Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Sebauh


Kod Sekolah : YBA9106
Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/ Sebauh Telefon : 086-422523
KM 1, Jalan Sebauh-Bintulu Faks : 086-422523
97100 Sebauh, Sarawak Emel : yba9106@moe.edu.my
sksebauh@yahoo.com

Ruj.Kami : SKSBH.700-9/1/1 ( )
Tarikh :

Kepada ,
Ibu bapa / penjaga

Tuan/ Puan,

SURAT PEMBERITAHUAN MURID ASRAMA TINGGAL DI ASRAMA SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Justeru, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa murid-murid asrama SK Sebauh adalah tidak
dibenarkan balik ke kampung semasa cuti pertengahan penggal 1 Tahun 2021, atas sebab tiada arahan rasmi
daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh untuk membenarkan murid-murid asrama balik ke
kampung masing-masing.

3. Walaupun begitu, kebenaran tuan/puan untuk membawa anak jagaan balik atas sebab-sebab
munasabah atau kes kecemasan maka, dipohon pihak tuan/puan untuk menulis surat permohonan
kebenaran membawa anak balik dengan kelulusan pihak sekolah. Sekiranya memerlukan sebarang
pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn. Cecilia (PPMA) 013-8416898 dan En. Ruduan (PPMA) 013-6126701.

4. Kerjasama dari pihak tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

[ CHAN CHIAU LAI ]


Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Sebauh
97100 Sebauh

S.K. Fail Sekolah


Fail HEM

“BANGKIT DAN BERSINAR”


“RISE AND SHINE”

You might also like