi Negara.

Kepentingan kedua industri pelancongan ialah dapat membuka peluang pekerjaan. Kita sedia maklum
bahawa pelancong yang memerlukan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Contohnya mereka perlukan
tempat penginapan, makanan, cenderamata, pengangkutan dan lain-lain lagi. Oleh itu, pihak kerajaan atau
swasta akan mendirikan hotel, rumah tumpangan, restoran dan sebagainya. Ramai penduduk tempatan
akan diambil bekerja ditempat-tempat tersebut. Selain itu, penduduk tempatan juga boleh membuka pusat
peniagaan mereka sendiri. Kesannyakadar pengangguran dapat dikurangkan. Jelaslah bahawa, industri
pelancongan sangat penting bagi kerana dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Kepentingan ketiga industri pelancongan ialah dapat meningkatkan imej negara.Hal ini demikian kerana
pelancong yang datang dari luar negara akan mengetahui tentang keindahan dan budaya di Malaysia.
Contohnya pulau Tioman, pulau Perhentian, pulau Langkawi yang cantik dan menawan. Selain itu, juga
rakyat di negara terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Apabila pelancong ini pulang ke Negara asal,
mereka akan mempromosikan tentang keindahan Negara Malaysia. Kesannya imej negara kita akan
meningkat dan pelancong akan bertambah ramai datang dari semasa ke semasa. Jelaslah bahawa,
industri pelancongan sangat penting bagi meningkatkan imej negara kita.

Kesimpulannya terdapat banyak kepentingan industri pelancongan kepada masyarakat dan Negara.Oleh
itu kita perlulah bekerjasama menjaga keindahan alam sekitar di negara kita.Diharapkan dengan
kerjasama ini pelancong akan berduyung-duyung datang melawat negara kita . Selain itu, diharapkan
hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 akan berjaya.
7
Pihak sekolah sering mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar
terutamanya pada musim cuti sekolah.Nyatakan faedah-faedah yang
anda peroleh apabila menyertai aktiviti ini.
Aktiviti lawatan sambil belajar sangat penting kepada pelajar di negara kita. Hal ini kerana semasa aktiviti
ini kita dapat melawat tempat-tempat menarik . Sebagai contoh, tempat-tempat menarik yang menjadi
destinasi pelancongan di negara kita ialah Melaka Bandar raya Bersejarah, Pulau Pinang, Bandar raya
Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan lain-lain lagi. Namun begitu, pelajar hari ini kurang
berminat untuk menyertai aktiviti lawatan sambil belajar. Terdapat banyak faedah jika kita menyertai
aktiviti lawatan sambil belajar.

Faedah pertama lawatan sambil belajar ialah saya dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan.
Hal ini demikian kerana apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang baru, kita dapat mengetahui suasana
tempat tersebut. Sebagai contoh jika kita melawat ke negeri Kedah kita dapat melihat suasana sawah padi
yang sangat luas. Kesannya kita dapat ilmu pengetahuan yang baru bahawa di negeri Kedah mempunyai
kawasan sawah padi yang luas. Jelaslah bahawa, dengan menyertai lawatan sambil belajar kita dapat
menambah pengalaman dan pengetahuan baru, bak kata peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan.

Faedah kedua ialah kita juga dapat mengetahui sejarah tempat tersebut. Kita sedia maklum bahawa,
semasa lawatan kita dapat membaca maklumat-maklumat yang ditulis pada tempat-tempat bersejarah itu.
Sebagai contoh, jika kita melawat ke negeri Melaka Bandar raya Bersejarah, kita dapat melihat banyak
kesan-kesan peninggalan sejarah. Kesannya saya dapat meluaskan pengetahuan saya tentang sejarah
negara kita dan meningkatkan semangat cinta akan negara. Jelaslah bahawa, dengan menyertai lawatan
sambil belajar, saya dapat mengetahui sejarah tempat yang dilawati tersebut.

