Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

BAB 1

PENGENALAN ORGANISASI

1.0 PENDAHULUAN
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat
menyiapkan tugasan terakhir bagi menamatkan pengajian di tahun ini, iaitu
melaksanakan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang telah ditetapkan
serta menyedaikan laporan latihan industri pada masa dan waktu yang dikehendaki
oleh penyelia akademik. Saya telah melaksanakan latihan industri ini selama 3 bulan
bermula pada 2 ogos 2021 sehingga 22 oktober 2021 bersamaan 12 minggu di Pejabat
Pendidikan daerah Semporna. Sepanjang menjalankan latihan industri ini saya telah
mendapat pelbagai ilmu untuk mempratikan diri saya mengenai teknik-teknik
pengurusan, pembelajaran, kerja berkumpulan dan banyak lagi. Bagi saya latihan
industri ini mampu memberi peluang kepada pelajar untuk merasai alam pekerjaan
yang sebenar. Latihan industri di Pejabat Pendidikan daerah Semporna ini juga telah
meningkatkan pengetahuan saya dan membuka minda saya tentang pekerjaan yang
sebenar. Selain itu, keyakinan saya juga semakin bertambah setelah melibatkan diri
dalam pengurusan dan pembelajaran yang di laksanakan di Pejabat Pendidikan daerah
Semporna.

1.1 LATAR BELAKANG


Seiring dengan pembangunan pendidikan yang pesat di Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia mula melaksanakan kewujudan satu organisasi
pendidikan di setiap daerah atau jajahan di setiap negeri- negeri termasuklah daerah
Semporna.
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna terletak kira- kira 5km daripada pekan
Semporna. Pejabat Pendidikan Daerah Semporna merupakan sebuah organisasi
kerajaan yang telah lama ditubuhkan sejak tahun 1960. Pejabat Pendidikan Daerah
terbahagi kepada dua sektor iaitu sektor pengurusan dan sektor pembelajaran.
1.2 VISI
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera

1.3 MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara

1.4 MOTO
PPD Semporna no 1 mendepani cabaran

1.5 PIAGAM PELANGGAN


Kami warga pejabat pendidikan daerah Semporna dengn penuh tekad dan iltizam,
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

- Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama.


- Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat
akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima aduan
dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat
lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh disahkan.
- Memastikan permohonan pertukaran murid diproses dan diberikan keputusan dalam
tempoh 7 hari jika memenuhi syarat.
- Memastikan surat penempatan guru dan pertukaran guru ke negeri atau daerah dapat
diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima atau dari
tarikh permohonan diluluskan.
- Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari
keputusan dikeluarkan.
- Memastikan keputusan permohonan rayuan bersekolah semula dikleluarkan dalam
tempoh 21 hari bekerja.
- Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas
dokumen lengkap diterima.
- Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan dalam tempoh 5
hari bekerja dari tarikh terima laporan.
1.6 CARTA ORGANISASI PEGAWAI- PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH SEMPORNA.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

