Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1. Perkembangan dunia digital.

Buat analisis lima elemen asas dalam struktur perniagaan digital dan berikan contoh
setiap satu elemen tersebut berdasarkan petikan yang diberikan.

Dunia digital semakin mendapat tempat di dalam kehidupan masyarakat pada masa
kini terutama sekali apabila capaian internet kini boleh diperolehi masyarakat di
mana-mana sahaja. Perkembangan dunia digital ini memberikan manfaat kepada
pelbagai pihak terutama sekali dalam bidang perniagaan. Perniagaan secara digital
mempunyai lima elemen asas yang dipanggil struktur perniagaan digital. Lima
elemen asas itu ialah laman web, e-commerce, media sosial, medium komunikasi
dan marketplace.

Dalam sesebuah perniagaan digital, laman web merupakan satu komponen


perniagaan yang penting. Laman web ini berfungsi sebagai kedai alam maya yang
boleh beroperasi selama 24 jam oleh sesiapa sahaja yang mempunyai jaringan
internet. Laman web ini biasanya dibangunkan oleh sesebuah perniagaan untuk
menunjukkan atau memperkenalkan produk mereka sama ada berbentuk fizikal atau
perkhidmatan. Contohnya seperti laman web bookstore seperti Popular Bookstore,
Zalora Malaysia, Lazada Malaysia, Maybank2u dan banyak lagi.

Elemen seterusnya ialah e-commerce, biasanya produk dari laman web yang
berbentuk fizikal akan digabungkan dengan fungsi e-commerce. E-commerce
merupakan sebuah sistem perdagangan digital yang berfungsi untuk menjalankan
transaksi perniagaan secara debit atau kredit yang diintegrasikan di laman web e-
commerce. Sistem e-commerce boleh memantau status penghantaran sesuatu
barangan yang ditempah oleh pelanggan. Contoh sistem e-commerce yang sering
digunakan rakyat Malaysia ialah Shopee, Lazada, eBay, Go Shop dan banyak lagi.
Sistem e-commerce ini juga biasanya akan menyimpan database pelanggan dalam
bentuk aliran komunikasi atau data yang akan digunakan untuk pembelian
seterusnya.

Elemen lain ialah media sosial. Media sosial merupakan tempat berkumpulnya
masyarakat untuk pelbagai tujuan tertentu. Oleh itu untuk menarik pelanggan
mengenali sesebuah produk atau perkhidmatan, media sosial merupakan platform
yang tepat. Peniaga boleh menggunakan media sosial untuk menarik pengunjung ke
laman web perniagaan mereka dengan berkongsi pautan di media sosial. Contoh
media sosial yang sangat membantu dalam menarik pengunjung ke laman web
adalah facebook dan Instagram. Perkongsian maklumat yang menarik di media
sosial akan sesuatu produk atau perhidmatan boleh membantu peniaga bagi menarik
pelanggan.
Medium komunikasi seperti Facebook Messenger, Whatsapp atau emel pula
merupakan medium perhubungan diantara penjual dan pelanggan. Ia digunakan
sebagai satu saluran untuk pembeli mendapatkan maklumat lanjut daripada penjual
tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, maklumat pembayaran atau
maklumat penghantaran.

Elemen terakhir merupakan marketplace. Marketplace ini merupakan sebuah


perniagaan yang dibangunkan oleh pihak ketiga. Peniaga yang menggunakan
marketplace untuk memasarkan produk mereka di sana perlu membayar yuran
perkhidmatan mengikut kadar tertentu yang ditetapka oleh pemilik marketplace.
Contoh marketplace seperti Zalora, Mudah.my atau Ali Baba.

Kesemua elemen asas struktur perniagaan digital ini boleh digunakan oleh peniaga
untuk memasarkan perniagaan mereka. Semakin banyak medium perniagaan yang
digunakan dan di bantu oleh teknik pemasaran yang betul akan meningkatkan
peluang bagi produk atau perkhidmatan dikenali ramai.

2. Era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)


Persekitaran digital dan kepentingannya dapat diaplikasikan dalam musim pandemik
yang sedang melanda dunia kini.

Persekitaran digital
3. Proses penghasilan kempen pemasaran melalui beberapa fasa dalam mengurus
promosi dan pemasaran yang lebih efektif.
Fasa-fasa yang terlibat dalam proses penghasilan kempen pemasaran.
4. Cabaran dalam mendepani krisis pandemik kini.
Pendekatan paling strategik adalah dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan
jaringan digital sebagai landasan paling efektif dan selamat.
Untuk keperluan urusan seharian. Begitu juga dalam memperkukuh potensi pasaran
melalui idea, kemahiran serta kreativiti dalam talian yang mampu mencapai
pelanggan serta prospek pasaran yang tepat.
Kepentingan kempen pemasaran digital terhadap keadaan semasa beserta
contohnya.

You might also like