Faedah ketiga, ialah saya juga dapat melepaskan tekanan atau stres apabila mengikuti lawatan sambil
belajar . Hal ini kerana di negara kita Malaysia terkenal dengan tempat-tempat pelancongan yang cantik
dan menarik. Sebagai contoh jika kita melawat ke Pulau Langkawi, kita akan terpegun dengan keindahan
alam semula jadi ciptaan Tuhan. Kesannya fikiran kita akan menjadi tenang dan dapat melepaskan
tekanan atau stres. Jelaslah bahawa, aktiviti lawatan sambil belajar sangat baik untuk melepaskan
tekanan pembelajaran di sekolah.

Kesimpulannya terdapat banyak faedah yang saya dapat apabila menyertai aktiviti lawatan sambil belajar.
Oleh itu, pihak sekolah perlulah menjalankan aktiviti lawatan sambil belajar kepada para pelajarnya.
Dengan cara ini diharapkan pemikiran para pelajar lebih terbuka kepada dunia luar dan tidak digelar oleh
peribahasa Melayu, seperti katak bawah tempurung.
8
Setiap orang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia.Jelaskan
pendapat anda tentang cara-cara untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Keluarga bahagia sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Jika ada keluarga bahagia kita akan
dapat hidup aman dan sejahtera. Contoh keluarga bahagia ialah keluarga sentiasa menghormati dan
menyayangi antara satu sama lain. Namun begitu, akhir-akhir ini masalah keluarga seperti bercerai -berai,
bergaduh dan lain-lain lagi sering berlaku di negara kita. Terdapat banyak carayang boleh kita lakukan
untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Salah satu cara untuk mewujudkan keluarga bahagia ialah setiap ahli keluarga perlulah mengamalkan
hidup berkasih sayang. Hal ini demikian kerana jika kita saling berkasih sayang , hubungan dalam keluarga
akan bertambah rapat. Sebagai contoh kita saling bersalaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain
terutama pada hari raya. Kesannya hubungan dalam keluarga akan bertambah erat dan masalah
perselisihan faham dapat di atasi. Jelaslah bahawa, hidup berkasih sayang dalam keluarga dapat
mewujudkan keluarga bahagia di negara kita.

Selain itu, untuk mewujudkan keluarga bahagia ialah ibu bapa perlulah melapangkan masa bersama anak-
anak. Hal ini kerana, jika ibu bapa bersama-sama keluarga , hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan
bertambah mesra. Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk pergi berkelah,
melancong dan sebsagainya bersama-sama. Kesannya hubungan dalam keluarga akan bertambah rapat.
Jelaslah bahawa ibu bapa perlu melapangkan masa bersama anak-anak mereka bagi mewujudkan
keluarga bahagia.

Di samping itu, untuk mewujudkan keluarga bahagia ialah ahli keluarga juga perlulah berbincang sekiranya
ada masalah keluarga. Hal ini demikian kerana jika masalah keluarga tidak dibincangkan dengan ahli
keluarga yang lain masalah keluarga akan bertambah rumit. Sebagai contoh jika kita ada masalah dengan
adik beradik yang lain, kita perlu berterus terang. Kesannya ahli keluarga lain akan faham dan cuba
membantu kita menyelesaikan masalah tersebut. Jelaslah bahawa , berbincang tentang masalah keluarga
adalah lebih baik daripada kita berdiam diri sahaja.

Kesimpulannyaterdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mewujudkan keluarga bahagia. Oleh itu,
setiap ahli keluarga perlulah memainkan peranan masing-masing. Diharapkan dengan cara ini dapat
mewujudkan keluarga penyayang. Selain itu diharapkan masyarakat di negara kita akan menjadi
masyarakat yang penyayang selaras dengan gagasan 1 Malaysia.
9
Kanak-kanak kini terdedah dengan masalah obesiti atau kegemukan
berlebihan akibat amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang
serta tidak mengamalkan gaya hidup aktif.Bincangkan usaha-usaha yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak terhindar
daripada masalah tersebut.
Masalah obesiti atau kegemukan sering berlaku di negara kita.Hal ini berlaku berlaku akibat amalan
pemakanan yang tidak seimbang serta malas bersenam. Sebagai contoh kebanyakan kanak-kanak di
negara kita gemar makan makanan segera dan makanan ringan.Persolannya adakah kita mahu kanak-
kanak di negara ini terdedah kepada obesiti?. Terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
untuk memastikan anak-anak terhindar daripada masalah tersebut.