IBNU HJ JAANI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DG54

SEKTOR PERANCANGAN SEKTOR PEMBELAJARAN SEKTOR SEKTOR PEMBANGUNAN SEKTOR PISIKOLOGI SEKTOR SEKTOR PENGURUSAN
PENGURUSAN MURID DAN KAUNSELING PENTAFSIRAN DAN
SEKOLAH PEPERIKSAAN
HAJAH SITI NAMLA BINTI MOHD MANSUR BIN MOHD NORMADIAH BINTI MANJA BIN ABD KAHAL OMAR BIN MOHD NASIR BIN HJ KIRINO MUHAMMAD FUAD STEPHEN BIN
HAJI ABDUL HAMID ZAMAN MANAP (Timbalan Pegawai JOHANI (Penolong Pegawai YABAN
(Timbalan Pegawai (Timbalan Pegawai (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah DG48) (Kaunselor Pendidikan Pendidikan Daerah (Pegawai Eksekutif Tinggi N36)
Pendidikan Daerah DG48) Pendidikan Daerah DG48) Pendidikan Daerah Daerah DG48) DG44)
DG48)
SISC + BAHASA PENGUPAYAAN PEMBANGUNAN BAKAT IRWAN BIN MADANI KEWANGAN, SUMBER
LAWADDIN BIN JAMMAAL KEPIMPINAN MURID (Penolong Pegawai INFRASTRUKTU MANUSIA, ICT
(Penolong Pegawai SEKOLAH Pendidikan Daerah R DAN &
Pendidikan Daerah DG44) BDUL NASIR BIN HJ PAISAL HJH GAMBALIDAH ZUL AHMAD BIN KASUAGI DG44) PEROLEHAN PENTADBIRAN
(Pegawai SISC+ DG54) BINTI MUHAMMAD (Penolong Pegawai AM
JAHILI Pendidikan DG44)
SAIDATUL IZDIHAR BINTI (Pegawai SIP + DG54)
AMIR BANGSA
(Pegawai SISC+ DG44) HJH HALIMAH BINTI HJ
ABDUL HAMID
(Pegawai SIP + DG54)
MADRAZIS BIN MUHAMMAD SISC + MATEMATIK DAN UNIT PRASEKOLAH & HAL EHWAL MURID TALSAN BIN HAJI KOSONG
(Penolong Pegawai SAINS RENDAH JUNNAHARI (Pembantu
Pendidikan Daerah DG44) (Pegawai Tadbir (P/O)
TAN SENG HONG IBRAHIM BIN HAMJIRUL SUFIAN BIN MAIDIN Eksekutif Kanan N29
(Pegawai SISC + DG48) (Penolong Pegawai (Penolong Pegawai DG44) N32
Pendidikan DG44) MASLINAH
ABDUL LACHIK BIN KOSONG BINTI ARDEE
MARALEH FAZLAN BIN LAKIBOL (Ketua Pembantu (Pembantu
(Pegawai SISC+ DG44) (Penolong Pegawai Tadbir N29) Tadbir (P/O)
Pendidikan DG44) N19)
ELLINA @
MAHADIR BIN ALIMAN HASNAH BINTI ERVINNA BINTI
(Penolong Pegawai MAAJULA AHMADA
Pendidikan DG44) (Penolong (Pembantu
Akuantan W29 Tadbir (P/O)N19
SISC + TVET UNIT MENENGAH &
TINGKATAN 6 NASLINAH BINTI WAHIDAH BINTI
YUEN MOI CHIN @ ANNIE MOKHSAR BIN HJ ABU BAKAR AB JAL
YUAN RUBAMA (Pembantu Tadbir (Pembantu
(Pegawai SISC + DG44) (Penolong Pegawai (P/O) N22) Tadbir (P/O)
Pendidikan DG44) N19)
MOHD FAIEZ JAUHARI BIN KOSONG
MOHD JAMIL AZAMAN @ AZMAN BIN (Pembantu MASNAH BINTI
(Pegawai SISC+ DG44) MOHD ZAKARIA Akauntan) BARAHANG
(Penolong Pegawai (Pembantu
Pendidikan DG44) KOSONG Tadbir (P/O)
(Pembantu Tadbir N19)
MAZLINAH BINTI MOHD Kewangan W19)
YASIN NORSIAH BINTI
(Penolong Pegawai SHAFURAH BINTI BASIRAN
Pendidikan DG44) SALLEH (Pembantu
SISC + SAINS SOSIAL UNIT SWASTA (Pembantu Tadbir Tadbir (P/O)
(P/O) N19 N19)
HJ ASMALIZAN BIN HJ MUDA MUHAMMAD SAHIM BIN
@ JUSOH HAJI ABDUL LASID KOSONG ROS @ ZALEHA
(Pegawai SISC+ DG48) (Penolong Pegawai (Pembantu Tadbir BINTI ABD ZAL
Pendidikan DG44) (P/O) N19) (Pembantu
MARIA BIN OMAR BAKI Tadbir (P/O)
(Pegawai SISC + DG48) ANUGERAH MOHD N19)
PENDIDIKAN ISLAM BIN JUHAILI
MUHAIMIN BIN MOBIN (Penolong SAPARI BIN
(Penolong Pegawai Jurutera JA29) SAPAR
Pendidikan DG48) (Pembantu
Tadbir (P/O)
MOHAMMAD SALLEH BIN N19)
JUHURI
(Penolong Pegawai MOHD AMIR BIN
Pendidikan DG44) MAD
BULANGSING
PENDIDIKAN KHAS (Juruteknik
MOHD SAFIE BIN BARUUN Komputer FT19)
(Penolong Pegawai
Pendidikan DG48) HARIS BIN
BISKAI
NOREEN BINTI HASNY (Pembantu Laut
(Penolong Pegawai A19)
Pendidikan DG48)
SARAIL BIN
SAIPUDIN
(Pembantu
Operasi N11)

