Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

JURNAL PRAKTIKUM

MINGGU 4

MURID LEMAH JAWI

MUHAMMAD LUQMAN BIN NOOREZAN


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PANGLIMA
PRAKTIKUM FASA 1
PENULISAN JURNAL

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN

Memandangkan pengkhususan saya dalam bidang Pendidikan Islam, maka penggunaan


tulisan jawi digunakan secara maksimum sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mahupun lembaran kerja yang diberikan kepada murid. Justeru, antara isu yang dilihat perlu
diberi perhatian adalah terdapat murid yang masih lemah dalam penggunaan tulisan jawi.
Kelemahan yang dimaksudkan termasuk dari sudut bacaan dan tulisan itu sendiri. Menerusi
pemerhatian sepanjang masuk ke kelas, kelemahan tersebut merangkumi murid tidak dapat
membaca teks jawi dengan lancar, tidak mengetahui huruf-huruf jawi dan sebagainya. Masalah
sama turut berlaku dalam aspek bacaan al-Quran dan berlaku pada murid yang sama. Masalah
membaca merupakan satu masalah yang sukar diatasi pada peringkat guru mahupun pelajar itu
sendiri. Perkara ini sedikit merisaukan kerana saya perlu memastikan mereka boleh membaca
jawi memandangkan buku teks pendidikan islam keseluruhannya dalam tulisan jawi.

2.0 ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN

Berdasarkan kepada analisis dan penilaian saya, berikut merupakan masalah yang dihadapi dan
perlu diberi perhatian :

1. Kelemahan membaca dan menulis jawi berterusan ke bidang al-Quran.

2. Kelemahan bukan sahaja dari sudut bacaan bahkan turut melibatkan tulisan.

3. Aktiviti PdP tidak berjalan lancar dimana murid tersebut tidak boleh membaca teks jawi
dengan sendiri dan perlu kepada bimbingan guru
3.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU
KAJIAN LEPAS):

Johari dan Fazliana (2011) mendapati bahawa ramai guru yang mengalami masalah
dalam penggunaan aktiviti berbantukan teknologi dalam proses PdP di bilik darjah. Bagi
mengatasi masalah ini, saya akan mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah
ini. Antaranya ialah:

- Belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan hubungan interpersonal dan
intrapersonal.

- Memilih teknik pengajaran lisan yang sesuai dengan umur, minat, dan kebolehan murid
untuk digunakan dalam pengajaran tersebut.

4.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN

Beberapa solusi akan diberi perhatian untuk tujuan penambahbaikan dan kemajuan kepada
murid itu sendiri. Antaranya ialah membina kumpulan baru yang terdiri daripada pelbagai tahap.
Sebagai contoh, sesebuah kelas terdiri daripada 2 orang pelajar yang lancar membaca jawi dan
3 orang pelajar yang memerlukan bimbingan. Tujuannya adalah murid yang menguasai jawi akan
membantu dan membimbing rakan mereka yang lemah.

Selain itu, aktiviti PdP akan divariasikan dan melibatkan semua murid. Guru perlu
memperbanyakkan aktiviti dalam kumpulan dan berpusatkan murid supaya mereka dapat
bekerjasama dan saling bantu-membantu. Hal ini juga supaya murid akan berasa gembira
semasa sesi pengajaran itu berjalan. Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata
Gracey (1972) yang membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production)
dan guru kraf (craftman).
” Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali
sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran
yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu
’ bekerja ’, mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar. ”

Justeru, aktiviti PdPR yang dijalankan kemudian akan lebih berfokus kepada
pembelajaran berkumpulan namun perlu disesuaikan dengan norma baharu pembelajaran dalam
talian yang agak terbatas.

Guru juga perlu membiasakan penggunaan tulisan jawi di dalam kelas agar membentuk
kebiasaan murid terhadap tulisan dan penggunaan bahasa jawi dalam pembelajaran.

5.0 TEMPOH MASA PELAKSANAAN

Satu minggu
6.0 TINDAKAN SUSULAN

Penambahbaikan di dalam PdP merupakan satu kaedah memurnikan kembali PdP yang
dijalankan. Kekurangan dalam melaksanakan PdP merupakan perkara normal yang berlaku pada
setiap pendidik. Penambahbaikan di dalam bacaan dan tulisan merupakan fokus tindakan
susulan pada kali ini. Selain itu, saya sebagai seorang guru perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya iaitu tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan
murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja. Akses pendidikan perlu
diberikan secara menyeluruh dengan mengambil kira kepelbagaian tahap kognitif murid.

7.0 TARIKH TINDAKAN SUSULAN DIJALANKAN

26 Julai 2021

8.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah dikenal pasti telah memberikan sedikit impak positif walaupun tidak sepenuhnya. Ini dapat
dilihat apabila murid tersebut memberi maklum balas yang baik di kelas berikutnya dengan
menggunakan medium penyoalan yang tepat yang pelbagai setelah tindakan dilaksanakan oleh
guru.
9.0 KESIMPULAN

Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) dalam Salhah Abdullah (2009) berpendapat
bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah,
tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik,
kecerdasan logikal – matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti
penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan.
Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal pula harus
diberi perhatian untuk perkembangannya.
RUJUKAN

Abdullah, S. (2009). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: PTS Publisher.

Johari Hassan, & Fazliana Rashid. (2011). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di kalangan pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi


Malaysia,

Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & ` Engineering Education, 4, 22-37.

Bhd.Harry L.Gracey. (1972). Curriculum & Craftmanship. Elemtary School, 1-8.

John Goodld. (2001). Effective Teaching Strategies and Tools. Clayton K12, 1-8.

Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan Sekolah. Universiti Putra Malaysia, 1-16.

Zawawi. (1988). Prinsip dan Amalan Pengajaran, Klang: Utusan Publications & Distributors

Sdn.
Pandangan / Komen Guru Pembimbing

.........................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................

Tarikh :.......................................... Tandatangan :...........................................

Nama :

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing


.........................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................

Tarikh :.......................................... Tandatangan :...........................................

Nama :

You might also like