Set Soalan Sejarah Sem 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SET 2 [SOALAN 2]

JELASKAN KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-RASYIDIN (20M)

Kerajaan Khalifah al-Rasyidin terbentuk secara formal pada tahun 632M apabila Abu Bakar al-siddiq
dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.Gelaran Khalifah al-Rasyidin digunakan kerana empat
sahabat Nabi Muhammad iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,Khalifah Umar bin al-Khattab,Khalifah
Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib telah meneruskan dasar dan model kepimpinan Nabi
Muhammad saw.Pemerintahan Khalifah al-Rasyidin berlangsung selama 29 tahun iaitu bermula tahun
632M hingga 661M.Khalifah merupakan pengganti iaitu jawatan ketua negara yang dibentuk selepas
kewafatan Nabi Muhammad saw.Terdapat beberapa kaedah pemilihan khalifah pada zaman
pemerintahan khalifah al-Rasyidin.

Kaedah yang pertama ialah kaedah perundingan tanpa ada calon terlebih dahulu.Kaaedah ini
dilakukan kerana Nabi Muhammad saw tidak meninggalkan wasiat bagi penggantinya.Golongan
Muhajirin dan Ansar berkumpul di Balai Bani Saadah untuk berunding secara terbuka dan berhemah
mengenai pelantikan khalifah bagi menggantikan kepimpinan nabi.Terdapat tiga pencalonan iaitu terdiri
daripada Abu Bakar as-Siddiq,Umar al-Khattab dan Abu Ubadah.Ini kerana untuk mengelakkan
perselisihan faham di kalangan umat islam tetapi kedua-dua calon yang dicadangkan oleh Abu Bakar as-
Siddiq yang masing-masing mewakili golongan muhajirin dan golongan Ansar telah menarik diri dan
bersetuju mencalonkan Abu Bakar as-Siddiq.Perkara ini telah mendapat sokongan yang padu daripada
umat islam kerana Abu Bakar as-Siddiq pernah mengimamkan solat ketika Nabi Muhammad saw uzur
dan beliau juga merupakan sahabat yang paling rapat dengan nabi.Pelantikan Abu Bakar as-Siddiq
sebagai khalifah pertama umat islam pada tahun 632M dipilih dan dipersetujui secara musyawarrah dan
dibaiah oleh seluruh umat islam Madinah dan golongan Yahudi.Jelaslah bahawa, pelantikan Abu Bakar
as-Siddiq menunjukkan unsur demokrasi berkembang subur.

Selain itu,kaedah cadangan seorang calon dari khalifah terdahulu juga turut diguna pakai oleh umat
islam. Kaedah ini dilakukan sewaktu Khalifah Abu Bakar berada dalam keadaan gering dan beliau
mencalonkan Umar al-Khattab bagi mengelakkan keadaan negara Kembali huru-hara sebagaimana
situasi yang berlaku pada zamannya seperti kewujudan nabi palsu dan golongan murtad.Umar al-
Khattab dicalonkan kerana dirinya yang banyak membantu nabi dalam pentadbiran dan Gerakan
dakwah serta beliau merupakan sahabat terkanan kepada nabi Muhammad saw.Kriteria pemilihan
khalifah kedua ini berdasarkan ketokohan,kebolehan,berhikmah,bijaksana,taqwa dan ciri-ciri yang
terdapat dalam al-Quran.Setelah Khalifah Abu Bakar meninggal dunia,mussyawarrah dilakukan untuk
pencalonan Umar al-Khattab bagi mendapatkan persetujuan penuh.Jelaslah bahawa, al-Khattab layak
menjadi khalifah kedua selepas kewafatan nabi Muhammad saw kerana telah berjaya mendapat suara
majoriti setelah bermusyawarrah dan menerima baiah dari umat islam secara sukarela tanpa sebarang
bantahan.
Kedah ketiga ialah kaedah pemilihan khalifah melalui jawatankuasa khas.Sebelum khalifah Umar al-
Khattab meninggal dunia kerana ditikanm oleh hamba berketurunan Parsi,beliau telah mengusulkan
nama-nama calon yang layak menjadi khalifah selepasnya.Senarai calon tersebut adalah dalam kalangan
enam sahabat besar iaitu Uthman bin al-Affan,Ali bin Abi Talib,Saad bin Abi Waqas,,Zubair bin Awwam,
Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah.Tetapi empat daripada mereka telah menarik diri
daripada pencalonan khalifah baharu iaitu Saad bin Abi Waqqas,Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin
Auf dan Talhah bin Ubaidillah bahkan mereka bertindak sebagai jawatankuasa atau wakil umat islam
untuk pemilihan khalifah baharu menggantikan Khalifah Umar al-Khattab.Selepas kewafatan khalifah
Umar al-Khattab, semua calon telah berkumpul dan bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat
bernama al-Miswar bin Makhramah dan anak kepada Khalifah Umar al- Khattab telah menjadi
pemerhati dalam perbincangan tersebut. Mesyuarat ini telah dilakukan sebelum empat daripada
mereka menarik diri daripada pencalonan tersebut.Dalam pemilihan tersebut,Uthman bin al-Affan telah
mendapat sokongan yang kuat berbanding saidina Ali bin Abi Talib bahkan Ali bin Abi Talib juga turu
membaiah khalifah Uthman bin al-Affan sebagai khalifah seterusnya . Secara tidak langsung, kaedah ini
menunjukkan unsur demokrasi untuk memilih khalifah yang baru.