Usaha pertama bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa perlulah
menyediakan makanan yang seimbang. Hal ini demikian kerana makanan yang seimbang boleh membantu
mengurangkan kadar lemak, gula atau garam dalam badan. Sebagai contoh ibu bapa perlu menyediakan
makanan yang rendah kelorinya sebaliknya melebihkan makanan yang mempunyai vitamin seperti sayur-
sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Kesan daripada makanan yang seimbang ini, bukan sahaja dapat
menyihatkan tubuh badan serta minda anak-anak, tetapi juga dapat menghindar anak-anak daripada
penyakit yang berbahaya. Jelaslah bahawa, ibu bapa perlu melatih anak-anak mengamalkan makanan yang
seimbang agar masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak dapat diatasi.

Usaha kedua, bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa juga perlulah
membawa anak-anak bersenam atau bersukan. Kita sedia maklum bahawa melalui aktiviti bersenam atau
bersukan ini, badan kita akan berpeluh sekali gus dapat mengurangkan lemak serta kolestrol dalam badan.
Sebagai contoh ibu bapa perlu membawa anak-anak berjoging, bermain badminton, bola sepak dan
sebagainya sekurang-kurang tiga kali seminggu. Kesan daripada aktiviti bersenam dan bersukan ini, bukan
sahaja dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menyihatkan tubuh badan serta minda.
Jelaslah bahawa, ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk bersenam atau bersukan agar masalah
obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak dapat diatasi.

Usaha ketiga bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa perlulah
membawa anak-anak untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Hal ini kerana dengan pemeriksaan
kesihatan ini, ibu bapa dapat mengetahui keadaan kesihatan anak-anak mereka.Sebagai contoh, ibu bapa
dapat mengetahui kadar kolestrol, gula atau asid yang terdapat dalam darah anak-anak mereka. Kesan
daripada pemeriksaan kesihatan ini, ibu bapa dapat mengawal pemakanan anak-anak sejak dari kecil lagi,
bagi mengatasi masalah obesiti.Hal ini boleh diumpamakan dengan maksud peribahasa mencegah itu
lebih baik daripada mengubati.Jelaslah bahawa, ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan anak-
anak dapat diatasi.

Kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan anak-anak mereka.Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa memberi perhatian terhadap
masalah ini pada setiap masa.Diharapkan dengan kesedaran ini kesihatan anak-anak mereka akan
sentiasa terjaga. Selain itu, diharapkan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang
sihat sejahtera menjelang tahun 2020 akan tercapai.
10
Kejadian tanah runtuh sering berlaku di Negara kita akhir-akhir ini yang
menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.Jelaskan
sebab-sebab kejadian tersebut berlaku.
Kejadian tanah runtuh sering berlaku di negara kita. Setiap tahun ada sahaja berita tentang kejadian tanah
runtuh yang dilaporkan oleh media massa. Contoh kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanah Tinggi
Cameron, baru-baru ini. Persoalannya, mengapakah kejadian tanah runtuh ini sering terjadi. Terdapat
beberapa sebab yang menjadi punca kejadian tanah runtuh.

Punca pertama kejadian tanah runtuh disebabkan oleh penebangan hutan. Hal ini kerana, kawasan hutan
itu hendah dijadikan kawasan pertanian atau perumahan. Contohnya kawasan hutan di Tanah Tinggi
Cameron telah ditebang untuk pertanian. Akibatnya tanah menjadi gondola dan apabila hujan turun, air
hujan akan menghakis tanah tersebut dan akhirnya runtuh. Jelaslah bahawa penebangan hutan menjadi
punca berlakunya kejadian tanah runtuh di negara kita.

Punca kedua ialah disebankan oleh pembangunan di tanah tinggi atau lereng bukit juga. Hal ini kerana,
tanah di kawasan tersebut telah di tarah atau diteres supaya menjadi rata. Sebagai contoh kawasan di
lereng bukit Antarabangsa Kuala Lumpur telah ditarah untuk didirikan taman perumahan. Kesannya
struktur tanah menjadi lemah. Kesannya apabila hujan turun, tanah tersebut akan menggelunsur dan
menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Jelaslah bahawa pembangunan di lereng-lereng bukit turut
menjadi penyumbang kepada kejadian tanah runtuh.

