Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Malaysia terletak di Hemisfera Utara, iaitu bahagian utara dari Garisan Khatulistiwa.

Ia terdiri
daripada 2 kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan (531.1 kilometer persegi).
Kedua-dua kawasan berbentuk muka bumi yang hampir sama, iaitu pinggir laut yang landai, hutan
tebal dan bukit bukau. Iklimnya ialah khatulistiwa tetapi bagi sesetengah tempat di Malaysia,
terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan utara Sabah mengalami iklim monsun
tropika.

Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,598km² bersempadan dengan Negara Thai di utara dan
Singapura di selatan manakala Sabah yang seluas 73,711km² dan Sarawak yang seluas 124,449km²
bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Negeri yang terbesar merupakan
Sarawak, melebihi 124,000km². Pahang yang mempunyai keluasan 35,965 km² merupakan negeri
yang terbesar di Semenanjung Malaysia manakala Perlis yang seluas 795 kilometer persegi adalah
negeri yang terkecil.

Negeri Sabah dan Sarawak terletak di pulau Borneo. Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagian,
iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat, dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, dengan
keluasan 91km² adalah terletak di persisiran pantai barat Sabah. Sarawak terdiri daripada Kuching,
Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limpang, Kapit, Bintulu dan Kota Samarahan.

Malaysia berhampiran dengan khatulistiwa antara garisan lintang 1° dan 7° Utara dan garisan bujur
100° dan 119° Timur dan tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup
dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Lazimnya, iklim di sini terbahagi kepada musim monsun
barat daya dan monsun timur laut. Purata suhu di hampir keseluruhan Malaysia ialah antara 21° C
hingga 32° C. Kelembapannya dikatakan agak tinggi.

Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru kerajaan persekutuan yang dibina untuk mengelakkan
kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada
1999 dan semua pejabat kerajaan pusat di Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan
akan dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town,
Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu

You might also like