Akhir sekali, kaedah yang telah digunakan ialah kaedah pemilihan khalifah secara paksaan sekumpulan
umat islam. Kumpulan pemberontak dari Mesir telah mendesak dan mengusulkan Ali bin Abi Talib,
sekumpulan umat islam dari Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah manakala sekumpulan umat
islam dari Kufah mencalonkan Zubair bin Awwam sebagai khalifah.Ini berlaku kerana umat islam telah
berpecah dan berselisih faham dalam menentukan bakal khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman
bin al-Affan kerana angkara hasutan golongan yahudi.Bahkan pelantikan Ali bin Abi Talib akhirnya
disokong majoriti umat Islam secara musyawarrah dan dibaiah penduduk Mesir,Hijaz,Basrah dan Kufah.
Ini jelaslah, pemilihan dan pelantikan Khalifah Ali bin Abi Talib memang demokratik kerana memenuhi
kriteria dan keadaan darurat tersebut.

Kesimpulannya,terdapat beberapa kaedah pemilihan khalifah pada zaman khalifah al-Rasyidin yang
mana kesemuanya berdasarkan amalan syura dan baiah.Setelah calon khalifah yang dipilih mendapat
persetujuan dan sokongan umat islam maka dengan secara rasminya beliau dipilih sebagai pemimpin
negara islam.
SET 7 [SOALAN 2]

NILAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB PADA ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN DAN
KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ PADA ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH (20 M)

Khalifah Umar al-Khattab berasal dari keturunan Bani Adi, salah satu Quraisy berpengaruh dan
dipandang mulia.Umar al-Khattab merupakan Khalifah al-Rasyidin kedua dan memerintah selam kira-
kira 10 tahun iaitu diantara tahun 13 hingga 23H.Beliau adalah khalifah pertama yang digelar Amirul
Mukminin.Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah khalifah Umayyah ke 8 dan memerintah dari tahun 99
hingga 101H.Beliau menjadikan para ulama dan fuqaha sebagai penasihat utama dalam pentadbiran
negara.Pelantikan Umar Abdul Aziz adalah atas wasiat bertulis Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.Dasar
pemerintahan dan keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz berbeza dengan pemerintah Umayyah
sebelumnya sehingga sebahagian sejarawan menganggapnya sebagai Khalifah al-Rasyidin kelima kerana
dasar pemerintahannya mirip dengan pemerintahn Khalifah al-Rasyidin.

Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab dari segi politik ialah memperkasakan fungsi majlis syura.Bagi
memastikan segala polisi dan dasar pentadbiran negara berjalan lancar, Khalifah Umar al-Khattab telah
memperkasakan peranan Majlis Syura yang merupakan badan perundingan tertinggi negara.Majlis Syura
ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.Sebelum ini,majlis
syura hanya terdiri daripada satu bahagian sahaja dan terbuka kepada semua rakyat.Semua perkara
berkaitan politik,ekonomi dan social dibincangkan dalam kedua-dua majlis syura berkenaan.Melalui
amalan syura ini, Khalifah Umar membuka seluas-luasnya peluang dan kebebasan kepada semua rakyat
untuk mengemukakan usul dan pandangan demi kebaikan dan keutuhan ummah dan negara manakala
Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengembalikan amalan syura dalam pentadbiran. Ini merupakan
sumbangan beliau dalam bidang politik.Khalifah Umar Abdul Aziz telah melaksankan reformasi
pentadbiran dengan menghidupkan Kembali amalan syura yang telah lama tidak dipratikkan oleh
Khalifah Umayyah sebelumnya.Jelaslah bahawa,kedua-duakhalifah mempratikkan amalan syura yang
telah digunapakai dari zaman Khalifah Abu Bakar.