Punca ketiga, kejadian tanah runtuh juga disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk. Hal ini
demikiankerana hujan yang lebat dan berterusan beberapa hari menyebabkan aliran air bawah tanah
bertambah kuat. Perkara ini diburukkan lagi apabila tiada akar yang menyimpan air hujan kerana pokok-
pokok telah ditebang. Akibatnya aliran air bawah tanah akan menggerakkan tanah dan akhirnya runtuh.
Contohnya kejadian tanah runtuh di Highland Tower pada tahun 1993 berpunca daripada pergerakan air
bawah tanah. Jelaslah bahawa kejadian tanah runtuh adalah berpunca daripada keadaan cuaca yang tidak
menentu.

Kesimpulannya, terdapat banyak sebab yang menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh. Oleh hal yang
demikian, semua pihak perlulah menjaga alam sekitar terutama kawasan hutan yang merupakan pelindung
bencana alam yang semula jadi. Diharapkan dengan kesedaran masyarakat tentang kepentingan alam
sekitar akan dapat mengurangkan kes kejadiantanah runtuh di negara kita
11
Soalan : Pengaruh rakan sebaya sangat kuat untuk menjadikan remaja itu
baik atau sebaliknya. Jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang boleh
membantu anda untuk menjadi seorang remaja berkualiti.
Rakan sebaya ialah kawan yang sangat rapat dengan kita.Hal ini kerana dengan rakan sebayalah kita
banyak menghabiskan masa bersama-sama.Sebagai contoh dengan rakan sebaya kita sama-sama belajar,
bermain, berbual-bual dan sebagainya.Namun begitu, kebanyakan remaja tersalah memilih rakan sebaya.
Mereka lebih suka memilih rakan sebaya yang mempunyai ciri-ciri yang negatif .Hal ini menyebabkan
ramai remaja yang terpengaruh melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti ponteng sekolah,
merokok, berlumba haram dan sebagainya.Oleh hal yang demikian, kita perlulah pandai memilih rakan
yang mempunyai cirri-ciri yang positif supaya dapat membantu kita menjadi remaja yang berkualiti.

Ciri pertama rakan sebaya yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang rajin berusaha. Hal ini demikian
kerana, seorang yang rajin berusaha pasti akan berjaya dalam hidupnya. Peribahasa ada menyebut usaha
itu tangga kejayaan. Sebagai contoh, jika seorang itu rajin berusaha mengulang kaji pelajaran sudah tentu
beliau akan berjaya dalam peperiksaan. Jika saya memilih rakan sebaya yang mempunyai ciri tersebut
sudah tentulah saya juga akan terikut-ikut untuk menjadi seorang yang rajin serta gigih berusaha.
Kesannya saya juga akan berjaya dalam pelajaran iaitu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM nanti.
Jelaslah bahawa, rakan sebaya yang rajin berusaha mampu untuk mempengaruhi kita menjadi remaja
yang berkualiti dalam kehidupan.

Ciri kedua rakan sebaya yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang taat kepada perintah agama. Hal ini
kerana, seorang yang taat kepada perintah agama sudah tentu akan melakukan perkara-perkara yang
diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan segala larangannya. Sebagai contoh, remaja yang
menunaikan solat lima waktu sehari semalam, tidak akan melakukan perkara-perkara yang negatif seperti
mencuri, menipu, mengambil dadah dan sebagainya. Apabila saya memilih rakan sebaya yang mempunyai
ciri tersebut, saya juga akan terikut-ikut untuk menjadi seorang patuh kepada ajaran agama. Jelaslah
bahawa, rakan sebaya yang taat kepada perintah agama akan mempengaruhi kita untuk menjadi remaja
berkualiti iaitu seorang yang bertakwa kepada Allah SWT.

