Report Penggulungan Syarikat Akta Syarikat 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PARTNERSHIP & COMPANY LAW

TOPIK : PENGGULUNGAN SYARIKAT


NAMA PENSYARAH : MADAM AZIZAH

NAMA ID PELAJAR
RECHOLIVESTER ANAK 0097-DDWW-18
FREDDIE
MARIA ASYIKEN BINTI 0019-DDWW-18
MOHAMAD AFFIZAN
PENGENALAN

 Penggulungan syarikat adalah suatu proses dimana sesebuah syarikat dibubarkan.


 Apabila sesebuah syarikat digulung atau dibubarkan, perniagaannya akan diberhentikan,
harta benda akan dijual, pemiutang-pemiutang akan dibayar dan lebihan aset akan
dibahagikan kepada ahli.
 Seksyen 432(1) Akta Syarikat 2016, pengggulungan sesuatu syarikat boleh dilaksanakan
sama ada
(a)melalui suatu perintah penggulungan yang dibuat oleh Mahkamah;atau
(b)melalui suatu penggulungan sukarela.

JENIS-JENIS PENGGULUNGAN
1. Penggulungan melalui Mahkamah
2. Penggulungan secara sukarela
a) Penggulungan sukarela anggota
b) Penggulungan sukarela pemiutang
3. Penggulungan melalui pembatalan oleh pendaftar

PENGGULUNGAN SYARIKAT OLEH MAHKAMAH


 Seksyen 464(1) sesuatu syarikat, sama ada digulung secara sukarela atau tidak, boleh
digulung dibawah sesuatu perintah Mahkamah atas petisyen mana-mana satu daripada
yang berikut atau lebih:
a) syarikat;
b) mana-mana pemiutang, termasuklah pemiutang luar jangka atau prospektif, bagi syarikat;
c) seseorang penyumbang atau mana-mana orang yang merupakan wakil diri kepada
penyumbang yang mati atau pemegang amanah bagi kebankrapan atau Ketua Pengarah
Insolvensi bagi estet penyumbang yang bankrap;
d) penyelesai;
e) Menteri atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 465(1)(d) atau (l);
f) dalam hal sesuatu syarikat yang merupakan suatu institusi berlesen di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan yang
bukan merupakan suatu institusi anggota di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2011, Bank Negara Malaysia;
g) dalam hal sesuatu syarikat yang merupakan pengendali sistem pembayaran ditetapkan di
bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,
Bank Negara Malaysia;
h) Pendaftar atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 465(l)(k); atau
i) dalam hal sesuatu institusi anggota di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
2011, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia yang disebut dalam seksyen 99 Akta itu.

Pihak-pihak yang layak memohon penggulungan melalui Mahkamah


a. Syarikat
b. Pemiutang
c. Penyumbang
d. Pendaftar
e. Menteri (Kewangan)
f. Menteri
g. Penyelesai
h. Bank Negara Malaysia
Keadaan syarikat boleh digulung oleh Mahkamah
Seksyen 465(1)(a)-(l):
a) Syarikat melalui ketetapan khas memutuskan supaya syarikat hendaklah digulungkan oleh
Mahkamah.
b) Syarikat ingkar dalam menyerahkan simpan akaun berkanun dibawah subseksyen 190(3).
c) Syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa satu tahun dari pemerbadanannya atau
menggantungkan perniagaannya selama satu tahun.
d) Syarikat itu tidak mempunyai anggota.
e) Syarikat tidak mampu untuk membayar hutangnya.
f) Pengarah bertindak dalam hal ehwal syarikat demi kepentingan pengarah sendiri daripada
demi kepentingan anggota secara keseluruhan atau bertindak mengikut apa-apa cara lain
yang didapati tidak saksama atau tidak adil kepada anggota.
g) Apabila tempoh, jika ada, ditetapkan bagi jangka masa syarikat oleh perlembagaan tamat
atau peristiwa , jika ada, yang sekiranya berlaku syarikat hendaklah dibubarkan
sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan.
h) Mahkamah berpendapat bahawa adil dan saksama yang syarikat digulung.
i) Syarikat memegang suatu lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan bahawa lesen itu telah dibatalkan atau
diserahkan balik.
j) Syarikat menjalankan perniagaan dilesenkan tanpa dilesenkan dengan sewajarnya atau
syarikat menerima, mendapat atau mengambil deposit di Malaysia, dengan melanggar
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
k) Syarikat digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apa maksud
yang menjejaskan atau tidak bersesuaian dengan keamanan, kebajikan, keselamatan,
kepentingan awam, ketenteraman awam, keadaan yang baik atau prinsip moral di
Malaysia.
l) Menteri telah membuat pengisytiharan di bawah seksyen 590.

Permulaan penggulungan oleh Mahkamah


Seksyen 467(1)&(2)
 Jika sebelum penyerahan petisyen penggulungan suatu ketetapan telah diluluskan oleh
syarikat bagi penggulungan sukarela, penggulungan syarikat itu hendaklah disifatkan telah
bermula pada masa ketetapan itu diluluskan, dan, melainkan jika difikirkan patut oleh
mahkamah untuk mengarahkan selainnya setelah dibuktikan fraud atau kesilapan, segala
prosiding yang dijalankan dalam penggulungan sukarela itu hendaklah disifatkan telah
dijalankan secara sah.
 Dalam apa-apa hal lain, permulaan penggulungan hendaklah pada tarikh perintah
penggulungan.

