Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj Kami : SKBC 600-9/1(3)

Tarikh : 28 MEI 2012

Kepada
Yang diPertua
Persatuan Ibubapa dan Guru
SK bukit Changgang
42700 BANTING
Selangor

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MENURAP KAWASAN BERBATU

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kantin SK Bukit Changgang telah dipilih untuk mewakili Daerah
Kuala Langat dalam pertandingan Anugerah Kantin Sihat Kategori Sekolah Luar Bandar 2012.

3. Walau bagaimanapun, masih banyak infrastruktur yang perlu dinaik taraf bagi memenuhi kriteria
yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan
Negeri Selangor.

4. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk menurap
kawasan berbatu yang terletak di antara bangunan tahun satu dan kantin.

5. Semoga dengan keprihatinan daripada pihak tuan dapat melancarkan lagi usaha kami. Segala
sumbangan dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ HIDUP BERJASA”

Yang Benar

........................................................
HJ ROSMAN BIN PAINUDY
GURU BESAR
SK BUKIT CHANGGANG
42700 BANTING

You might also like