AZMAN SOFFIAN
BIN ANAL RAJA
(Pembantu
Kenderaan H11)
PEMULIHAN KHAS
JAMJURA BINTI ABU KALA
(Penolong Pegawai
Pendidikan DG44)

ISMAIL BIN HASSAN


(Penolong Pegawai
Pendidikan DG44)

HJH MAIMUNAH BINTI ALI


OSMAN
(Penolong Pegawai
Pendidikan DG44)

FARHANAH BINTI ABDUL


NAPIS
(Penolong Pegawai
Pendidikan DG44)

SUMBER & TEKNOLOGI


PENDIDIKAN
ARMAN BIN ABDUL RAHIM
(Penolong Pegawai
Pendidikan DG48)
KHIDMAT SOKONGAN KHIDMAT SOKONGAN KHIDMAT KHIDMAT SOKONGAN
PROFESSIONAL PROFESSIONAL SOKONGAN PROFESSIONAL
PROFESSIONAL
MARSHITA BINTI NULHAKIM MUSLIMAH @ NORASMAH ABDUL KAHIL BIN JULITA BINTI EDWARD
(Pembantu Tadbir N19) BINTI AMIKABUL MADTARASAN (Pembantu Tadbir N19)
(Pembantu Tadbir N19) (Pembantu Tadbir N19)
1.7 CARTA ORGANISASI UTAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEMPORNA

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

IBNU BIN HJ JAANI


(PEGAWAI PENDIDIKAN DEARAH SEMPORNA DG54)

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
SEKTOR PEMBELAJARAN
SEKTOR PERANCANGAN
MANJA BIN ABD KAHAL
NORMADIAH BINTI MOHD MANAP
MOHD MANSUR BIN MOHD ZAMAN (TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DG48)
HAJJA SITTI NAMLA BINTI HAJI ABDUL HAMID (TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DG48)
(TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DG48)
(TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DG48)
BAB 2
OPERASI HARIAN ORGANISASI