Kesan penghantaran petisyen


 Seksyen 472 Pengelakan pelupusan harta atau penahan tertentu, dsb.
1) Apa-apa pelupusan harta syarikat, selain pelupusan terkecuali, termasuklah apa-apa
pemindahan syer atau pengubahan dalam kedudukan anggota syarikat yang dibuat selepas
penyerahan petisyen penggulungan hendaklah, melainkan jika Mahkamah mengarahkan
selainnya, terbatal.
2) “pelupusan terkecuali” ertinya suatu pelupusan yang dibuat oleh penyelesai, atau oleh
penyelesai interim bagi syarikat dalam kuasa yang diberikan kepadanya.
3) Apa-apa penahanan, sekuestari, distres atau pelaksanaan yang berkuatkuasa terhadap
estet atau barang syarikat selepas penyerahan petisyen penggulungan hendaklah terbatal.
 Seksyen 473 Petisyen sebagai lis pendens.
1) Apa-apa petisyen bagi penggulungan sesuatu syarikat hendaklah menjadi suatu lis
pendens mengikut pengertian mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
kesan lis pendens keatas pembeli atau pemegang gadai janji.

Kesan perintah penggulungan


Seksyen 475 - Suatu perintah bagi penggulungan sesuatu syarikat hendaklah berkuatkuasa
dengan memihak kepada semua pemiutang dan penyumbang bagi syarikat seolah-olah dibuat
secara petisyan bersama oleh pemiutang dan penyumbang.

Penggulungan secara Sukarela


 Penggulungan sukala boleh dibahagikan kepada dua, iaitu penggulungan sukarela anggota
dan penggulungan sukarela pemiutang. Seksyen 439 Hal keadaan yang syarikat boleh
digulungkan secara sukarela:
1) Sesuatu syarikat boleh digulung secara sukarela-
a) apabila tempoh, jika ada, yang ditetapkan bagi jangka masa syarikat oleh perlembagaan
tamat tempoh, atau peristiwa itu, jika ada, berlaku, yang apabila berlaku perlembagaan itu
memperuntukkan bahawa syarikat itu hendaklah dibubarkan dan syarikat itu dalam
mesyuarat agung telah meluluskan suatu ketetapan yang menghendaki syarikat itu
digulung secara sukarela; atau
b) jika syarikat memutuskan sedemikian melalui ketetapan khas.

Tarikh permulaan penggulungan


Seksyen 441 (1) Sesuatu penggulungan sukarela hendaklah bermula -
(a) jika seseorang penyelesai interim dilantik sebelum ketetapan bagi penggulungan sukarela
diluluskan, pada masa apabila pengisytiharan yang disebut dalam seksyen 440 diserahsimpan
dengan Pendaftar; dan
(b) dalam apa-apa hal lain, pada masa ketetapan bagi penggulungan sukarela diluluskan.

Kesan penggulungan sukarela


Seksyen 442 :-
(1) Syarikat hendaklah terhenti daripada menjalankan perniaannya dari permulaan
penggulungan kecuali setakat yang dikehendaki pada pendapat penyelesaian bagi faedah
penggulungan.
(2) Walau apa pun apa-apa jua sebaliknya dalam pelembagaan, keadaan korporat dan kuasa
korporat syarikat hendaklah diteruskan sehingga syarikat dibubarkan.
(3) Apa-apa pemindahan syer, yang bukan suatu pemindahan yang dibuat kepada atau dengan
kebenaran penyelesaian, dan apa-apa perubahan dalam kedudukan anggota yang dibuat
selepas permulaan penggulungan, hendaklah terbatal.

Penggulungan Sukarela Anggota


 Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh akuan tersebut sebelum ia boleh
dikuatkuasakan, iaitu:
(i) dibuat dalam mesyuarat pengarah;
(ii) dibuat dalam masa lima minggu sebaik sahaja sebelum resolusi untuk penggulungan
sukarela diluluskan;
(iii) dikepilkan bersama-samanya suatu pernyataan mengenai hal ehwal syarikat yang
menunjukkan aset-aset syarikat, dan jumlah amaun yang dianggarkan dihasilkan darinya,
tanggungan-tanggungan syarikat, dan perbelanjaan penggulungan yang dianggarkan; dan
(iv) menyerahsimpan kepada Pendaftar sebelum tarikh notis dikeluarkan untuk memanggil
mesyuarat untuk menetapkan resolusi penggulungan sukarela yang dicadangkan.
Penggulungan Sukarela Pemiutang
 Untuk memulakan penggulungan sukarela pemiutang, mesyuarat hendaklah diadakan
kerana jika syarikat tidak solven, pemiutang hendaklahh mengambil bahagian didalam
proses penggulungan sejak dari awal lagi.
 Jika syarikat menganggap ianya sebagai tak solven dan perlu digulung, syarikat hendaklah
melaporkan perkara tersebut kepada anggota. Anggota akan dipanggil dalam mesyuarat
syarikat untuk memutuskan dua perkara, iaitu:
(i) Meluluskan resolusi khas agar syarikat digulung; dan
(ii) Melantik likuidator.

You might also like