Q Karangan Peranan Ibu Bapa Keluarga Bahagia - Kesalahan Tatabahasa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Karangan Pendapat

Institusi kekeluargaan yang sihat merupakan asas paling dominan


dalam melahirkan keluarga bahagia. Konsep "Rumahku Syurgaku", turut menjadi
impian setiap manusia di muka bumi ini. Sudah pasti hidup dalam suasana
damai dan harmoni menjadi tuntutan fitrah manusia. Kita tidak mahu berlakunya
pergaduhan dan persengketaan yang boleh membawa keretakan rumah tangga.
Apakah peranan ahli keluarga dalam membina sebuah keluarga yang bahagia?
Tegasnya, ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang utama bagi
merealisasikan keluarga impian saya.

Pada pandangan saya, usaha yang paling utama ialah ibu bapa perlu membentuk
sahsiah anak-anak dengan cara yang paling berhemah. Hal ini terjadi
kerana sahsiah anak-anak perlu dibentuk sejak awal. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa wajar memberikan ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni.
Seterusnya, ibu bapa boleh menjadi guru kepada anak-anak dalam memberikan
didikan yang sempurna. Sebagai kesannya, anak-anak akan meniru jejak langkah ibu
bapa mereka sejak kecil. Selain itu, anak-anak akan menjadi insan yang
berwawasan pada masa hadapan. Hakikatnya, sikap bagaimana acuan begitulah
kuihnya perlu diterapkan oleh ibu bapa.

Usaha yang kedua ialah ibu bapa meluangkan masa bersama-sama anak-
anak pada waktu senggang. Hal ini berlaku kerana anak-anak mudah terusik
jiwanya jika tidak dibelai dengan kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri.
Dengan demikian, ibu bapa yang prihatin perlulah melakukan aktiviti luar
rumah seperti beriadah dan bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Saya
juga inginkan ibu bapa yang mengambil berat terhadap masalah anak-anak. Usaha
ibu bapa ini membolehkan anak-anak memperoleh kasih sayang daripada kedua-
dua orang ibu bapa. Selain itu, anak-anak tidak akan berasa kesunyian. Tegasnya, saya
inginkan ibu bapa bersikap bagai menatang minyak yang penuh dalam mendidik
anak-anak.

Usaha ketiga untuk melahirkan keluarga impian ialah sikap hormat-menghormati


antara ahli keluarga perlulah ditingkatkan oleh ibu bapa. Hal ini demikian
kerana sikap yang positif ini dapat mengelakkan daripada mencetuskan
pertelingkahan antara ahli keluarga Oleh itu, saya inginkan ahli keluarga agar
bersikap bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Yang paling penting
ialah ahli keluarga perlu mengambil berat terhadap keluarga. Sikap ini akan dapat
mewujudkan keluarga yang prihatin dan penyayang. Benarlah kata pujangga bahasa
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus ada dalam melahirkan keluarga
bahagia.

Tuntasnya, kehidupan yang bahagia tanpa persengketaan menjadi


harapan semua keluarga. Dengan itu, semua pihak harus bekerjasama bagai
aur dengan tebing untuk mewujudkan keluarga bahagia. Pada umumnya,
keluarga yang cemerlang dan gemilang dapat dilahirkan untuk menuju Wawasan
2020.

You might also like