2.O Aktiviti Utama Organisasi


2.1 Masyuarat Mingguan
Masyuarat mingguan merupakan masyuarat penting yang dilaksanakan
oleh pihak PPD Semporna pada hari Isnin dan Jumaat. Masyuarat ini bertujuan untuk
membincangkan hal-hal yang berbangkit mengenai sekolah- sekolah di daerah
Semporna khususnya.
BAB 3
AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Bidang tugas yang diberi pada minggu pertama secara keseluruhannya adalah tidak
bersesuaian dengan bidang saya. Hal ini kerana, tugas-tugas seperti menyususn fail
dan menyusun atur ruangan tempat kerja adalah lebih kepada etika menjaga
kekemasan dan keselesaan di tempat kerja. Adapun tugasan seperti membantu
pegawai menghasilkan slide pembentangan menggunakan aplikasi Powerpoint dan
Word, itu lebih kepada soft skill individu. Namun begitu, tugasan sebegini bukanlah
sesuatu yang tak lazim bagi sesebuah organisai lebih-lebih lagi saya telah ditempatkan
di sektor pembelajaran PPD Semporna. Justeru itu, saya menganggap bahawa tugasan
ini adalah lebih kepada penyesuaian di alam pekerjaan yang terikat dengan sistem
penstrukturan kerja.
Bidang tugas yang diberi pada minggu kedua secara keseluruhannya adalah baik.
Pada minggu ini kami telah di beri tugas oleh Pegawai Sektor Pembelajaran iaitu
Encik Mansor dalam mereka semula design serta memperbaharui isi kandungan Buku
Sinergi. Buku ini merupakan buku penerangan mengenai skop tugasan sektor
pemebelajaran khususnya. Selain itu, pada minggu ini juga saya terlibat secara
langsung bersama pelajar latihan industri yang lain dalam menyemarakkan sambutan
bulan kemerdekaan dengan menyumbang tenaga membantu menghias PPD
Semporna.
BAB 4
MINI PROJEK

4.0 LATARBELAKANG KAJIAN


Pejabat Pendidikan Daerah Semporna merupakan sebuah organisasi kerajaan
yang telah lama ditubuhkan sejak tahun 1960. Pejabat Pendidikan Daerah Semporna
terbahagi kepada dua sektor iaitu sektor pengurusan dan sektor pembelajaran. Sektor
pembelajaran merupakan salah satu sektor yang terdapat dalam organisasi Pejabat
Pendidikan Daerah Semporna yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa
kepada Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.
Mini projek merupakan projek kecil yang akan dilaksanakan oleh pelajar-
pelajar yang menjalani latihan industri pada tahun akhir. Mini projek ini dilaksanakan
sewaktu pelajar- pelajar sedang menjalani latihan industri. Tujuan pelaksanaan mini
projek adalah untuk melengkapkan salah satu bahagian dalam laporan penuh latihan
industri. Dalam mini projek ini, saya memilih untuk menghasilkan sebuah buku
sinergi untuk sektor pembelajaran di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna sebagai
kajian mini projek yang akan saya jalankan.
Sinergi ialah sebuah buku panduan untuk para tetamu atau pengunjung yang
datang ke Pejabat Pendidikan Daerah Semporna supaya mereka akan mengetahui
lebih dalam mengenai sektor pembelajaran yang terdapat di PPD Semporna. Selain
itu, buku sinergi juga akan dihasilkan setiap tahun mengikut perubahan dan
pembaharuan dalam organisasi tersebut kerana pada setiap adanya kenaikan pangkat
dan pertukaran jawatan menglibatkan pegawai- pegawai PPD khususnya dalam sektor
pembelajaran

4.1 PERMASALAHAN KAJIAN


Permasalahan kajian yang saya dapati ialah pada buku sinergi yang dihasilkan
sebelum ini, terdapat beberapa maklumat yang tidak lengkap dan kurang jelas yang
menyebabkan pengunjung akan kurang memahami apa yang sebenarnya ingin
disampaikan melalui buku sinergi tersebut. Hal ini secara langsung, membuat para
pengujung merasa malas atau tidak berminat untuk membaca buku tersebut. Dalam
mini projek ini, saya dan beberapa pelatih yang lain akan mengumpulkan data dan
maklumat yang masih kurang dalam buku sinergi yang dihasilkan pada tahun- tahun
lepas.
Selain itu, kekurangan bahan rujukan disebabkan sesetengah pengawai
terpaksa melakukan kuarantin diri dan melakukan kerja dari rumah (BDR). Hal ini
menyebabkan, saya sukar untuk mendapatkan data dan maklumat daripada pegawai-
pegawai yang berkenaan.