Selain itu, sumbangan Khalifah Umar al-Khattab juga meliputi bidang ekonomi iaitu memantapkan
pengurusan baitulmal.Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar al-Khattab telah memantapkan fungsi
baitulmal secara sistematik berikutan harta kerajaan semakin bertambah seiring dengan pertambahan
wilayah islam.Pada zaman nabi dan khalifah Abu Bakar, harta negara terus diagihkan kepada mereka
yang berhak menerimanya tetapi pada zaman Khalifah Umar, harta-harta negara yang begitu banyak
tidak dapat diagihkan dengan segera dan terpaksa disimpan di baitulmal.Sumber-sumber kewangan
negara berpunca daripada bayaran zakat,ghanimah,fay ‘,jizyah,kharja,usyur dan harta peninggalan yang
tidak mempunyai waris manakala sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam bidang ekonomi juga
mengenai baitulmal iaitu memulihkan perbendaharaan baitulmal.Pengurusan perbendaharaan negara
dipulihkan.Harta baitulmal adalah amanah rakyat dan bukan milik peribadi khalifah atau pegawai
baitulmal.Harta yang tidak diketahui pemiliknya dijadikan hak milik negara dan dimasukkan ke dalam
baitulmal untuk dimanfaatkan semula kepada rakyat.Khalifah Umar Abdul Aziz menghapuskan tradisi
politik feudal dalam sistem politik Khalifah Umayyah yang membenarkan pemerintah memiliki kekayaan
secara tidak sah.Segala harta milik ahli keluarga khalifah-khalifah sebelumnya yang diperoleh dengan
cara yang tidak sah akan dimasukkan kedalam baitulmal atau diserahkan kepada pemilik asal yang
dizalimi.Jelaslah bahawa,kedua-dua khalifah membaik pulih dan meningkatkan sistem perbendaharaan
baitulmal dengan lebih efisien.

Sumbangan ketiga dari segi sosial oleh Khalifah Umar al-Khattab ialah perkembangan pendidikan.
Khalifah Umar al-Khattab mengambil berat tentang kemajuan dalam bidang pendidikan berdasarkan
ajaran al-Quran dan hadis.Pendidikan islam dan kelas-kelas al-Quran diadakan di seluruh wilayah islam.
Ramai guru-guru agama dihantar ke wilayah-wilayah islam untuk mengajar ilmu agama khususnya
tauhid.Khalifah Umar al-Khattab melaksanakan pengumpulan al-Quran bagi menyambung usaha yang
telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar manakala sumbangan sosial oleh Khalifah Umar Abdul Aziz pula
ialah perkembangan pendidikan dan keilmuan.Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, berlaku
perkembangan pesat dalam bidang ilmu naqli dan aqli.Pusat perubatan telah dipindahkan dari
Iskandariah ke Antioch dan Harron untuk mengurangkan pengaruh perubatan asing dalam perubatan
islam.Khalifah Umar mengambil inisiatif mengumpul,menyusun dan membukukan hadis-hadis nabi bagi
rujukan umat islam.Jelaslah bahawa, kedua-dua khalifah mementingkan pendidikan yang berlandaskan
al-Quran dan hadis bagi mencapai kemajuan dalam kehidupan umat islam.

Kesimpulannya,Khalifah Umar al-Khattab merupakan seorang pemimpin berwibawa,tegas,cekap dan


berpandangan jauh manakala keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz banyak mempengaruhi dasar
pemerintahannya sehingga sebahagian sejarawan menyifatkan beliau sebagai tokoh mujadid dan
“Khalifatul al-Khamis”yang bermaksud Khalifah al-Rasyidin Kelima.Oleh itu, kejayaan kedua-dua khalifah
ini adalah hasil kecekapan dan kebijaksanaan mereka dalam mengendalikan pentadbiran negara di
samping kestabilan dan keamanan yang diwarisi dari Khalifah Abu Bakar.
SET 8 [SOALAN 2]

NILAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR PADA ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN DAN KHALIFAH
HARUN AL-RASYID PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH (20 M)

You might also like