Kajian Tindakan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KERANG,

PONTIAN,JOHOR

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN:

MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT


PERKATAAN YANG MELIBATKAN
KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)

OLEH:
PUAN ALIAH BINTI HJ SATAR
KELAS PENDIDIKAN KHAS
1. TAJUK
Mengatasi Kelemahan Menyebut Perkataan Yang Melibatkan Konsonan
Bergabung (Digraf)

2. NAMA PENYELIDIK
Puan Aliah Binti Hj Satar

3. ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian, Johor

4. LATAR BELAKANG KAJIAN

Selain menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka atau suku kata tertutup, kelemahan lain
yang selalu dihadapi pelajar ialah menyebut suku kata yang mempunyai huruf konsonan yang
bergabung (digraf). Kegagalan pelajar menguasai kemahiran menyebut suku kata yang
mempunyai konsonan bergabung ini mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan
seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar.

5. MASALAH / FOKUS KAJIAN

Masalah yang sering pelajar hadapi ialah bila membaca perkataan yang mempunyai suku kata
mempunyai digraf. Mereka akan tergapai-gapai untuk menyebut perkataan tersebut. Kajian
kali ini memfokuskan masalah pelajar terutamanya pelajar Pemulihan Khas dalam menyebut
perkataan yang mempunayi digraf seperti perkataan yang mempunayi konsonan bergabung
‘ng’ dan ‘ny’
6. RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian ini dajalankan kerana pelajar Pendidikan Pemulihan Khas sering gagal di
dalam ujian pelepasan apabila menjawab soalan yang melibatkan perkataan yang mempunyai
digraf.

7. OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mengurangkan pelajar-pelajar kelas Pendidikan Pemulihan Khas jika pelajar dapat
menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang mempunayi digraf ini.

8. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan Tahun 3
yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.

9. PERLAKSANAAN KAJIAN

9.1 PEMERHATIAN

Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan yang


melibatkan digraf ‘ny’ dan ‘ng’. Perkataan-perkataan seperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’,
‘nyamuk’, ‘bunyi’, ‘nyala’, ‘dengan’, ‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’, ‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat
disebut dan dibaca oleh pelajar.

9.2 TINDAKBALAS DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pelajar sering kali tidak dapat membaca ayat yang diberikan oleh guru jika ayat tersebut
mempunyai suku kata yang melibatkan digraf. Contoh ayat, “Kita mendengar dengan telinga”.
Guru terpaksa membuat latih tubi memgeja dan menyebut perkataan ‘mendengar’,
‘dengan’, dan ‘telinga’, berkali-kali.
9.3 UJIAN PENCAPAIAN

Di dalam ujian yang dijalankan pelajar dapat menulis dan menyebut perkataan seperki KVKV,
VKV, tetapi tidak dapat menulis dan menyebut perkataan KVKKVK, KKVKKV, KVKKV.

9.4 PERANCANGAN

Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan
keadah “Cantum dan Sebut”.

9.5 TINDAKAN

Pelajar disediakan kad yang nengandungi perkataan “ng” dan “ny” dan mereka mencantumkan
dengan huruf vokal yang mereka cari di dalam kotak ajaib. Mereka akan membunyikan suku
kata yang mereka cantumkan. Jika mereka dapat menyebut dengan betul, mereka akan diberi
ganjaran sebagai motivasi. Pelajar yang tidak dapat menyebut dengan betul dikehandaki
menulis suku kata tersebut di dalam buku latihan dan menyebutnya berulang kali sehingga
dapat. Selepas pelajar dapat menyebut dan mencipta beberapa suku kata daripada “ng” dan
“ny” mereka dikehendaki mencari perkataan yang mengandungi suku kata tersebut. Jika ada
pelajar yang dapat mencipta perkataan yang ada makna, ganjaran juga akan diberikan

9.6 PEMERHATIAN

Daripada pemerhatian, pelajar suka untuk mencari huruf di dalam kotak ajaib dan mereka
cuba untuk membunyikan suku kata yang terhasil.

9.7 REFLEKSI

Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mencuba untuk membunyikan suku
kata yang melibatkan digfraf.
10. JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH


1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Januari
2. Menulis proposal kajian Januari
3. Merancang tindakan Januari
4. Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1hingga 6 Februari – Jun
5. Mengkaji masalah selepas tindakan dijalankan Julai
6. Melaksanakan tindakan terakhir Julai

11. KOS KAJIAN

BI JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS


L
1 Kad manila 5 x RM 0.60 RM 3.00
2 Pen marker 3 x RM 2.00 RM 6.00
3 Sticker gambar 7 keping x RM 1.50 RM 10.50
4 Hadiah 3 x RM 3.00 RM 9.00
JUMLAH RM 28.50

12. KESIMPULAN

Melalui kajian ini daharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar- pelajar kelas
Pendidikan Pemulihan Khas untuk membaca dengan lancar danmemahami apa yang dibaca.

You might also like