4.2 PERSOALAN KAJIAN


Mini projek ini dihasilkan untuk menjelaskan dan melengkapkan kumpulan-
kumpulan soalan yang sering diajukan oleh orang ramai atau pengunjung yang
berkunjung ke PPD Semporna. Berikut adalah persoalan bagi kajian ini.
1) Apakah sejarah penubuhan sektor pembelajaran dalam Pejabat Pendidikan
Daerah Semporna?
2) Apakah fungsi atau tugas utama sektor pembelajaran dalam Pejabat
Pendidikan Daerah Semporna?
3) Apakah matlamat utama penubuhan sektor pembelajaran di Pejabat
Pendidikan Daerah Semporna?

4.3 OBJEKTIF KAJIAN


Berikut adalah objektif kajian bagi pelaksanaan mini projek ini ialah
1) Untuk memberikan maklumat umum mengenai sektor pembelajaran di Pejabat
Pendidikan Daerah Semporna.
2) Untuk memperbaharui data- data yang berkaitan sektor pembelajaran di
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.
3) Untuk menambah baik buku sinergi yang sedia ada.

4.4 SKOP KAJIAN


RAJAH 1
Skop kajian ini telah dikhususkan bagi pegawai- pegawai di Pejabat
Pendidikan Dareah Semporna mengikut unit dan tugas-tugas pegawai yang dibawah
sektor pembelajaran, dengan mengambil pegawai- pegawai dan kakitangan PPD
Semporna sebagai model utama projek ini agar memudahkan pengumpulan data dan
maklumat yang ingin dikumpul untuk menghasilkan buku sinergi yang lebih lengkap
dan mudah untuk di fahami oleh pembaca. Kajian ini hanya melibatkan satu sektor
sahaja di dalam PPD Semporna iaitu sektor pembelajaran.
4.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk memyebarluaskan
skop kerja pegawai- pegawai di Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah
Semporna. Dengan adanya buku ini, orang ramai sama ada luar dan dalam dapat
menjadikan buku ini sebagai panduan.

4.6 SOROTAN LITERATUR


Sorotan literatur memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada
pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh
penyelidik yang terdahulu daripadanya. Selain itu, kemajuan akan dapat dicapai
dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kita . Dalam sorotan ini, harus
diberikan keutamaan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu,
atas tajuk yang sama atau hampir sama.
Mini projek ini dilaksanakan dengan membuat rujukan dan pemerhatian pada
projek penghasilan buku sinergi lepas yang dihasilkan oleh pengkaji lain. Hal ini
kerana, buku sinergi akan dihasilkan setiap tahun.

4.7 METODOLOGI KAJIAN


Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana
tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Metodologi kajian
merupakan pengumpulan maklumat serta data terbaharu yang berkaitan tinjauan yang
dilakukan. Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian,
teori pembelajaran bahasa, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.
Oleh itu, pengkaji telah memilih lima kaedah bagi mendapatkan maklumat yang
diperlukan dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan dialek Padang Besar,
Perlis. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah kaedah temu bual, kaedah rakaman,
kaedah soal selidik, kajian perpustakaan, dan kaedah internet. Pengkaji akan
menghuraikan kaedah kajian yang dilakukan di mana ia melibatkan data yang dipilih,
proses untuk mendapatkan data yang dilakukan sepanjang penghasilan kajian ini.
Dalam mini projek yang saya jalankan saya telah menggunakan dua kaedah
metodologi kajian iaitu saya menggunakan kaedah temu bual dan kaedah
perpustakaan. Saya menggunakan metodologi yang bersesuaian dengan tajuk yang
saya ingin jalankan.

Kaedah temu bual

Melibatkan perbualan antara penyelidik dengan rsubjek kajian bertujuan untuk


mendapatkan maklumat yang releven. Melalui temu bual, data diperolehi daripada
pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ia dimaksudkan sebagai trigulasi
bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperolehi (Rozmi Ismail, 2015).

