Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH DUNIA (1500-1955) (PENGGAL 1)

Bincangkan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad 16 hingga abad 17 masihi.

Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dengan
aturan dan cara tertentu atau pergaulan hidup. Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan
untuk menerangkan susunan sosial masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah. Menurut Marc
Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat
berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri. Struktur masyarakat feudal terbahagi
kepada dua iaitu yang memerintah dan yang diperintah.

Ciri pertama bagi masyarakat feudal di England ialah kedudukan dan kuasa Raja. Munculnya
sistem pemerintahan monarki mutlak di England pada abad 16 hingga abad 17 masihi. Raja
mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja juga
mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Di England, pertentangan sering
berlaku antara raja dan golongan bangsawan apabila Raja mahu mengurangkan kuasa golongan
bangsawan. Contohnya, Raja Henry VII mengambil langkah tersebut untuk mengukuhkan
kedudukannya sebagai raja berkuasa mutlak.

Seterusnya ialah kemerosotan pengaruh bangsawan. Pengaruh dan kekuasaan golongan


bangsawan merosot menjelang abad 16 hingga 17 masihi. Hal ini kerana kedudukan raja semakin
kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam
bidang ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan ini
menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir
muncul apabila berlaku kemerosotan pengaruh bangsawan. Mereka menerima gaji daripada raja
kerana membantu mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran. Mereka juga terdiri daripada
rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan dalan pentadbiran.

Tambahan lagi, ciri-ciri masyarakat feudal di England ialah kedudukan knight. Menjelang abad ke-
16 dan 17 masihi, peranan dan kedudukan mereka mula berubah kerana pemerintahan England
tidak perlu lagi bergantung kepada khidmat mereka untuk mempertahankan negara daripada
ancaman musuh. Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaan
sendiri. Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight
sahaja malah golongan petani dan rakyat biasa juga boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan
tentera.

Selain itu ialah kewajipan peribadi. Wujud hubungan peribadi antara lord (tuan tanah) dan vassal
(penyewa tanah). Hubungan antara kedua pihak tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan
perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi perlindungan manakala satu lagi menawarkan
perkhidmatan tentera. Berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan
pada abad ke16 dan 17. Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi
bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan.

Seterusnya, ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad 16 hingga 17 masihi ialah mobiliti
sosial. Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan merupakan masyarakat yang bersusun lapis.
Setiap lapisan mempunyai kedudukan ekonomi , politik , dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam
kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan
peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Perubahan dalam bidang politik , ekonomi dan
sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17, mewujudkan mobiliti sosial dalam masyarakat.
Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan.
Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang
oleh rakyat biasa. Ini menyebabkan muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam
masyarakat .

Dalam konteks ini, satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan
perkhidmatan tentera. Masyarakat feudal mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek
sosial, politik dan ekonomi.

You might also like