Ciri ketiga rakan sebaya yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang berdisipin. Hal ini kerana seseorang
yang berdisiplin dapat mempengaruhi kita supaya berjaya pada masa hadapan.Sebagai contoh remaja
yang berdisiplin tidak melanggar perauran sekolah. Kesannya saya juga akan menjadi seorang yang
berdisiplin. Dengan cara ini, saya juga akan berjaya dalam pelajaran. Jelaslah bahawa, rakan yang
berdisiplin boleh membantu kita menjadi seorang yang berkualiti.

Kesimpulannya terdapat banyak ciri rakan sebaya yang baik.Oleh itu kita perlulah pandai memilih rakan
sebaya yang boleh membantu kita untuk berjaya pada masa hadapan.Dengan ini diharapkan kita tidak
mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak baik. Selain itu juga, diharapkan hasrat Negara untuk
melahirkan masyarakat yang bertatasusila dan bersopan-santun akan berjaya.
12
USAHA-USAHA UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Golongan orang kurang upaya (OKU) sewajarnya diberi bantuan dan perhatian. Hal ini demikian kerana
mereka adalah golongan yang cacat anggota tubuh badan. Sebagai contoh ada yang cacat penglihatan,
cacat pendengaran, bisu dan cacat anggota tubuh badan yang lain. Namun begitu, terdapat segelintir
masyarakat biasa yang kurang prihatin kepada OKU. Oleh hal yang demikian semua pihak perlulah
berusaha untuk membantu golongan OKU ini.
Salah satu usaha untuk membantu OKU ialah dengan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan
mereka. Hal ini demikian kerana golongan OKU juga sama seperti manusia biasa yang memerlukan wang
untuk membeli makananan, pakaian, tempat tinggal, dan sebagainya. Sebagai contoh golongan OKU boleh
bekerja di pusat kraftangan, kaunter pertanyaan, kaunter tiket, dan apa-apa sahaja kerja yang sesuai
dengan kebolehan mereka. Dengan cara ini, mereka akan diberi gaji atau upah untuk menangguh
perbelanjaan harian sendiri ataupun keluarga. Jelaslah bahawa, dengan menyediakan pekerjaan yang
sesuai adalah salah satu usaha untuk membantu OKU.
Selain itu, OKU juga perlu diberi peluang dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana OKU juga memerlukan
Ilmu pengetahuan untuk kehidupan. Di samping itu, OKU juga ada yang bijak dan pakar dalam sesuatu
bidang. Walaupun mereka cacat anggota badan tetapi mereka mempunyai otak yang cerdik. Sebagai
contoh ada kalangan OKU yang bijak dalam ekonomi, komputer, mekanik dan sebagainya. Kesannya
mereka boleh menggunakan kebijaksaan mereka tersebut untuk mendapatkan pendapatan. Jika mereka
tidak diberi peluang belajar, kita tidak tahu akan kebolehan dan kepandaian mereka. Jelaslah bahawa,
dengan menyediakan peluang pendidikan adalah satu lagi usaha untuk membantu OKU.
Di samping itu, kerajaan juga perlulah menyediakan kemudahan asas khas untuk golongan OKU. Hal ini
demikian kerana golongan ini tidak berupaya untuk bergerak bebas atau bergerak ke tempat yang tinggi.
Sebagai contoh pihak kerajaan atau swasta perlu menydiakan tempat letak kereta khas untuk OKU, tandas
OKU dan lain-lain lagi. Pihak bank, klinik, sekolah dan pejabat-pejabat perkhidmatan pula perlu memberi
laluan khas kepada OKU supaya mereka dapat giliran yang cepat. Kesannya seudah tentu golongan ini
tidak terabai dan dapat bergaul dengan masyarakat biasa. Jelaslah bahawa, dengan menyediakan
kemudahan asas kepada OKU dapat memudahkan kehidupan mereka.
Kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk membantu OKU. Oleh hal yang
demikian semua pihak sama ada kerajaan, swasta, masyarakat perlulah menjalankan usaha-usaha untuk
membantu mereka. Diharapkan dengan usaha ini kebajikan OKU akan terbela. Selain itu di harapkan hasrat
kerajaan untuk memupuk budaya masyarakat penyayang di negara kita akan tercapai.
13
Orang Kurang Upaya (OKU) wajar diberi perhatian dan
keistimewaan.Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi
membantu OKU di Negara kita.
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan dalam
keadaan cacat.Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota
badan.Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki.Mereka
perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan
peranan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).

Salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk membantu OKU ialah ibu bapa berperanan mendidik anak-
anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga
mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak
diajar supaya tidak memandang sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU
akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu
mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.

Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan
kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting demi
masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan
pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana
slogan yang dilaungkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul
Razak ,’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan
yang lebih baik. Hal ini demikian kerana terdapat majikan yang bersikap lepas tangan dan menganggap
OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan
kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai.
Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap
golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat
tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Kita sedia maklum bahawa golongan OKU juga
memerlukan pekerjaan bagi menyara hidup mereka dan keluarga. Sebagai contoh golongan OKU boleh
bekerja di pusat-pusat kraf tangan, gerai-gerai jualan dan sebagainya. Kesannya, mereka boleh berdikari
dan tidak menjadi pengemis di jalanan. Mereka juga dapat menggunakan wang gaji untuk membeli barang
keperluan harian, tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan
adanya peranan media massa.

Di samping itu, setiap individu juga perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap
individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan
OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini
bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Pendek kata,
setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluhbahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk
membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.
14
Soalan : Sungai adalah nadi kehidupan manusia. Jelaskan kepentingan
sungai kepada masyarakat di negara kita.
Sungai sangat penting kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Dengan adanya sungai kita dapat
sumber air. Contoh sungai di negara kita ialah sungai Pahang, Sungai Perak, Sungai Rajang dan lain-lain
lagi.Namun begitu, masyarakat kita pada hari ini tidak menjaga kebersihan sungai. Kita perlu menjaga
sungai kita kerana terdapat banyak kepentingan sungai kepada masyarakat di dunia ini.

Salah satu kepentingan sungai ialah kita dapat menggunakan air untuk keperluan harian. Kita sedia
maklum bahawa air sungai telah dipamkan ke dalam logi air lalu diproses atau dirawat.Setelah diproses
dan dirawat air itu disalurkan ke rumah-rumah untuk kegunaan seharian.Sebagai contoh air tersebut
digunakan untuk minum, memasak, membasuh, dan lain-lain lagi.Jelaslah sungai sangat penting untuk
membekalkan air bersih ke rumah kita.

Selain itu, sungai juga berfungsi sebagai jalan perhubungan. Kita sedia maklum bahawa melalui sungai
kita boleh digunakan untuk pergi ke sesuatu tempat. Hal ini wujud terutamanya di kawasan pedalaman
negeri Pahang, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Sebagai contoh sungai Rajang di Sarawak, sungai
Kinabatangan di Sabah dan sungai Tembeling di Pahang.Jelaslah bahawa sungai-sungai ini masih
digunakan sebagai jalan perhubungan.

Selain itu, sungai juga penting sebagai saliran untuk pertanian. Kita sedia maklum bahawa negara kita juga
merupakan sebuah negara pertanian.Kita ada menanam padi, jagung, nenas dan lain-lain. Air sungai
digunakan untuk mengairi pertanian tersebut. Sebagai contoh sungai-sungai di negeri Kedah digunakan
untuk mengairi kawasan pertanian padi. Jelaslah bahawa sungai sangat penting untuk pertanian.

Di samping itu, sungai juga sangat penting sebagai sumber protein kepada masyarakat. Kita sedia maklum
bahawa di sungai kita terdapat banyak ikan, udang, siput dan sebagainya. Di sungai inilah masyarakat
dapat memancing, menjala ikan dan lain-lain lagi. Selain itu, ada juga orang membina kolam ikan atau
kolam udang di sungai. Oleh itu, kita perlulah menjaga sungai daripada tercemar kerana ada orang yang
bergantung rezeki kepada sungai.

Sungai juga penting sebagai pusat rekreasi dan tempat perkelahan. Kita sedia maklum bahawa di negara
kita terdapat banyak kawasan air terjun. Setiap hujung minggu ramai orang akan pergi ke kawasan air
terjun untuk berkelah, berkhemah dan bermandi- manda. Sebagai contoh air terjun Ulu Bendul di Negeri
Sembilan, air terjun Bekok di Johor, dan banyak lagi.

Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan sungai kepada manusia, haiwan dan juga tumbuh-
tumbuhan.Oleh itu, semua pihak haruslah sedar dan bekerjasama untuk menjaga sungai di negara
kita.Janganlah kita mencemari sungai dengan pelbagai kekotoran.Sayangilah sungai kita, kerana sungai
adalah nadi kehidupan manusia.
15
Faedah Program Kitar Semula Kepada Masyarakat dan Alam Sekitar
Memang tidak dinafikan bahawa program kitar semula sangat penting kepada manusia dan alam sekitar.
Hal ini demikian kerana, dengan wujudnya program kitar semula rakyat dapat hidup sihat dan sejahtera.
Contoh program kitar semula ialah mengitar semula bahan terpakai seperti kertas, plastik, besi dan lain-
lain lagi. Namun begitu, ramai masyarakat kita kurang member sambutan dengan program kitar semula ini.
Mereka lebih suka hidup mementing diri sendiri, umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing.Terdapat banyak manfaat atau faedahprogram kitar semula ini kepada manusia dan alam sekitar.

Faedah pertama program kitar semula ialah kita dapat menghindarkan daripada penyakit. Hal ini demikian
kerana, dengan program kitar semula sampah dan sisa pepejal akan diproses dan tidak dibuang merata-
rata tempat. Contohnya barang-barang buangan seperti kertas, tin-tin kosong, botol, plastic dan
sebagainya akan dimasukkan kedalam tong kitar semula. Kesannya kita dapat membanteras tempat-
tempat pembiakan nyamuk aedes, tikus, lipas dan serangga pembawa penyakit yang lain Kita juga dapat
mengelak daripada terkena penyakit berbahaya seperti demam dinggi, malaria, taun dan sebagainya.Hal ini
bertepatan dengan peribahasa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jelaslah bahawa, dengan
mengamalkan program kitar semula, masyarakat dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.

Faedah kedua program kitar semula ialah kita dapat menambahkan pendapatan sampingan. Hal ini kerana,
dengan program kitar semula kita dapat mengumpul dan menjual barang-barang terpakai. Contohnya kita
boleh menjual suarat khabar lama, besi buruk, kotak-kotak, botol-botol kosong dan lain-lain lagi. Kesannya
kita dapat menambah pendapatan sampingan selain dapat mengurangkan longgokan sampah di merata-
rata tempat. Wang tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian. Jelaslah bahawa,
program kitar semula ini perlu diamalkan kerana dapat menambah pendapatan kita.

Faedah ketiga program kitar semula ialah kita dapat mengurangkan pencemaran alam alam sekitar. Hal ini
kerana, dengan program kitar semula pembakaran sampah-sarap yang dibuang dapat dikurangkan.
Ontohnya pembakaran sampah secara terbuka di pusat pembuangan sampah boleh menyebabkan
masalah jerebu. Kesannya alam sekitar akan , bersih daripada pencemaran udara. Selain itu, masyarakat
juga dapat hidup sihat dan sejahtera. Jelaslah bahawa, program kitar semula perlu diamalkan kerana
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Faedah keempat program kitar semula ialah dapat menyelamatkan alam semula jadi. Hal ini kerana,
dengan program kitar semula aktiviti pembalakan, dan pelombongan dapa tdikurangkan kerana bahan-
bahan yang terpakai boleh dikitar semula. Contohnya perabot yang sudah terpakai boleh dibaiki serta dicat
semula dan dapat digunakan semula. Kesannya kawasan hutan semula jadi yang menjadi habitat folrad an
fauna dapat diselamatkan daripada ditebang. Jelaslah bahawa, program kitar semula perlu diamalkan
kerana dapat menyelamatkan alam semula jadi.

Kesimpulannya terdapat banyak faedah apabila kita mengamalkan program kitar semula. Oleh hal yang
demikian, semua rakyat perlulah menyokong program kitar semula yang dianjurkan oleh kerajaan.
Diharapkan dengan sokongan rakyat, negara kita akan bersih dan rakyat hidup dengan sejahtera. Selain itu
juga, diharapkan hasrat negara untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

You might also like