Menurut Denzin ( 2001), ”temu baul harus digunakan lebih daripada hanya
sebagai alat pengumpulan maklumat; temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat
mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena”.
Manakala, menurut Chua Yan Piaw (2014)  Temu baul dikategori kepada tiga jenis,
iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur dan temu bual tidak bersruktur
(Chua Yan Piaw,  2014).

Saya telah menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur iaitu


bertentangan dengan temu bual berstruktur. Penemubual tidak menggunakan senarai
soalan yang dibina sebelum sesi temu bual dijalankan. Penemubual tidak terlebih
dahulu menyoal tentang soalan temu bual, penemubual tidak membina soalan kerana
semua soalan ditanya secara sponta dan tidak semua responden memahami setiap
soalan dengan maksud yang sama maka penggunaan soalan yang dibina sbelum sesi
temu bual tidak perlu.

Kaedah perpustakaan

Kaedah penyelidikan kepustakaan atau dikenali sebagai Library Research


merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh para pengkaji untuk mendapat data dan
bukti kajian. Kaedah ini sering menjadi kaedah dominan dalam melakukan kajian
sains sosial dan kajian ekonomi kerana maklumat yang diperolehi merupakan
maklumat tepat dan boleh digunakan sebagai rujukan dalam sesuatu kajian ilmiah.
Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang penting bagi mendapatkan maklumat
atau kosa ilmu bagi tugasan kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi
mendapatkan sebanyak mungkin dapatan atau maklumat yang relevan berkaitan
dengan tajuk kajiannya. Proses mendapatkan maklumat tertumpu pada pembacaan
dan rujukan daripada buku-buku, jurnal-jurnal, makalah dan artikel-artikel tentang
dialek Perlis di Padang Besar. Semua maklumat yang diperolehi akan digunakan
pengkaji untuk menulis kajiannya. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan
dengan meneliti bahan-bahan bacaan dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan
penukaran kod. Pengkaji telah membuat rujukan dan penyelidikan di Perpustakaan
Tun Seri Lanang (PTSL), Perpustakaan Alam Tamadun Islam dan Melayu (PATMA)
dan bilik sumber Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Pengkaji meneliti segala bahan mengenai tajuk yang dikaji oleh pengkaji.
Seterusnya, bahan tersebut dijadikan sumber bacaan dan rujukan bagi membantu
pengkaji dalam penghasilkan penulisan ilmiah yang lebih baik.
Saya juga menggunakan kaedah perpustakaan kerana menggunakan
BAB 5
Rumusan dan Cadangan

Tugasan ini akan disiapkan dalam masa sebulan. Pelatih yang terlibat dalam dalam
usaha menghasilkan buku Sinergi, akan mengumpulkan bahan serta maklumat
mengikut pengkhususan sektor. Penghasilan buku Sinergi ini dijangka selesai sebelum
pelatih- pelatih menamatkan 12 minggu sesi latihan industri. Diharapkan dengan
penghasilan buku ini, ianya mampu memberi manfaat kepada semua pihak khususnya
sektor pembelajaran. Selain itu, dapat memberi sumbangan kepada PPD Semporna.
Setelah menjalani latihan industri selama 12 minggu, terdapat banyak perkara yang
telah saya pelajari sepanjang ditempatkan di Unit Pembelajaran Pejabat Pendidikan
Semporna. Seperti biasa setiap perkara yang berlaku ada buruk dan ada baiknya,
begitu juga dengan latihan industri ini.

Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi
manfaat berbanding keburukkannya. Dengan adanya latihan ini, saya telah
didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu saya dapat belajar cara
bercampur dengan golongan yang berbeza dan ini meningkatkan keyakinan saya
dalam berkomunikasi serta menjadikan saya lebih matang apabila dapat berkongsi
pendapat, nasihat dan sebagainya.

Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari secara teori di
Universiti kepada amali di sini. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu
pemahaman saya dalam teori yang tidak dapat difahami sepenuhnya yang berkaitan
dengan rangkaian komputer khususnya.

Latihan industri ini juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus
dengan pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat membuka jalan kepada saya
untuk menjadi salah seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian.
Hal ini memudahkan saya untuk mencari pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.
InsyaALLAH.

Oleh sebab itu, saya mencadangkan pihak pengurusan Universiti menambah lebih
banyak lagi jam kredit untuk menjalankan amali di dalam modul bagi setiap semester.
Ini kerana saya dapati bahawa apa yang dipelajari secara amali lebih mudah
berbanding teori. Hal ini secara tidak langsung juga dapat membantu pemahaman
teori pelajar. Ini kerana saya menjalani latihan industri barulah saya dapat rasa betapa
kerdilnya dan sikitnya pengetahuan saya selama ini.
Selain itu juga, jika dilihat dalam faktor pemilihan pekerja. Sesebuah syarikat lebih
cenderung memandang tinggi seseorang yang mempunyai pengalaman jika
dibandingkan dengan seseorang yang mempunyai pelajaran tanpa pengalaman
ataupun seseorang yang mempunyai mata gred peperiksaan yang cemerlang. Dengan
ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa pendidikan secara amali adalah
merupakan sesuatu yang sama penting dengan pendidikan secara teori dan ianya
boleh menjadi batu loncatan untuk para pelajar pergi jauh lagi kerana latihan industri
adalah satu lonjakan paradigma kepada perkembangan minda.

Saranan dan Cadangan untuk Pihak Syarikat

1. Pihak syarikat perlulah menambahkan lagi bilangan pekerja yang ramai untuk
setiap kumpulan kerja.

2. Pihak syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan
peralatan yang baru.

3. Pekerja-pekerja seharusnya memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik


ketika bekerja bersama-sama dengan pelatih.

4. Membuat kajian terhadap kemampuan suasana tempat kerja sama ada ia mampu
memberi kesinambungan pelatih dan pekerja tetap.

5. Pekerja yang diambil mempunyai kelayakan yang sesuai dengan bidang yang
diceburi.

6. Pihak syarikat perlu bertanggungjawab terhadap pelatih sekiranya pelatih dalam


keadaan pekerjaan yang rumit perlu di bantu.

7. Pihak syarikat perlulah mengizinkan pelatih membuat kerja dengan seorang


juruteknik untuk bantuan pertolongan dalam pekerjaan.
Saranan dan Cadangan untuk Pihak Universiti

1. Pihak Universiti dengan pihak syarikat perlu menjalankan kerjasama yang baik dan
sentiasa berganding bahu dalam menjayakan latihan industri yang dibuat.

2. Program latihan industri ini perlu diteruskan lagi kerana ia bukan sahaja banyak
memberi faedah kepada siswa dan siswi malah juga kepada pembangunan Negara dari
segi penyedian tenaga pekerja mahir.

3. Para pelatih sepatutnya diberi sedikit penerangan atau gambaran mengenai kerja-
kerja yang bakal dilakukan dan dijalani mengikut bidang masing-masing.

4. Pihak Universiti perlu mengadakan perjumpaan khas antara siswa siswi senior yang
telah menjalani latihan industri bagi memberi penerangan.

5. Pihak Universiti perlu mengubah Program Latihan Industri dari Semester empat ke
Semester akhir supaya pelatih mudah mendapat kerja pada masa akan datang selepas
tamat Latihan Industri.

6. Pihak Universiti perlu mengambil tahu terhadap pelatih yang mengalami kesulitan
di tempat Program Latihan Industri.

7. Pihak Universiti perlu memberi cadangan dan masa yang panjang untuk
menyediakan tempat Latihan Industri bagi pelatih mengikut tempat tinggal pelajar
masing – masing.

You might also like